Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EP 12

Doyoung melihat gambar gambar yang diberi oleh lelaki di hadapannya sekarang ini.

Gambar itu menunjukkan bahawa seorang perempuan sedang mengheret seseorang yang sudah tidak menyedarkan diri.

Gambar yang lainnya pula menunjukkan bahawa perempuan itu mengkuburkan mayat yang baru sahaja dia bunuh.

Dan gambar yang terakhir,menunjukkan bahawa muka pembunuh tersebut akhirnya terlihat.

Semua polis terkejut melihat wajah pembunuh itu,tapi tidak kepada Doyoung.Dia memang sudah tau.

Memang betul,Hanmin lah orangnya.Semua gambar gambar itu dimasukkan ke dalam sampul surat semula lalu dikembalikan ke lelaki tersebut.

"Jadi memang betul,dialah orangnya"

"Jadi sekarang,macam mana ni tuan?Kita kena tangkap dia"

Doyoung mengetuk ngetuk mejanya perlahan.Lelaki yang belum dia tau siapa diperhati.

"Kejap,awak siapa kepada Hanmin?"

Lelaki itu senyum sinis.

"Saya abang dia,Lee Hangyul"

Doyoung mengerutkan dahi.

"Macam mana awak boleh tau yang,si Hanmin pembunuhnya?"

Lelaki yang bernama Hangyul itu menghembus nafas berat.

"Adalah caranya.Tapi sebenarnya...saya dengan dia memang rapat dulu.Tapi lepas mak dia dah meninggal akibat penyakit jantung,gaya Hanmin berubah.Tapi saya tetap ada dengan dia masa tu.Lepas papa kami dah kahwin dengan perempuan lain,mereka selalu bergaduh.Saya pun dah tak tahan dengan diorang berdua,asyik asyik bergaduh je.Jadi saya memberi keputusan,untuk lari dari rumah tu,kalau saya lari pun dorang takkan kisah.Kat situ jugalah hari terakhir saya berjumpa dengan Hanmin.Tak pula saya tau yang Hanmin dah jadi macam ni..."

Doyoung mengangguk faham.

"Lagi satu tuan.."

Doyoung mengangkat kening kanannya.

"Kita kena tangkap Hanmin sekarang,sebab...dia dah culik dua orang manusia dan akan membunuh mereka malam ni juga"

Semua pegawai polis terkejut.Makin menjadi jadi perangai Hanmin ini.Mereka harua cepat.

"Tapi..saya tak tau alamat rumah di-"

"Takpe,saya tau.Saya kan abang dia"

Doyoung menarik nafas dalam lalu menghembusnya.Dia akhirnya berdiri lalu menghadap semua pekerjanya.

"Bersiap sedia,kita kena tangkap dia sekarang juga.Sebelum dua orang tu dibunuh"

"Baik tuan!"

-

Dahinya berkerut di saat dia merasakan kepalanya sakit akibat di pukul tadi.

Riki akhirnya menyedarkan diri.Dia cuba untuk bangun tetapi malangnya,dia telah diikat.

Lelaki itu melihat sekeliling tempat tersebut.Gelap.

"Aku kat mana ni..."

Tersentak Riki apabila dia mendengarkan seperti ada orang mencucuk cucuk sesuatu.

Tiba tiba,satu kelibat menarik perhatian Riki.Matanya dikecilkan untuk mengenal pasti siapa gerangan tersebut.

Bunyi cucukan itu akhirnya hilang.Lampu akhirnya menyala.Riki menutup matanya kerana silau.

Selepas sahaja dia membuka mata,terus sahaja matanya terbuka luas melihat beberapa mayat yang sudah didudukkan di hadapannya bersama topi hari jadi.Ada juga beberapa mayat yang sudah tidak berkepala.

Dan yang paling terkejutnya ialah,Solim juga sudah mati.

"Suprise!"

Hanmin muncul di hadapannya.Riki sudah pun berasa gelisah.

"H-Hanmin...apa yang.."

Hanmin yang tadi membongkokkan badannya,terus sahaja berdiri tegak.Dia hanya menayangkan wajah yang manis ke Riki.

Makin terpinga pinga lah lelaki itu.

"Ni lah parti dia.Parti bersama ex ex awak!"

Hanmin melompat kegembiraan.Gadis itu mula mendekati mayat mayat tersebut.

Riki hanya melihat sahaja.Hanmin maju ke arah mayat Hijin.Klip rambut berwarna merah jambu dipakaikan di kepala Hijin.

Sempat kepala itu ditepuk lembut.Hanmin mula duduk di sebelah mayat Hijin.

Bahu Hijin dipeluk.

"Tengok ni Riki,cantik kan dia"

Riki sudah rasa takut akan kelakuan Hanmin.Dia sangka Hanmin ini orang yang biasa sahaja,rupanya...

"Awak...awaklah pembunuhnya.."

Hanmin ketawa kecil.Dia memajukan diri ke arah Riki.Lelaki itu cuba untuk mengundur.

"Sekarang awak dah tau.Awak tau tak kenapa saya buat macam ni?"

Riki hanya mendiamkan diri.Hanmin mengambil pisau yang berlumuran darah itu kerana dia baru sahaja menikam kawannya sendiri iaitu Solim berkali kali.

Hanmin mendekatkan wajahnya ke arah Riki.Riki sudah mula rasa takut.

"Saya buat macam ni sebab...diorang tu asyik asyik dekat dengan awak."

Sedikit darah diambil menggunakan jari telunjuk Hanmin lalu darah itu dicalitkan ke mula Riki.

Sepertinya Hanmin melukis wajah Riki menggunakan darah tersebut seperti kucing.

Riki mula menggigil.

"Saya buat macam ni untuk kebaikan awak juga.Supaya,tiada sesiapa yang boleh dekat dengan awak lagi.Selain saya"

Hanmin menatap wajah Riki.Perlahan lahan bibirnya mendarat ke pipi mulus Riki.

Satu ciuman di pipi akhirnya dilepaskan.Hanmin menatap Riki sekali lagi dengan senyuman kecil.

"Saya sukakan awak Riki.Kalau saya sorang sorang kat rumah,saya selalu bayangkan yang awak dan saya,hidup bersama.Saya nak kita seperti itu Riki.Saya sayang awak"

Riki hanya mendengarkan sahaja luahan Hanmin.Tidak dia sangka bahawa pembunuh ini lah yang menyukainya.

Perlahan lahan senyuman Hanmin menghilang.

"Tapi di sebabkan perempuan perempuan bodoh tu dekat dekat dengan awak,saya...bunuh mereka semua termasuk Solim"

Pipi Riki disentuh.

"Saya terpaksa,sebab saya tak nak awak pergi dengan orang lain selain saya"

Sekali lagi pipi Riki dikucup.

"Tapi semuanya dah terlambat"

Riki mengerutkan dahi.

"Terlambat?Maksud awak?"

Hanmin menegakkan kembali badannya.Pisau dan kapak diambil.Kedua dua benda tajam itu ditayangkan ke Riki.

Riki sudah membulatkan matanya.Adakah ini pengakhirannya?Adakah dia akan dibunuh?

"Sebab akan saya bunuh awak juga sayang"

Makin luas mata Riki.Dia sudah menggeleng laju kerana Hanmin sudah memajukan diri ke dia.

"Tak Hanmin,tolong jangan bunuh saya.."

Hanmin menayangkan wajah kesian.

"I love you Riki but...I have to do this"

"Tak...jangan.."

Langkah Hanmin terhenti.Dia sepertinya terfikir sesuatu.

"Eh tapikan,tak best lah kalau saya terus bunuh awak je.Kenalah ada benda yanh special kan?"

Dada Riki naik turun naik turun.Dalam masa yang sama,dia lega kerana Hanmin belum mau membunuhnya.

"Apa kata kalau...kita main satu permainan?"

Riki terkebil kebil.

"P-permainan apa..?"

Hanmin senyum sinis.Tiba tiba sahaja gadis itu bersiul.Dia menatap wajah Riki bersama senyuman sinis.

"Round and round and round~"

Riki membulatkan matanya.Hanmin mula berlari untuk mendapatkan sesuatu.

Hanmin kembali bersama roda permainan.Di sana terdapat 4 benda iaitu tangan,kaki,mata dan mati.

Hanmin tersengih comel.Sepertinya Riki tau apa yang Hanmin ingin buat.

Gadis itu mau menyeksanya hidup hidup.

"Ini baru seronok kan Riki?Anggap sahaja ini permainan untuk parti kita hari ni.Okay mari kita mula,kalau saya dapat salah satu daripada 4 benda ni..."

Hanmin senyum senyam melihat Riki yang sudah ketakutan.

"Kat situlah akan saya seksa awak sayang~"

Hanmin mula menggerakkan roda tersebut.Roda itu telah pun berputar.

Riki sudah menelan liurnya.Anak panah itu berhenti di perkataan 'Tangan'.

Hanmin sempat meregang regangkan kepala dan badannya.

"Anggota yang pertama,tangan"

Gadis itu mula mencari alat yang sesuai untuk menyeksa tangan Riki.Akhirnya gadis itu jumpa juga.

Cutter.Dia mula mendekat lengan milik Riki.

"Hanmin,tolong jangan buat macam ni tolong..."

Hanmin menatap wajah Riki.Pipi lelaki itu dielus lembut.

"Jangan risau,benda ni takkan sakit"

Riki meringis kesakitan apabila cutter milik Hanmin sudah pun menyentuh lalu mencucuk lengannya.

Hanmin tersengih.Cutter itu digerakkan ke bawah,bermaksud lengan Riki kian mengoyak.

"Hanmin berhenti.."

Hanmin hanya mendiamkan diri.Dari perlahan,hingga ke laju.Riki menjerit kesakitan.

Hanmin berdiri lalu dia mendekati roda permainan itu.Riki menunduk ke bawah kerana dia masih terasa sakit.

"Okay,anggota yang kedua.By the way Riki,sakit ke saya cucuk awak tu?"

Riki hanya mendiamkan diri,cuba untuk menahan sakit.Hanmin senyum sinis.

Roda mula berputar.

"Okay anggota kedua ialah...kaki"

Hanmin melihat kaki Riki.Dia tersengih.Kapak diambil.

Tidak perlu berbasa basi,terus sahaja gadis itu mencucuk jari kaki Riki menggunakan muncung kapak yang tajam itu dengan kuat.

Jeritan Riki menjadi semakin kuat.Air matanya kian mengalir.Hanmin ketawa besar.

"Seronok lah Riki,kalau saya cucuk kat kaki kiri boleh?"

Tanpa menunggu jawapan dari Riki,kapak milik Hanmin sudah pun mendarat di kaki kiri Riki.

Riki sudah menangis kuat.Memohon agar gadis itu berhenti.

"Hanmin tolonglah berhenti!Sakit!"

Kapak dijatuhkan.Hanmin memajukan dirinya ke arah Riki.Kedua dua pipi lelaki itu ditekup.

"Jangan nangis sayang"

Air mata Riki dihapuskan.

"Sikit je lagi ya"

Untuk kali ke tiga,roda permainan itu diputarkan.Kini,anak panah itu tidak menunjukkan anggota mana lagi yang hendak diseksa.

Anak panah itu menunjuk perkataan 'mati'.Bermaksud,Riki akan dibunuh.Riki juga terkejut.

Hanmin memuncungkan bibirnya.Dia mengangguk tanda faham lalu pisau yang tajam itu diambil.

Sekali lagi gadis itu mendekatkan diri ke Riki.Riki sudah pun menggeleng laju.

"Tak tak Hanmin,tolong jangan bunuh saya...awak kata awak suka saya...mustahil awak akan buat saya macam ni.."

Hanmin senyum manis.Pipi lelaki itu sekali lagi disentuh.

"Saya perlu juga buat macam ni"

Hanmin mengangkat pisau itu.Bersiap sedia untuk menikam leher milik Riki.

"1"

Riki sudah menggigil teruk.

"2"

Mata dipejam rapat.Dalam diam Riki berdoa agar ada orang yang membantunya.

"3!"

Belum sempat pisau itu mendarat,Riki bersuara.

"Saya pun suka awak Hanmin!"

Badan Hanmin kian terkaku.Dia sedikit hairan.Pisau tadi diturunkan.Riki akhirnya menghembus nafas lega.

"Apa.."

Riki membuka matanya perlahan lahan.Wajah terkejut Hanmin dilihat.

"T-tapi...kena-"

"Saya yang bodoh.Kenapa saya tak cakap dari dulu lagi...saya memang sukakan awak Hanmin.Saya mula suka awak...masa saya bagi gula gula dekat Solim haritu.Awak ada sembunyi kat belakang dia kan..kat situlah bermulanya hati saya berdegup kencang.Saya lari sebab,jantung saya berdegup terlalu laju.Tak mampu nak tengok wajah cantik awak."

"Tapi...awak selalu dengan Solim..kenapa?Dan kenapa kalau awak nak pergi mana mana awak ajak Solim je,tak dengan saya?"

Riki menghembus nafas berat.

"Maafkan saya Hanmin,saya...sebenarnya malu nak jalan sama sama dengan awak.Saya selalu dengan Solim sebab saya nak dengar cerita dia tentang awak.Awak suka apa,awak benci binatang apa,dan lain lain"

Air mata Hanmin mula mengalir.Riki menatap tepat ke arah anak mata Hanmin.

"Tapi...tak pula saya sangka yang..saya telah menyukai seorang pembunuh"

Pisau terjatuh dari tangan Hanmin.Gadis itu mengundur diri sambil memegang kepalanya.

"Han-"

Secara tiba tiba,gadis itu menjerit.

"Hanmin awak kenapa!?"

Kepala di pukul berkali kali.

"Apa yang aku dah buat!?"

Sekali lagi gadis itu memukul kepalanya sendiri.Riki sudah tidak tahan dengan perlakuan gadis itu.

Riki cuba untuk melepaskan diri dari ikatan itu.Ingin dia menenangkan gadis tersebut.

Akhirnya Riki dapat juga melepaskan diri.Biar sahajalah rasa sakit di badannya itu,asalkan dia mahu mendekati Hanmin.

Hanmin sudah menggigil melihat semua mayat mayat yang sudah pun dia bunuh sendiri.

"Hanmin"

Hanmin menoleh ke belakang.Wajah kacak Riki membuatkan Hanmin membulatkan matanya.

Gadis itu mengundur.Riki mengerutkan dahi.

"Tak,jangan dekat...saya jahat...saya bunuh dorang semua ni"

"Hanmin,bertenang Hanmin jangan takut"

Hanmin menolak dada Riki.Sekali lagi gadis itu menjerit.

"Aku cakap jangan dekat,jangan dekat!"

Riki sudah mula hilang sabar,kedua dua tangan gadis itu ditaham dengan kuat.

Hanmin mula meronta ronta.

"Lepaslah Riki!"

"Boleh tak awak bertenag!?"

Hanmin cuba lagi meronta ronta minta dilepaskan.Tanpa rasa ragu ragu,lantas bibir Riki mengucup bibir milik Hanmin.

Mata Hanmin membulat besar.Badannya mengeras.Dia melihat sahaja wajah Riki itu.

Hanmin sudah tidak meronta ronta lagi.Air mata kian mengalir.Ciuman dileraikan.

Riki menatap wajah Hanmin.Pipi gadis itu di sentuh.Hanmin masih lagi mengalirkan air mata.

Tubuh kecil gadis itu mula ditarik masuk ke dalam dakapan hangat milik Riki.

Di usap usapnya belakang tubuh Hanmin agar gadis itu tenang.Hanmin kian menangis teresak esak.

"Saya minta maaf,saya minta maaf!"

Hanmin melentokkan kepalanya di dada sasa milik Riki.

"Saya minta maaf..."

Mereka berdua terkejut di saat seseorang menendang pintu bilik bawah tanah.

Riki menyuruh Hanmin untuk bersembunyi di belakangnya.

Beberapa orang bersama pistol muncul.

"Jangan bergerak,kami polis!"

Hanmin membulatkan matanya.

"Mana Lee Hanmin?Hanmin?"

Hanmin mengerutkan dahi.Sepertinya dia kenal suara ini.

"Kau siapa bro?Mana Hanmin?"

Riki terpinga pinga.Hanmin mula munculkan diri.

"Hanmin"

Hanmin menggenggam erat tangan Riki.

"Tak apa"

Hanmin memajukan dirinya ke arah lelaki yang memanggilnya.Lee Hangyul,abang kandungnya sendiri.

"Abang.."

Hangyul agak kecewa akan adiknya.

"Kenapa kamu buat macam ni Hanmin?"

"Abang tu yang kenapa buat macam ni?"

Sekali lagi air mata Hanmin mengalir.

"Abang tinggalkan Hanmin,biarkan Hanmin diseksa oleh mak dengan ayah.Abang jenis apa abang ni!?Hanmin yang diseksa ni pun,masih lagi boleh bersabar tau.Kenapa abang tinggalkan Hanmin!?Abang janji yang abang akan selalu ada dengan Hanmin.Mana abang pergi selama ni!?"

Hangyul menghembus nafas berat.

"Abang...minta maaf Hanmin..abang biarkan kamu terseksa,sampai kamu sanggup bunuh bunuh orang ni.."

Hanmin berdehem kecil.

"Tapi terima kasih juga,sebab laporkan benda ni dekat polis.Gari lah saya sekarang"

Riki menggeleng.Bahu gadis itu disentuh.

"Apa ni Hanmin?"

Hanmin senyum kecil.

"Jangan risau,saya akan okay.Awak boleh kan tunggu saya?Lagipun...ini semua salah saya"

Riki menghembus nafas berat.Dia terima sahaja apa yang terjadi.

Akhirnya,polis berjaya menangkap pembunuhnya.Lee Hanmin,telah pun ditangkap.

-

6 bulan kemudian...

Riki duduk di bangku sambil bermain dengan telefonnya.

"Riki!"

Riki melihat ke empu punya suara.Sunoo sedang berlari ke arahnya.

Sunoo memberikan aiskrim vanila ke Riki.

"Terima kasih"

Sunoo menayangkan senyuman manis.Sunoo melabuhkan punggungnya di sebelah Riki.

Aiskrim chocolatenya dijilat.

"Riki"

Riki bergumam.

"Kau tak rindu Hanmin?"

Riki berhenti menjilat.Dia senyum kecil.

"Mestilah rindu"

"Kau ni peliklah,biarpun dia tu pembunuh,kau masih suka dia kan?"

Riki berdecit kecil.Aiskrim vanila miliknya dicalitkan ke hidung Sunoo.Sunoo mendengus kasar lalu krim vanila itu dihapuskan.

"Suka hati aku lah.Yang penting,dia dah tak membunuh dah.Dia bunuh orang pun..sebab aku.Selalu didekati oleh perempuan perempuan lain"

Sunoo mencebik.

"Ya ya je ngkau ni"

-

"Saya okay je kat sini.Awak apa khabar Riki?"

Riki tersengih mendengar suara lembut milik Hanmin dari telefon.

"Saya baik baik je.Tapi tulah,rindu awak.Bila awak boleh bebas?"

Hanmin ketawa kecil.

"Ish awak ni,saya keluar lama lagi"

Riki mematikan senyumannya.

"Saya...betul betul rindukan awak Hanmin.Rasa sunyi je sebab awak takde"

Hanmin memegang kaca.Seperti dia memegang wajah Riki.Gadis itu juga merindukannya.

Rindu ingin memeluknya,menggenggam tangannya dan lain lain.

"Saya pun rindu awak Riki..tapi apa boleh buat,saya salah kenalah masuk penjara kan?"

Riki pun mula memegang kaca itu.Dia mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu...saya akan lawat awak hari hari.Lagi satu,saya nak belanja awak satu pickupline boleh?"

Hanmin mencebik.

"Eh,tiba tiba ni dah kenapa pakcik oi?"

"Ala dengar lah dulu"

Hanmin ketawa kecil lalu memberikan Riki untuk bercakap.

"Okay dengar ya,saya nak tanya.Awak tau tak apa perbezaan awak dengan pembunuh?"

Hanmin menggeleng.

"Okay,pembunuh semua memang jahat kan,haa tapi awak,dengan orang lain je jahat dengan saya manja~"

Riki ketawa kecil diikuti oleh Hanmin.

"Apa ke bendanya tu aduh awak ni"

"Masa dah habis,cik Hanmin akan kami hantarkan dia ke penjara semula"

Riki berhenti ketawa begitu juga dengan Hanmin.

"Hanmin"

Riki menatap wajah cantik gadis itu.

"Jaga diri"

Hanmin mengangguk.

"Awak juga jaga diri,selamat tinggal Riki"

Panggilan dimatikan.Hanmin akhirnya dibawa ke penjara semula.Biarpun kelibat Hanmin sudah tiada,Riki masih tidak bergerak dari tempatnya.

Dia tersenyum.

"Jumpa lagi Lee Hanmin"

~The end~

Yeyyyyyyy habissssss hoho biasakan kalau kat drama melayu ep akhir dia panjang nah jadi ep akhir psycho ni pun wapa kasi panjang HAHAHAH

okayyy thank you yang sudah baca and voted cerita ni dari awal sampai habisss akan wapa buat lagi cerita yang best best tapi ndk terlalu best HAHAHAH

soooo bagaimana endingnya?Okay dok?Hehe okay lah hope u like it~~

Byeeeee!!!!!!



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro