New Rival
Qasrina pulang ke rumah dengan kepenatan lalu dia terus menghempaskan dirinya di sofa. Dia menghela nafas kesal dan memandang bingkai gambar yang terletak di atas kabinet televisyen itu. Macam-macamlah dia fikirkan.
Dia mengerling ke arah jam pada dinding yang menunjukkan pukul 2.35 petang. Qasrina membetulkan posisi duduknya. Dia memandang sekeliling rumah.
“Apasal sunyi semacam je ni?” pamit Qasrina.
Dia bangun dan mengambil begnya lalu menuju ke bilik. Tiba di biliknya, dia terus meletakkan begnya di tepi meja belajar. Dia berjalan lalu melompat ke atas katil miliknya.
Bosan.
Itu yang dia rasakan sekarang ini. Qasrina menghela nafas berat lalu mengambil dan memeluk patung we bare bears nya iaitu Grizzly Bear. Mulalah dia meroyan di atas katilnya. Guling sana, guling sini, macam tak ada life. Inilah hidup seorang insan yang kita semua kenali, Qasrina.
Setelah penat berguling macam bantal peluk, dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja lampu tidur sebelah katilnya. Dia meng'scroll' segala isi yang ada dalam Instagram nya.
Bagi mengelakkan kebosanan juga, Qasrina mengambil earpod lalu disambungkan pada telefonnya melalui Bluetooth. Dia pun dengar jelah apa-apa jenis lagu yang ada dekat dalam tu. Kebanyakannya sad song, lagu opening anime kegemaran dia dan lagu yang tengah hot sekarang ni.
Qasrina pun adalah ikut menyanyi beberapa buah lagu. Untung suara sedap boleh masuk I Can See Your Voice ni. Kalau suara dia macam bunyi kucing nak beranak, alamatnya masuk perigi butalah😂. Gurau.
Tiba-tiba, Qasrina menerima satu mesej.
MafiaGurls 🔪🔪 (abaikan emoji tu 😅)
Lil Mochi
Hye, Akak Thundy!
Me
Hye, mochi! How's your day?
Lil Mochi
Fine! Miss la akak thundy😘
Scary Z
Mochi, mochi... Tak habis-habis rindu dengan thundy.
Me
Aik, greentea tu tak miss pula
Lil Mochi
Ala, akak ni... Akak Greentea tu dah hari-hari hadap.
Miss Greentea
Amboi... Kutuk nampak😑
Lil Mochi
Sekali sekala😜
Sleepy girl
Ala, greentea kau ni macam tak kenal dengan adik sendiri.
Me
Apalah korang ni... Nanti kirim salam dekat semua tau.
Lil Mochi
Okey 👌🏻👌🏻
Sleepy girl
Hmm...
Scary Z
Sure.
Qasrina terus menutup telefonnya. Dia merenung siling di atasnya.
‘After 2 years, aku still tak dapat cam siapa dia tu. Huh... Oh well, siapa kesah kan,’ monolog hatinya.
Skip time
Qasrina baru sahaja selesai membersihkan dirinya, dia menuruni anak tangga lalu duduk di sofa. Dia bermain dengan telefonnya sambil memakan snek Pocky perisa coklat. Pada masa yang sama, Iqmal baru pulang dari rumah Qays.
“I'm home~” Iqmal membuka pintu.
“Baru nak balik. Ingatkan tahun depan baru balik,” sindir Qasrina.
Iqmal memandang Qasrina tidak puas hati. Dia mengambil tempat di sebelah Qasrina.
“Asal lambat?” soal Qasrina.
“Ngumpat kau, tu yang lambat,” balas Iqmal selamba.
Qasrina memutarkan matanya.
Menyampah.
“Hmm... Baguslah tu. Nanti aku yang dapat pahala lebih,” kata Qasrina.
“You're welcome😂,”
Iqmal ketawa terbahak-bahak manakala Qasrina memandangnya dengan penuh poker face.
‘Apasal lah aku dapat abang macam dia ea. Rasa menyesal pun ada sebab kutip dia,’
“Oi, Qas. Ngelamun apa tu? Fikir masa depan kau dengan someone ke~” sakat Iqmal.
Whamp!
Satu tumbukan penuh kasih sayang gadis dingin ini hinggap di kepalanya.
“Adoi! Sakitlah, ngok!” ringis Iqmal.
“Jangan sampai aku lenyapkan Rin dari kau, baru padan muka,” dalih Qasrina.
“No! My sleepy girl. Jangan ah,” rayu Iqmal.
Dia cuba memeluk kaki Qasrina namun, Qasrina pantas menolak dan menukar topik.
“Weyh, tadi pagi kan, ada orang kacau Rin kau,” kata Qasrina.
“SIAPA YANG KACAU JIWA RAGA AKU? MEH, SINI GAMBAR, AKU BUAT DIA RASA NERAKA DUNIA!” bentak Iqmal.
Pergh, ayat dia.😨
“Nah, ambil ni. Pergi settle kan benda ni jauh-jauh,” Qasrina menghulurkan telefonnya.
Dengan pantas Iqmal merampas telefon itu dan terus blah sepantas kilat.
Qasrina menghela nafas dan malaskan dirinya pada sofa.
“Aman rasanya hidup tanpa pengacau,” pamit Qasrina. Dia menikmati coklatnya.
Tanpa dia sedari, ada seseorang yang memerhatikan gerak gerinya sambil tersenyum sinis.
“One day, icy girl...,”
Qasrina mengalihkan pandangannya ke arah tingkap. Firasatnya mengatakan ada something yang tak kena bakal berlaku pada dirinya. Dia dapat rasa yang dirinya diperhati dari tadi.
“Qas, tolong aku downloadkan benda alah ni!” jerit Iqmal dari atas.
Qasrina menggelengkan kepalanya dia terus naik ke atas tanpa memikirkan apa-apa. Hati Qasrina berasa lega apabila namanya dipanggil Iqmal.
“Larilah sejauh mana pun, Qas... Aku akan tetap perhatikan kau hihihi~”
....keesokan harinya....
Loceng rehat telah berbunyi. Apa lagi? Kita marathon lah pergi kantin nak beli makanan.
“Weyh, Qas. Dah siap ke belum?” soal Airin.
Qasrina sedang struggle menyiapkan kerja notanya.
“Kau pergilah dulu. Aku kemudian,” balas Qasrina. Pandangannya tak lekang pada buku.
“Hmm... Okey tapi jangan lambat tau,” Airin berjalan pergi meninggalkan Qasrina.
Selang beberapa minit, akhirnya Qasrina berjaya menyiapkan notanya. Dia bangun lalu keluar dari kelas menuju ke kantin.
Harap-harap makanan ada lagi untuk kau, Qas.
Sedang dia berjalan tanpa memandang depan, dia terlanggar someone.
Gedebuk!
“Auw...sstt~ Sakit bodoh,” ringis Qasrina.
“Ouch, kepala aku terhantuk sial,”
Mereka berdua saling berpandangan.Rupa-rupanya, Qasrina terlanggar Qays yang baru sahaja lepas makan di kantin.
Qays yang perasan dia terlanggar Qasrina cepet-cepat bangun dan menghulurkan tangannya pada Qasrina.
“Kau okey tak?” soal Qays.
Qasrina memandang Qays seolah-olah prince charming yang menghulurkan tangannya pada Qasrina untuk menari.
Ceh, bukan main lagi.
Qays mengerutkan dahinya lalu menunjal dahi Qasrina yang tidak bersalah dengan kuat. Dia meringis kesakitan.
“Auw... Sakitlah bongok!” marah Qasrina.
“Kau tu yang bongok. Handsome sangat ke aku ni sampai kau pandang aku lama sangat, hmm~”
Qays smirk. Qasrina blush pada masa yang sama dia mula mengutuk dirinya yang tetiba buat perangai sebegitu.
‘Apasal dengan aku, haa? Tak pernah-pernah lagi aku macam ni!’
Qasrina dengan malu bercampur dengan bengangnya, menendang perut Qays.
Senak woi. Baru lepas makan.
“Berambus!” tengking Qasrina.
Dia meninggalkan Qays yang menahan sakit pada perutnya. Iqmal dan Firas yang dari tadi menyaksikan drama free itu menertawakan Qays.
“Hahaha... Kau ni, aku dah cakap payah nak ambil hati dia~” tawa Iqmal.
“Walaupun secara faktanya kau hampir dapatkan dia,” kata Firas.
Qays menjeling Firas. Namun, dia buat tak tahu je.
“Dahlah jom. Kata nak lepak dekat belakang sekolah,” tutur Iqmal.
“Jom,”
“Seret aku. I'm in angau mode,” kata Qays.
Iqmal dan Firas pandang Qays pasrah. Diorang pun ada crush juga, tapi tak adalah seangau ini kot. Firas mengangkat bahunya dan mengheret Qays diikuti dengan Iqmal yang berwajah annoyed.
Qasrina's POV
Aduh! Bodoh banget, sih! Since when aku jadi macam ni, haa? Sebelum ni aku langgar orang tak ada pula sampai macaam tu kot.
Okey, Qas. Rileks, kau dah nak sampai dekat Dian dengan Rin ni. Jangan sampai diorang perasan.
“Wei, Qas,” tegur Dian.
“Apahal?” soalku.
“Apasal muka kau merah?”
Aku terdiam. Alahai, bodohnya aku! Kenapa tak boleh cover doh. Rin yang dah tersedar dari tadi tersenyum sinis.
“Jangan-jangan,”
“Kau diam! Jangan nak mengada tunjuk muka kau yang duk sengih-sengih depan aku tu,” bentak ku.
“Ala, Qas. Macamlah aku tak tahu kau~” sakat Airin sambil tersenyum sinis.
Aku memutarkan mata aku. Dian pula membuat poker face ke arah kitaorang.
“Ooo... Macam nilah bila member ada secret tak nak share,” ujar Dian.
“Tak apa. Nanti aku bagitahu kau. Kalau tanya Qas memang bluetick lah jawapannya,” balas Airin
“Kau apahal, Rin? Cakap orang tapi dia pun sam-mmm?”
Airin menutup mulutku. Aku menjeling ke arahnya.
Dan sekali lagi Dian mengabaikan kami berdua.
“Okey, sorry. Nah, nasi lemak. Ni je aku sempat beli,” katanya.
“Ceh, membodek,” rungutku.
“Bersyukur sikit ea aku dah belikan,” bentak Airin.
Aku hanya mengendahkannya sahaja. Dian pula membaca novel. Walaupun aku berada bersama geng aku. Tapi aku masih lagi rasa diri aku diperhatikan.
Aku diamkan diri.
End of POV
But, siapa sangka firasatnya memang tepat.
Seorang lelaki berambut hitam dengan mata beriris hazel sedang tersenyum sinis di sebalik dinding.
“Mine... Tak kira apa pun Qas. Tak kira apa pun, aku tetap akan dapatkan kau,”
Namun, sedang pemuda itu syok sendiri, sedar tak sedar Qays di tingkat atas sedang memerhatikannya dengan wajah dingin. Iqmal dan Firas juga berada di situ sambil tersenyum sinis.
“So, that's the person yang perhatikan Qas selama ni, hmm?” ujar Firas.
“Bukan Qas je. Dia ada dua lagi geng yang minat dekat Dian dengan Rin. Kerja diorang memang suka duk menghendap geng Qas tu,” terang Iqmal sambil memeluk tubuhnya dengan wajah serius.
Firas tersenyum sinis lalu memasukkan tangannya ke dalam poket.
“So, Qays. Apa plan kau nak buat lepas ni?”
Soal Firas. Dia memandang Qays yang terdiam sambil mengangkat kedua tangannya pada kepala.
Qays mengunyah gula-gula getah lalu membuat belon. Apabila ianya meletup, Qays tersenyum psiko dengan mata yang tidak sabar untuk melahap mangsa seterusnya dengan pisau kegemarannya.
“Kita tengok je dulu sejauh mana usaha dia nak dapatkan Qas-chan... Or... Should I say,”
“Welcome to your biggest game of fun in reality life, you lil bitch,” gumam Qays lalu berjalan meninggalkan tempatnya diikuti oleh Iqmal dan Firas.
Nampakmya, pertarungan merebut gadis idaman mereka akan bermula...
_____________________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro