B14: Tuan Kereta
Hectic week.
Itulah yang mampu aku katakan apabila report dan test yang bersilih ganti bagai tidak mahu memberi ruang untuk aku bernafas walau sedikit pun.
Hampir separuh malam bersengkang mata di hadapan laptop. Barulah aku berani menghembuskan nafas lega kerana kerjaku sudah siap di final touch. Bukan sebab suka bertangguh tetapi ada beberapa perkara yang harus di touch-up untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Teringat pula beberapa suatu ketika, setiap group assignment haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang ahli. Memandangkan bilangan classmate aku ganjil, terdapat 2 kumpulan yang mempunyai 3 orang ahli dan salah satunya sudah semestinya kumpulan aku. Paling bengang, 2 ekor tu lepaskan semua dekat aku seorang. Konon "aku kan tau semua", padahal mereka sendiri seolah-olah tiada usaha untuk ambil tahu tugasan yang perlu dibuat.
Macam pahat dengan penukul. Sekali cakap, sekali buat.
Memang korang dilahirkan bangang ke apa. Lagi celaka, apabila melihat riaksi muka mereka yang tiada perasaan serba salah bilamana markah assignment kami ditolak mentah-mentah. Alasannya, lambat hantar. It also affect my carrymarks lah sial. Elok-elok markah midterm boek, tengok dekat assignment dapat 17/25. Ungkapan kata maaf pun takde?!?1?1?!
NO WONDER LAH POINTER 1 JE DAHLA BODOH, PEMALAS PULAK TU. HIDUP MENYUSAHKAN ORANG NI ELOK GI MAMP0S.
Kepala digelengkan dan tersenyum sinis. Menyampahlah dengan orang macam tu. Aku bangkit dari dudukku dan menggeliat sedikit. Stretching dibuat bagi melonggarkan sendi-sendi jariku.
Menyandang sebagai seorang pelajar intern, aku rasa tujuan bertandang disini dah rupa macam menjadi kuli orang. Hampir semua kerja harus dibuat, walhal itu bukan dalam skop kerja yang telah ditetapkan semasa mula-mula kami lapor diri dahulu.
Hello tomorrow. Esok dan seterusnya kita boleh relaks.
Pejam celik, pejam celik nak masuk cuti mid sem dah. Cuti for freaking semester akhir bhai. Nanti lepas ni mesti lepu nak tunggu graduate.
Cuti kali ini, umi dengan abah memintaku untuk terus pulang ke kampung. Kata mereka, sekadar untuk menemani nenek yang kesunyian di sana. Nak tak nak, aku mestilah akur dengan arahan tersebut. Lagipun, raya puasa haritu aku tak sempat berjumpa nenek. Kekosongan tiket bas hanya terdapat pada pada pagi raya kedua menyebabkan aku tidak berkesempatan berjumpa dengannya kerana nenek telahpun pergi beraya ke rumah mak ngahku di Kelantan.
"Balik kampung ye?", gumamku sendirian.
Beberapa pakaian yang sopan lagi senonoh untuk dipakai aku packing dengan rapi tanpa ada satu pun tertinggal. Tudung juga tidak terkecuali. Tempat orang, kenalah hormat. Kan?
Yeah, it sounds like hypocrite but what can i do?
Every land has its own laws.
Sedang ralit memilih pakaian, terdengar seperti Lilian bercakap sesuatu kepadaku namun tidak berapa jelas.
"Haa Lilian? Cer ulang balik, tak dengarlah." Aku meminta dia mengulanginya semula.
"Camni, parents kau kan suruh balik kampung err aku nak join sekali boleh tak? Bukan apa, aku tak pernah do rasa suasana kampung." Kata Lilian.
"Lol. Itulah kau. Kampung pun sekadar dekat Shah Alam je memang la." Apabila tawaku sedikit reda, aku menyambung lagi.
"Mestilah boleh. Jom lah, kampung aku famous dengan ikan patin do. Banyak lagi sebenarnya. Kalau kau confirm join, boleh la bawak kau pergi sana."
"NAK. NAK. NAK. Nanti aku inform parents aku tau", kata Lilian dengan nada yang teruja.
Cunnn. Kalau si Lilian a.ka Lily ni takde la bosan sangat percutianku nanti.
"Assalamualaikum umi." Aku melambaikan tangan kearah umi yang berada di seberang sana. Sengaja membuat video call, memandangkan pagi ini aku akan terus bertolak ke kampung. Telefon pintarku diletakkan pada bahagian stereng kereta bagi menunjukkan keadaan di dalam kereta ini.
"Waalaikumsalam anak umi", umi menyapaku ceria.
"Umi dekat meja makan ke tu? Abah tak balik dari surau lagi eh?"
"Haah, dekat meja makan ni. Tengah tunggu abah kamu balik dari surau. Ada la tu jumpa member yang dia kenal sampai lupa nak balik rumah".
"Oohhh, hehe. Umi masak apa je?"
"Umi masak bihun goreng pagi ni. Kebetulan pulak keropok keping ada baki lagi sikit hm makan yang tu jelah nanti", katanya sambil menunjukkan sarapan pagi yang terhidang di atas meja.
"Sedapnyaaaa", aku membuat muka kecewa.
"Haha lain kali umi masaklah untuk Yaya. Alang-alang tu kan, tolong belikan keropok keping. Beli dalam 2, 3 bungkus ok jugak tu."
"Okey umiiii. Takpelah, kitorang dah nak gerak dah ni." Kataku sambil menjeling kearah Lilian yang baru masuk ke dalam perut kereta.
"Sorry beb lambat", kata Lily dengan nafas macam orang semput.
"Bye umi, assalamualaikum". Aku mematikan video call. Gilo nak expose Lilian masa tengah video call dengan umi. Mau bingit telinga dengar umi bebel si Lilian tu tak bertudung. Ehek, padahal aku pun sama je.
Selendang di kepala aku cabut. Rimas.
"Asal kau lambat? Bukan masa aku nak turun tadi kau dah siap jugak ke, Lily?" Aku bertanya ke arah Lilian.
"Weii, sorry. Tadi masa nak turun tu tiba-tiba rasa sakit perut. So aku pergilah settle panggilan alam jap", Lilian merapatkan kedua-dua tangannya bagi membuat isyarat memohon ampun.
"Haa yelah. Bukan apa do, kalau gerak lambat nanti sampai sana petang. Kata nak lunch ikan patin." Kataku kepadanya. Aku bukan nak marah tapi kena la ikut macam yang dah plan. Time is golden gitchuuu.
Kereta telah mula bergerak.
"Oook. For now kita gerak dulu ke nak breakfast dulu?"
"Breakfast? Tak kot. Sampai kat highway nanti kita singgah la kat rnr mana-mana. Kau okey je kan?" Kataku sambil memberi signal untuk memasuki lorong kiri.
Pergerakan lalu-lintas berjalan dengan lancar sahaja bermula dari plaza tol gombak lagi. Al-maklumlah, sekarang bukannya musim perayaan. Jadi, tidak perlulah bersesak-sesak dengan kereta-kereta yang lain di jalanraya.
"Nak gi kampung kau ni kan, agak-agak dalam berapa jam ek?"
"Hm, dalam 4, 5 jam jugak. Depends."
"Oo macam tu, aku nak tidur boleh?"
"Tidur lah, Lilyyy."
Perjalanan yang sunyi tanpa bunyi celoteh manusia disebelah menyebabkan pemanduanku sedikit terasa bosan. Punat radio dimainkan namun tiada siaran yang menarik untuk dijadikan halwa telinga.
IKLAN. IKLAN. IKLAN. LOL.
Butang yang berbentuk simbol usb ditekan bagi mendengar beberapa buah lagu. Nasib baiklah tadi sempat connect usb sebelum drive. Masa-masa beginilah berfungsi kalau co-pilot bertukar menjadi sang pembuat tahi mata.
Sedang asyik melayan lagu, tiba-tiba Lily bersuara.
"Waduh, waduh. Tiba-tiba kayak mau pergi ke tandas deh"
"Lahh, dah bangun. Ingat ke tidur lagi. Siap cakap bahasa negara jiran bagai."
Mata menjeling ke arahnya.
"Saja je nak bagi feeling. Tapi serious do, i really need a toilet right now."
"Baik, baik. Haa nampak tak signboard tu?"
"Nampak", Lily mengangguk.
"Lagi 2 km. Sikit lagi nak sampai okay. Nanti kita stop dekat sana".
Click. Clack. Click. Clack.
Jadilah warga yang tidak menyakitkan hati di jalanraya. Sila bagi signal jika anda ingin menukar lorong lain. Pastikan anda membawa otak semasa memandu.
Kami berhenti di kawasan parking Petronas.
"Rakluuu", pintu kereta ditutup. Aku melihat Lilian berlari terkedek-kedek dari dalam cermin kereta.
Haihh, berhenti je kereta terus keluar cari jamban. Apa nak jadilah dengan budak ni. Elok sangat perangai tahan kencing tu. Kang kena batu karang, diri sendiri yang susah.
"Besar jugak tempat dia, bolehlah nak rest sekejap", kataku didalam hati sambil mata meliar ke kawasan sekeliling. Kerusi dibetulkan sedikit bagi menyelesakan badan.
Tidak sampai beberapa minit aku melelapkan mata, terdengar bunyi pintu kereta di buka tetapi dari arah belakang.
"Lyy, kenapa tiba-tiba kau duduk belakang. Duduklah depan, teman aku." Kataku dengan mata yang masih lagi tertutup.
Apabila tidak mendapatkan sebarang response daripada Lilian, aku pun memusingkan kepala ke arah belakang.
"Lily, aku tanya ni. Kenapa tiba-tiba kau--"
O.
M.
G.
Mataku terbuntang luas.
Tangan cepat-cepat tutup mulutku sendiri.
"WHO ARE YOU??!"
Wajah lelaki dihadapanku ini terlindung dengan cap. Mungkin gegendang telinga dia hanya berfungsi untuk earpods sebesar lubang hidung itu. Matanya yang sedang tertutup itu seolah-olah dia tidak berada di alam ini. I knew it.
Kedudukannya yang duduk di belakang kerusi driver membuatku semakin berasa takut.
"Hello sir. Excuse me", aku melambai-lambaikan tanganku dihadapan mukanya.
Tak menjadi.
Petikan jari?
Pun tidak menjadi.
Aku melihat ke arah tingkap, bayangan Lilian masih lagi tiada.
"Weii takutnya kalau ni orang jahat", tiba-tiba terdetik dalam hati.
"Ehem, sir." Aku menggoyangkan lututnya menggunakan satu jariku. Dia menepis. Cis.
"Excuse me, sir". Kali ini aku tidak main-main lagi, kelima-lima jariku gunakan untuk menggoyangkan lututnya.
"Stop kacau aku boleh tak? Tak boleh tengok orang senang sikit". Pergelangan tanganku di pegang.
"GULP. UMI HALP ME, ADA ORANG JAHAT DALAM KERETA", aku sudah terasa ingin menangis. Namun, kesemua kata-kata itu hanyalah di dalam hati sahaja.
Aku cuba menggerakkan pergelangan tangan bagi dibebaskan. Habislah cramp kalau duduk camni lama-lama. Tiba-tiba, matanya terbuka dan tanganku dilepaskan.
This situation call: Aku-tengok-kau-kau-tengok-aku.
Jika tidak diperhatikan dengan baik, lelaki ini sempat mematikan earpodsnya yang tersangkut pada telinga.
"WHO ARE YOU?", tanya lelaki itu.
Eh, kita pulak kena soal balik. Tapikan, suara dia macam familiar.
"Emm sir, i am the owner of this... car." Ragu-ragu aku menjawab.
Dia memerhatikan keadaan di dalam keretaku dan berpaling memandang ke arah tingkap di sebelah kirinya.
"Shit."
"Eh, mamat ni. Shitkan kita pulak ke?", aku bertambah bingung.
Majima chorom ma ma ma jima chorom
Sayup-sayup kedengaran bunyi muzik daripada earpodnya itu. Ceh, layan blackpink. Aku kembali memusingkan badanku ke hadapan.
"I am sorry, miss. Kereta my friend kat sebelah."
Aku menjeling sedikit ke arah kiri. Kelihatan beberapa orang lelaki di dalam kereta Mazda berwarna merah itu.
"Aaa, okok", balasku sambil sibuk mengurut sedikit pergelangan tanganku.
"Tangan you okay tak tu? Boleh ke nak drive nanti?"
"Okay je, insyaallah boleh je kot". Aku berpusing ke arah belakang dan cuba meyakinkannya. Taknak lah bagi rasa bersalah.
"Are you sure?"
"Hundred percent, I am sure". Tangan yang dah tak berapa elok dibuat gaya 'OK'.
Apabila melihatnya seperti berura-ura ingin keluar daripada kereta. Aku sempat bertanya kepadanya.
"Kita pernah jumpa dekat mana-mana ke?"
"No, why?"
"Eh takde papelah. Saja tanya."
Aku melihat dia pergi ke arah kawan-kawannya.
"Weh, weh cer tengok siapa datang", kata lelaki yang berjaket merah itu sambil menyalakan rokok.
Sayup-sayu suara nakal tak cukup umur menceroboh gegendang telinga.
"Salah kereta ke bang", rakan yang lagi satu bertanya. Bunyi ketawa mereka kedengaran.
Tanpa menghiraukan mereka, aku melihat Lilian sedang menjijit beberapa beg plastik.
"Bapak ramai siot orang masa beratur nak bayar semua ni tadi. Sebaik masa masuk tandas line clear."
"Memanglah, sebab kat sini pun orang buat port rnr jugak. Tengok tu, ada KFC, Dunkin' Donuts haa tu Starbucks pun ada".
"Oh macam tu." Lilian mengangguk.
"So wanna lepak at Starbucks? Kita brunch, tadi kan kita tak breakfast." Lilian berkata gedik.
"Okay gak. Jom". Kataku sambil melihat ke arah jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 10.
"Pukul 11 kita gerak lah, k." Kami berjalan beriringan menuju ke kedai yahudi tersebut.
Kami beratur bersama-sama. Kosser i order sorang-sorang kat sini.
"Hi, can i take your order miss." Barista yang memakai apron itu bertanya. Nametag yang bertanda freshie ku pandang.
"Gimme, Ice Caramel Macchiato, extra caramel drizzle upside down. Grande. Hm, jap ek."
"Lily, kau nak apa."
"Cookies and Creme frappucino, regular whipped cream, blended with double chocolate chip. Grande", Lily terus berkata kepada barista.
"Okay, 1 ice caramel macchiato, extra caramel drizzle upside down. Grande and 1 cookies and creme frappucino, regular whipped cream, blended with double chocholate chip. Grande. Can i get your name?", kata barista itu sambil memegang pen dan cawan.
"Afaaf. A-F-A-A-F. And another one is Lily."
Bila sesi mengorder dah siap, air pun dah dapat. Kami pun mencari port yang sesuai untuk duduk.
Sebaik sahaja duduk, we all take a selfie. Snap gambar air (typical masuk kedai hipster kan?). Lepastu masing-masing sibuk melayan social media.
"Nak tau tak. Tadikan, masa kau pergi toilet, aku sempatlah tidur sekejap. Suddenly, aku dengar bunyi pintu terbukak but dari pintu belakang". Aku berhenti dan menyedut minumanku.
"Haa, pastu-pastu?" Lilian sudah masuk ke mood curious nak tahu. Telefon pintarnya diketepikan.
"So, aku cakaplah. Ly, kenapa duduk belakang? Duduklah depan. Teman aku. Pastu, aku jadi peliklah bila kau tak layan aku. Bila pusing je belakang then poof! Ada lelaki."
"Ya Allah, wehh bahaya do."
"Kau nak tahu tak kenapa sampai dia boleh jadi macam tu? Sebab tadi aku parking betul-betul tepi kereta dorang and both Mazda warna dark red. No wonder lah mamat tu boleh tersalah masuk kereta".
"Sebaik kau tak apa-apa. Kang kalau orang jahat masuk, tak ke naya. Bahaya lah weh", Lilian menggambarkan perasaan risaunya itu.
"Alhamdulillah, aku tak apa-apa lah". Aku berkata dengan nada yang biasa. Takkanlah nak story tangan aku sakit sebab mamat tu. Benda macam tu pun nak bagitahu.
Timeline twitter hari ini tidak begitu menarik perhatianku. Aku menyedut minumanku sambil menunggu waktu berlalu.
Part Stabak tu macam kena cut je kan? Well, tulis masa 2017.
Diedit. 30/6/2020, 5.28 pm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro