Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 7

Huang mengasah mata pedangnya di beranda luar sambil menikmati pemandangan malam yang indah. Dihadapan rumah tumpangan itu merupakan hutan bunga dan buluh yang sangat besar dan luas, jadi udaranya juga sejuk dan wangi dengan bau-bauan yang datang daripada bunga dari dalam sana.

"Aihan, kenapa kau tak tidur lagi?" Huang berpaling ke belakang kerana terperasan yang Aihan sedang memandang ke arahnya dengan senyuman manis dan juga ayu, dia membawa secawan teh bersama dengan tekonya sekali, "Aku pasti kau tak minum arak. Jadi aku sediakan teh."

"Macam mana kau mengetahui bahawa aku tidak minum arak seperti orang lain minum?" Soal Huang dengan tenang dan senyum kecil, bagaimana Aihan tahu minuman kegemarannya adalah teh?

"Senang sahaja, kau nampak sihat dan juga aroma dari jubah dan juga diri kau sendiri tidak menampakkan kau seorang yang pemabuk. Kau juga menjaga kebersihan diri dan pastinya kau merupakan seorang pembersih walaupun dalam masa yang sama, kau seorang pendekar. Lihatlah bagaimana telitinya kau mengasah dan membersihkan mata pedang kau."

Belum pun Huang mahu mencelah, Aihan menambahkan hujahnya, "Dan dari perbuatan kau, memang sudah sah yang kau selalu melakukannya dan kau sudah terbiasa dengan seni mempertahankan diri. Menampakkan lagi kau merupakan seorang pendekar yang handal. Tetapi aku tidak pernah melihat wajah kau sebelum ini. Sayangnya... kau mesti seorang pengembara dan pendekar yang hebat dan dikenali kan?"

Huang terdiam, segala apa yang dikatakan Aihan benar belaka. Tidak ada satu pun kebohongan yang ditemukan dalam kata-kata gadis muda itu. Huang asyik terfikir, bijak juga gadis muda ini, "Aihan, aku nak tanya kau. Apa punca sampai kau kena merantau sehingga ke sini, tempat ini dengan Wilayah Zhao agak jauh. Apa yang telah terjadi?"

Aihan mendiamkan diri, akhirnya dia bertindak menceritakan segala-galanya dari mula sampailah akhir. Huang hanya mampu merasa simpati, "Aku bersimpati dengan nasib yang telah menimpa kau Aihan... sekarang ini memang kau merancang untuk hidup dekat Wilayah Ling?"

Pertanyaan Huang dibalas dengan anggukan, "Aku nak hidup bebas. Itu sahaja tujuan aku, selama ini aku dah penat nak berkorban untuk orang lain. Sekarang, lebih baik aku duduk dengan aman dekat sana dengan pakcik Ming. Lagipun dia kadang-kadang perlu dijaga juga."

"Tapi kau tak rasakah yang tempat tu tak berapa nak sesuai. Setahu aku, Wilayah Ling tu jauh lagi dari sini. Makan masa berhari-hari jugalah nak sampai ke sana."

"Kau janganlah risau, pakcik Ming ada untuk jaga aku. Kita orang tahulah macam mana nak jaga diri sendiri." Aihan tersenyum sebelum dia memukul perlahan bahu Huang sebelum dia duduk disebelah pemuda itu dan memandang ke arah hutan yang ditiup angin, "Aku sebenarnya teringin nak ke sana sebab aku pernah dengar cerita dari ibu aku... ada padang yang dipenuhi dengan bunga ros disana. Aku teringin sangat nak tengok tempat itu."

"Kalau macam tu... apa kata aku hantarkan kau orang semua ke sana. Dengan seorang lagi lelaki tu..." Aihan tersengih sebelum menyambung perkataan Huang, "Lelaki tu Niu Fang, kawan baik aku sejak kecil. Dia yang selalu bersama dengan aku daripada dahulu sehinggalah sekarang."

"Hmm, rakan baiklah ya. Baiklah, sebagai balasan telah menjadi kawan-kawan aku. Akan aku hantarkan kau orang semua ke Wilayah Ling bermula esok." Aihan bersorak gembira sebelum tubuh Huang dipeluk dari belakang, "Terima kasih! Aku hargai usaha kau sangat-sangat! Jumpa kau esok!" Aihan terus membawa diri masuk ke dalam dan ke biliknya semula.

"Oh... macam itu perasaan dipeluk oleh perempuan. Menarik." Huang kembali semula melakukan pekerjaannya tadi dengan senyuman yang sangat lebar, mungkin merasa seronok dengan pelukan yang diberi oleh Aihan tadi.

❀❀

"Sekejap lagi kita nak makan apa ya?" Soal Aihan dengan pandangan matanya dihalakan ke tiga orang lelaki yang berada di belakang kereta kuda yang sedang berjalan. Terbuka luas mata Niu mendengar biji butir soalan yang diajukan.

"Makan lagi? Kita baru saja sambung perjalanan beberapa ketika yang lepas. Tak sampai pun beberapa jam! Aish, kau ni mungkin boleh kurangkan sedikit makan tu." Niu bukannya melegakan hati Aihan, sebaliknya lagi buat dia berasa jengkel pula.

"Kau ni! Asyik-asyik nak membantah cakap aku, biarlah. Aku memang dah lapar, apa yang aku boleh lakukan? Takkanlah aku nak paksa diri, betul tak pakcik Ming?" Aihan memandang ke arah Ming dengan senyum manis seolah-olah meminta untuk dibela.

Ming memahami maksud Aihan dan membalas dengan yakinnya,"Betul apa yang dikatakan Aihan. Kesian budak ni, takkanlah dia nak bohong soal makan. Lagipun sejak daripada kecil lagi dia memang sukakan makanan. Dan aku suka sediakan makanan di masa terdesak seperti sekarang!" Ming mengeluarkan sesuatu dari beg besarnya. Dan ianya merupakan bekas makanan dimana dalamnya terdapat ladu yang berintikan ayam yang sangat sedap!

"Sedapnya! Aihan suka sangat dengan makanan ini. Pandai pakcik Ming masakkan."

Ming mengangkat kepalanya sedikit tinggi tanda bangga kerana Aihan menyukai apa yang dia lakukan, "Kau tengok, betapa dia suka pada masakan aku? Kau masih kena banyak belajar Niu. Kalau kau berniat nak ambil hati Aihan, lebih baik kau cuba belajar masak dari aku."

Huang tidak tinggal diam, dia juga mencelah, "Kebetulan Niu, aku juga tahu macam mana hendak memasak. Aku boleh ajarkan kau jikalau kau mahu?" Sekali lagi Niu memandang Huang dengan reaksi kagum, bukan sahaja tahu berlawan, rupa kacak dan juga berkata-kata, dia tahu memasak juga!

Hebat.

"Wah! Kedengaran bagus! Baiklah aku setuju! Jangan lupa ajarkan aku masak masakan yang paling sedap kau pernah belajar," ujar Niu dengan perasaan teruja yang membuak-buak pada Huang. Huang hanya mampu tergelak kecil dan menganggukkan kepala tanda setuju terhadap cadangan Niu.

❀❀

Seorang pembesar berjalan keluar dengan perasaan yang sangat risau, dia pulang semula ke kediamannya dan menutup pintu. Dia juga tidak lupa untuk menyuruh kesemua orang gaji dan pembantu untuk keluar dari ruangan meninggalkan dia berseorangan.

"Maharaja telahpun memberikan titah. Kita tidak dapat melawannya. Kita harus cari dia semula." Pembesar Yuan bersuara keras. Dia telah mendengar titah Maharaja sebentar tadi semasa perjumpaan bersama dengan pembesar-pembesar lain. Nampaknya perkara yang selama ini cuba dielakkan akhirnya berlaku juga.

"Mustahil kau mahukan perkara itu berlaku. Bukankah matlamat kau adalah untuk menghasut fikiran Maharaja sehingga dia bersikap buruk terhadap Putera?"

Ju, mengipas-ngipas wajahnya menggunakan kipas yang diperbuat daripada kain dan disulam dengan sutera berwarna emas membentuk seekor harimau dengan santai sambil tangannya memegang secawan teh yang berada atas meja.

"Apa kata kau jangan bercakap panjang. Kau ikut sahaja arahan aku. Cari Putera dan bunuhnya. Kemudian kita akan sama-sama mendapatkan manfaat daripada hasil pembunuhan itu. Kau mahu ataupun tidak." Pembesar Yuan turut sama memberikan cadangan kepada Ju sehingga menyebabkan dia mendiamkan diri dan berfikir sejenak.

"Baiklah, jikalau itu yang kau mahu. Tetapi, aku tidak akan buat segala kerja kotor kau secara percuma. Kau tahu apa harga yang perlu kau bayar terhadap kami bukan?"

"Aku tahu semuanya. Tidak perlu kau risau, jalankan kerja kau dan jangan banyak berbunyi sehingga hasilnya berada di depan mata. Dan pada masa itu, akan ada ganjaran yang lumayan menanti kau." Pembesar Yuan tersenyum sinis sebelum mendudukkan dirinya dihadapan Ju dan turut sama menuangkan teh dan menghirupnya perlahan-lahan.

Sebuah rancangan akan menjadi kenyataan...

1145 Words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro