Bab 30: Cerita Umi
[Kamus]
Ameerah Ketua(perempuan)
Ikhwan Lelaki
Akhwat Perempuan
Pao Bapa
Mae Ibu
🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦
Setelah selesai makan-makan, abah mengajak Fazel duduk di gazebo belakang rumah. Aku menolong umi membasuh mana-mana yang patut.
"Umi."
Tombol pili air ditutup. Tangan merenjis perlahan sisa air pada tangan dalam sinki sebelum dilapkan pada kain lap tangan.
"Apadia sayang?" Umi memandangku.
"Tu." Muncung menghala kepada mereka yang berada diluar.
Umi turut menjenggukan kepala, mengikut arah muncungku.
"Lelaki tu. Kenapa dia panggil umi dengan abah? Rapat betul."
"Oh, kan anak angkat umi dengan abah. Kena lah panggil dengan panggilan yang sama macam kamu guna." Umi senyum sambil menggosok lembut pada tepi lenganku.
"Umiii, kenapa Ya macam tak tahu apa-apa pun?"
"Itulah kamu, masa orang ajak kamu asyik bizi je manjang." Balas umi sambil menyusun periuk ke dalam kabinet pengering automatik. "Takpelah, yang lepas tu lepas lah." Umi menyambung lagi.
Aku hanya mampu berpasrah. Kain pengelap meja bersama spray serai wangi di bawa ke ruang makan.
Sumpah, ingatkan fostering porgram yang umi dengan abah selalu sebut tu parents just drop the money for them. Anak angkat secara jauh. How can... mamat tu pulak tu... ada dekat sini?
Ah. Nanti nak try tanya dekat umi lah. Tangan ligat mengelap meja sehingga bersih.
Aku menapak ke dapur kembali. Kelihatan umi masih duduk di mini bar sambil bermain telefon.
"Umi."
"Ya sayang?"
Mataku sempat beralih pada jam dibelakang umi.
"Nak naik atas jap."
Aku meminta izin. Shawl dibetulkan semula sebelum naik ke tingkat atas. Lain yang nak sebut, lain yang nak cakap. Jam ni pun satu, kenapa cepat sangat bergerak. Already 11 o'clock.
Cadar katil ditegangkan sebelum menutup dengan alas gebar yang lebih besar. Umi kata, bilik yang orang tak duduk kena tutup dengan sesuatu. Biar tak berdebu sangat bila nak guna nanti.
Aku memerhatikan seluruh bilik sebelum meninggalkannya. Tiada apa-apa yang berubah. Cukup bersih dan terjaga.
Umi masih berada di pintu utama. Aku mula mengikuti langkah mereka di sana.
Ngauman enjin kereta dari luar membuatkan langkah ini terbantut. Menyampah pula bila mamat ni masih lagi tak mahu pulang.
"Syafiyyah?"
Nama penuhku dipanggil abah.
"Nak gi mana siap bawak beg sekali ni?"
"Ha, Ya. Takkan nak balik dah? Tak puas lagi umi tengok anak sendiri."
Aku memandang mereka silih ganti.
"Abah, umi. Saya balik dulu ya?"
Fazel meminta diri.
"Ya,ya. Elok-elok drive tu."
Dia masuk ke dalam perut kereta.
Pintu pagar automatik kami ditutup kembali.
Umi dan abah mempelawa untuk bermalam di rumah. Puas aku bertegas untuk terus pulang ke apartment. Melihat seraut wajah yang semakin menua. Akhirnya, terpaksa mengalah juga.
Bukan tidak mahu bermalam di rumah sendiri. Cuma...
Hati ini masih terluka. Terluka dengan orang-orang di sekeliling. Kesan daripada terlalu berharap kepada manusia, hati ini menjadi sakit bagai dicucuk-cucuk.
Cakaplah aku ini terlalu egois. Selfish, berfikir tentang diri sendiri saja. Namun pada hakikatnya, tidak ubah seperti cengkerang. Keras pada luaran. Dalamannya rapuh.
Di saat diri ini memerlukan seseorang untuk berpaut, aku dibiarkan sendiri. Terkapai-kapai dalam mengenal erti dewasa. Dengan usia yang masih mentah, aku mula berdikari.
Penat. Aku penat diabaikan sejak kecil lagi.
My whole life, almost spend with maid.
Ya, aku tidak dapat menafikan bahawa Kak Ayu sangat baik. Tersangat baik sehingga mendapat kepercayaan umi sepenuhnya. Kesudahannya lari dengan lelaki satu negara.
Ah. Aku cuma penat dengan sandiwara kehidupan ini.
Kalau lah masa boleh diubah, pasti Kak Ayu tak cuba-cuba berkawan dengan sebarangan lelaki. Dia pun tidak akan lari mengikut lelaki itu. Aku semasa kecil pasti tidak dibiarkan keseorangan di rumah. Mesti umi dengan abah tidak akan bertekad untuk menghantarku ke madrasah.
Aku pasti tentang itu.
Hasilnya, aku rebel. Jiwa memberontak keras. Langgar saja apa yang dirasakan betul tanpa perlu berfikir kesan panjang.
"Ya!"
Umi mengetuk pintu dari luar.
"Kejap!" Aku bangun daripada pembaringan.
Pintu dibuka.
"Ni, berus gigi."
"Terima kasih umi!" Aku memeluknya erat. Mungkin kerana menerpa secara tiba-tiba, umi hampir saja tidak stabil. Silap haribulan, kami berdua boleh terjatuh ala-ala gaya hindustan.
Walaupun telah membawa travel kit mini, aku tetap rasa dihargai.
"Sama-sama. Ish, kamu ni. Boleh patah leher umi tau." Umi memegang lehernya. Tempat yang aku peluk tadi.
"Sakit ke umi?" Soalku dengan penuh rasa bersalah.
"Sikit je ni." Umi masuk ke dalam bilik dan melabuhkan duduk di hujung katil.
"Dah besar panjang dah anak umi ni." Umi memandangku. Aku melangkah mendekati umi.
"Mestilah makin besar, takkan makin mengecil pulak." Tawaku. Punggung dilabuhkan di sebelahnya.
"Ni. Umi menepuk ribanya beberapa kali."
Hm?
Aku berbaring diatas ribanya.
"I dont know why, but i feel like im lost my daughter. My only pengarang jantung."
Wajah umi dipandang.
"Nampak dekat, tapi jauh."
Umi, you lost me since that day. There is 2 types of day that i dont want remember anymore.
1. First day umi send me to madrasah. That time, i was 10 years old.
2. That guy, Fazel Hadif. Causes my anxiety.
"No umi, i'm still your daughter. Mungkin perasaan umi kot." Aku memeluknya erat. Kecil saja suaraku.
"Umi nak tidur sini lah malam ni." Umi menjatuhkan tubuh di pembaringan.
"Dah lama tak bobok anak."
"Yeay. Umi tidur sini." Aku cepat-cepat berbaring di sebelah umi.
Aku tidak perlu untuk menutup suis lampu kerana sudah ditutup awal-awal dari tadi. Tahu tak, sekali kita berbaring tapi tiba-tiba kena tutup lampu akan terasa jauh. Ibarat dari sini kena pusing satu dunia.
Umi dipeluk erat. Bau umi dihidu. Aku suka bau ini sebab tidak akan ada bauan yang akan sama macam umi lagi dalam dunia ini.
Takkan terganti.
"Umi ingat lagi, masa mula-mula hantar Ya ke madrasah. Masatu, Ya kecik lagi. Polos saja. Rindu dekat anak umi yang polos itu. Bila dia menangis, hidungnya merah-merah macam badut. Tangannya mencengkam kuat pada baju. Taknak umi tinggalkan dia."
Tangannya memeluk tubuhku.
"Umi baru tahu ke?" Wajah umi dipandang. Pipinya dikucup lembut. Kan dah cakap, aku suka dengan umi aku.
"Umi dah lama tahu. Tapi umi tak pernah menyesal, sebab umi nampak... improvement dekat anak umi ni. Umi cuba letak diri umi dalam kamu, untungnya kamu, ada parents yang hantar ke madrasah. Masa zaman umi dulu lagilah. Attend kelas agama untuk belajar benda basic je. Pergi sekolah pun pakai pinafore. Umi taknak, anak umi macam umi dulu. I can't imagine you wear all those expose cloth." Dia menghela nafas berat. Risau saja bunyinya. Tangan tadi mula menepuk-nepukku perlahan.
"Lama tu, umi ambil semula anak yang umi tinggal. Bawa dia kembali."
"Ya? Tidur dah?"
Umi memanggil. Aku hanya diam. Mataku sudah dipejam. Tahu, tidak baik tidak menjawab panggilan seorang ibu tetapi aku suka dengar umi bercerita sambil memejam mata. Lama-lama tertidur. That's what we called bedtimes stories.
Walaupun aku telah 'tidur', umi masih lagi meneruskan ceritanya.
"Umi ambil anak umi, diganti dengan anak angkat dari Pattani. Sekurang-kurangnya, pahala menghantar anak belajar agama masih mengalir untuk kami."
Perkataan 'kami' itu cukup untuk aku faham bahawa abahlah yang mastermind dalam urusan yang telah berlaku.
"Situasi dah tak sama bila dia mula sibuk dengan urusan universiti. Kalaulah, umi boleh ganti masa bonding time dengan kamu." Perbuatan umi menepuk aku tadi terhenti seketika, "Walaupun jauh berkilometer, umi tetap keraskan hati. Tinggalkan Ya dekat sana. Too make you be a better person. A good person for ummah. Solehah." Rambut panjangku mula dibelai.
"Ibu mana yang tak sakit bila berpisah dengan anak yang selalu ada di depan mata? Hampir setiap malam umi menangis teringatkan kamu. Puas abah pujuk umi. Setiap hujung minggu, mesti umi ajak abah balik kampung. Sebab nak jenguk kamulah." Anak-anak rambut yang nakal diselitkan pada cuping telinga.
"Mula-mula boleh la, umi dengan abah selalu sorok-sorok tunggu Ya dekat padang lapang. Tengok Ya belajar memanah dari jauh. Walaupun terpisah jauh, umi boleh tahu Ya dah mula dapat adapt dengan kehidupan disana. Tenang hati kami. Abah pun ada tugas dia. Dia kan sibuk."
Saluran anak tekak terasa mengembang, nafasku bagai ditarik oleh sesuatu. Dada bagai dihimpap selari dengan rasa sakit yang mula menjerat pada leher. Seksa, pada masa yang sama aku harus meneruskan lakonan ini untuk nampak tenang.
"Satu syarat abah bagi untuk umi, jangan tunjukkan diri depan kamu. Pantang larang untuk teguhkan semangat tak boleh langgar. Because we know how clingy you are."
Sekali lagi, perbuatan umi terhenti. Rambutku diraupkan keatas sebelum suaranya mula berbisik halus.
"Maafkan umi dan abah ya."
Dahiku dicium.
"Ya Allah, jadikanlah satu-satunya puteriku ini menjadi seorang hamba yang taat padaMu." Ubun-ubunku dibacakan doa.
Umi membetulkan selimutku yang membaluti tubuh. Pergerakannya cukup cermat dan berhati-hati. Takut untuk membangunkan aku mungkin?
Aku dapat merasakan umi bergerak kecil, mungkin bagi membetulkan gaya selesa. Kemudian, diringi dengan bisikan doa tidur yang terbit disisiku.
Malam ini terasa tenang. Aku melihat wajah umi melalui cahaya lampu tidur. Air mata yang ditahan dari tadi mula menitis. Aku tak pernah tahu tentang perkara itu.
Ingatkan, abah terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa untuk aku.
Ingatkan, umi sudah tidak sayang aku lagi. Itu sebab dia menghantar aku jauh-jauh.
Ingatkan mereka sudah lupakan aku. Kerana setiap panggilan telefonku tidak pernah diangkat.
Aku rasa bersalah.
using card: click follow for full chapter
Chapter ni paling mahal. Recall all incident yang pernah berlaku dalam hidup samada diri sendiri atau orang lain. Biasanya lebih kurang. Siap buat loan bank lagi. Swasta kan. Anggar dalam 300 or up sikit 700 or maybe below than 1k.
Kiraan: 300 x 12 month = will get the answer.
Ini baru setahun.
Anak-anak ini pun menangis. Padahal nangis sebab homesick.
Jawapan biasa: duit boleh cari
Maaf kalau rasa tergantung. didnt mean to rant here -.-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro