Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 34

Dia pandang Yoongi.

Yoongi pandang dia.

Matanya tertumpu kepada benda yang berada di tangan Si dia.

"Sayang mesti kenal Yoongi kan.Waktu zaman sekolah menengah kita dulu."

Diam.

"Kan cepat betul Yoongi membesar dah makin kacak.hahahaha"

Diam.

Si dia membelai wajah itu yang sudah mereput sedikit dan pucat lesi.

"Li..li..Lisa"

Terketar-ketar Yoongi menyebut nama itu.Sah malah yakin itu Lisa.Suho tersenyum lebar.

"Tak sangka kau cam muka dia."

Suho meletakkan semula kepala Lisa ke dalam bekas kaca berisi cecair khas agar tidak merosakkan sel sel kepala Lisa.Yoongi bingung.Suho tersenyum sinis.

"Kau mesti hairan macam mana kepala Lisa ni boleh ada dengan aku.Jawapannya mudah"

Suho mendekati Yoongi yang berdiri terkulat-kulat disitu.Otak sedang mencari jawapan untuk situasi ini.

"Aku yang bunuh Lisa.Aku yang penggal kepala dia.Faham?"

Tutur katanya lembut tapi bagi Yoongi ianya menakutkan.Dia sudah berpeluh satu badan.

"Kenapa kau bunuh dia?"

Soalan itu membuat Suho bengang lantas dia tendang sebuah kerusi yang berdekatan melepaskan amarah yang terbuku dihati.

"Aku bunuh dia sebab dia sendiri pilih Kris.Dia tak nampak aku yang tolong dia selama ni.Duit aku habis sebab tanggung sepenuh penggajian dia.Apa yang dia nampak Kris.HANYA KRIS"

Suaranya naik satu oktaf di pengakhiran ayat.Muka penuh emosi menahan perasaan sakit di hati.

"Aku cintakan dia.Macam macam aku buat kat dia tapi dia tak nampak pengorbanan aku.Bagi dia aku lelaki penyibuk.Ditambah pula Lisa pilih Kris jadi aku tak dapat tahan perasaan aku jadi aku bunuh dia.Aku jadikan seokjin sebagai kambing hitam."

Yoongi mengempal penumbuk.

"Sebab tu lah persahabatan kami terputus rupanya disebabkan kau"

Yoongi menumbuk muka Suho hingga tersungkur.Pergelutan berlaku di antara mereka berdua.Tumbukan dan tendangan berselang seli.Satu ketika Suho tendang dada Yoongi menyebabkan dia terdorong kebelakang ketika itulah balang kaca yang berisi kepala Lisa jatuh ke lantai lalu pecah.Suho tergamam.Yoongi mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri bersama kepala Lisa.

"Kau nak pergi mana bodoh.Pulangkan balik Lisa aku"

Suho mengejar Yoongi daripada belakang.Larian dicepatkan walaupun rasa sakit menyerang.Dia tak peduli.Sikit je pun.Suho semakin menghampiri Yoongi.

"Argh"

Yoongi tersembam kerana tersilap langkah.Tak pasal dia tercium lantai.Kepala Lisa yang dipegangnya tergolek ke hadapan.

"Lisa"

Suho mengejar tapi Yoongi sempat menarik kaki kiri Suho hingga terjatuh.

"Sial kau"

Suho tendang tepat ke muka yoongi lalu bangkit semula mendapatkan kepala Lisa yang berada di sebuah bilik.Yoongi muntah darah namun senyuman terukir dibibirnya sebelum dia tidak sedarkan diri.

💀💀💀💀

Darah hampir memenuhi keseluruhan bilik.Di atas pentas kelihatan beberapa anggota badan yang dipisahkan satu persatu.Entah yang mana satu anggota badan tuan punya badan kerana sudah bercampur dengan anggota badan yang lain.Ngeri sangat ngeri.Suho terkaku.Tidak pernah dia melihat pemandangan seperti itu.Kejap rasanya pernah lagipun hampir sama.

Ouh ya!mayat ahli EXO yang lain telah di tanam di bahagian belakang markas oleh GOT7.Kesemuanya dibunuh dengan cara memenggal kepala.Tiada guna EXO hidup.Biar dia sorang saja layak hidup di muka bumi ini.Hanya dia.Bts pun sama layak mati.

"Jadi Suho....."

Seokjin melangkah menghampiri Suho yang sedikit pun tidak gentar.Nak gentar apanya manusia jugak kan bukannya binatang atau hantu.

"Semua yang terjadi dari dulu sampai sekarang berpunca daripada kau"

Suho tersenyum sinis.

"Kau buat salah aku yang kena.Kau burukkan nama aku.Kau putuskan persahabatan kami.Kau bunuh Lisa dan kau biarkan mayat dia tak sempurna"

Tengkingan seokjin hanya membuatkan Suho ketawa berdekah-dekah.Dia rasa terhibur.

"Ok ok sekarang korang dah dapat aku jadi bunuh lah tunggu apa lagi"

Dia mendepa kedua tangannya tanda bersedia untuk mati.Jawapan seokjin mengejutkan Suho.Mungkin.

"Kami takkan bunuh kau"

"Kenapa pulak? Dia dah bunuh kawan kawan kita takkan kita tak bunuh dia?"

Taehyung menentang habis-habisan.Gila ka apa nak biarkan lelaki syaitan tu hidup.Dia tu patut mati.Kalau boleh mayat dia biar terhapus kat dunia ni.Seolah olah dia tak pernah hidup langsung.

"Kalau kita bunuh Suho kita akan terima akibatnya jadi biar Suho yang tanggung kesemua dosa dia."

Taehyung mengangguk faham.Ya tak ya jugak.Suho tersenyum makna lalu pandang jungAh yang hanya menjadi pemerhati daripada tadi.

"JungAh kau tak nak bunuh aku ke? Aku kan dah buat suami kau jadi cacat dan juga aku dah bunuh......"

"DIAM!!!!"

Tanpa sempat Suho menghabiskan kata, JungAh terlebih dahulu menyerang Suho maka berlakulah bergelutan antara mereka berdua.JungAh menumbuk muka Suho apabila mendapat peluang.

Kepantasan Suho telah mengunci pergerakan jungAh.

"Lepaskan aku.sakitlah"

Suho mengetatkan lagi pergerakan.Jungkook menghampiri mereka lalu dia tunjukkan sesuatu di tangannya.

"Woi Suho yang ni kau tak nak?"

Suho terkesima melihat kepala Lisa.Sesungguhnya dia tak ingat langsung sebaik masuk ke dalam ini.

"Bagi balik lisa aku"

Jungkook senyum sinis malah dia masukkan kepala Lisa ke dalam karung hitam yang dia bawa.Suho mendengus geram.Dari jauh kedengaran sayup-sayup siren polis  seperti menghampiri markas EXO.

"Pihak polis sedang menuju ke sini jadi lebih baik kau serah diri lagipun kau dah kalah.Kau takkan mampu tewaskan kami."

Suho melepaskan JungAh dari cengkamannya.

"Kau betul aku dah kalah tapi aku masih hidup untuk...."

Perkataan tapi itu membuatkan seokjin berwaspada kerana sambungan tapi bukanlah perkara yang elok akan berlaku.Sepantas kilat Suho mengeluarkan sepucuk pistol lalu menyasarkan ke arah BTS tanpa disangka mereka.

BANG!!!

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro