BAB 1
AH, kau orang sudah baca sinopsis, bukan? Atau ada yang tak baca? Tak apa, tak apa, kalau baca atau tak baca.... itu bukan masalah aku sebab aku nak terangkan juga pada kau orang fasal novel aku.
Ya, secara ringkas... novel aku berkaintan dengan pengembaraan masa. Tetapi pengembaraan masa ini bukan seperti biasa, tetapi kau terulang balik masa dalam badan orang lain.
Jadi, lebih kurang... kau dapat kembali pada masa lalu, sebagai orang lain. Kalau mahu dipendekkan lagi, kau pergi ke masa lalu tetapi jadi kucing... atau anak jiran sebelah.
Maka, sebagai anak jiran sebelah, kau terpaksa tengok perangai kau secara jelas dan nyata. Sudahlah itu, terpaksa tahan malu pula itu! Waktu itu rasa menyesal dan tak nak dah ulang balik masa!
Ada ke yang tak faham? Tak apalah, sebab yang penting sekarang... ADA SATU KAPAL TERBANG NAK TERHEMPAS SEKARANG!
Sebuah kapal terbang dengan kelajuan maksima menuju ke kawasan lapang padang sekolah. Semuanya menjadi hinggar-binggar bersama lari-larian murid menyelamatkan diri mereka.
Lamun dengan semua kekecohan yang ada, terdapat seorang murid berdiri tidak berganjak menatap bahaya di atas langit itu.
" - - - ! Lari!"
Suara-suara sayup memanggilnya. Malah, terdapat bunyi tapak kaki berlari menghampirinya. Akan tetapi, matanya masih kekal memandang ke arah asap yang keluar dari kipas kapal terbang itu.
"Nur..."
Matanya terbuka.
"Huh! Huh!" Tercungap-cungap dia mengambil nafas setelah bangkit dari lenanya. Permandangannya yang begitu asing baginya diterawang habis.
Kini... matanya terpasak pada sosok di hadapannya....
Tak mungkin... gila! Macam dalam novel!
"Siapa... kau?"
Watak novel dia ada betul-betul depan mata dia!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
LINDUNGI WATAK KORANG!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
PELIPIS dahinya diurut-urut kecil. Apa fasal lepas bangun terus sakit kepala ini? Rasanya dia sudah tidur awal semalam. Perlahan-lahan kelopak matanya digerakkan ke atas, memperlihatkan permandangan yang cukup asing baginya.
Seorang perempuan sudah ternganga mulut melihatnya. Macam terlihat hantu sahaja. Eh, kejap... dia dah mati ke?
Mata perempuan itu terbeliak. "Eh, jangan gerak belakang sangat! Ada air!"
Secara automatik kepalanya tertoleh ke belakang. Tidak semena-mena tubuhnya tidak seimbang, menghala ke belakang, betul-betul menghadap air laut di belakangnya!
"BUSH!"
Kepalanya tenggelam di dalam air. Ironinya, dia langsung tidak terus jatuh ke bawah.
Tiba-tiba kakinya terasa diheret secara paksa ke atas. Kedengaran suara perempuan lelah mengambil nafas. "Beratnya kau ni! Kau lahap dinosaur ke apa?"
Badannya dibawa naik ke papan jambatan kecil. Kedua-duanya sudah kepenatan seperti orang berpuasa tanpa sahur. Seorang itu penat kena mandi dengan air, seorang lagi penat tolong angkat kawan mandi.
"Siapa... kau?" Cermin matanya yang basah dicapai. Eh, sekejap... sejak bila dia pakai cermin mata?
"Heh. Aku dah agak kau akan tanya soalan tu." Budak perempuan itu bangun dengan bangganya. "Aku, Nooroo. Atau lebih tepat, penulis buku ni dan kau... watak aku!"
Hrm...
Mental budak ini.
"Eh, eh, kau nak pergi mana tu?" Nooroo tersentak melihat 'watak'nya sudah berlalu pergi. Selamba jalan tanpa ucapkan sepatah terima kasih pun. Segera dia capai batu lalu membaling ke arahnya.
"Aduh, sakitlah!" Dia menjenggil ke arah Nooroo
"Kau nak pergi mana tu?"
"Pergi balai polis?"
"Eh, kenapa nak pergi balai polis? Kau... kau ada bunuh orang ke?" Nooroo menayang muka tidak percaya. Siap ditunjuk ke arahnya lagaknya seperti dia pesalah.
Hrm...
Betul-betul gila budak ini.
Nooroo mula mengejar dan menghalang laluannya yang hendak berlalu pergi." Eh, kenapa kau nak pergi kedai... eh, kedai pula. Balai polis? Kau nak pergi... dengan keadaan macam ni?"
Tubuhnya dipandang atas dan bawah berulang kali. Matanya memandang pelik ke arah budak perempuan yang lagi pelik itu. "Aku pergi kedai... ah engkaulah ni! Aku pergi balai polis, bukan masalah kau."
"Bukan masalah aku apanya kalau kau pergi dengan badan macam ni!" Badannya ditolak mendekati permukaan air. Terbutang matanya melihat pantulan dirinya pada permukaan air...
Betul-betul berbeza! Ini bukan dirinya! Ini... ini orang asing! Patutlah dia berasa hairan kenapa dia memakai cermin mata! Wajahnya diangkat laju menjauhi permukaan air. Beberapa rumah terapung air berdiri merata-rata di hadapannya.
"Dengar sini, Mirza."
Mirza lantas menjarakkan diri dari Nooroo. "Macam mana kau tahu nama aku?"
Nooroo menghela nafas berat. "Aku tahu kau tak percayakan aku. Tapi dengar sini! Kau sekarang ni dah kembali pada masa lalu. Tapi sekarang ni, kau dalam tubuh orang lain."
Dahi Mirza berkerut-kerut. "Kejap... kejap... apa kau merepek ni?"
Nooroo menghentikan langkahnya mendekati Mirza apabila menyedarinya Mirza mengundur diri. "Okey, kalau kau tak percaya sangat. Kau boleh tilik muka kau tu sampai azan Mahgrib. Memang tak akan berubah balik jadi wajah kau yang asal!"
Mirza mengemam bibirnya. Matanya kekal memandang Nooroo yang tidak bergerak seraya kakinya diorakkan ke jambatan. Pantulannya pada laut dijeling. Memang betul... itu bukan rupanya.
Tangannya segera diangkat tatkala Nooroo cuba menghampiri. Nooroo perlahan-lahan membelakangkan diri sedikit demi sedikit. "Okey, okey... aku tahu kau confuse sekarang, tapi percayalah. Aku takkan apa-apakan kau."
"Kau, Mirza. Baru bangun dari tidur kan? Sebab muka macam baru bangun dari tidur.... maaf kalau salah. Tetapi percayalah aku, walau macam tak logik... tapi kau dah kembali ke masa lalu."
"Masa kau umur 10 tahun. Dan kawasan ni, tempat nenek dan atuk aku tinggal kan?"
Bahu Mirza semakin tegang. "Macam mana kau tahu semua tu? Siapa kau?"
Nooroo sekali lagi menarik muka bangga. "Aku dah kata kan... aku penulis kau."
"Meow?" Kucing itu mengiau lalu meregangkan tubuh serta kukunya. Kepalanya dipalingkan ke arah dua orang remaja berkejar-kejaran seperti drama Hollywood. Masya-Allah, budak-budak zaman sekarang.
"JANGANLAH LARI! BETULLAH!" Nooroo cuba menyakinkan Mirza. Malangnya, Mirza masih tetap dengan motonya agar terus berlari.
"AKU TAK MAKAN ORANGLAH! BERHENTILAH KEJAP!" Mirza mengendahkan segala pujuk rayuan Nooroo itu. Gila ke apa? Balik ke masa lalu? Jadi orang lain?
'Mesti dia letak plastik ke kat muka aku,' Mirza berdecit perlahan, menahan perit pada pipinya setelah dicubit. Eh... kalau dia bukan kena buat pembedahan plastik secara paksa, jadi ini apa? Mimpi?
Nooroo sudah menyandarkan tangannya pada batang kelapa. "Woi, kalau kau nak lari pun... kau nak lari ke mana..." Lantaklah si Mirza itu nak lari ke... nak buat kuak lentang ke, payah dia mahu mengejar.
"Eh?"
Mirza yang terkaku itu dipandangnya pelik. Kena sumpah jadi batu sebab jadi watak derhaka ke? Lambat-lambat dia bergerak ke arah Mirza.
Siapa sangka, Mirza versi mini sudah muncul di hadapan mereka!
PROTECTING YOUR CHARACTER!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro