Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 26: Sissy

"Biyyy..."

Suara rengekan Lily membuatkan kami bedua berpaling kearahnya. Tak sedar pula bila pintu utama itu dibuka.

"Dah lama you sampai?"

Selipar diletakkan pada rak yang tersedia di tepi pintu. Langkah kakinya diluaskan, berjalan terus menuju kearah lelaki yang digelar 'biy' itu. Biy terbangun dari duduknya secara automatik dan mereka berpelukan.

"Lama lah jugak. Sampai dan nak sejuk tau air dalam mug ni."

Biy mengadu manja. Tangannya mengusap ubun-ubun kepala si gadis seperti cik meow.

Sekejap, cara belai kucing dengan cara manjakan partner sama ke? Entah. Tak pernah pulak membela kucing. Aku bukan penggemar haiwan kesayangan ramai itu. Sudahlah berbulu. Tak geli ke dengan bulu-bulu macam karpet tu?

Aku yang dari tadi melihat drama geli-geli swasta hanya mampu membuat gaya nak muntah.

"Sorry for interrupt, but... hey, i am still here. Yeay!" Aku cuba menceriakan suasana sambil menepuk tangan.

"He he, sorry."

Lelaki itu berpaling sedikit kearahku.

Teryata, suara teguranku tadi sudah cukup membuat mereka berdua tersedar dari khayalan cinta persis Uda dan Dara. Tangannya dilepaskan perlahan dari pinggang si gadis.

"Spoil lah kau ni!" Kata Lily dengan sedikit marah.

"Alah honey boo biy marah ke? Takmo la gitu." Seraya itu, kedua tangannya menangkap tubuh Lily. Mendukung gaya bride style dan terus dibawa masuk ke dalam bilik.

"Give some space for us. Thanks." Sebelah mata dikenyitkan sebelum kaki terus menolak pintu dengan rapat.

Aku sekadar menjulingkan mata ke atas.

Urghhh.

Beg yang diletakkan diatas island table tadi diambil sebelum masuk ke dalam bilik.

***

Suasana pagi di dalam warung nasi lemak pandan mula dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan yang tidak sabar untuk melantak keenakan resepi istimewa itu.

Bukti melayu sejati terselah apabila memulakan pagi dengan sebungkus nasi lemak dan secawan teh tarik. Satu kombinasi yang ho liao lah. Juga boleh menjadi punca kehadiran penyakit obesiti.

Aku menghabiskan suapan yang terakhir tanpa meninggalkan walau sebutir pun nasi.

Orang dulu-dulu pernah cakap, nasi yang tertinggal biasanya akan menangis apabila rakan nasi yang lain meninggalkannya berseorangan. 

"Never expect Afaaf can be this fun." Ujarnya sambil ketawa. Tisu yang telah tergumpal diletakkan ke dalam pinggan.

Asyik-asyik aku je yang kena. Geram je tau. Tangan sibuk bermain-main dengan mengacau ais di dalam cawan. Berpura tidak mendengar dengan perbualan tersebut.

"I nak tanya dia pasal kita, what we used to pastu dia cakap pasal politik."

"Serious?" Lily juga ketawa.

Aku sekadar sengih. Masing-masing mula meninggalkan ruangan.

"If she dont mind, boleh I stay sini macam sebelum ni. How? Can or not?"

Mereka berdua bersembang bagai kehadiranku sekadar patung cendana. Kalau iya pun pasangan merpati sejoli, janganlah lupa member dekat belakang.

"Tapi you... tak boleh la macam tu. Kena faham situation Afaaf macam mana. You pun tahu kan pasal tu." Lily memujuk dan menarik tangannya ke dalam genggaman.

"Hmmm, will miss my honey boo."

"Oloo biy kita ni." Mulut dimuncungkan sambil memegang garis rahang yang tajam itu sekilas.

Kami bertiga berjalan hingga ke tempat letak kereta, tidak jauh dari warung tadi.

"Girls, gerak dulu lah. Bye."

Dia meminta diri untuk beredar.

"Byeee." Aku dan Lily berkata serentak.

Kami hanya menghantar dengan ekor mata. Melihat lelaki itu berjalan ke arah laluan yang bertentangan sebelum dirinya tiba-tiba berpaling.

"Haa, kau jangan nak mengorat awek aku pulak." Dia sempat berpesan sebelum berjalan semula.

"Iyaa, takde maknanya nak ngorat." Lidah dijelirkan kearahnya.

***

Sebaik melepasi guardhouse di apartment rumah lama, tayar kereta terus bergerak ke kawasan tempat letak kereta bawah bumbung. Tidak jauh dari sini, aku sudah dapat melihat kereta kesayanganku yang sudah sekian lama ditinggalkan.

"Kau kan, aku dah cakap kereta ada dekat basement area dengan jejantas." Aku menjeling menggunakan ekor mata. Seatbelt dicabut.

"Alah, tempat ni too big lah. Thats why tak jumpa." Lily mengeluh.

"Too big konon." Aku keluar dari perut kereta sebelum menyambung, "Rasa your condo lagi pening nak cari tau." Pintu kereta ditutup kembali.

Dia sekadar menyengih, sesuai sangat jadi model iklan ubat gigi.

Enjin kereta dipanaskan, tingkap pada bahagian kanan dan kiri dibuka separuh.

'Minyak full lagi ni.'

Broom...

Pedal minyak ditekan sedikit.

Broomm...

Lalu, ditekan sedikit kuat daripada tadi. Meter kelajuan naik seperti yang sepatutnya.

Pin!

Hon ditekan perlahan. Tingkap pada bahagian pemandu dibuka sepenuhnya.

"Kita convoi sekali tau nanti?" Ajakku.

"Okey gak tu."

Bukan apa, kereta lama kena sidai tak bergerak takut jadi lain pulak. Kan?


Teratai Square.

Antara pusat membeli belah yang terbesar di Kota Raya. Satu kebanggaan untuk warga kota metropolitan ini. Jika orang bertanya berasal daripada mana, sebut saja nama bangunan ini. Pasti mereka tahu.

Tempat ini juga tidak jauh daripada apartment lama. Dengan jarak sekadar 5 kilometer, hari-hari boleh sampai.

"Cantiknya corak ni. Weh, dah lama kan kita tak hang out."

Dia mengangguk.

Dalam tempoh waktu sejam sahaja telah dihabiskan untuk fokus pada rawatan penjagaan diri. Dari proses mencuci rambut, rawatan muka sehinggalah manicure and pedicure session. Kesemuanya dilakukan secara serentak oleh staff yang terlatih disitu.

Melihat biasan diri pada cermin, wajah yang sudah lama tidak dirawat mula terlihat segar.

Kami berdua baru saja selesai memanjakan diri di Spa Village. Kedua tangan masih lagi ditilik. Kemas betul hasil tangan therapist ni.

'Last buat bila ek?' Aku tertanya sendiri.

'Ah takpelah. Janji puas hati ye, Ya.' Masih teruja dengan kuku baru, aku mencari Lily.


Tinggg...

Tinggg...

Tinggg...


Bunyi notifikasi dari telefonnya tidak berhenti daripada tadi.


"Halah, pantang betullah orang spam chat ni." Keluhnya. Wajah itu kelihatan serabut. Skrin telefon di swipe pada aplikasi Borak.

"Alamak!"

Bola matanya terbeliak luas.

"Kenapa tu?"

"Aku kena gerak sekarang lah, kena cover member jumpa client."

"Sekarang ke?"

"Haahhh." Kepala dianggukkan bagi mengiakan pertanyaan tadi.

"Sorry tau." Sambungnya lagi. Dia memegang lembut pada bahuku sebelum berjalan pergi dengan tergesa-gesa.

Ish, ni bukan jadi sister day out dah ni.

Aku hanya memerhatikan pemergiannya itu. Tak semena-mena, tubuh dirempuh oleh seseorang. Kaki yang memang tidak bersedia dengan situasi itu mula terkebelakang sedikit.

"Sorry." Badan terus menunduk untuk mengambil beg plastik insan yang baru saja melanggarku sebentar tadi. Apa salahnya mengalah, dah memang salah sendiri tak berhati-hati.

"Fiya? Afaaf Syafiyyah?"

Aku memandang kearah suara yang berani memanggilku sebegitu. Otak ligat menyeru sel-sel didalam otak untuk berhubung antara satu sama lain. Jarang orang memanggil dengan nama penuh itu. Melainkan...

"Fiyaaa, lamanya tak jumpa kau!" Ucapnya seraya memeluk tubuhku lalu dilepaskan sambil menilik kearah kiri dan kanan seperti anak patung.

"Lainlah kau sekarang."

Melihatkan wajahku tanpa riaksi mahupun balasan, dia cepat-cepat menyambung.

"Maksud aku, makin cantikkan kau sekarang? Apa rahsia? Share-share la sikit." Katanya lagi sambil mata dikenyitkan sedikit. Senyumannya terhias riaksi nakal.

"Sara."

Beg plastik bertukar tangan.

"Apa-apalah kau ni." Aku membuat tangan gaya rimas sambil tersenyum malu.

Malu.

Satu perasaan yang janggal dalam diri ini.

Mungkin sebab keadaan diriku sangat berbeza dengan gadis yang berada di hadapanku sekarang.

Jangankan kata sehelai kerudung yang menutupi kepala, malah pemakaian kami saja sudah jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara.

Bagai langit dengan bumi.


"Catch up? Jom?"



Hey Dorothea,

Do you ever stop to think about me?



Qohwah Cafe.

Bau biji kopi yang freshly brewed amatlah menggoda.

Suasana ketika ini agak lenggang. Mungkin kerana waktu ini bukan peak hour. Mata menerawang ke sekitar kafe.

Tabik spring kepada geng Interior Design yang dapat mencetuskan idea untuk menghias kafe segempak ini. Gaya minimalis moden yang digabungkan dengan seni halus batik amat jarang dijumpai pada zaman sekarang.

Percayalah, corak sebegini tidak lapuk ditelan zaman.

Lagu Jazz memenuhi ruangan sangat memain peranan dalam sesebuah kafe. Mungkin kerana pernah bekerja sebagai barista, aku menjadi tahu serba sedikit tentang selok-belok perniagaan itu.

Mataku hampir saja terpejam sebaik menghidu aroma kopi daripada cawan. Sepaket gula dibuka sebelum dikacau sebati menggunakan stirrer, lalu menghirup air seteguk dua.

"Anyway, where have you go Sara?"

Cawan diletakkan kembali. 

"Tahun 7 was tough. Need to put much struggle on it. With flying colours, fly overseas."

"Alah, biasalah tu. Paper Deeniah kan."

Paper Deeniah. Sejenis peperiksaan yang akan melayakkan seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang agama.

Garfu kecil dicapai. Tangan mula memotong sepotong kek menjadi cebisan kecil. Tak tunggu lama, cebisan tadi terus dibawa masuk ke dalam mulut. 

Sedap! Cair dalam mulut kot.

"Well, fly overseas?"

"Iyup. Jordan."

"Bukan kaleng-kaleng. Mesti Mumtaz kan? Tengok muka dah boleh teka lah." Jari dipetik. 

'Macamlah tak tahu, dia ni acah je lebih. Budak gifted macam tu? Sudahlah gifted, gigih pulak tu. Bukan setakat nak pejam celik menghafal sampai otak macam pendrive, rasa boleh tergolek biji mata disebabkan selalu berjaga malam. Padahal, sekali nafas pun boleh jawab. Kacang goreng lah.'

"Alhamdulillah."

Dia sekadar senyum. Sesuap chicken pie disua ke mulut.

"Eh kau, banyak pulak nak tahu pasal aku. Kau pulak macam mana? Asal lepas keluar dari sana susah nak contact?"

Diriku tersentak. Makanan didalam mulut terasa berpasir. Kunyahan diperlahankan sebelum menelannya dengan berhati-hati.

Hampir 2 tahun menghilang dari dunia media sosial, tiada siapa yang mencari. Hanya nombor telefon saja yang dikekalkan. Nak tengok, ada tak yang sedar dengan 'kehilangan' itu namun harapan hanya tinggal harapan.

Ingatkan, bila merajuk ada yang memujuk. Sudahnya, diri sendiri yang terpaksa memujuk diri.

"Ewah, dia yang dah lama tak bukak Borak. Nak salahkan orang pulak."

Jawapan yang diberi lebih terarah untuk menukar topik.

"Lah, still on Borak ke? Sorryyy. Mine kena tukar number sebab dah lama tak top-up, faham jelah kan."

"Eii, sampai hati tau lost contact dengan aku." Nadaku berbaur merajuk. Mata terasa kabur.

Aduh, air mata pun time ni jugak nak keluar. Mengada. Cengeng betul. Dada yang terasa sesak cuba ditenangkan dengan menarik nafas sedikit dalam.

"Habis takde so called school friendship."

Aku dengki sebenarnya. Dengki dengan kawan-kawan yang still keep in touch dengan kawan-kawan semasa sekolah menengah. 

They always have a special place in my small heart. Grewing up together, doing silly thing and stuff. It's hard to say good bye in a friendship because there is no good in bye, Maybe?

Sometimes, one has to do it in order to attain what they should in their life.

"Janganlah macam tu. Jom, kita kawan macam dulu. Kawan dengan aku balik tau?"

"Then, I will show you how a real friend treats their friend."





2021 a bit tough than previous year. Kan?

10.27 pm, 22/1/2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro