Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 14

"Kau jadi peneman hidup aku sepanjang hayat sajalah!"

"Peneman hidup sepanjang hayat konon... kalau dari awal lagi kau tipu aku, macam mana kalau kita jadi suami isteri... KAU PENIPU!" Aihan mengambil sebiji batu dan membalingnya ke tengah tasik jernih.

Tiga ke empat kali batu itu melayang di atas air sebelum tenggelam seperti tenggelamnya hati Aihan yang lara. Belum pernah seumur hidupnya merasa ditipu sebegini, selama ini dia sangat percaya dengan Niu. Dia tidak pernah memperdaya ataupun menyorokkan sesuatu rahsia pada Niu.

Tetapi jejaka itu?

"Aihan?" Niu teragak-agak mahu menegur gadis itu kerana melihatnya menangis teresak-esak. Tetapi bila difikirkan, tidak ada gunanya untuk dia mendiamkan diri. Dia perlu berterus terang akan keadaan yang berlaku pada ketika ini.

Senyap, Aihan tidak mengeluarkan sepatah kata. Tidak seperti Aihan yang dia kenali, gadis ceria dan sentiasa bersemangat. Dia tidak melihat semua itu ada pada Aihan yang sekarang.

"Aihan... aku... aku... maaf..."

"Maaf... maaf? Kenapa kau nak meminta maaf pada aku? Apa kesalahan yang kau telah lakukan?" Aihan memasang wajah kosong tanpa senyuman. Dapat Niu rasakan nada sarkastik kuat dari pertanyaan Aihan.

"Maaf... sebab aku tipu kau."

"Tipu... kenapa kau cakap begitu? Bukankah kau merupakan anak kepada Maharaja Hao, pemerintahan negara China paling tersohor dan terkenal pada abad ini! Sudah Niu, janganlah memalukan diri kau berbicara dengan anak orang bawahan seperti aku."

"Tapi Aihan... tolonglah dengar dahulu apa yang aku hendak cakapkan. Aku memang sudah lama ingin memberitahu kau soal ini. Masa dan situasi tidak pernah memberi keizinan supaya aku dapat menjelaskannya kepada kau."

"Alasan BODOH!" Aihan bangkit dan...

Pang!

Wajah Niu berbekas kerana tamparan tangan kecil yang datang dari Aihan.

"Sesakit tamparan pada wajah kau tu... sakit lagi hati aku! Bertahun-tahun aku percayakan kau! Aku anggap kau sebagai sahabat aku sendiri. Aku fikir kau takkan pernah sorok apa-apa rahsia dengan aku.

Heh, akhirnya aku gigit jari sendiri. Hati ni, dah kecewalah Niu! Kau buat aku... KECEWA!" Aihan mengeluarkan sesuatu dari poket jubah berwarna merah jambunya.

Anak patung kayu yang pernah Niu berikan kepada Aihan.

"Kau ingat benda ni? Anak patung yang pernah kau berikan dekat aku masa aku tengah rasa sedih dulu."

Wajah Niu berubah, dia seolah-olah tahu apa yang Aihan hendak lakukan, "Aihan... tolonglah berikan aku peluang sekali lagi. A-aku... aku tahu yang memang aku bersalah terhadap kau. Aku minta maaf-"

"Maaf? Maaf? Apa itu maaf? Niu... bertahun-tahun aku maafkan kesalahan orang. Kesalahan orang tua aku sendiri terhadap aku, walaupun betapa teruknya layanan mereka terhadap aku, tidak pernah sekalipun mereka menipu aku. Tapi kau? Orang paling aku rapat...

Kau tipu aku..."

Aihan mencampakkan anak patung kayu menyembah lantai istana sehingga pecah berderai menjadi beberapa bahagian yang tidak boleh disambung lagi. Aihan melontarkan pandangan kosong tidak bererti.

Sebelum mengangkat kaki ingin beredar, Aihan sempat mengerling ke arah Niu, "Aku boleh maafkan kau untuk kali yang terakhir..."

Netra biru kristal pemuda itu bersinar semula, mungkin dia telah diberikan peluang sekali lagi, "Betulkah Aihan? Syukurlah kau akan memaafkan kesalahan aku-"

"Tapi aku tak akan ada sedikit pun perasaan terhadap kau. Walau sedikit pun... dan kau ingat, kita bukan lagi sahabat. Melainkan hanya kawan biasa sahaja. Buat masa sekarang, aku tak nak tengok muka kau, jauhkanlah diri dari aku atau apa sahaja yang kau nak buat... asalkan aku tak melihat wajah kau."

Perlahan-lahan kaki Niu melemah, seolah-olah separuh rohnya telah pergi meninggalkan jasad, dia melutut tanpa sedar. Memandang Aihan dengan mata yang berkaca,

'Tapi... aku... cintakan kau Aihan...'

❀❀

"Kau tidur dulu ya Aihan..." Ming menyelimutkan selimut kapas lembut ke tubuh gadis itu. Dapat dilihat matanya masih berbekas kerana tangisan yang tidak berhenti.

Aihan tidak membalas Ming. Entahlah sama ada dia mengerti ataupun tidak apa yang Ming beritahu dia tadi. Ming bangkit dan meninggalkan Aihan dan menutup pintu gelongsor kayu itu dengan perlahan.

"Pakcik, macam mana dengan Aihan? Masih lagi bersedih?" Huang memandang Ming dengan pandangan menunjukkan rasa simpati.

Ming mengangguk perlahan, hatinya resah bercampur sedih. Tidak tahu kenapa, sejak Aihan pulang ke tempat Ming, tangisan tidak berhenti-henti keluar dari kelopak mata si gadis. Puas sudah Ming memujuk untuk menghentikan genangan air mata itu daripada mengalir. Sedih rasanya hati ini.

"Aku tak tahulah Huang... aku rasa Aihan sudah terlalu makan hati dengan Niu. Manakan tidaknya... semenjak umur lima tahun sehingga sekarang mereka telah mengenali antara satu sama lain."

"Saya faham perasaan Aihan, pakcik. Saya pernah rasa bagaimana menjadi orang yang menyedihkan..."

"Kau dengar sini Huang, aku nak beritahu kau sesuatu. Jikalau kau memang benar nak mengenali hati Aihan, yang paling pertama... jangan pernah berbohong. Walaupun gadis itu naif dan tidak begitu memahami dunia...

Tetapi dia juga ada hati dan perasaan. Aihan tidak suka dirinya dibohongi, terutama orang yang sangat rapat dengannya. Lagilah dia tidak suka."

Rupa-rupanya memang Aihan tidak suka dirinya dibohongi oleh orang lain. Barulah Huang mengerti kenapa Aihan sangat bencikan Niu setelah identiti adiknya terbongkar.

"Sampai begitu sekali Aihan tidak suka dibohongi..." Huang turut sama bersimpati dengan Aihan. Tidak disangka sungguh yang Aihan akan menjadi sekecewa ini. Teruk sungguh akibat berbohong ini.

❀❀

Ming sedang melakukan kerja hariannya mengasah pedang dan melukis, dia agak bosan kerana terperap dalam istana besar ini. Tak ada ke kerja yang mencabar minda ataupun fizikal?

Tiba-tiba dia teringat pula apa yang Aihan minta dia lakukan semalam,

"Apa kau cakap? Aku tak berapa nak dengar?" Ming bertanya Aihan sekali lagi bagi meminta kepastian.

"Ya, Aihan nak keluar dari istana ni segera. Aihan tak suka terima budi baik orang terlalu banyak. Nanti orang akan pijak kepala kita balik dengan mengungkit kebaikan yang telah mereka lakukan. Aihan tak suka."

Kening lebat Ming berkerut, lain benar cara Aihan meminta ni. Tidak pernah nadanya sedingin dan sekecewa itu.

"Nantilah aku fikirkan dulu, lagipun Huang dengan Niu itu bukannya orang lain. Tanpa bantuan mereka, separuh perjalanan pun belum dapat kita capai untuk sampai Wilayah Ling," kata Ming dengan nada memujuk. Dia tidak mahu nanti Aihan dikata sebagai orang yang tidak mengenang budi dan tidak mahu menerima niat baik Maharaja Hao untuk tinggal buat sementara waktu di istana.

"Hmm." Aihan mengangguk tanpa memandang Ming.

"Haih... apalah nak jadi, banyak betul kekecewaan yang kau kena hadapi Aihan... aku yakin kebahagian kau suatu hari nanti pasti akan sama nilainya dengan ujian dan kekecewaan yang telah kau hadapi."

❀❀

"Psst," seseorang memanggil Aihan yang sedang leka termenung melihat pemandangan dari atas menara istana Wilayah Xian.

Aihan menoleh ke kiri dan ke kanan beberapa kali, dia tidak menjumpai sumber suara yang memanggil. Dia menumpukan perhatian sekali lagi,

"Psst, psst,"

"Aish! Keluarlah!" Aihan bersuara dengan nada garangnya. Menakutkan.

"Janganlah marah. Saja je nak kacau kau. Comel." Huang keluar dari balik dinding dengan senyum nakalnya.

"Jangan kacau aku, aku tengah tak rasa nak bergembira langsung."

"Garang pula dah..." Huang mengeluh perlahan. Parah kalau dibiarkan, silap-silap habis dengan Huang yang reti seni bela diri kena kerat oleh gadis muda itu nanti.

"Marilah, ikut aku." Huang memegang tangan halus dan mulut Aihan, kemudian direntap kuat, "Kau nak buat apa."

"Nak ceriakan kaulah! Mari ikut aku, ada satu tempat yang pasti akan buat kau melupakan segala masalah yang terbuku di hati kau tu. Marilah! Mari..." Huang menarik tangan Aihan dengan perlahan dan tidak terkejut seperti tadi, ingin melihat reaksi sang gadis.

Akhirnya Aihan mengiakan sahaja, langkah kaki dituju mengikuti sang jejaka yang nampak berniat benar ingin membawanya ke tempat yang kononnya mampu membawa kebahagiaan itu.

(Another arts from -ayrain ❤️ thanks again sebab berusaha payah lukis Ming kesayangan Rain ni HAHAHA😂)

🇵🇸1209 Words🇵🇸

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro