Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Adanya.. Kamu

Story by just_mawari

Sinopsis

Raisha Nurfarahin berkawan baik dengan Zaqwan Hadi, jejaka tinggi lampai yang menjadi igauan setiap gadis di universiti tempat mereka belajar.

Soalnya, mampukah persahabatan mereka terjalin tanpa wujudnya satu perasaan yang dinamakan cinta?

 Raisha sedar yang dia telah terjatuh. Terjatuh ke dalam lubang yang paling dalam. Dia sedar, jatuhnya dia memberi isyarat paling ngeri dalam hidupnya.

 "Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi kau tak boleh Ara! Kau tak boleh jatuh cinta dengan aku! Aku anggap kau sebagai adik aku je."

 Kenyataan Zaqwan amat melukakan hati Raisha. Namun,dia sedar. Cinta tak perlu dipaksa walaupun pedih. Memang sudah jodoh diantara Zaqwan dan sepupunya Rita.

Hatinya dikuatkan untuk menerima hakikat itu.

Tahun berlalu...

Raisha baru berkahwin dengan seorang lelaki yang dicintainya. Namun, mahligai cinta yang dibina itu hancur akibat suaminya meninggal dalam kemalangan

Zaqwan pula cuba untuk mendapatkan Raisha setelah ditinggalkan sang isteri. Mereka hampir berkahwin. Namun,rahsia yang disimpan,lama kelamaan terbongkar juga. Raisha yang mengetahui rahsia tersebut kecewa. Dia membawa diri ke satu tempat yang jauh... Jauh dari Zaqwan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jgn lupa view,komen & vote!💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro