Bab 27: Hadiah
Bibirnya menguntum senyum.
Sisa air mata yang mengalir di pipi dikesat menggunakan tangan.
"Janganlah menangis. Nak cantik tak? Orang cantik tak nangis tau. Habis cair maskara kau nanti." Dia cuba memujuk.
Kepala didongakkan keatas. Tangan mengipas-ngipas sedikit pada tepi kelopak mata.
Tolonglah jangan jatuh, nanti satu hal nak kena touch up.
Hujung tisu diletakkan pada hujung ekor mata. Dengan harapan, tisu itu mampu menyerap sisa air mata yang masih bertakung tadi.
"Sorry, teremo pulak."
Tolonglah Sara, I am so touched. You know how tofu am I.
Aku memaksa senyum. Suara dibetulkan sedikit.
"Excited betul jumpa kau, sampai terlupa nak tanya pasal Azyan. How's her life? Good?"
Aku teringat dengan Azyan, tua beberapa tahun daripada kami pun boleh kamceng. Tak perlu berakak-akak sangat katanya. Geli telinga.
"Oh, Azyan..." Suaranya tiba-tiba menjadi mendatar.
"Kenapa? Dia tak ok ke sekarang?"
Perasaan risau mula membuak dalam diri. Tidak silap perkiraanku, dia merupakan anak sulung daripada 8 adik-beradik. Keretakan rumah tangga yang berlaku menyebabkan bapanya pergi meninggalkan keluarga. Sejak dari peristiwa itu, dia mula memberontak dan antara sebab mengapa dia dilucutkan jawatan sebagai pengawas madrasah.
Perasaan simpati mula membuak dalam diri.
Kesian dia. Dalam usia yang muda lagi terpaksa memikul tugas ketua keluarga. Dek kerana munculnya orang ketiga, tiada lagi erti sebuah keluarga bahagia tanpa insan bergelar bapa.
Dasar andahantu, jenis tak tahu malu sampai jadi perampas. Patutlah single sampai tua. Perangai pun macam hantu.
"Alhamdulillah, baik-baik je dia tu. Super women." Mulutnya mengukir senyuman. Namun, aku dapat menangkap bahawa senyuman itu adalah senyuman yang tawar.
"Woah, glad to hear that."
Kepala mengangguk faham. Suhu cawan mulai suam-suam kuku. Air dicicip lagi.
Tiba-tiba teringat dengan memori lama.
Seusai sahaja bacaan al mathurat dan doa selesai, masing-masing sudah mula sibuk dengan rutin kebiasaan di asrama.
Tidak ramai yang turun padang hari ini kerana keadaan cuaca yang tidak berapa baik.
Hujan masih renyai, padang bola berlecak, swimming indoor penuh, swimming outdoor ditutup, padang bersimen kena conquer dengan satu batch Tahun berapa pun tak pasti. Macam-macam hal typical duduk asrama.
Kelas disinggah seketika untuk mengambil nota. Sudah menjadi kebiasaan, untuk kelas senior, sebelum sesi pembelajaran tamat, mereka akan diuji dengan kuiz-kuiz pecah otak.
Kenapa? Hal ini bagi melahirkan penuntut-penuntut ilmu yang mampu berfikir secara intelek. Baik secara kritis mahupun kreatif.
Sedangkan untuk melahirkan para ilmuan terdahulu saja terdapat pelbagai cabaran.
Para Sahabat, Tabiin, Tabiq Tabiin dan Ulama. Banyak peringkat yang harus mereka lalui untuk thiqqah dalam sesuatu hukum. Untuk menyandang thiqqah itu sendiri, mereka harus fasih dan betul-betul arif dalam bidang fiqh.
Belum lagi jika diceritakan tentang kisah-kisah imam 4 mazhab dalam menuntut ilmu.
Jauh beza cara orang kita mencari ilmu dengan para ilmuan tersohor suatu ketika dahulu.
Kertas a4 yang terlipat dua memanjang itu ditarik.
Eh?
Bungkusan plastik berwarna coklat ditarik. "Snackers?" Aku bertanya sendiri. Dibelakangnya pula terdapat satu notes sebesar jari yang bertulis, "enjoy! <3"
Kening dikerutkan.
"Weh, kenapa lama sangat?"
Sara bertanya dari luar pintu kelas. Dia bersandar pada tingkap sambil menghadap kearahku.
Huh?
"Tak, ni... Pelik."
Dia segera masuk ke dalam. Paket coklat tadi dihulurkan kepadanya.
"Uish, tak boleh ni. Ada babi."
Bibir menayang sengih. Sara hanya melihat tanpa menyentuh paket itu.
"Apa kau ni! Ei, tak tahu lah nak nangis ke gelak bila ada kawan macam ni tau." Kataku sambil menepuk lembut lengannya seraya memeluknya.
"Bestfriend thingy. Okay, rasa dah boleh kot stop peluk aku." Dirinya dijauhkan.
Sara membelek tudung pada cermin kecil yang memang tersimpan rapi di dalam kocek baju kurung. Mulut dijuihkan sedikit sebelum meniup perlahan pada awning tudung. Sibuk sangat dengan tudung tajam-tajam tu.
"Tengok! Cantik tak? Nasib baik awning tudung ni senang bentuk tau." Tudungnya telah pun dibetulkan semula.
Aku mengangguk. Fikiran masih lagi berfikir, mahu membiarkan atau tidak. Jika dibiarkan, barangkali istana ratu semut memang akan memanipulasi meja belajarku nanti.
"Sara, kita nak buat apa dengan ni?" Aku menggerak-gerakkan plastik itu ke kiri dan ke kanan.
"Kalau aku, ambik kot. Tapi why not kalau malam ni kita tengok ada lagi ke tak?"
Cadangan itu agak menarik.
"Aku pun terfikir benda sama." Kami melangkah keluar dari situ.
Ada orang suka? Secret Admirer?
Buat kelakar adalah.
Sejak dari mula-mula masuk lagi, orang sering tertukar antara seorang Afaaf Syafiyyah dan Azyan Syuqairah. Apalah nasib, muka lebih kurang sama. Kalau bukan adik-beradik, orang ingat kembar tak seiras.
Ah, ini bukan cerita anak aku bukan anak kau jugak.
Sebab itu malas nak layan dengan Ikhwan. Nak berkawan? Lagilah kena pilih elok-elok. Terlalu entah apa-apa sangat perangai. Takde angin, takde ribut tiba-tiba buat kabut. Ada ke patut nak confess dekat Azyan, nak ajak kahwin lah kononnya. Kan pengajiannya akan tamat tidak lama lagi sekali... tersilap orang.
Pergi confess dekat aku pulak tu?
Habis kecoh dengan geng-geng Tahun 6 dengan Tahun 7. Iyalah, pelajar Tahun 7 biasanya ada yang berkahwin sementara menunggu keputusan peperiksaan yang akan keluar pada tiga bulan berikutnya.
Dah umur akil baligh, majoriti dalam 17-19 tahun. Paling tua dalam sejarah batch Tahun 7, umur 25. Itupun sebab nak ambik Paper Deeniah.
Mind blowing.
Taktahulah terlalu sendiri atau memang nak pasangan. Lagi menyedihkan bilamana si dia kena reject. Makin kena gelak lah dengan mereka ni.
Sebab... sistem yang ditawarkan madrasah sudah cukup bagus, mungkin?
Jika sekiranya mana-mana pelajar Ikhwan atau Akhwat ingin mendirikan sebuah masjid dengan ikatan yang sah, mereka boleh meminta kepada mana-mana mentor untuk menjadi orang tengah. Segala proses dari merisik sehingga selangkah ke gerbang walimatul urus akan diuruskan oleh mentor.
Fikiran kembali ke dunia nyata.
Kami meneruskan makan dan minum secara senyap. Sesekali diselangi bunyi dentingan loceng yang ditekan oleh barista.
Ah, missing my old time.
Walaupun sudah lama berlalu, rasa macam baru semalam berhenti bekerja daripada sana. Itupun berhenti kerana mendapat panggilan untuk sambung belajar.
Gaji sikit-sikit tu, boleh lah nak buat duit poket. Padahal abah mampu je nak tanggung. Saja, saja nak cari duit sendiri.
Orang kata, bau hasil titik peluh sendiri ni lain.
Padahal, bila bau duit tetap bau yang sama.
Bau-bau yang duit tu bila keluar sama laju macam air paip mengalir.
"Lepas ni teman aku pergi satu tempat. Nak?" Ajak Sara.
Aku mengangkat muka memandangnya.
"Okay jugak tu."
Kepala mengangguk laju tanpa berfikir panjang.
"Gi mana?"
"Cari barang sikit."
***
Sudah berapa kedai yang telah dimasuki. Tinggal satu sahaja destinasi. Kaki hanya setia mengikut langkah Sara. Katanya, hendak mencari beberapa helai tudung baru.
Ainul Banat.
Dalam kamus kata klasik, ia bermaksud sejenis kain yang cantik dan bermutu. Mungkin, mungkin salah satu asbab kedai ini dari dulu lagi sudah terkenal. Hanya bermula dengan kedai kecil sehingga boleh maju menjadi butik tudung muslimah.
Mata merewang pada jenis-jenis kain tudung yang tergantung di dalam butik.
"Fiya." Bahu dicuit dari tepi.
"Cuba kau try yang ni. I think it suit for you." Huluran bertukar tangan.
Tudung berwarna nude bertahtakan manik-manik kecil itu bersinar seperti bintang pada dada langit.
"Me? Try?" Aku cuba meminta kepastian.
"Haah. Try lah. Aku nak tengok." Katanya sambil menganggukan kepala bagi meyakinkan aku.
Anak rambut yang berjuntaian diselit pada belakang cuping telinga. Rambut dibetulkan sedikit sebelum meletakkan kain itu diatas kepala.
"Cantiknyaaaa. Kalau pakai dengan anak tudung sekali mesti lagi nampak kemas. Jap eh." Dia berlalu pergi.
"Kak, tolong ambik anak tudung satu." Tangan melambai kearah pekerja perempuan yang berada tidak jauh daripada tempat kami tadi..
"Ambik warna yang boleh match dengan tudung tu."
Dia menunjukkan kearahku. Suaranya dapat didengari sehingga ke sini.
Aku masih berdiri sambil melihat pantulan diri di hadapan cermin.
Cantik?
Aku bertanya sendiri.
Kali terakhir berimej seperti ini semasa masih di madrasah. Jari menyentuh wanita yang berwajah seperti aku yang terpapar pada cermin. Alangkah indahnya, jika masih ada jiwa seperti suatu ketika dulu.
Ruhi, yang diselangi dengan jiwa.
"Nah. Scarf."
Lamunan terhenti.
Anak tudung berwarna kelabu dipandang.
"Cuba pakai scarf ni dulu lepastu kau pakai balik dengan tudung ni."
Aku hanya mengikut seperti yang diarahkan olehnya.
"Cantik. Cantik kau bila pakai tudung ni."
"Betul tu kak, nampak hidup. Design ni baru je release semalam."
Aku sudah tidak mendengar bait perkataan yang diucapkan oleh pekerja perempuan itu. Diri masih lagi dibelenggu dengan khayalan sendiri.
Betul lah, kali terakhir memakai tudung seperti ini semasa masih di madrasah dulu. Selepas itu, diri bagai hilang arah. Hilang tanpa hala tuju.
Jika dunia hari ini bergantung dengan sistem navigasi satelit untuk memudahkan urusan kehidupan, begitu juga dengan aku. Aku juga manusia biasa yang memerlukan gps keimanan untuk mencari restu ilahi.
Namun semakin mencari, diri terasa disekat oleh sesuatu.
Seperti orang buta yang mengharap sepenuhnya pada tali untuk menuntunya ke jalan yang selamat. Dek kerana tiada seorang pun yang menolong si buta, tanpa sedar, tali itu terputus sepenuhnya. Lalu, si buta itu terjatuh ke dalam dasar.
Tudung dicabut semula. Tudung tadi dihulurkan kepadanya.
Sara memintaku untuk menunggu sebentar sementara menunggu tudung-tudung yang dipilihnya tadi disiapkan oleh pekerja wanita yang setia membimbing daripada tadi.
Aku duduk di salah satu sofa yang ada. Jari pantas membelek sosial media untuk mengetahui tentang isu-isu semasa.
"Thank you, come again." Kata pekerja perempuan itu bersama beberapa pekerja yang lain.
Sara baru saja selesai membuat pembayaran. Aku berjalan disisinya. Jam tangan dibelek seketika.
"Aku rasa macam nak balik lah." Kataku sambil memandangnya.
Kami melangkah kearah pintu lif. Butang yang bertanda anak panah ke bawah ditekan.
"Sama lah. Nanti mak aku bising pulak kalau keluar lama sangat."
Mak-mak, faham-faham ajelah.
Ground floor.
Seusai sahaja membayar dengan mesin pembayaran automatik, aku terus berpaling tubuh kearah Sara. Belum sempat membuka mulut...
"Nah." Hulurnya secara tiba-tiba.
Bibir diketap perlahan.
"Alah... susah-susah je lah. Kau ni..."
Agak segan dengan pemberian yang tidak dijangka itu. Namun, tidak sampai hati pula untuk menolak.
"Tak susah pun, aku bagi ni... Biar kau tahu yang aku tak pernah lupa dekat kau."
Tanganku dibawa kedalam genggamannya.
"Thanks for today. Also thanks for this gift."
"My pleasure, no biggie lah. Insya-Allah, next time boleh la jumpa lagi."
Perjumpaan kami hanya setakat disitu kerana masing-masing mempunyai hal yang lain.
***
Suis lampu bilik dipasang. Mata meliar mencari remote penghawa dingin.
Paper bag diletakkan pada hujung katil.
Aku berjalan kearah meja solek. Haa, itu pun dia. Butang on ditekan. Angin sejuk mula terasa.
Wet tissue diambil untuk mencuci maskara. Wajah sengaja didekatkan pada cermin. Jari menyentuh ada hujung bulu mata sebelum ditonyoh secara perlahan-lahan. Sebelah mata dan diikuti dengan sebelah lagi, selesai. Mata dikerdipkan beberapa kali.
Wet tissue terus dibuang ke dalam tong sampah di bawah meja.
Kapas yang tersedia diatas meja diambil, sebelum meletakkan beberapa titisan micellar water diatasnya. Muka ni, walaupun ada satu yang kadangnya boleh menjadi dua muka. Ops. Setelah seharian keluar dari pagi, membuat double cleansing memang sudah sebati dalam diri. Selain untuk menghilangkan kotoran makeup dan debu, ia juga bagus untuk mencegah proses penuaan pada kulit wajah.
Kapas dibuang.
Kaki melangkah kearah katil. Punggung dihenyakkan bersebelahan dengan paper bag. Aku menjengukkan kepala kedalam sebelum terperasankan sebuah kad mini yang bertulis tangan.
Cliche. Sempat lagi Sara menulis, bila dia buat pun aku tak perasan.
Hadiah yang cantik untuk tuan yang cantik.
- Sara ^^
Kad itu dilipat semula.
Aku mengeluarkan isi yang terkandung di dalam paper bag, sebelum mata mula terbeliak luas.
"Tudung?"
Hati mula berdetak hebat.
Sorry, chap ni macam banyak ayat berulang sobs
Tenkiyu semua yang support cerita ni.
9/2/21, 6.22pm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro