Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 29: Family Dinner

[Kamus]

Madrasah Sekolah

Ikhwan Lelaki

Akhwat Perempuan

Pao Bapa

Mae Ibu

🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦



Fail diusung ke hulu dan ke hilir sejak daripada tadi. Nak dapatkan approvement Kak Hani punya pasal. Susah jugak kerja kena guna banyak tenaga ni. Ingatkan, kerja dalam office tugasnya hanya tercongok saja depan komputer. 

Punggung dilabuhkan diatas kerusi.

Touchpad ditapkan beberapa kali sebelum laptop menyala sepenuhnya.

Fail nipis yang berada ditepi mula dibelek semula. Setiap perkataan diteliti satu persatu. Setelah berpuas hati, fail diletakkan diatas riba sebelum jari mula menaip.

Bunyi ringtone kedengaran dari dalam beg tangan. 

Haih, bukan dah buat mode mute ke?

Telefon masih lagi berdering, menandakan ia minta diangkat oleh si pemanggil. Perkataan 'birthgiver' terpapar pada skrin.

"Hello?" Aku menjawab panggilan di hujung sana. Badan menunduk sedikit ke bawah. Sebelah tapak tangan ditutup pada mulut.

"Ya! Lamanya tak bercakap dengan anak umi ni." Umi melepaskan rindu.

"Sabtu minggu ni free tak?"

"Ha?" Aku berfikir seketika, "Free je. Kenapa?"

"Ingat nak buat family dinner, dah lama kita tak makan-makan dekat rumah kan."

"Oh, okey jugak tu. Pukul berapa?"

"Pukul 9 malam."

Telefon dimatikan.

"Syasya? Mentang-mentang dah biasa dekat sini takkan nak makan gaji buta kot?" Kak Hani menyindir pedas.

Kak. Aku malas melayan.

***

Semua telah berada di kerusi masing-masing. Pelbagai lauk sudah terhidang cantik diatas meja. Ikan patin masak tempoyak, udang galah masak merah, sambal bunga kantan, kerabu pucuk paku bersama satu teko air teh pudina panas.

Gulp.

Air liurku mulai kecur sebaik bau-bauan makanan ini mula menyapa rongga hidung. My mouth is watering!

Sumpah, seharian berperang dengan periuk belanga memang memenatkan lagi meletihkan. Namun, melihat segala yang terhidang terasa berbaloi. Puas! Makan kenyang-kenyang.

Hek. 

Padahal tengah hari tadi makan ikan patin bakar. Hanya resepi sama dengan cara masak yang berbeza.

Tetapi, umi dengan abah masih lagi relaks menantikan kehadiran seseorang. Abah yang dari tadi menoleh pada pintu besar mula berdiri sebaik telefonnya berbunyi.

"Haa, parking je dalam rumah."

Aku mula tertanya-tanya.

"Umi, orang tu tak biasa datang rumah kita ke?"

"Haah, saja jemput dah alang-alang lama tak berjumpa kan."

Umi mengiakan.

"Oh, siapa? Tak tahu pun." Tanganku membetulkan semula shawl pada bahu.

"Ada. Umi pernah cerita."

"Yang mana?"

Kening mula berkerut cuba mengingat kot-kot ada yang terlepas pandang.

"Anak angkat umi dengan abah."

"Oh."

Mulut hanya mampu membuat huruf 'O' sebelum membasahkan tekak dengan beberapa sisip air teh pudina. Pernah jugak dengar tentang anak angkat umi dengan abah dulu, cuma tak sangka mereka masih berhubung sehingga sekarang.

"Masya-allah, lamanya tak jumpa dengan anak sorang ni." Bunyi abah menepuk-nepuk bahu tegap seseorang boleh didengari hingga ke meja makan.

Kami menanti kehadiran mereka dengan penuh sabar sebelum mataku mula terperasankan sesuatu. Bola mataku mula membesar.

What?!

Tak lawak ok. Ada prank ke ni?

Belum sempat aku bersuara, umi menegurku dahulu.

"Ni Syafiyyah, tukar tempat duduk tu dulu. Duk tepi umi la senang sikit."

Aku seraya bangun sambil membawa cawan teh tadi. Perasaan masih tertanya mula menguasai diri. Bukan anak angkat umi dengan abah tu orang Pattani ke?

"Hadif, ambik air ni. Basuh tangan dulu." Umi menunjukkan kearah teko air basuh tangan. Dia hanya menurut tanpa membantah.

"Alhamdulillah, semua dah ada dekat meja ni. Boleh la kita start makan ye." Kata abah.

Semua sudah mula menadah tangan. Hanya menunggu abah mengetuai bacaan doa sahaja.

"Hadif, tolong bacakan doa makan." Pinta abah lagi.

Tanpa betah, dia memulakan bacaan doa. Suara gemersik itu menyapa halwa telinga. Suara ini, suara yang selalu menemani hari-hari kami di madrasah. Ciri-ciri lelaki soleh yang menjadi kegilaan para akhwat.

Makan malam itu terasa kekok, namun mungkin valid untuk aku seorang je kot. Makanan yang terhidang sekarang sudah tidak lagi nampak menggoda.

Aku cuba membuat biasa-biasa walaupun sumpah rasa luar biasa. Rasa nak sorok kepala, tanam dalam tanah macam ostrich suka buat tu.

"Ya." Kepala yang tertunduk pada pinggan mula diangkat. Kening dijungkitkan sebelah sebagai tanda- kenapa?

"Inilah Hadif. Fazel Hadif." Abah berkata lembut sambil memandangku.

"He went to same madrasah as you."

Madrasah. Heh. Apa khabar agaknya dengan orang-orang itu?

Aku sekadar mengangguk faham. Nasi dikuis-kuis menggunakan sudu dan garfu.

"Dia ni lah anak angkat yang abah dengan umi selalu story tu."

Lah, sejak bila ni? Kenapa tak tahu pun? Ingatkan anak angkat Pattani, yang madrasah di negaranya sendiri. I think some information are missing here. Keningku berkerut.

Aku menjelingnya sekilas. Dia masih menyuap sopan sebelum terperasankan senyuman sinis yang terbit disebalik tangannya yang macam kayu besbol itu.

Mata kami berlaga. Tajam menusuk. Sebelum bola matanya laju saja bergerak memandang semula kepada pinggan. Kerek je. Entah-entah dia tahu dulu yang aku ni anak abah dengan umi.

"Umur berapa Hadif sekarang?" Abah memandang kearah Hadif.

"Masuk tahun ni umur 28 lah." Dia sekadar sengih.

"Ha, Ya. Tua 4 tahun dari awak." Abah memandang umi sekejap sebelum beralih kepada aku pula.

So? Kalau tahun ni umur 24 pun kenapa? Ada effect dekat masyarakat? Alam sekitar?

"Ya kenal ke Hadif?"

Gila tak kenal. Sampai gila dibuatnya. Tolonglah, rasa nak je cakap macam tu.

"Boleh la gitu-gitu je." Aku sempat mencuri reaksi lelaki itu sebelum menjawab, "Lagipun sekelas."

"Lah, sekelas. Kiranya kamu berdua ni kawan la. Muganya sekelas sama-sama sekali." Tawa abah meletus.

Sudu terlepas daripada pinggan.

"Eh tak, abah. Tak. We're not friends." Aku menidakkan.

"Just classmate."

"And I refuse to say yes." Dia menyampuk tiba-tiba. Kepalaku ditolehkan kearahnya. Mata sengaja dibuka luas. Ingin saja ditelan hidup-hidup atau campakkan saja dia ke laut.

"Quite close actually." Katanya bersahaja. Tangannya terus menyuap nasi ke dalam mulut.

Belum sempat abah bertanya, tiba-tiba dia mengaduh kesakitan. Rasakan.

Hujung kakinya berjaya dipijak di bawah meja. Matanya dipincingkan kearahku.

Siapa yang mula dulu? Aku tersenyum senget sebelum menunduk kearah pinggan semula.

"Kenapa--", kata-kata abah dipotong apabila umi mula bersuara.

"Abang, dah-dah la tu mengusik anak kita. Kesian dia, malu. Abang ni pun." Umi menjeling manja kepada abah. "Tengok tu, sampai tak luak nasi dalam pinggan."

"Yelah, yelah. Nak mengusik sikit tak boleh." Abah mengalah.

"Makanan macam mana? Sedap tak?" Umi memerhatikan Fazel makan. Sopannya mengalahkan aku yang anak dara ni.

Tangannya berhenti menggaul nasi. Jari menghentak-hentak lembut pada pinggan. Matanya kelihatan semakin sepet apabila menarik senyum.

"Sedap." Dia mengangguk perlahan. 

"Sama macam dulu-dulu." Katanya lagi. Senyuman manis diberikan kepada umi.

"Alhamdulillah. Mujur kena dengan selera Hadif." Umi tersenyum senang.

Huh? Siapa anak umi sebenarnya sekarang ni?

Aku mula dikaburi dengan api cemburu.

"Makin handsome Hadif sekarang ye. Macam pelakon tanah siam."

Umi, hati tengah kembang berbunga boleh la puji. 

Dia senyum lagi.

"Umi pun makin cantik. Awet muda gitu."

Pandainya ambik hati orang tua. Patutlah abah dengan umi suka sangat.

"Pandailah kamu ni." Umi ketawa sambil memandang abah. 

"Tambah lauk ni lagi." Pelawa abah, kerabu pucuk paku disendukkan ke dalam pinggannya.

Hello guys, your blood daughter is here okey? Aku hanya mampu melihat kelakuan abah dan anak barunya itu.

"Relatives Hadif dekat sini macam mana? Sihat?" Umi bertanya lembut.

"Alhamdulillah, sihat. Habis je super senior terus masuk universiti area sini."

Umi hanya setia mendengar. Aku pula fokus pada makanan yang terhidang di depan mata.

"How's your life? Good?"

Dia mengangguk mengiakan.

"Much better than before. Sempat kenal-kenal dengan nenek. Saya ingat saya dah takde siapa-siapa dekat sini. Rupanya, family belah Pao masih lagi ada."

Dia membuka cerita. Sejak bila dia ada keluarga dekat sini pun aku tak tahu. Kena korek dengan Marwan ni. Banyak betul hutang sejak semua pandai bawa haluan masing-masing.

"Program dekat pondok macam mana? Still bergerak?" Abah mula mencelah setelah lama mendiamkan diri.

"Em, masih lagi jadi program tradisi." Dia mengangguk.

"Selepas settle urusan nak stay dekat sana ke sini?"

"Rasa dekat sini je kot." Dia senyum seketika sebelum menyambung, "Alang-alang dah terjumpa family besar Pao dekat sini masa belajar dulu. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya."

Oh. Baru ku tahu.

"Hadif dah boleh tukar jadi citizen Malaysia lah."

Abah mengusik. Aku tersedak. Umi menuang air putih ke dalam cawan segera sebelum disuakan kepada ku. Air diteguk rakus.

"Apa kamu ni? Sopan la sikit makan tu." Umi menegur. Belakang badanku digosok-gosok lembut. Nasib baik umi tak berleter depan mamat ni.

"Sorry. Tiba-tiba rasa geli tekak."

Cawan diletakkan diatas meja kembali sebelum membawanya berlalu daripada situ. Pinggan kotor diletakkan ke dalam sinki sebelum membasahkan tekak dengan air Cooler. Aku memasang telinga dari dapur. Cawan masih setia ditangan.

"Kat mana kita tadi? Oh, nak stay kat sini tu. Kampung Pao la? Kat mana?"

"Kampung Wau Bulan."

"Lah, dekat sangat dengan kampung kami."

Alahai abah ni pun, banyak lah pulak nak bagitahu dekat orang luar. Dekat pun, 1 jam jugak baru boleh sampai dekat negeri para alim.

Dia hanya senyum.



22/2/2021, 1. 18 pm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro