Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1. Ryan Jombang, The Smiling Killer

Assalamualaikum dan selamat membaca kepada para readerku sekalian... Semoga korang semua sihat-sihatlah hendaknya.

Hari ni, pyschopath pertama yang akan author ceritakan dalam buku ini ialah Ryan Jombang atau nama sebenarnya Very Idham Henyansyah. Dikenali sebagai Ryan alias Ryan Jombang (lahir di Jombang, Indonesia pada 1 Februari 1978; umur sekarang 42 tahun). Ryan adalah pembunuh bersiri yang menggemparkan dunia pada ketika itu dengan melakukan beberapa pembunuhan kejam di Jakarta dan Jombang pada sekitar tahun 2006-2008 (ketika berumur 28-30 tahun) dengan korban sebanyak 11 orang.

Inilah dia susuk seorang Ryan Jombang.

Kes itu mulai terungkap setelah penemuan mayat yang dimutilasi (dikerat 7 bahagian) di Jakarta iaitu Heri Santoso. Setelah diperiksa lebih lanjut, diketahui juga bahawa Ryan telah melakukan 10 pembunuhan lain dan dia menguburkan mangsa-mangsanya di halaman belakang rumahnya di Jombang.

Nak tahu lebih lanjut? Marilah kita sama-sama menggali di sebalik kes ini...

....

☘️ Perjalanan Hidup Sejak Kanak-kanak

Ryan adalah anak bongsu dari dua adik-beradik. Abangnya Mulyo Wasis adalah saudara lelaki satu ibu tetapi bapa yang lain. Sejak kecil lagi, Ryan sering berpisah dengan ibu bapanya dan tinggal di sekolah berasrama penuh. Bapa Ryan, Ahmad Maskur, seorang pesara pengawal keselamatan di sebuah kilang gula dan Kasiatun, ibunya, lebih suka tinggal di rumah Mulyo Wasis. Jadi hubungan Ryan dan ibu bapanya boleh dikatakan tidak rapat.

Semasa masih di sekolah rendah, Ryan ni terkenal dengan good attitude, peramah dan dia juga tak pernah berkawan dengan budak-budak nakal. Dia merupakan pelajar cemerlang di sekolah (selalu dapat No.1 dalam kelas y'alls). Namun begitu, tingkah laku si Ryan ni telah banyak berubah ketika dia memasuki sekolah menengah. Dia menunjukkan perubahan sikap yang ke arah keperempuanan (lembut-lembut sikit gitu). Dia mula terlibat dalam aktiviti wanita seperti menari dan mula minat bersolek. Di sekolah juga, Ryan lebih rapat dan berkawan dengan perempuan. Namun, Ryan masih terkenal dengan kepintaran dan sikapnya yang pandai bergaul dengan orang lain.

Walaupun sering diejek kawan-kawan kerana perangainya yang agak lembut itu, tapi Ryan tidak pernah ambil peduli sama sekali (depan diorang lah). Tapi bila balik rumah, dia selalu melempiaskan kemarahannya pada mak dia. Dia pernah baling mak dia dengan gelas masa tengah marah dan juga selalu gores-gores dinding dengan senduk sewaktu mengamuk. Menurut ayah dia, dia kalau tengah marah memang scary, tapi kalau time dia baik tu, memang betul-betul baik.

Cerita pasal mak dialah kan, menurut Ryan, dia tak rapat dengan mak dia sebab dia tak suka sikap mak dia. Sewaktu kecil, mak dia selalu bawa lelaki balik rumah dan korang faham-fahamlah kan buat apa... Tapi menurut mak dia pula, tu semua cuma assumption Ryan sendiri saja dan benda tu tak betul! Mak dia cakap dia selalu tuduh-tuduh mak dia buat benda tak elok sedangkan benda tu sebenarnya tak betul. Kalau mak dia terangkan, dia tak nak percaya. Tu menurut mak dialah... Tapi logik ke kalau tu cuma imaginasi Ryan? Waktu kecil? Takkan budak-budak boleh menipu ye dok? Lagipun kalau memang tak betul, apa punca dia ada masalah mental kalau bukan daripada masalah keluarga? Wallahu'alam lah kan... Anda fikir-fikirkanlah sendiri secara logik.

Apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah tinggi, Ryan berjaya memasuki sekolah favouritenya, SMA Negeri I Jombang kerana kepintaran dia tadi. Tetapi di sana watak dan sikapnya menjadi semakin tidak stabil. Dia hanya bertahan selama satu bulan dan kemudian pindah ke Sekolah Menengah Kabuh dan bertahan selama satu semester, sebelum akhirnya berpindah ke SMA Negeri III. Di sana Ryan juga hanya bertahan sebulan, lalu pindah ke Jakarta. Tak tahulah apa yang sudah mula mengganggu fikiran dia...

🍁 Bermulanya Penonjolan Sikap Psychopath dan Pembunuhan

Setelah meningkat dewasa, ada yang mengatakan dia dapat tawaran sambung belajar di Fakulti Kedoktoran, tapi malangnya tak dapat meneruskan pembelajaran kerana masalah kewangan keluarga. Jadi akhirnya dia mula menjadi guru mengaji al-Quran untuk budak-budak di kampungnya. Anak-anak didik Ryan semuanya sukakan dia dan dia juga adalah seorang guru yang baik. Anak murid dia sampai ada yang menang pertandingan mengaji lagi nak kata betapa bagusnya si cikgu ni. Terbuktilah daripada situ.

Tapi di sinilah sebenarnya bermulanya ke'psycho'an dan pembunuhan pertama Ryan. Macam yang telah diceritakan awal tadi, Ryan ni kan seorang yang berkarakter agak lembut, jadi di sebalik kelembutan dia tu, rupanya dia juga adalah seorang yang telah terpesong naluri kelelakiannya dan dia mempunyai perasaan kepada seorang lelaki atau bahasa mudahnya gay!

Setelah mengajar mengaji beberapa tahun di situ, rasa suka mula berputik dalam hati Ryan pada seorang cikgu mengaji yang mengajar bersama-sama dengannya yang bernama Irsyad. Irsyad ni memang layan Ryan dengan baik tetapi hanya sebagai seorang kawan. Ryan selalu meluahkan masalah dia pada Irsyad dan Irsyad nilah yang jadi pendengar dan comfort yang setia untuk Ryan. Jadi mungkin telah timbul rasa salah faham pada Ryan melalui kebaikan Irsyad itu??

Tiba-tiba suatu hari, Ryan mula naik berang bila mendapat tahu yang Irsyad ni nak berkahwin. Menurut Irsyad, mereka memang bergaduh besarlah waktu tu. Nasib baik si Irsyad ni sempat lari. Kalau tidak...wallahu'alam. Selepas Ryan ditangkap dan dah kantoi semua kes pembunuhan dia, Irsyad ada datang jumpa Ryan tanya, "Adakah aku termasuk senarai kamu?" (Lebih kurang macam tulah soalan dia) dan Ryan hanya diam. Jadi boleh agaklah kan apa jawapan dia sebenarnya??

Sejak cintanya ditolak Irsyad, sejak tulah Ryan dah mula tak datang mengajar dan tak ada siapa tahu dia pergi mana. Rupanya waktu itulah bermulanya naluri pembunuh berdarah dingin seorang Ryan Jombang! Dia dah mula membunuh orang untuk melepaskan kemarahan!! Walaupun motif spesifik dia membunuh mereka secara individu sewaktu kejadian itu author kurang pasti, tapi yang pasti kegilaannya mula menjadi-jadi selepas cintanya ditolak!

Mangsa-mangsa Ryan kebanyakannya akan dibunuh dengan cara kepala mereka dipukul dengan objek keras sampai tak sedarkan diri kemudian dikuburkan di belakang rumah dia! Pola pembunuhan yang dilakukan Ryan di Jombang adalah seperti berikut; Ryan bertemu mangsanya di suatu tempat dan mengajaknya ke rumah. Beberapa waktu kemudian, sama ada siang atau pagi hari, barulah Ryan membantainya. Aksi kejamnya ditutup dengan merampas barang-barang berharga milik korban serta mengubur mereka di halaman belakang. Majoriti mangsa berhasil dibawa ke rumah Ryan kerana TERPIKAT dengan rayuannya.

Demo cara Ryan membantai mangsanya.

Kawasan halaman belakang rumah Ryan di Jombang ketika pencarian mayat-mayat mangsa pembunuhannya.

Kegiatan pembunuhannya dipercayai banyak dilakukan Ryan sekitar tahun 2007. Semua mangsa Ryan adalah lelaki kecuali dua anak beranak, Nanik Hidayati dan anaknya Silvia Ramadhani yang baru berusia 3 tahun. Budak tu melihat sendiri ibunya dibunuh Ryan di depan matanya dan disebabkan itu, Ryan terpaksa membunuh anaknya juga! Menurut Ryan, dia merasa paling terkilan terpaksa membunuh Silvia kerana dia sangat sayang pada budak kecil!

Pada Mac 2008, Ryan telah berhijrah ke Jakarta. Di sana dia bekerja sebagai seorang model (lebih kurang macam tulah. Tak sure juga kalau maybe dia ada buat 'kerja part-time' lain sebagai seorang homoseksual). Di Jakarta, dia merasa lebih diterima dan bertemu dengan homoseksual dari pelbagai kelas. Di ibu kota, Ryan sering menukar tempat kediaman. Di situ jugalah dia bertemu dengan teman lelaki gaynya, Noval Andreas. Hubungan dengan Noval ni jugalah yang menjadi titik tolak terbongkarnya kegiatan pembunuhan Ryan.

Noval Andreas (kiri), Ryan Jombang (kanan).

🌿 Terbongkarnya Rahsia Pembunuhan Kejam Ryan

Pada sekitar Julai 2008, Ryan telah membunuh mangsa terakhirnya, Heri Santoso, 40 (usia waktu itu) yang merupakan seorang Pengurus Penjualan Syarikat Swasta di Jakarta. Punca pergelutan mereka yang membawa kepada pembunuhan Heri dipercayai adalah kerana berebutkan Noval! Heri tertengok gambar Noval dekat handphone Ryan kemudian terberkenan lah pulak. Katanya sanggup bayar berapapun untuk dapatkan Noval. Ryan pun mengamuk lalu pergaduhan pun berlaku. Heri dibunuh dengan pisau dapur yang dicapai Ryan sewaktu pergelutan di pangsapuri tempat tinggal Ryan.

Dilanda kepanikan dan keinginan menghilangkan jejak kerana sudah tidak boleh menanam mayat mangsa seperti biasanya di Jombang—Ryan lalu memotong tubuh Heri. Berbekal pisau, Ryan memutilasi Heri kepada beberapa bahagian: lutut, peha, tangan, alat vital, dan leher. Potongan-potongan itu lantas dimasukkan ke dalam beg dan beg plastik. Ryan kemudian memanggil teksi dan meminta pemandu menghantarnya ke Ragunan, Jakarta. Di sanalah kemudian dia membuang potongan tubuh mangsanya itu...

Setelah selesai melakukan aksi sadisnya, Noval datang ke pangsapuri Ryan. Kepada 'boyfriend'nya itu, Ryan mengaku baru membunuh Heri. Tak hanya membunuh, Ryan juga mengaku mengambil barang-barang berharga Heri, dari dompet hingga laptop. Kedua-duanya lantas foya-foya dengan barang hasil rampasan itu. Selang beberapa hari kemudian, Noval teridentifikasi menggunakan kad ATM milik Heri dan wajahnya terakam oleh kamera CCTV ATM. Dari Noval pula polis berhasil menangkap Ryan si pelaku sebenarnya.

Akibat daripada itu, Ryan ditangkap dan akhirnya mengaku bahawa dia telah membunuh Heri kerana dia tersinggung setelah Heri menawarkannya sejumlah wang untuk berhubungan dengan kekasihnya, Noval. Cara pengakuan Ryan yang bersahaja tanpa rasa takut atau panik mengundang kecurigaan pihak polis bahawa ini bukan pembunuhan pertamanya!

Ryan dan Noval dalam tahanan; Ryan - tersangka/tertuduh, Noval - saksi

Polis mula syak dan menyemak daftar orang-orang hilang lalu mendapati beberapa daripada mereka adalah orang yang pernah dekat dengan Ryan! Salah satunya Ariel Somba yang terakhir dilihat pergi ke Surabaya dengan Ryan. Keterangan Ryan tentang kes kehilangan Ariel juga berbunyi mencurigakan dan daripada situlah polis mula melakukan kerja pencarian mayat di halaman belakang rumah Ryan di Jombang. Di situ ditemui beberapa mayat yang telah membusuk dan ada yang sudah tinggal rangka sahaja!

Setelah media melaporkan kes mutilasi oleh Ryan, banyak orang melaporkan kehilangan saudara mereka setelah ditangkap dengan Ryan. Polis akhirnya menerobos bekas kolam ikan di belakang rumah orang tua Ryan di Jombang dan menjumpai empat mayat manusia di dalamnya, yang kebanyakannya sudah hanya tinggal kerangka. Ryan kemudian juga mengakui pembunuhan enam orang lain dan mayat mereka ditemui ditanam di halaman belakang rumah yang sama. Sehingga akhirnya sebelas mangsa pembunuhan Ryan telah berhasil dijumpai.

10 daripada mangsa-mangsa kekejaman Ryan Jombang. Satu yang tanda soal tu tidak diketahui identitinya hingga sudah. Al-fatihah. Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn...

Menurut pengakuannya hingga kini, mangsa pertama Ryan adalah Guruh Setyo Pramono alias Guntur (27) yang terbunuh pada sekitar bulan Julai 2007. Di rumah orang tua Ryan di Jombang, kepala Guntur dipukul dengan benda keras hingga mati, tubuhnya kemudian digulung di tilam dan dibakar. Jenazah Guntur kemudian digulung ke kolam ikan di halaman belakang rumah dan dikuburkan dengan kotoran.

🌿 Hukuman yang Dijatuhkan Setelah Terbukti Bersalah

Ryan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Daerah Depok pada 6 April 2009. Setelah keputusan itu, Ryan mengajukan rayuan dan rayuan, namun setelah dua tahap persidangan, Ryan masih tetap dijatuhkan hukuman mati. Dengan penolakan hukuman tersebut, Ryan mengajukan permintaan untuk pertimbangan semula ke Mahkamah Agung dan Mahkamah Agung masih menjatuhkan hukuman mati kepada Ryan.

Ryan Jombang, yang telah dijatuhkan hukuman mati kerana kes pembunuhan berantai itu akhirnya menerima hukuman yang dijatuhkan ke atas dirinya. Tetapi dia menulis surat pula kepada Presiden Jokowi untuk penangguhan hukuman. Surat itu diajukan bersama dengan berkas permohonan pengurangan hukuman atau grasi. Dalam surat yang ditulis tangan, Ryan mengaku sudah bertaubat dan sedang menjalani puasa kifarah atau puasa yang wajib dilaksanakan sebagai denda atas pelanggaran tertentu atas kejahatannya.

"Bpk presiden yg saya hormati atas smua kesalahan dan dosa yg sudah saya lakukan mohon beri kesempatan pd saya untuk selesaikan puasa khifarat sbg kewajiban seorang muslim yg membunuh org lain, maka sbg gantinya sesuai dengan Alquran saya harus puasa 2 bln berturut-turut atas satu nyawa yg saya bunuh," tulis Ryan di suratnya yang ditujukan ke Jokowi, Jumaat (7/10/2016).

Ryan mengaku sudah menyelesaikan puasa kifarat untuk 5 nyawa yang telah dihilangkan.

"Saat saya menulis permohonan grasi ini saya sudah menyelesaikan puasa khifarat atas 5 nyawa," ucap Ryan di surat tersebut.

.
.
.

Jika betul Ryan dah bertaubat, semoga taubatnya diterima. Itu antara dia dengan Allah. Tugas kita sebagai manusia sampai di situ saja untuk menghukumnya. Tapi itu juga bukan bermakna kesalahan Ryan boleh dilupakan dan diampunkan oleh manusia terutama keluarga mangsanya! Kesedihan dan kehilangan mereka semestinya takkan boleh terubat sampai bila-bila. Tapi itu pun antara Ryan dan pihak keluarga mangsa. Tugas kita sekarang adalah perlu mengambil iktibar daripada kisah Ryan.

Seperti apa yang kita boleh lihat, punca masalah mental berat yang dihidapi Ryan adalah berpunca daripada masalah keluarga yang utamanya adalah KEBENCIAN YANG MENDALAM TERHADAP IBUNYA! Ryan adalah anak daripada perkahwinan ketiga ibunya dan ibunya juga sejenis yang mendominasi dalam keluarga (queen control gitu). Ibunya juga selalu bawa balik lelaki macam yang saya cerita kat atas tadi. Ryan juga mendakwa selalu dipukul ibunya waktu kecil walaupun semua dakwaan Ryan dinafikan oleh ibunya!

Jelaslah di situ keutuhan sesebuah institusi keluarga yang memainkan peranan penting dalam terlahirnya seorang PSYCHOPATH ini. Saya ada terbaca dekat komen video Ryan yang saya tengok dan ada satu komen yang menarik perhatian saya berbunyi, "Aku pun dari keluarga bermasalah tapi takdelah pulak rasa nak bunuh orang jadi psychopath ni semua." Pertama sekali tahniahlah diucapkan kepada si dia yang sangat hebat kerana berjaya mengawal emosi dan tidak terkesan sedikitpun dengan masalah keluarga. Tapi kita kena ingat, tak semua orang dilahirkan sama. Kadang-kadang sesuatu masalah tu ringan bagi seseorang tapi tidak pada seseorang yang lain. Setiap manusia itu diciptakan berbeza dan diberikan ujian yang juga berbeza daripada Allah SWT.

Macam prolog yang saya tulis sebelum ni, psychopath ni berkait rapat dengan genetik juga. Mungkin seorang psychopath itu memilik genetik agresif dalam dirinya dan ditambah pula dengan keadaan sekelilingnya yang memberikan tekanan, ia mendorong kepada mereka untuk menjadi seorang psychopath. Ada juga orang yang memiliki genetik ini tetapi tidak dirangsang oleh sekeliling kerana memiliki keluarga yang penyayang dan harmoni, maka genetik tersebut tidak menonjol pada dirinya. Jadi fikir-fikirkanlah ya... Bersyukurlah atas segala nikmat yang diberikan pada kita tanpa perlu judge orang lain. Tapi kita masih boleh mengambil iktibar dan belajar daripada kesilapan orang lain.

Ryan dan ibunya sewaktu di penjara.

Nak tahu lagi detail dan clear boleh tengok video ni di bawah ni. Memang saya refer video ni dan beberapa sumber lain untuk penulisan saya ni. Tapi kalau nak tahu detail tentang setiap satu kes pembunuhan Ryan, kenalah beli buku yang ditulis Ryan sendiri tentang detail setiap pembunuhan dia, siap ada lukis map detail lagi yang bertajuk, 'Untold Story of Ryan'. Tapi tak tahulah dah ada kat pasaran ke tak.

Kalau nak dengar dia nyanyi pun boleh tengok kat video dokumentari bawah ni. Ryan ni suka menyanyi tau. Dengar-dengar dia ada dapat offer release album jugak lepas dah kena tangkap ni. Tapi jawapan Ryan, "Kenapa tidak dari dulu?" Hmmm, tapi tak tahulah betul-betul nak release ke tak. Bila dengar lagu tu nanti mesti rasa macam seram sejuk je kan??

Sekian saja dari saya untuk kali ini. Jumpa lagi di next psychopath entry. Siapa pula yang akan author ceritakan lepas ni? Nantikannn...

Dah baca jemputlah vote dan komen ye... Jom kita berdiskusi di ruangan komen.

Sumber :
https://id.m.wikipedia.org/wiki/Very_Idham_Henyansyah
https://www.liputan6.com/news/read/2620846/ajukan-grasi-ryan-jombang-ingin-tuntaskan-puasa-kifarat
https://tirto.id/motif-pembunuhan-sadis-ryan-jombang-skandal-salah-tangkap-polisi-c8pf
https://youtu.be/93ZPdc3e3A0
https://youtu.be/2wyMKiQd0ZY

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro