Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25: Mawar Beracun




But I got smarter,

I got harder in the nick of time.


Honey,

I roses up from the dead,

I do it all the time.





Walaupun baru semalaman menumpang di rumah orang, rasa segan tu sumpah tak boleh nak bawa bincang.

Lilian memandu dengan penuh yakin ke dalam perut basement. Banyak betul duit, rasanya sewa bulanan dekat sini saja dah nak dekat dua ribu riyal.

Sepadan sangatlah kot dengan apa yang dibayar.

Facility completed.

Menariknya, pada bahagian rooftopnya di tempatkan satu taman sebagai sudut untuk bersantai. Berbumbungkan cermin kaca lut sinar, dari jauh, tempat ini mungkin kelihatan seperti rumah pokok.

Oh!

Dan pada bahagian ini juga terletaknya sebuah kolam renang yang berhamparkan dengan pemandangan kota raya yang gah disebut-sebut ini.

Malah, turut dilengkapi dengan sistem kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan guard house yang beroperasi selama 24 jam.

Terlalu sempurna.

Baik secara indoor mahupun outdoor.

Ahah, inipun setelah di search semula dengan artikel yang pernah viral sebelum ini.

Dalam berfikir-fikir, ada baiknya juga jika mengikuti kelas gim. Alah, yang body builder suka buat tu. Cukup sekadar untuk mempertahankan diri ala-ala kadet badan beruniform. Namun, bukan dalam masa yang terdekat ini lah. Semput jugak nak membayar itu-ini. Bab-bab duit ni jangan dibuat main sangat. Ini pun menyewa sebab company yang bayarkan. Tinggal mengisi nama tuan rumah, sewa bulanan beserta akaun bank. Itu pun semua maklumat berkenaan hanya perlu diisi secara diatas talian.

Sebut pasal company, mereka memberikan leave selama dua minggu untuk aku merehatkan diri bagi mencari semula kewarasan akal dan minda. Udara disedut seketika. Berada di balkoni pada tingkat 20 agak gayat, tetapi seronok! Dari sini dah boleh nampak trek jogging berhadapan dengan taman dan pada bahagian balkoni bilik pula boleh melihat swimming pool.

What a heaven!

Mesti bestkan boleh release stress. Mata terpandangkan dua jejaka yang sedang berenang di bawah sana. Haih, kalau join sekaki boleh feeling ikan duyung sambil ditemani si kacak. Orang kata, sambil menyelam sambil minum air, mana maunya kot bergelen-gelen air dah tertelan sebab tengok anak orang lama sangat.

Ehem, yang handsome sahaja ya. Tak handsome sila ketepi.

Mata dikerling sekilas ke dalam rumah. Tiada tanda-tanda kelibat Lilian pun. Bahu dijungkitkan sedikit.

'Dah masuk dalam bilik la tu kot.' Kataku sendiri.

Pintu sliding door ditutup rapat.


Sudah hampir seminggu terperap didalam rumah ni, aku terperasankan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun masa zaman belajar dulu.

Lily ni...

Bawa boyfriend sampai dalam rumah jugak ke?

Acap kali juga terserempak dengan mereka di ruang tamu atau sedang makan di meja makan. Malahan, seawal pagi juga.

Breakfast?

Aku jadi terfikir benda lain.

Kalau sekali dua tu malas lah nak tegur, masing-masing pun dah besar. Tahu sendiri mana dosa dan pahala.

Eh, tengok. Kan dah termenyibuk hal orang.

Padahal diri sendiri pun tak berapa nak betul.

Aku yang sememangnya sedang melepak di swimming pool outdoor mula menuju ke shower room. Membilas diri daripada sisa air klorin yang ada pada kolam renang tadi. Paip shower dipulas selari dengan bunyi pancuran air hujan yang mengalir ke tubuh amat melegakan jiwa dan raga. Botol shampoo bersaiz mini dipicit sedikit sebesar saiz lima puluh sen. Tangan cekap membuihkan pada tapak tangan dan mengurut secara lembut pada kepala. Kakak pekerja saloon pernah cakap, teknik ini berkesan yang amat kalau nak mengurangkan scalp dan hairfall. Kalau digebangkannya, memang basah kena tipu hidup-hidup.

Sedang ralit membilas rambut, terdengar seperti ada derap seseorang memasuki ruangan ini.

Ni mesti Lily takpun salah seorang dari gadis-gadis tadi. Aku cuba berfikiran positif.

Tapi kenapa senyap? Sedangkan tadi bukan main galak lagi bergelak ketawa macam takde hari esok.

Kepala paip ditutup.

"Hello? Anybody here?"

Jeda. Tiada sebarang jawapan dari pihak sana. Badanku mula meriding. Patutlah umi selalu pesan, tak elok kalau keluar malam-malam. 

Balutan dikepala dikemaskan sebelum keluar dengan tergesa-gesa. Pintu loker terus dibuka sebelum berpaling pada bangku yang terdapat di belakang.

"Lily! Terkejut aku tau. Lain kali kalau nak berjalan tu cubalah buat bunyi sikit!" 

Dada diurut perlahan bagi memujuk seketul hati yang  baru saja ingin meloncat keluar.

"Hey, kenapa takut sangat ni? Aku baru sampai lah." Bathrob ditubuhnya kelihatan kurang kemas. Dia sibuk mengikat tali pada pinggang tanpa rasa bersalah.

"Habis tu tadi masa dalam shower tu siapa?"

Aku terdiam sendiri.

'Takpelah. Perasaan je kot.' Aku memujuk diri. Masih terkesan dengan perkara yang telah berlaku baru-baru ini.

Setelah lengkap berpakaian, beg diambil dari dalam loker.

"Aku naik dulu tau."

"Okey."

***

Tombol pintu automatik dibuka sebelum disapa oleh satu suara dari dalam rumah.

"Honey? Is that you?"

Derapan larian anak mula mendekat pada pintu utama.

"Oh, kau rupanya."

Wajahnya yang ceria tadi bertukar hampa.

"Yeah, hai." Aku cuba menegurnya, walaupun terasa sedikit janggal.

Dengan segala kekuatan, aku cuba memberanikan diri masuk ke dalam rumah walaupun risau peristiwa lama berkemungkinan boleh berulang semula. Tapi dia dah ada girlfriend kot, takkanlah kan?

Aku menonong berjalan masuk ke dalam rumah.

"Afaaf."

Dia memanggil semasa aku melepasi ruang tamu.

"Can you make me a cup of coffee? While waiting my honey boo, Lily. Please?" Melihat wajahnya yang penuh dengan pengharapan, aku mengganguk tanpa bantahan.

Beg yang mengisi barangan yang dibawa ke swimming pool tadi diletakkan di atas meja makan atau lebih dikenali sebagai island table.

Jari menekan butang pada coffee maker.

"Kau memang selalu datang sini ke?"

Hah?

Aku kebingungan. Bukan sepatutnya aku ke yang tanya dia soalan tu?

"Eh tak... Aku memang stay dekat sini lah."

"Oh I see. Jarang nampak."

'Memang la dah bekurung dalam bilik', aku hanya mampu berkata di dalam hati.

"Macam tu pulak? Hahaha". Tawaku dengan terpaksa. Terdapat kejanggalan disitu. Bunyi ketawa tak natural.

"Sepatutnya, aku yang tanya kau soalan tu." Seraya itu, mug yang berisi kopi dibawa kepadanya.

"Nah." Mug diletakkan diatas meja.

Aku berura-ura untuk pergi. Namun, tangannya memegang kejap lenganku yang berlapikkan cardigan berlengan panjang.

"Me either."

"Used to."

Aku terkedu. Tangan cepat-cepat dilepaskan.

Patutlah... Lily susah nak bagi aku datang rumah dia. Ada housemate spesis terancam rupanya.


Aku bukan nak bertindak menjadi polis keagamaan, tetapi tak pernah terfikir sehingga ke tahap ini.

Aku tahu, aku taklah sebaik mana tapi sampai bila nak tersasar jauh dari landasan yang betul?

Paling tidak pun, aku ini keluaran sekolah agama. Bukan kerana produk agama, bukan kerana madrasah tempat aku menuntut ilmu.

Tetapi atas kesedaran sebagai seorang yang belajar agama di madrasah, adakah ini yang aku dapat setelah berhempas pulas mengenal segala jenis ilmu yang aku berani jamin, takkan pernah dapat dekat tempat lain.


Allah, adakah hamba ini masih layak untuk menghapuskan dosa ini?


"Hah?" Suaraku terlepas tanpa sedar.

"Yes, sort of. We used to live together." Katanya lagi.

"Before ada misscommunicate between us then I decide to move from here. Tup, tup kau pulak yang masuk." Tambahnya lagi bagi melengkapkan pecahan puzzle yang tidak bersambung dari tadi.

Oh.

Aku tidak tahu dialog apa yang harus digunakan agar tidak menjadikan situasi antara kami sekarang menjadi sebegini janggal.

"I think I need to go now." Mukaku sengaja dikekalkan beku dan sengaja buat-buat sibuk.

"Kau ni macam asyik mengelak je kan kalau kita berdua je." Dia mula bersandar pada sofa dan sebelah tangannya direhatkan pada bahu sofa.

Tebakannya mengena.

"Eh, no lah. Mana ada." Otak ligat berfikir untuk memberikan jawapan yang sesuai lagi menjaga hati partner si Lily ni.

"Nak rest. Penat swim dengan Lily tadi." Jari telunjuk digerak-gerakan membuat gaya.

"Ke tak open minded?"

Hah?

Aku terpinga lagi.

"Open minded tak?" Soalnya semula.

Otakku sekali lagi ligat mencari jawapan, lalu secara spontan segera membalas.

"Yes, of course. Politik negara kita ni makin hari makin teruk kan?"

Tawanya meletus.

"Not that, dear."

Alamak, habis tu apa?

Si Lily ni pun satu, buat apa lama sangat dekat bawah tu?

"Kalau you open minded, boleh discuss pasal stay dekat sini balik."




Ada yang baca lagi ke?

Terima kasih sebab sudi baca. 

Maaf, tulisannya biasa-biasa saja.

Saya pun otw cut scene biar pendek dan padat. Penat nak tulis. Jangan sampai ada nasi campur kang. 

Btw, selagi pkp tak dapat nak update hari-hari macam on first mco. Terjadi content creator, buat kerja tak berbayar but ok lah untuk up kat utiyup.


Final edit sejuta kali since tahun lepas terbangkit dari alam mimpi, dengan ini.

2/2/2021, 8. 53 pm



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro