Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B20: Work and Work


Siapa pernah work after SPM? 

During Diploma/Degree?

Masa cuti sem?


Semua boleh jadi geng, 

Tapi my geng iz Genk.


🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦


Sejak-sejak kaki bengkak, aku hanya mereput didalam rumah. Kata doktor, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat. Just normal ankle sprain.

Normal tu lah yang sampai dah nak masuk dua minggu, aku tak ubah seperti seorang rapunzel yang terkurung didalam menara. Terperuk je dalam rumah.

Ok tak, duduk dalam rumah kampung nenek ni.

Sehinggakan setiap kali sebelum masuk tidur, nenek pasti akan mengurut-urut bahagian buku lali yang bengkak itu. Jujur dari hati, aku kurang yakin dengan perubatan tradisional. Demi menjaga hati nenek, aku memintanya menunggu sehingga bengkak di kaki mula surut.

Masakan tidak, ilmu orang kampung dengan orang moden ini kan lain. Jadi, apa salahnya kalau tapau dua-dua sekali?

Pada mulanya, ingat sikit je namun persangkaan ku silap pabila keesokkan harinya nikmat mempunyai sepasang kaki bagai dicabut begitu saja.

Maka, bergegaslah si Lily pergi menelefon Marwan. Iyalah, mana nak cari klinik pada dinihari subuh begini. Mujur saja ada klinik desa yang beroperasi dua puluh empat jam di pertengahan antara kampung kami dan kampung sebelah.

Sakit biasa yang digelabahkan seperti ayam bertelur sebiji. Doktor hanya membekalkan ubat tahan sakit, ubat surut bengkak dan ubat sapu. Kaki juga dibalut dengan bandaged.

Boleh dikatakan, percutianku ke kampung baru-baru ini agak spoil dengan makhluk-makhluk yang memang aku taknak jumpa for the rest of my life.


Bayangkan, orang yang kita tak suka tu lah yang selalu muncul depan mata.



Hari ini adalah hari pertamaku memulakan kerja di tempat intern lama. Bangunan yang gah tersergam indah dihadapanku ini direnung seketika. Aku cuba meyakinkan diri sendiri walapun sudah mempunyai pengalaman intern disini. Namun, perasaan nervous tetap ada. Kerana kali ini, aku akan bekerja seperti mereka yang lain disini.

Aku mengabaikan orang yang lalu lalang.

Lift dituju, menunggu ketibaan kotak eletrik bergerak itu dengan yang lain.

Ting!

Aku berhenti pada aras 5, bersama beberapa staff yang lain. Setiap daripada mereka yang berpapasan, aku tunduk dengan sapaan hormat.

Pintu kaca dibuka dengan lafaz basmalah, kaki terus melangkah kearah kaunter.

"Hi, Miss Wardah already arrive or not?"

"Not arrive yet. You can wait for her."

"Thank you."

Aku berjalan pergi sambil membetulkan butang blazer. Aku menghenyakkan punggung diatas kerusi yang telah disediakan.

Beberapa minit kemudian, bunyi kasut tumit tinggi memenuhi ruangan. Kepala terus berpaling dan bangun dari duduk secara automatik.

"Good morning, miss." Sapaku dengan menghulurkan salam hormat.

"Good morning, too. Dah lama ke tunggu?" Jam ditangannya dibelek seketika.

"Takdelah lama sangat. Biasa-biasa je." Kataku sambil setia mengikuti langkahnya.

"Macam yang you tahu, you akan buat kerja Kak Mel. Don't worry, tugasan you akan dibimbing dengan team you sendiri Ini,carta organisasi dalam department and your ID card." Dia menyuakan sehelai kertas bersaiz a4, beserta kad tag bertali.

Aku memandangnya beberapa ketika. Tak tunggu lama, terus sarung ke leher.

"Oh ya, before I forgot. You tinggal dekat mana ya sekarang?" Tanya miss.

"Setakat ni, masih tinggal dekat rumah sewa lama."

"Tak silap I, tempat sewa tu tak berapa selamat kan?"

Aku mengangguk.

"Kalau macam tu, I akan arrange tempat tinggal untuk you. FOC." Dia sudah memberi kata putus.

Dalam mencongak-congak kos transportation dan bayaran rumah sewa, aku sedikit serba-salah. "Is it okay for me to stay there?"

"Alah... don't worry, rumah tu memang khas untuk girl yang masih single. Why not kan, you pun dah jadi apart from our company." Wanita itu tersenyum.

Kalau begitu, aku memilih untuk menetap di rumah company. Alang-alang ada orang nak bagi tempat tinggal free, kita ambik jelah.


"Come, I introduce you to our manager marketing team." Tak sempat nak menapak, miss menyambung lagi, "Speak of the devil, here he is."


Waduh, kemas banget ini anak!



"Attention guys!", tangannya menepuk-nepuk tangan beberapa kali sebagai tanda ingin meminta perhatian mereka. Aku hanya berdiri di belakangnya.


Monday blues.

Itu yang kebanyakan daripada mereka tiba di pejabat ngam-ngam pukul 9 pagi.


"Today, we have our temporary staff to replace Madam Camellia."

Kepalanya ditolehkan sedikit kearahku,

"Please introduce your name."

"Hello, assalamualaikum and good morning. My name is Afaaf Syafiyyah. I look forward to learning from you guys." Aku senyum manis.

"Okay. Let's make a good team. That's all. Back to your work, everyone."

Aku masih setia membuntuti lelaki itu.

"Syasya, ni tempat Kak Mel. You boleh guna tempat ni for this upcoming 3 months."

Macam mana lelaki ini tahu namaku? Oh terlupa, kan dah ada sebut tadi.

"Thank you, sir. Err..." mata masih mencari-cari tag nama yang tergantung di leher lelaki itu. Spoil. Tag namanya terletak elok di dalam poket bajunya itu.

"Nick. My chinese name quite hard for malay tounge like you."

"Thank you again, Sir Nick. But can you just call me Afaaf instead?" Aku membetulkan panggilan namaku dengan apa yang sewajarnya.

"Kat sini kita guna English name. So, your name is Syasya. Now, we just go to simple briefing. I think, you pun dah tahu kan how to log in the system? Since you pun pernah intern dekat sini. I just specific kan je, you kena jaga bab sales and advertising... Iklan on socmed amd something like that lah." Jelas Sir Nick.

Aku mengangguk faham.

"But it doesn't mean you buat sorang je kerja tu, we are still teamwork. Later, kita akan agihkan job ni. Understand?"

Sekali lagi, aku diingatkan dengan perkataan 'teamwork'.

"Okey sir."

"Good then." Dia memusingkan badannya sedikit. "Hani, later you boleh start separate job yang Kak Mel punya tu ya." Dia mula berjalan masuk ke bilik pejabatnya itu.

Bola mata menghantar pemergiannya. Nicholas Cheong. Jelas, namanya terpampang pada pintu bilik itu.

Orang kata, kerja aku sekarang ni ibarat rezeki terpijak.

Tamat sahaja tempoh intern baru-baru ini, mereka ada menawarkan aku kerja untuk menggantikan tempat Kak Mel kerana assistant manager itu akan cuti bersalin selama 3 bulan. Aku pun apa lagi,

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Lagipula, bayaran yang ditawarkan agak lumayan berbanding dengan zaman intern dahulu. Dalam sebulan tu adalah dapat dalam 600 riyal. Bahkan, siap nak bagi tempat tinggal lagi.

Wah, adult life sangat.








Terasa sedikit asing dalam suasana baru ini.

Seingatku, aku akan ditempatkan di kubikel yang sama. Sekali, ditempatkan di unit yang bertentangan dengan unit lama. Mujurlah, masih lagi dibawah skop kerja yang sama.

Butang kekunci ditekan-tekan. Tidak tahu mahu berbuat apa. Sebuah folder baru dibina untuk memuatkan segala pekerjaanku sepanjang bekerja disini nanti.

Badan menjenguk sedikit kearah meja dihadapanku ini. Gadis berkaca mata itu kelihatan manis dengan shawl yang berwarna kuning pastel itu. "Kak Hani?", aku cuba memanggilnya.

"Yes?" Segala perlakuannya tadi terhenti.

"Report yang akak suruh buat tadi macam dah siap je. Akak nak tengok tak?" Aku bertanya dengan penuh berhati-hati.

"Boleh juga tu, send dekat email work I."

"Baik kak." Aku terus menghantar folder yang berisi report tersebut.

"Syasya, datang sini sekejap."

Aku bergegas ke mejanya.

"Apa yang you cuba buat ni? Ini ke yang dipanggil report? Kalau macam inilah cara you buat kerja, habis macam tu je duit company."

"Sorry, kami memang di train untuk type report macam ni. Nanti saya baiki."

Aku dapat mendengar keluhannya.

"Okey, kali ni dimaafkan." Dia kelihatan seperti menenangkan dirinya sendiri.

"You need to refer dengan report yang tahun-tahun sebelum ni. Macam mana kami buat, macam tulah I nak tengok nanti. Itu formatnya, siap kena semak lagi dengan bos besar. Okay?" Pandangannya macam nak telan. Bila-bila masa je nyawaku boleh tercabut.

"Okay kak, sorry again."

Kaki melangkah lemah pada stor mini yang menempatkan banyak dokumen yang telah lepas. Bahkan, mungkin ada yang sudah patut dibuang. Jari masih lagi setia membelek jenis-jenis dokumen yang boleh dijadikan contoh untuk report nanti.

Ruangan yang asalnya kemas, kini kelihatan seperti tongkang pecah.

Beberapa jenis report yang dirasakan bersesuaian diambil sebagai rujukan. Untuk hari ini sahaja telah banyak gambar berkaitan report yang telah diambil. Kalau hari-hari ambil gambar? Kena pakai telefon boba tea ni.

Gambar-gambar tadi dicombainkan menjadi satu folder. Lalu, terus di hantar ke gugel drive. Senang kerja.




// Macam tergantung kan? Saja, rasa nak censor.

Lagipun, rasa banyak pulak. 1.3k words. 

Cowielah, kita kedek takut orang tiru. Yelah, kita guna jugak ayat orang as rujukan tapi gitulah tahun depan lah up full hewhew


Publish: 5/9/2020, 11.33 pm



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro