Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B21: Overtime


🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦


Tiada apa yang menarik sangat jika bercakap mengenai business. Apa yang mereka tahu, nak hit target. Keuntungan. Dalam sebulan berapa, dalam seminggu sepatutnya berapa dan dalam sehari berapa banyak product yang harus terjual.

Tepukan gemuruh diberi.

Presentor memerhati setiap manusia yang ada dalam segenap ruangan bilik itu. Nampaknya, pembetangannya sudah dapat diterima baik dihadapan semua staff yang hadir pada hari ini.

"Sekian, terima kasih." Ujarnya.

Bekerja dengan orang yang berusia daripada kita rasa seolah-olah idea orang muda seringkali diketepikan. Bangkang sedikit mulalah, tak hormat orang tua. Nasiblah bekerja di bawah anak syarikat Jepun, sekurangnya vibes drama-drama melayu waktu petang berkuranglah sedikit.


When you are young, they assume you know nothing.


"Any question?"

Seorang wanita lingkungan 30-an mengangkat tangan. Kedudukanku dibelakang sekali memudahkan aku untuk melihat semua orang.

"The packaging product nampak sama dengan yang dah ada. How it suppose to be limited edition?"

" The different is... every bottle will mark with gold colour. Walaupun bentuk dan packaging masih sama it still different."

"I think kena touch-up lagi lah. How do you guys think?"

"I think so."

"Yeah, me too."

Dan beberapa suara yang lain mengeluarkan buah akal fikiran mereka.

"Keputusan mesyurat meminta agar tukar bentuk ini kepada pump design. More easy. The packaging buat all gold. So people will notice this one special edition."

"Ok baik. Pihak kami akan membuat perbaharuan dengan secepat mungkin."

Dia kembali ke tempatnya dan meneguk air mineral dengan rakus.

Semua sedia beredar meninggalkan dewan mesyuarat. Aku juga turut sama, berjalan mendampingi Kak Hani.

Handbag disandang pada bahagian kanan dan bahagian kiri pula memegang laptop. Kekalutan Kak Hani menyebabkan aku cepat-cepat menutup pintu. Lantas mengekori wanita itu segera dari belakang.


Walaupun sibuk dengan waktu pejabat, aku tetap meluangkan masa untuk menjenguk ibu bapa yang berada di Warisan Hills. Sesekali, ada juga keluar dengan rakan-rakan yang lain memandangkan mereka pun tinggal di sekitar sini sahaja. Hanya kebelakangan ini sahaja aku tidak berkesempatan untuk ke sana. Hidup bersendirian secara tak langsung kesemuanya perlu di urus rapi dengan cermat. 

Dalam masa sehari, aku sudah dapat membiasakan diri untuk bergaul dah boleh jadi geng dengan staff-staff lain di sekitar kubikel. Apa orang zaman sekarang cakap, kamcheng?

Haa, kamcheng.

Rahsianya, berkawanlah dengan semua orang hanya atas dasar kerja sahaja. Ingat, boleh jadi dia baik dengan kita tetapi dalam diam dialah yang ingin menjatuhkan kita.

Kuasa dan pangkat bila-bila masa sahaja boleh mengaburi akal fikiran manusia.

Skrin laptop setia menemani sejak daripada tadi. Sesekali, papan kekunci ditekan-tekan untuk menghantar maklumat kepada skrin. Tetikus pula digerakkan untuk meng"klik" maklumat yang akan dihantar.

"You, tolong fotostatkan ni 3 set." Kepilan kertas bersaiz A4 terus diletakkan di atas meja dengan selamba. Encik Ed, salah seorang tulang belakang daripada Team Marketing.

"Sekarang?" aku mengambil kepilan tadi. Risau tertindih dengan yang lain.

"Sekarang lah, I nak kena settle benda lain ni." Dia berlalu pergi.

Sabar je lah dengan manusia macam ni.

Aku bangun. Kerjaku ditinggalkan sementara. Menuju ke ruangan yang disediakan untuk menfotostat urusan-urusan berkaitan pejabat. Sementara menanti mesin ini selesai, mata meliar kearah kawasan persekitaran. Dalam kepala ligat membuat perkiraan.

Ini tidak lain tidak bukan, minggu ini dah nak masuk minggu ketiga bekerja disini. Bermakna, hampir sebulan juga aku berjaya survive dengan hiruk pikuk kotaraya ini tanpa hidup sebumbung dengan ibu dan abah. Tambah tolak dengan allowance sebanyak 1200 riyal sebulan, yang duitnya belum masuk lagi ke dalam account bank lagi, aku harus mengikat perut sekurang-kurangnya untuk sepuluh hari.

Sebuku panjang roti GardenRia sebagai backup. Kalau bosan, beli nasi bujang Makcik Leha, sebungkus bahagi dua kali makan. Cukuplah tu, lain-lain masak sendiri.


Nasi putih, telur dan kicap.


Berjimat lagi, nasi putih dan garam.


Duit simpananku sekarang memang cukup seadanya. Tidak tergamak pula untuk menggunakan duit emergency.

Dalam mengenang nasib, suara seseorang telah memecahkan lamunanku.

"Hai." Mulut laju sahaja membalas sapaannya tadi. Darah menyerbu ke muka, automatik muka terasa panas. Malu sebab kantoi berangan masa kerja.

Farhan.

Dengan sepatah balasan "Hai", tiba-tiba banyak pula perkara yang di sembangkan.

Pada mulanya, aku tidak berapa mengecamnya. Namun, aku hanya berpura-pura masih mengingatinya dengan mengatakan bahawa wajahnya telah sedikit berubah menjadi seorang yang lebih matang.

Tak sangka juga, orang macam dia pun boleh ada masa depan.







Pagi minggu yang sepatutnya bermalasan di atas katil terpaksa dibatalkan begitu sahaja. Banyak keperluan barang dapur yang harus dilengkapkan untuk hari-hari yang mendatang.

Cornflakes yang tersusun rapi di rak itu cuba dicapai. Namun, percubaanku gagal. Percubaan kedua juga turut gagal.

Tak disangka, ada satu tangan lain yang mencapaikan kotak itu lalu dihulurkan kepadaku.

"Thanks." Aku memandang ke arahnya.

"You are welcome."

Ah, dia lagi. Farhan berpakaian santai dengan seluar khaki paras lutut.

Baru je berura-ura ingin menggerakkan troli dia menegah, "Kalau free, jom lunch sekali. Treat on me."

"Eh no need lah. I can cook at my home."

"Please lah, Syaf. Weekend kan."

"Yelah-yelah." Aku tak ikhlas.

Selepas selesai membuat pembayaran, aku mengikutinya memasuki restoran yang agak terkenal dikalangan anak muda sekarang. Seorang hostess menyambut kami dan memberi couple seat. Tidak lama kemudian, datang seorang waiteress mengambil pesanan kami

Sedikit kekok. Nafas cuba diaturkan sebaik mungkin.

Tidak tahu bagaimana untuk menerangkan situasi yang dirasakan sekarang. Tetapi sumpah, tak selesa gila dengan orang depan aku sekarang.

Mata lelaki itu tidak habis-habis merenung tepat ke dalam anak mata. Aku tahu, ni mesti sebab aku cantik.

Cantik? Well, mungkin penangan dye rambut baru-baru ini. Gabungan purple dan pink membuatku rasa seperti hidup di alam pari-pari.

"Kau tahu, muka kau kelakar tau bila kena marah dengan supervisor."

"Paling takleh bla, boleh pulak buat muka kebil-kebil tak tahu apa."

Sengih.

Habistu aku nak kena buat reaksi macam mana? Telan jelah dah memang kesalahan tu kita yang buat.

Seorang pelayan menghidangkan makanan yang telah dipesan.

"How's your life setakat kerja dekat sini? Great?"

"Yeah, totally great. Much better than practical dulu."

"Kau pergi mana ek after keluar dari situ?"

"You mean that place? Aku pergi sekolah lah, macam biasa."


Lebih dari biasa. Bilamana, tidak sampai sebulan berada dalam suasana baru aku meminta untuk homeschool sahaja. Senang. Belajar sahaja dengan tutor.


"Oh, bestlah. Kitorang duduk je sampai senior year."

Tanpa rasa bersalah, aku menyuapkan makanan ke mulut.

Sekurangnya, kuranglah sedikit kejanggalan tu nanti.

"Alah, dah lepas pun kan. Masing-masing pun dah besar, dah berjaya dah pun." Aku masih fokus terhadap makanan. Benda orang belanja memang kena makan kenyang-kenyang, bro.

Farhan minum air sekali teguk, menghabiskan air yang masih berbaki. Sementara menunggu pelayan memberi bil, lalu kami pun berpisah.






Kelajuan ulat karen itu hanya memakan 15 minit sahaja untuk aku berulang-alik ke tempat kerja. Tidak perlu bersusah payah menghadap jalan jammed. Namun begitu, hampir saban hari juga terpaksa menahan keadaan terhimpit dan bersesak-sesak beratur untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Ruangan pantry terasa sunyi. Mungkin kebanyakkan daripada mereka sudah keluar untuk mencari tempat untuk makan tengah hari.

Lunch hour.

Sepaket Nescoffee 3 in 1 dituang ke dalam cawan. Lalu, dituangkan pula air panas di mesin mudah alih berjenama Qohwah. Bau Caramello Latte semerbak memenuhi seluruh pelusuk hidung.

Aromanya sungguh wallaa!

Hari ini aku tak join mereka yang lain untuk makan bersama. Sebabnya, aku memang dah siapkan bekal.

Hari-hari makan makanan kedai, nipis jugak wallet nanti. Sedar-sedar keluar rama-rama. For that, bawa bekal ni bukan sahaja menjimatkan duit malahan kebersihan juga akan lebih terjamin sebab anything is homemade. Tak gitu?

Mug dibawa ke meja kopi. Bekas tingkat dibuka. Nasi goreng merah dengan sambal tumis udang. Cutlery dicapai.

"Sorang je ke?"

Suapan pertamaku terbantut. Lebih kepada hampir tercekik.

Ehem. Anak tekak diselesakan.

Kepala didongakkan kearah tuan empunya suara.

Sudu diletakkan ke dalam bekas kembali.

"Haah, sorang je. Meh lah makan sekali." Aku ajak-ajak ayam.

Tak disangka, ajakan ayamku membuatnya turut duduk sekali dengan aku.

Bekerja dengan negara matahari terbit tak ubah seperti robot mudah alih yang dibayar untuk bekerja. Semakin hari juga, hubungan dengan Farhan semakin rapat. Tidak seperti awal-awal perkenalan kami dahulu. Segala terasa janggal.


Kata orang, manusia boleh berubahkan? Jadi, wajarlah jika dia diberikan peluang kedua.

Kadangkala, sikap Farhan yang sedikit mendesak membuatku sedikit tidak selesa.


Kita kan, kawan je?

Yeah.

Kawan. Je.


Jadi, tak perlu kot kalau setiap masa nak kena reply mesej yang tak berapa nak penting tu. Takde makna nak bagitahu aku tengah buat apa sekarang ini.


Lelaki itu masih lagi memandangku dari tempat duduknya. Itupun kerana teamnya berada sedikit jauh daripadaku. Hal ini membuatku rasa sedikit kurang selesa. Sejujurnya, aku takut dengan pandangan yang sebegitu.

Aku melepaskan sedikit keluhan. Aku cuba menenangkan perasaan tidak sedap hati ini dengan berjalan ke pantry.

"Syasya?"

Segala pergerakanku terhenti.

"Farhan need to take care of something at our store. I want you to settle down this thing." Brochure yang telah siap di print dihulurkan kepadaku.

Sebenarnya, ada sesuatu yang harus aku bincangkan kepada dia.

"What, you got problem?"

Haih. Again, kerja macam takde life.

"Sekarang ke?" aku sekadar ingin meminta kepastian.

"Sekaranglah." Dia membuat muka. "I don't want to hear any excuse. Yang I tahu, esok semua dah bercop and ada atas meja I." Jengkel pula dengan gadis ini.

Aku tak boleh nak berlama dekat sini, tadi pun cuaca macam tak berapa nak elok. Hm, Kak Hani mesti kata aku sengaja nak minta excuse nanti.

Brochure yang terikat dibawa sekali bersama cop team kami. Punyalah zaman maju, boleh pula guna gaya oldschool. Sepatutnya, expand sajalah brochure ni melalui media social atau tetingkap bualan masing-masing. Sengaja nak menyusahkan orang.

Tak ke membazir duit printing? Sedangkan duit ni boleh digunakan untuk ads marketing. Pelik tau.

Aku hanya mampu melepaskan keluhan kecil. Siap juga akhirnya.

Takdelah lama sangat, cuma... keadaan diluar sana. Hujan ribut bersilih ganti dengan kilat. Masalah yang memang nak elak hari ini.

Aku hanya merenungkan nasib sambil melihat kearah tingkap. Mujur sahaja tingkap itu sudah terpasang siap dengan bidai. Nampak gayanya, malam juga baru sampai rumah ni. Kepala diletakkan keatas meja.



Published. 17/9/2020, 5.04pm


Sorrylah boring je chapt ni. Saya kekeringan perkataan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro