B13: Dunia Baru
Saya rasa kan, nak buat story baru pasal Cantik.
Kita main mekap-mekap.
Tapi,
Cantik sebab sebab diri sendiri,
bukan untuk orang lain.
•♫•♬• I'm a Barbie girl in a Barbie world
Life in plastic, it's fantastic •♬•♫•
🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦
"I used to be so innocent..."
"Jappp, give me 1 minute!" Aku menekan button shut down sebelum menutup laptop sepenuhnya.
"Korang ni, pantang kan nampak aku buat me time. Ada je yang nak kacau?"
Aku berpura-pura marah.
"No lah, kitorang saja je nak spending time sama-sama. Kau pun bukan boleh percaya sangat, ingatkan tengah writing your blog sekali buat assignment." Gadis berbaju kuning itu berkata.
Ya, jika ada masa terluang. Aku menulis kisah-kisah kehidupan masyarakat di Internet. Walaupun bukanlah semuanya seratus-peratus tepat, kisah rakyat itu aku olah sedikit supaya yang pahit-pahit hempedu itu ada terselit manisnya madu si lebah.
Kenal titfemes Mayo Armada?
Hah, aku lah tu.
Sedar tak sedar, sekarang dah tahun akhir aku memegang gelaran sebagai seorang mahasiswa. Nak pulak sekarang ni masing-masing sibuk jadi budak intern, haih memang idok ler nak main-main macam dulu!
"Cepatlah, Opah!!!"
Haih budak-budak ni, betapa kurang asam kepingnya rumet bila nama aku yang sedap ni jadi nama orang yang dah ada cucu? Nasib baik sesama kitorang je yang guna nama macam ni.
Jatuh la martabat wanita bold macam aku nanti.
"Ye, sekejap". Aku bangkit dari meja study.
Duduk atas karpet bulus ikea macam orang lain.
"Okey, aku nak ajak main hot and spicy. Basically, this game main guna apps tau." Lilian mula menunjukkan aplikasi yang tertera pada telefon pintarnya itu.
"Apps baru ke weh? Tak pernah dengar pun." Myn menyoal teruja sambil tangan sibuk nak capai telefon orang.
"Haah, tak lah baru sangat. Member aku developer tau."
"Oh, Chad eh yang buat?" Aku sekadar bertanya, setahu aku yang pakar bab-bab IT ni dia je.
"Yes, that boy."
Hah, betul lah tu Rasyad. Siapa sangka, lepak santai kami boleh membina satu talian persahabatan di kedai air.
Tanpa sengaja. Bila lelaki itu ingin menumpang charge laptop pada meja kami, dengan alasan wayarnya tidak sampai.
HAHAHAHAHHAHAHAHAHA
Bunyi gelak tawa memecahkan suasana keheningan malam.
Ini adalah satu perkara biasa bila masing-masing tidak dapat tidur.
Lilian, gadis kacukan cina itu masih dengan gelaknya sendiri.
Aku hanya melayan keletahnya sambil berbaring. Aduhai, tak larat. Nanti kang ngantuk, malas pulak nak bergerak dekat katil. Baik duduk diam-diam je dekat sini. Ini pun kira rajin tau diorang yang menapak dekat bilik aku. Kalau tak? Jangan harap la malam-malam ni nak duduk diam dekat rumah.
Mana lagi? Tak dekat mamak, pergi kafe hipster. Ikutlah mana-mana pun, yang pasti bukan dekat rumah sewa.
Takde life katanya.
Ditemani dengan dua orang lagi housemate yang lain, kami meneruskan lagi game yang masih belum berakhir.
"Okay, sekarang turn kau pulak." Kata Lilian selepas menghabiskan sisa tawanya.
Sebuah telefon pintar diletakkan di tengah-tengah antara kami. Satu butang ditekan dan ia mula berpusing hingga membentuk beberapa aksara.
"Whoo, yeah!" Mereka bersorak.
"Spicy.." Jarinya menunjuk ke arahku.
"Kalau dating, tempat mana yang paling kau suka pergi?"
Dang. Aku pakwe pun takde.
"Soalan apa ni siott." Aku pandang pada empunya suara.
"Not me, apps ni yang tanya." Telefonnya sengaja digoyangkan ke kiri dan ke kanan.
"Kalau macam tu, lets change to soalan manual." Balasan Syira menyapa pendengaran kokleaku.
Tak guna, bisik depan aku.
Myn dengan Syira dah mula tersengih-sengih. Ada la tu idea tak masuk akal.
Lilian pula tunggu ketawa meletus macam volcano. Tak habis-habis nak muntahkan perasaan lucunya itu.
"Kitorang nak kau cari pakwe. Lagipun, intern kan dah nak habis. I think takde masalah kot kalau cari satu."
Shit lah, pakwe lagi?
"Alah, ok la tu. Demi kebahagiaan kau." Myn support Lilian.
"Ye lah."
Pusingan permainan diteruskan lagi sehingga selesai walaupun mata aku ni sumpah dah tak boleh nak bukak.
Biasanya weekend macam ni tiada aktiviti sangat. Melainkan apabila terlibat dengan program under fakulti or program-program yang menyediakan transport free dan paling penting, MAKANAN FREE. Selalunya aku join program sebab nak makanan free je sebenarnya.
Report? Ia akan siap secara tiba-tiba bila lecturer nak besok :')
Sebab tu semalam berani tidur lambat. Pukul 3 ke 4 baru kitorang tidur. Pandai-pandai lah agak kalau dah tidur lambat tu harini aku bangun pukul berapa? Pukul 10. Itupun budak-budak ni masih lagi jadi sleeping beauty.
Err, aku rasa aku patut tarik balik perkataan beauty tu.
Sweatshirt yang sentiasa tergantung di pintu almari itu dicapai. Rambut ikat gaya messy bun. Bersiap ala kadar sudah lah, nak pergi cari makanan je pun!
Kunci kereta di atas meja dimasukkan ke dalam handbeg. Aku taktaulah nak kejut ke tak budak-budak ni sebab takde gaya nak bangun pun? Tapi takpe, aku pun belum tentu balik bilik nanti. Pandai-pandailah diorang nanti.
Pusing punya pusing. Last-last mekdi juga jadi pilihan hati.
Yelah. Dah bangun pun nak dekat tengah hari, ada hati nak cari sikmak?
Ingat nak drive thru je tadi. Tapi lepas fikir balik, takut takde port pulak nak lepak.Tanpa berfikir panjang, aku masuk ke dalam restaurant fast food berkenaan. Aku terus kearah kaunter pesanan. Macam yakin je kan masuk terus order, sebab tadi aku ternampak tempat cun nak duduk nanti.
Tray yang kelihatan hampir penuh itu dibawa dengan berhati-hati. Demi tempat boek, jauh pun sanggupku redahi.
Punca aku menjadi sedikit lembab membawa tray ini kerana chicken porridge. First of all, i takut dia tumpah kat mana-mana anggota badan i. Second, takut tertumpah + kena kat orang. Geddit?
Dan selepas berjalan ala-ala cinderella, akhirnya sampai juga ke tempat yang dihajati.
Seperti trend anak-anak muda yang lain. Hipster. Lifestyle. Gambar wajib di snap dahulu sebelum makan.
"This port gonna be favvvvv port!"
Eh takleh, takleh.
Caption tadi dipadam semula.
"Alone, like always."
Okay, post.
Fokusku sudah terarah kepada makanan yang terhidang di hadapan mata.
Chicken porridge.
Hash brown.
Ice lemon tea.
Yummy!
Nak makan chicken porridge ni nampak macam panas lagi. Asapnya masih mempunyai kepulan wap seperti kapal yang ingin melalui Terusan Suez. Tanpa melengahkan masa, aku ngap hash brown dulu. Hash brown mekdi ni, tak pernah mengeciwakan tau.
Kan dah kata nak lepak sini, smartphone dibuka. Notification masuk tidak berhenti. Aku mengabaikan notification dan terus membuka aplikasi Netflix. Butang play ditekan pada movie yang berjudul Coin Heist.
Dah. Jangan. Ganggu. Okay.
Earphone disumbatkan ke telinga kiri dan kanan. Porridge yang masih panas itu ditiup sedikit dan memasukkannya ke dalam mulut secara perlahan-lahan. Not bad lah makan bubur sambil layan movie.
Tiba ke suapan yang terakhir, movie masih lagi berbaki 40 minit. Baru separuh jalan bubur dah habis. Aku meneguk rakus air yang dah tak serupa air tetapi masih lagi sedap.
Sebagai masyarakat minda kelas pertama, sisa-sisa makanan ini dibuang ditempat yang disediakan.
Malaysian, please learn this.
Euww?
Tengah membuang makanan tiba-tiba rasa sesuatu yang melekit. Tak tunggu lama, cepat-cepat menuju ke arah sinki. Dalam kekalutan, aku terlanggar dengan sesuatu yang tegap dan berketak-ketak. Aku pasti, ini bukan dinding.
Yang siotnya, aku tak mandi lagi sebenarnya.
Dalam erti kata lain, aku hanya membasuh badan sahaja.
"Sorry." Aku menjarakkan kedudukan diantara kami. Sambil muka tahan malu.
"Nah, I am sorry too." Lelaki dihadapanku ini merapatkan kedua-dua belah tangannya ke dada.
1 saat.
2 saat.
3 saat.
Tuhan, adakah aku telah berada di syurga atau malaikat ini baru jatuh dari langit?
Mataku terkelip-kelip memandang ciptaan Tuhan ini. Lalu, nafas ditarik sedalam yang boleh bagi memecahkan suasana sepi yang berlaku diantara kami.
"Err sorry, can I?" Sambil membuat isyarat saya-nak-lalu-ni, nak-gi-cuci-tangan.
"Huh? Yes, yes. Sure, you can." Dia tersenyum dan berlalu pergi. Aku terus meluru ke arah sinki bagi meneruskan urusan yang terbantut. Cecair tadi mula mengering pada tangan.
Setelah merapikan sedikit anak rambut yang terjuntai di hadapan cermin, aku pun bergegas keluar dari sana.
Bismillah, assalamualaikum. Hai cik abang, nak kenal boleh? Aku menjeling pada meja yang terisi dengan dua jejaka idaman Malaya itu.
Unedited. 23/6/2020, 12.29am
Diedit. 30/6/2020, 5.15pm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro