Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B16: Sedingin Salju


Aku terjaga daripada tidur sebelum alarm sempat berbunyi.

Ini adalah suatu kejayaan buatku kerana dapat bangun lebih awal daripada alarm jam. 

That is means i really get my beauty sleep.

Tingkap di buka seluasnya. Matahari baru menunjukkan diri. Bunyian burung yang mencicip menyapa halwa telinga, diselangi dengan bunyian ayam jantan yang saling berkokok. 

Aku dapat melihat nenek sedang menuntun basikal tuanya.

"Good morning, nenek", aku menyapanya daripada tingkap. Kemudian, aku cepat-cepat turun ke bawah untuk mengikutinya memberi makanan kepada ayam. Mujurlah aku ternampak bekas plastik ditangannya. Beberapa cawan dedak diisi ke dalam bekas plastik. Nenek awal-awal lagi  melarangku mengikutinya masuk ke dalam reban. Risau jika gadis bandar sepertiku ini akan terkena infection. Jadi, aku membantunya menyuluh tempat makanan ayam daripada luar reban sahaja.

Sebenarnya, bukan sengaja nak mengada-ngada tetapi ada sebab mengapa aku tidak dibenarkan masuk ke dalam reban ayam. Semasa kecik-kecik dulu, aku selalu mengejar anak-anak ayam di dalam sana. Punyalah syok main, tiba-tiba nafasku terasa sesak dan telah dikejarkan ke hospital.

Macam tu lah al-kisahnya.



Suasana di Pekan Sehari pada hari itu seperti biasa, ramai pengunjung dan penduduk setempat yang datang bagi memenuhi barangan keperluan mereka.

Sebelum kami berbelanja barangan basah, aku mengajak Lily untuk breakfast terlebih dahulu. Kami melewati gerai-gerai yang ada dan duduk di salah satu meja yang telah disediakan.

Signboard TEMERLOH menjadi view santapan mata kami semasa menikmati hidangan nasi lemak.

"Teh Tarik Ais kat sini memang padu do. Boekkkk." Lilian berkata sambil mengacau buih-buih yang ada di dalam cawan.

"Kedai ni memang famous dengan teh tarik ais dia. Kalau kita gerak lambat tadi, mesti seat kat sini dah penuh."

"Oh, patutlah nampak ada yang macam ada yang duk tertunggu bila kita nak habis makan."

"Eh? Ada eh?" Aku kebingungan. Biasa kalau nampak dua orang je dekat meja, customer lain boleh je datang duduk. Bukannya kitorang reserved pun tempat ni.

"Adaaa. Tu." Mulutnya muncung terjuih.

Aku berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Lilian. Kelihatan dua orang jejaka muda sedang menjengahkan kepala. Macam yang Lilian cakap, mereka mungkin sedang mencari meja makan yang kosong. Apabila mereka seperti ingin menuju ke arah kami, cepat-cepat aku memusingkan kepala dan menghadap ke arah Lilian semula.

"Lily, kau dah habis makan belum?"

"Dah." Lilian menghabiskan suapan yang terakhirnya.

Kami segera bangun meninggalkan meja makan apabila salah seorang daripada mereka datang menghampiri kami.


"Macam familiar pulak perempuan tadi." Imran masih memikirkan perempuan yang duduk di meja itu tadi. Memang dia dah aim pun meja ni sebab tengok gaya macam dah nak habis makan. Tak sangka pulak wajah itu dapat mengingatkan dia kepada seseorang.

"Perempuan mana kau ni?" Nuaim bertanya. Jarang sangat mereka ni bersembang perihal perempuan, bukan dapat apa pun.

"Alah yang tadi tu. Yang duduk dekat meja sebelum kita duduk ni." Mukanya kelihatan bersungguh-sungguh untuk mengingat.

"Oh haa kenapa? Muka macam insta famous ke apa?" Nuaim menyengih.

"Takde lah. Muka dia macam..."

"Broooo, payah do nak parking kat sini." Tak sempat nak habiskan ayat, kedatangan Fazel menyebabkan perbualan mereka terbantut.

"Well, sebab tu aku suruh kau drop kitorang dulu kat sini." Nuaim menepuk-nepuk bahu Fazel.

"Bapak best, semua ada kot harini", tangan-tangan itu menghidangkan beberapa pinggan nasi yang sudah dipesan.

"Sori bro, tangan kitorang ada dua je. Satu pinggan lagi kau kena gi ambik kat kaunter. Dont worry, aku dah orderkan untuk kau." Khairzuran menggoyang-goyangkan kedua tangannya.

"Sokay bro, aku boleh je gi ambik kat sana." Fazel pergi mengambil makanannya di kaunter.

Sebenarnya, sumpah tak sangka selepas bertahun-tahun plan nak ajak jumpa. Akhirnya, hari ini baru plan itu menjadi.

Kata orang; "Sembang, babi pun boleh terbang."

***

"Before kita pergi dekat tempat ikan kan, apa kata kita pergi dekat area souvenir dulu?" Aku sengaja mencadangkan. Lagipula, gerai-gerai yang menjual ikan dan lauk basah terletak di bahagian hujung sana. Sedangkan kami baru di bahagian hadapan tapak-tapak jualan ini.

"Ok gak. Ada terpandang beberapa yang macam berkenan tapi macam sama je dengan harga kat tempat semalam", Lilian mengeluh.

"Dah memang la, awal-awal kan. Meh kita pegi kat area tengah-tengah sikit." Aku mencapai tangan Lilian supaya dia mengikuti langkahku.

Dari gerai menjual kerepek sehinggalah ke barangan yang menjual hasil kraftangan penduduk tempatan. Keychain juga yang Lilian pilih.

"Beli kerepek kak, 3 bungkus rm10 je."

Aku berhenti di hadapan gerai kerepek itu.

"Are you sure dont want to buy this?" Aku menunjukkan kerepek ubi yang dipegang oleh penjual itu.

Lilian angguk. Dia berbisik, "Other than this takde ke?" Astaga Lilian, this is the reason why i bring you to this place.

"Acik, ada tester tak untuk kerepek-kerepek ni?" Aku bertanya sambil menunjukkan ke arah beberapa kerepek yang ingin dibeli.

"Ni dik, rasalah. Baru buat ni." Penjual itu menyuakan beberapa balang bekas kepadaku dan Lilian.

"So how? Still dont want to buy it?" Aku mengangkat kening ke arah Lilian. Kerepek yang aku dah pilih tadi tunggu nak bayar je.

"Bagi kerepek pisang yang salut gula tu lah." Lilian senyum. Aduh Lilian, you are too bandar ok!

***

"Afaaf, I tak expect taste kerepek pisang tadi rasa camtu. Kena gila weh dengan tekak akuuuuu."

"Sebaik tanya banyak kali, kalau tak menangis la kau tengok aku makan kerepek-kerepek ni dalam bilik nanti." Plastik ditanganku diangkat sedikit.

"Aaaaa jangan la camtu, nantikan kau boleh beli lagi"

Aku berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Lilian.

"Where's the car?" Aku berhenti seketika untuk berehat. Barang-barang tadi diletakkan di atas jalan tar. Aku melihat kedua-dua tanganku. Ia sudah mula memerah.

"Rasa macam dah nak sampai tapi..." Beg plastik di tangan Lilian terlepas.

"WAITTTT. Kereta kita kena block by that car", dia menunjukkan ke arah kereta itu. Seriously, ni main polis-polis ke apa haa????

Urgh, bawak kereta brand luar negara tapi tak guna otak susah la hidup. Tambah pulak matahari dah mula mencacak atas kepala, boleh menggelegak emosi yini!

Kami menunggu pemilik-pemilik kenderaan itu di dalam kereta yang kena block.

"Boleh pulak ek park camtu je dekat orang. Tak tinggal contact number pulak tu."

"Biasalah tu Lily, hm habis ah ikan aku." Kelihatan beberapa lelaki sedang berjalan ke arah kami. Shades segera dicapai.

Tok. Tok. Tok.

Tingkap kereta di bahagian pemandu di ketuk. Seorang lelaki cuba menjengahkan kepala di tingkap keretaku.

Tingkap diturunkan sedikit, separas dengan kepala.

"Sori kak, kitorang tak sengaja sampai block parking akak." Ujar lelaki bertshirt jersi al-Ikhlas itu dengan muka bersalahnya.

Wajahku tegang tanpa emosi. Tegak memandang ke hadapan. Lilian memandangku dengan penuh tanda tanya.

"Woi, cepat ah alih kereta tu. Akak ni nak keluar kot."

Mataku meliar ke arah satu suara yang satu lagi. "Hah bagus. Ada bodyguard kiri kanan harini, nak gi pasar je kot." Aku berkata sarkastik sambil memandang semula ke hadapan.

Apabila kereta dihadapanku sudah beralih, tingkap diturunkan sehingga habis, "Lain kali kalau dahtau block kereta orang jangan tinggal lama sangat." Dan kereta pun terus laju meluncur meninggalkan kawasan parking tadi.

Deruman enjin kereta tadi meninggalkan mereka yang masih berada disitu.

"Guys, that's the girl that I said before. She looks familiar but I dont know where I've seeing that face." Imran berkata apabila teringatkan kejadian tadi. Kakinya masih setia berdiri di tepi kereta bahagian bersebelahan pemandu.

"Yeah, I think so", Nuaim menggosok-gosokkan dagunya. Sebagai pemandu, dia awal-awal lagi sudah berada di dalam kereta.

"Jap. Tu bukan budak yang buat hal dulu ke?", Nuaim memetikkan jarinya. Badannya dijengahkan sedikit ke arah rakan-rakannya yang masih berada di luar.

"Oh, ingat. Yang kena gantung sekolah tu kan." Khairzuran pula menyampuk. 

"Haah, dengar cerita lepas kes tu dia kena buang sekolah." Sambung Imran lagi sambil menunjukkan jari kearah Fazel.

"Sebab. Kau." Jari dicucuk ke tepi bahu Fazel.

"Eh, eh. Asal aku pulak? I also a victim okay." Dia malas melayan. Gosip dia dengan perempuan itu dulu sedaya upaya dilupakan dari ingatannya.

Dia cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Panas wei.


Unedited. 6/7/2020, 4.29pm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro