Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

NOOROO terkedu melihat dua wataknya saling menghadap antara satu sama lain. Sudahlah itu, tiada satu kata terlafaz antara mereka! Masing-masing berlagak seperti terlihat hantu!

Umpama telur di hujung tanduk, inilah nasib dia orang sekarang! Eh, bukan senang untuk jumpa peluang depan mata! Nooroo berdetik berlari ke arah mereka sedang kedua-duanya diam belaka.

"Rasanya adik nak dengar tak fasal Perang Dunia Pertama?"

Kedua-duanya memandang Nooroo namun reaksi daripada mereka kedua-duanya berbeza. Seorang muka keliru, seorang lagi rasa nak hempuk kepala Nooroo.

"Apa kau merepek ni?" Mirza menjenggil ke arah Nooroo.

"Uh... ah... dia dah lari!" Nooroo terpana melihat budak kecil itu sudah lari ke arah utara. Dia... dia tak suka Sejarah ke?

"Semua ni salah kau!" Mirza memarahi Nooroo lalu mengejar dirinya masa kecil.

"Erk..." Nooroo terpinga-pinga melihat watak-wataknya meninggalkan dirinya begitu sahaja. Mana dia tahu budak tu akan lari macam tu! Segera dia berlari mengikuti jejak mereka.

Langkah demi langkah mereka menyoroti kawasan pokok kelapa. Kelihatan daripada jauh, seorang budak kecil berlari menjauhi dua orang remaja yang tidak putus mengejarnya. Sudahlah lari tak ada hala tuju, macam kejar masa depan tanpa sebarang perancangan! Eh, hrm.

"Adik, jangan lari! Kita orang takkan cederakan awak!" Mirza cuba memujuk dirinya sementara Nooroo lain pula kisahnya.

"Mampuh gi ah! JANGAN BIARKAN DIA TERLEPAS! TANGKAP DIA!"

Apa lagi? Makin jauhlah budak itu berlari! Budak lelaki itu sudah termengah-mengah berlari bagaikan orang semput. Dalam fikiran budak itu mesti tertanya... siapa orang gila tengah mengejarnya di belakang?

Tak fasal-fasal mereka perlu mengorak lebih banyak tenaga mengejar budak kecil itu. Sempat Nooroo melaung memberi arahan. "CEPAT HALANG DIA, MIRZA!"

"DIAMLAH!" Mirza kini berlari seiring dengan Nooroo. Wajahnya merah padam menahan marah dan lelah. "APA FASAL KAU MACAM PENCULIK NI?"

"Ih..." Terkedu Nooroo tiba-tiba dirinya dijerkah. Malahan bukan hendak insaf, ditayang pula muka bangganya! "Heh... aku kan dah culik kau."

Sudah gila budak ini....

Insan di hadapan sana sudah masuk berhampiran jalan besar sedang mereka berdua sibuk bertengkar. Budak kecil itu menarik nafas termengah-mengah di hadapan masjid di sebelahnya.

"Ni kasi'tau kenapa ni, dik?" Seorang pak cik berjubah menegur budak kecil itu. Mungkin imam masjid. Tetapi lagaknya macam budak ini baru dikejar anjing sahaja. Eh, ke ada anjing berdekatan sini?

Iya, pak cik. Tengah dalam perjalanan itu.

Joging antara Mirza dan Nooroo terhenti serta-merta. Masakan tidak, mereka sekarang berada di tumpuan ramai! Orang lalu-lalang memerhati mereka pelik, lebih-lebih lagi dengan budak kecil itu nampak seperti ketakutan.

"Adik, kita orang kejar adik tadi bukan apa. Tapi kita orang nak pulangkan barang adik." Ayat Nooroo mendapat kerutan dari kedua-dua Mirza.

Nooroo tidak semena-mena membongkok lalu mengeluarkan sebuah rantai kunci berbentuk tengkolok.

Getar suara budak kecil itu." Itu... itu atuk saya bagi. Mana akak dapat?" Kini barulah budak kecil itu berani mendekati mereka berdua. Tangannya mengambil rantai kunci pada jari Nooroo.

"Ah, dari mana kau dapat benda tu?" bisik Mirza dengan penuh kehairanan. Ke dia curi aku punya?

Nooroo masih terkedu. "Wey, aku pun tak tahu." Ke... aku ada kuasa? Yalah, aku kan penulis dalam cerita ini!

Ragu-ragu budak itu kelihatan. Tergagap-gagap dia menyusun kata. "Te... terima kasih. Saya balik dulu." Cepat-cepat budak itu masuk ke dalam lorong yang mereka keluar tadi.

"Ih, tunggu dulu!" Nooroo cuba menghalang budak itu. Namun, bayang-bayang budak itu hilang terlebih dahulu. Matanya terarah ke arah Mirza, nampaknya... Mirza seperti tidak biasa dengan dirinya masa kecil.

Si pak imam mendekati mereka. "Anu, rasanya patut adik balik dah ni. Dah nak dekat Mahgrib dah ni."

"Ah, ha'ahlah..." Nooroo automatik bangun apabila menyedari mereka diperhati oleh mata-mata sekeliling mereka.

Uh... mata Nooroo dan Mirza saling bertentangan. Bukan dengan perasaan cinta tetapi dengan perasaan keliru. Masalahnya, dia orang nak merempat dekat mana ini?

- .... . .-. . ... / -. --- / .... .. -.. -.. . -. / -- . ... ... .- --. . / .- -. -.-- -- --- .-. .

Takkan nak ikut Mirza yang kecil tu balik kot?

"Muzzakir! Nooroo! Astaga, puas mama cari!" Seorang perempuan berambut panjang berlari anak ke arah mereka berdua. Badan Nooroo dipeluk erat. "Ni kali la... apa keluar rumah tak kasi tau mama? Puas mama cari."

Perempuan itu kelihatan ingin memeluk Mirza a.k.a Muzzakir bahkan Muzzakir mengundur diri. Mungkin tidak selesa dipeluk oleh perempuan tidak dikenali.

Nooroo segera mengalih perhatian 'mama' itu. "Ah, mama... itu abang yang ajak pergi kedai. Orang ikut je." Senang-senang begitu dipersalahkan wataknya. Yalah, penulis sahajalah yang betul!

Muzzakir mengerutkan dahinya. Begitu mudahnya dia percayakan perempuan ini? Macam mana kalau perempuan ini ejen pemerdagangan manusia secara haram. Tangannya makin erat digenggam.

"Oh, ini anak puan, iya?" Pak Imam sekadar berbasi basa. Beberapa mata pun sudah mengalih perhatian mereka memasuki masjid.

"Iya... ah, dah lewat dah ni. Lain kali kalau nak keluar kasi tau, ta'usah letak surat je, mengerti?" Mama mencuit hidung Nooroo. Dia memandang ke arah Muzzakir. "Muz mesti mau sembahyang dulu Mahgrib, pigilah. Mama sama Nooroo pulang dulu."

Muzzakir kehilangan kata-kata. Kejap, kalau dia orang balik... mana dia nak duduk? Pak cik tadi itu pun dah berlalu pergi!

Muzzakir pantas memberi isyarat mata ke arah Nooroo. Bagaikan sudah menjadi adik beradik sejak lahir, Nooroo pantas membantu Muzzakir. "Ah, sebenarnya, saya nak gi masjid juga."

"Pigi masjid?"

Ah, sudah! Kantoi ke?

"Mesti ko fikir mama lupa, kan? Mama ingatlah. Hari ni kan ada ceramah dari ustaz. Mestilah mama ikut juga." Senyap-senyap Mama menunjukkan beg galas comel berisi kain sembahyang.

Kedua-dua mereka rasa nak bersujud ke hadrat Illahi ketika itu. Alhamdulillah, ingatkan tertangkap tadi.

"Ayuh. Karang ndak fasal fasal azan pula." Mereka berdua kini tiada pilihan lain selain mengikuti ajakan Mama. Mama kemudiannya tertawa setelah diam seketika. "Tapi, ndak kali kali kamu panggil Muzzakir abang. Padahal kalian kan kembar."

Eh?

KITA ORANG KEMBAR?

Nooroo laju berpaling ke arah Muzzakir. Hrm, muka bolehlah dikatakan sama... namun kenapa nama lain-lainlah. Tak adalah citarasa betullah mama ini. Hrm, rasa macam anak derhaka pula sebut benda ini.

" Ah, Muzzakir yang cabar sebab saya kalah main osom." Nooroo sedaya-upaya mereka alasan dalam Muzzakir sibuk berdiam diri. Dalam mulut ada emaskah?

"Bah, patut pun begitu. Tetapi emang Muzzakir lahir dulu pun," beritahu mama.

Tercengang Nooroo mendengarnya. Macam mana dia boleh jadi anak pertama? Dia sebagai anak sulung tidak boleh terima hakikatnya. Tapi... wajah Muzzakir kelihatan resah daripada tadi. Salah diakah?

Mereka berhenti di hadapan tangga bahagian lelaki. Mama sempat berpesan kepada Muzzakir. "Ah, Muz... jangan balik terus. Tunggu mama dengan Nooroo dekat sini."

Muzzakir perlahan-lahan mengangguk. Lagipun kalau dia nak lari, dia mahu lari ke mana? Dia tiada pilihan lain.

"Muz."

Nooroo mengangkat jarinya, menunjukkan simbol terbaik. Senyuman lebar cuba ditayangkan ke arah Muzzakir.

Muzzakir tayang senyum kambing. Ya, dan dia sekarang tiada pilihan selain tersekat dengan 'kembar'nya ini.

"Pergilah masuk." Muzzakir mengacah ingin membaling selipar ke arah Nooroo. Cepat-cepat Nooroo mengelak, risau selipar itu hinggap ke muka.

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

Azan berkumandang.


























PROTECTING YOUR CHARACTER!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
.
.
.

Ahhh... kalau rasa loghat Sabah tu pelik, salahkan diri aku bernasibkan Semenanjung huhuhu...

Dan kalau korang perasan, atas kod morse itu... ada hint aku bagi dekat korang! Syaratnya, baca huruf pertama dari setiap perenggan!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro