Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24: Parut Berdarah

**Ini adalah versi belum di edit. Perkataan english juga tidak akan di italic kan. Maaf atas kekurangan yang berlaku**

Berbalam-balam cahaya masuk ke dalam kornea mata.
Terkebil-kebil seorang diri sambil memandang kearah syiling. Putih, bersih tanpa sebarang sawang. Aroma ini membuatkan aku tersedar bahawa sekarang ini berada didalam bilik klinik. Suara-suara perbincangan disebalik tirai langsir boleh didengari dengan jelas.

"Afaaf? Ada sakit dekat mana-mana tak?" Tanyanya sambil menolak sedikit langsir.

Aku sekadar menggeleng perlahan.

"Doktor cakap kau tak cukup rehat. Maybe terkejut semalam tak hilang lagi kot."

Ujarnya lagi, ekspresi mukanya seperti berkira-kira. Sebelum menyambung.

"Kau—"

"Reena." Aku memotong percakapannya.

"Aku okay," nafas berat dihela.

Bunyi derap langkah seseorang menyebabkan percakapanku terhenti. Secara automatis, mata melihat kearah sana.

"Cik Afaaf." Sambil memandang kearahku seketika sebelum pandangannya beralih kepada Reena.

"Boleh bagi ruang dekat patient?"

"Sure."

Reena tersenyum sedikit sebelum meninggalkan ruangan dengan sopan. Kini, tinggallah aku berdua dengan doktor ini.

Dia berdehem sedikit. Matanya masih melekat pada borang maklumat peribadi pesakit. Mungkin ingin menghadam maklumat sebelum memulakan bicara.

"Our nurse cant detect much about your health condition. Saya dapati cik ada hide something from us since sakit you ni ada kena mengena dengan psychiatrist department."

Aku tersenyum tawar.

"Hospital yang you selalu consult pun memang totally reject bila kami minta medical history. Saya bukan apa, takut tersalah prescript ubat je."

Dia berupaya memujuk.

"Dengan simptom-simptom yang ada, kami dapati cik ada atau pernah mengalami serangan panik."

"Cuma, penyakit tu datang balik sebab kes tu trigger me back." Aku menyambung percakapannya.

"Yes, right." Dia berkata sambil mengangguk. Tangan yang setia memegang maklumat peribadi pesakit dibelek-belek.

"Boleh tahu, cik ada ambil lagi ke ubat tu?" Dia bertanya.

"Sekarang tak ambik dah. Lately malas nak depends dengan ubat. Entah."

"Okey... bagus dah cik taknak depends dengan ubat. Tapi dengan keadaan cik yang sekarang, cik kena makanlah dalam beberapa harini. Lepastu boleh buat spare."

Aku menggangguk mengiakan kata-kata doktor.

"Cik ingat tak ubat jenis apa yang cik ambil? Aripipirazole? Anti psikotik atipikal?"

Kening berkerut mengingati semula nama ubat.

"Emmm yang ni kot. Ubat tu bentuk oval lepastu warna putih."

Doktor itu menepuk dahi.

"Cik, dekat sini hampir semua ubat warna putih."

Dia sengih.

Aku pun sengih.

"Sorry, saya tak ingatlah nama ubat tu."

"You cant say like that. Takpelah, saya prescribe ubat yang paling light to control your panic attack okay?"

Aku mengangguk setuju.

Tangannya ligat menulis beberapa perkataan seperti cacing berjoget.

"So, nanti saya ada bagi cream untuk cik sapu pada kesan-kesan merah ni sekali. Saya nasihatkan, cik jangan buat kerja berat dulu lah dalam tempoh terdekat ni."

"Okey doktor, terima kasih."

Sebaik sahaja doktor keluar daripada situ, Reena masuk kembali dengan cemas yang tidak berkesudahan.

"Habis tu, kau duduk sini dah inform parents? Nak aku bagitaukan tak?"

Heh aku senyum tawar sambil menggeleng.

Mereka pun tidak pernah tahu aku mempunyai penyakit itu. Katanya, penyakit mental ini hanya untuk orang-orang yang bermasalah. Hutang ah long, suami kaki pukul. Habistu? Jiwa remaja yang baru mengenal erti dewasa ini tidak pernah ada masalah kah?

Kerana simptom-simptom ini agak menganggu pembelajaran, aku sengaja menjejakkan kaki ke bilik kaunseling. Sebelum memulakan sesi, setiap orang yang berkunjung ke sini akan mengisi borang hitam putih. Borang ini mesti ditandatangani antara dia dan kaunselor yang dipilih. Andai kata cerita semasa sesi kaunseling tersebar, dia mempunyai hak untuk menyaman dan kelayakannya sebagai seorang kaunselor akan ditarik.

Just love to being me, i guess?

.
.
"Cuba tandakan jawapan kamu pada soalan-soalan berikut. Cara menjawabnya berdasarkan peristiwa antara seminggu hingga dua minggu yang lepas bermula daripada hari ini."

Borang aras stress, keresahan dan kemurungan dibaca dengan teliti. Juga lebih dikenali sebagai DASS test.

Iaitu Depression, Anxiety, Stress Scale 21. Borang ujian ini biasa berubah selaras dengan arahan pihak Kementerian Kesihatan.

Usai sahaja menjawab, borang tersebut diberikan semula kepadanya.

Ruangan bilik itu hanya diisi dengan bunyi penyaman udara.

Beberapa minit kemudian, kaunselor bersuara.

"Kamu punya aras stress, keresahan dan kemurungan berada pada tahap yang tinggi. Kamu yakin, semua ini perasaan kamu pada minggu lepas dan minggu yang lalu?"

Dia bertanya, kepala ditundukkan sedikit supaya selaras denganku.

"Hundred percent. Confirm. Even more than this previous week. More than year."

Wajahnya sedikit berubah seketika, sebelum cuba membuat situasi agar tidak berasa janggal.

"Berdasarkan jawapan yang diberi, kamu harus menerima rawatan di klinik psikiatri. Jadi, saya ulang semula, kamu pasti?"

Dia bertanya dengan berhati-hati.

Kepala hanya dianggukkan sedikit.

"Kalau begitu, baiklah. Borang ini saya hantarkan pada klinik psikiatri yang berhampiran. Ke kamu mahu cari sendiri?"

Keningku berkerut sedikit.

"Kenapa rawatan bukan di klinik panel je?"

"Klinik panel tak cover untuk masalah kesihatan mental. Hanya hospital kerajaan sahaja."

Dia menjawab pertanyaan tersebut dengan tenang.

"Oh, jadi borang tu nak bagi untuk rekod hospital sana?"

Aku bertanya lagi.

"Iya. Jadi macam mana, kamu mahu cari sendiri? Saya boleh sarankan beberapa hospital swasta yang bagus."

"Okay, boleh juga. Em sorry for asking, if kita pernah ada rekod kesihatan macam ni, susah nak dapat kerja kan nanti?"

"Betul. Cuma ramai tak alert dengan benda yang dianggap remeh ni atau jika majikan terjumpa, bila-bila masa saja boleh kena buang kerja. Itu berdasarkan apa yang saya tahulah."

Oh dang.

Atas nasihat pihak kaunselor juga, aku diminta untuk membawa kedua ibubapaku semasa melanjutkan rawatan bersama doktor psikiatri.
.
.

Kali pertama admit di hospital semasa awal-awal menjejakkan kaki di universiti. Keadaan fizikal teramat lemah ditambah pula keadaan nafas yang terasa pedih dan perit seperti nyawa ini sedang dicabut oleh Malaikat Izrail. Pada waktu itu, aku berfikir, "Adakah seperit ini kesakitan saat menghadapi detik-detik sakaratul maut?"

Panic Attack.

Sejenis ketakutan melampau yang muncul secara tiba-tiba tanpa sebab dan boleh mencederakan keadaan fizikal. Perasaan tidak yakin tersebut membuatkan otak menerima isyarat bahawa serangan panik sebagai ancaman. Ada pesakit yang berterusan bertarung dengan sakit ini tetapi tidak mustahil juga untuk sembuh sepenuhnya.

Dengan apa yang dikhabarkan oleh doktor psikiatri, mereka seolah-olah menafikan bahawa anak perempuan mereka sebegini rupa. Siapa sahaja yang sanggup menghadap si mental? Mereka agak terkesan, dimana silapnya sehingga aku menjadi sedemikian rupa. Mungkin mereka ingin melihatku gembiran seperti anak gadis yang seumuran denganku.

Patutlah kes berkaitan dengan masalah mental berada pada tingkat kedua selepas obesiti dalam carta penyakit berbahaya di negara kita. Masyarakat terlalu menindakkan dengan mempunyai penyakit mental adalah gila. Serta turut menunding jari kepada pesakit dengan alasan, "Engkau tak cukup iman."

Kata orang, kita takkan faham melainkan kita rasa apa yang mereka rasa.

Put yourself in someone's shoes.
Sometimes.
I mean, dont be so ignorant.

Kalaulah mereka tahu dan ambil peduli, tiada orang yang meminta untuk penyakit. Penyakit ini boleh diibaratkan seperti barah. Boleh membunuh dalam senyap jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

Pernah suatu ketika, ada satu cerita bersiri yang mula menjadi trending di kalangan anak-anak muda sepertiku.

13RW. 13 Reasons Why.

Mengisahkan tentang remaja perempuan, Hannah Baker— yang meninggalkan nota punca kematiannya kepada orang yang menyebabkan dia mengambil jalan mudah— mati.

Ceritanya amat terkesan kerana di saat diri sudah tiada, baru orang-orang mula appreciate.

Aku tidak tahu mengapa, watak seorang Hannah boleh menjadi sebegitu dekat dalam kehidupanku.

Perginya seorang Syafiyyah kepada seorang Afaaf.

Mungkin sebenarnya, aku juga turut mati.

Jiwa seolah dibawa pergi, yang ada hanyalah jasad yang ditutupi dengan kecantikan dunia. Dipuja dan dilihat ramai pada balutan "kegembiraan".

Dari klinik, aku minta Reena singgah sebentar di apartment. Kalau macam ni punya tak selamat, better tinggal berdua dengan Lilian je lah lepasni. Umi dengan abah tak tahu lagi tu. Takpelah, nanti panjang pulak cerita.

Baru semalaman di rumah Reena, Lily sudah mula tercongok dihadapan muka pintu bilik.

"Pah!" Tangannya didepa luas lalu didakapkan padaku.

Pipi dicium kearah kiri dan kanan.

"Hey!" Ujarku sebelum mengesat kesan airliurnya tadi.

"Didn't expect this shitty thing can happened on you!" Gadis itu tersebik kecil.

Aku tersenyum tawar sebelum memulakan bicara.

"Kau tinggal seorang je kan sekarang?"

"Iyup. Roomate aku tengah nak pindah keluar tu. Orang dah kahwin ni kena lah ikut laki kan."

"Oh, dah dapat tenant baru ke? Kalau tak, aku nak masuk."

"Boleh! Lagi cun tu."

"Thank you, Lily."

"Nothing much lah."

Barang-barang penting yang sempat diambil tadi terus ditarik ke tengah bilik. Barang-barang sedia ada dikemaskan secara ala kadar.

"Reena, ni baju pinjam haritu." Aku menghulurkan baju jersi hitam blackmatte berserta seluar trek.

"Oh, haa tapi ni bukan baju pakwe aku lah."

"Lah, haritu?" Aku terpinga.

Mati-mati ingat Fazel ni driver grab yang 'kebetulan' sekali pakwe Reena?

"Kalau aku bagitahu pun kau tak kenal. Takpelah. Nanti aku tolong passkan."

"Okay."

Huluran kain yang berlipat itu diberikan kepada Reena.

'Apapun, bersyukurnya aku ada kawan macam kau. Baik budi pekerti. Macam manalah kita tak kenal rapat masa study dulu. Kau layan aku macam kita dah kenal lama.' Aku sekadar berkata di dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro