Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 12

"Aduh laparnya... pakcik tak ada sediakan makanan tambahan lagikah?" Aihan merungut ketika sedang berjalan kaki bersama Huang, Ming dan Niu menelusuri hutan. Mereka perlu ke pekan yang terletak berhampiran.

"Mana ada makanan lagi, kesemuanya tertinggal dalam pangkalan si tak guna Ju itu. Kalaulah ada makanan, sudah lama aku berikannya kepada kau. Sudah, diam dan hanya berjalan, nanti kita sampai aku belikanlah makanan untuk kau orang." Ming sengaja mahu menghilangkan rasa resah Aihan, dia tahu gadis kecil itu tidak pernah merasa begitu susah. Walaupun membesar dengan ayah yang berperangai teruk seperti Tian.

"Mujurlah emas saya tidak dicuri oleh penjahat-penjahat itu, kalau tidak mungkin saya akan betul-betul jadi pengemis di negeri orang." Niu melambung-lambungkan uncang duit emas kepunyaannya. Niu tidaklah sebodoh itu untuk menyerahkan segala harta dan duit kepada mereka.

Mereka sungguh licik, walaupun Ju tidak pun mahu mengambil harta mereka, tetap sahaja orang-orang suruhan Ju mengambil harta secara paksa, habis Huang punya pedang dan juga sedikit duit emasnya dirampas, begitu juga Aihan gelang jed asli kepunyaannya yang dihadiahkan oleh Mei turut dirampas secara paksa. Hampir sahaja Ming mengamuk dan mencetuskan huru-hara, tetapi difikirkan semula Huang yang masih dalam tahanan mereka. Terpaksa niat itu disembunyikan.

"Nah Huang, sekurang-kurangnya bolehlah tutup bahagian atas dada kau tu, tidaklah nanti penduduk pekan terkejut tengok luka di badan kau nanti." Ming menghulurkan kain berwarna merah sebesar dua ela kepada Huang. Dililitkan kain itu pada tubuh Huang sehingga berhasil menyembunyikan luka yang ada.

"Kau memang bertuah kerana lukanya tidaklah dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Dapatlah aku rawat kau apabila tiba di pekan nanti," kata Ming apabila dia memeriksa luka yang ada di badan Huang sambil melilitkan kain merah itu,

"Jangan pula salah faham, kain ini memang merah kerana warnanya. Bukan merah kerana darah ataupun apa." Ming menambah apabila perasan mata Aihan dan Niu seolah-olah memikirkan sesuatu yang bukan-bukan.

Mereka berdua lantas menganggukkan kepala tanda faham dan mengerti. Sebenarnya Niu memang melihat kain, Aihan yang terpandang benda selain kain, sehingga merah-merah wajahnya.

"Kenapa dengan kau Aihan? Panas sangatkah cuaca sekarang? Tapi rasanya sekarang waktu malam, tidak panas pun aku rasa. Kau demam?" Niu menyoal Aihan sehingga menyebabkan dia menutupi muka dengan perasaan jengkel. Dia memang sengaja nak memalukan aku dihadapan pakcik Ming dan Huang?

❀❀

"Masih lagi tidak menjumpai dia?" Maharaja Hao duduk dengan tangannya bermain-main dengan seekor burung cenderawasih berwarna hijau zamrud persis seperti permata jed.

Di hadapannya berdiri beberapa orang pembesar yang dekat dengan Maharaja Hao, termasuklah Pembesar Yuan. "Bagaimana pendapat para pembesar sekalian, apakah yang patut kita lakukan untuk mencari dia. Masa depan Negara China dalam bahaya jika dia tidak memunculkan diri."

Pembesar Yuan mencelah memberikan pendapatnya yang tidak begitu bagus untuk didengari, "Patik rasa, kita patut mencari pengganti untuk mewarisi takhta kerajaan, Yang Mulia."

Datang seorang lagi pembesar, sangat tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Pembesar Yuan, "Patik tidak bersetuju, semua kita tahu... untuk mewarisi takhta, dia perlulah mempunyai darah keturunan diraja. Orang asing tidak dibenarkan untuk mewarisi takhta yang ditinggalkan. Ini tidak mungkin berlaku, Yang Mulia."

Maharaja Hao tunduk tidak membalas, kedua-dua kata dari para pembesar tidak kurang benar dan tidak kurang juga salah. Apakah yang harus dia lakukan, kesihatannya bukanlah sihat sangat.

Jikalau suatu hari nanti dia pergi meninggalkan alam dunia, milik siapakah takhta dan nasib kerajaan negara ini nanti? Dia tidak mahu menjadi seperti negara lain yang akhirnya menjadi tanah jajahan orang asing. Tanah yang selama ini memang menjadi tempat asal mereka akhirnya habis punah kerana orang asing mencampuri urusan negara.

"Jangan diserahkan takhta itu ayahanda!" Seseorang berjalan masuk dengan pantas untuk menghentikan sang maharaja dari bertindak luar kawalan yang mungkin akan memusnahkan negara dan kerajaan.

Bersinar gembira mata Maharaja Hao tatkala melihat kepulangan semula anakanda yang dicintai, sudah sangat lama dia berusaha mencari sang anak. Tetapi tidak juga muncul hasilnya, sudah banyak orang-orang handal telah dikerahkan untuk mencari putera mahkota. Usaha itu akhirnya membuahkan hasil setelah lama menunggu.

Kepulangan sang putera bukan sahaja menerima reaksi gembira, ada juga yang terkejut dan ada yang merasa jengkel dan marah kerana rancangan yang telah diatur gagal.

Aihan membeliakkan mata, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Betulkah selama ini dia putera mahkota? Ming adalah antara individu yang sangat gembira dengan berita yang didengari.

'Aku tidak menyangka... putera mahkota yang selama ini telah menghilangkan diri tanpa khabar dan berita dari seluruh pelusuk China...merupakan orang yang paling dekat dengan Aihan. Aku sudah agak perkara ini Niu... kau memang anakanda kepada maharaja.'

"Ayahanda, China berada dalam bahaya. Ju, dan kumpulannya sedang merancang sesuatu yang besar." Niu tunduk hormat dan melutut di hadapan Maharaja Hao, "Maafkan anakanda kerana selama ini menghilangkan diri tanpa khabar. Anakanda sengaja pergi untuk menenangkan diri kerana merasakan belum bersedia untuk mewarisi takhta ayahanda."

Maharaja Hao langsung bangkit dan menghalang Niu dari tunduk, terus dirangkul erat tubuh pemuda itu. Sudah lama benar mereka tidak bertemu, semenjak sang permaisuri mangkat kerana sakit. Ketika itu Niu masih lagi berusia lima tahun dan tidak tahu apa-apa.

"Nanti dahulu Yang Mulia. Patik rasa ada kejanggalan. Betulkan sang pemuda ini merupakan Putera Mahkota? Ataupun dia hanya seorang pemuda kampung bersama kawan-kawan datang dan sengaja ingin mengambil kesempatan untuk merampas takhta Yang Mulia." Pembesar Yuan sengaja menyalakan api kebencian. Musnah habis rancangan lainnya jika dibiarkan terus begini.

"Pembesar Yuan... beta faham dengan kekhuatiran kamu ke atas nasib kerajaan ini. Tetapi beta tidaklah sakit teruk sehingga tidak dapat mengenal pasti anak beta sendiri. Huang, mari sini." Maharaja Hao memanggil Huang dengan senyum kecil.

Huang mendatangi Maharaja Hao dan menunduk hormat sebelum dihalang oleh sang maharaja, "Beta rasa gembira kerana kedua-dua anakanda beta sudah berada di sini. Terima kasih Huang, kerana telah membawa balik adinda kamu yang dikasihi ini."

Sekali lagi mata Aihan terbuka luas, Huang merupakan abang kepada Niu? Banyak sungguh perkara yang dia telah terlepas dari pandangan. Tidak sangka, berkawan lama dengan sang pemuda, dia masih belum mengetahui segala rahsia luar dan dalam Niu.

❀❀

"Pakcik... Aihan tak sangka pula Niu merupakan anak kepada Maharaja Hao. Selama ini, Aihan tahu yang dia cuma berasal dari keluarga diraja sahaja. Tidak pula Aihan tahu dia merupakan anak maharaja. Yang lagi mengejutkan Aihan adalah... Huang merupakan abang kepada Niu! Pakcik tak rasa pelik?" Aihan membisikkan rasa kelirunya kepada Ming.

"Aku sebenarnya memang dah lama tahu pun tentang perkara ini." Ming tersenyum sinis sebelum dia membaringkan diri di atas katil empuk dalam kamar yang telah disediakan oleh pihak istana.

"Macam mana pakcik tahu?"

"Lembaplah kau ni Aihan." Ming kemudian duduk setelah baring beberapa saat untuk menjelaskan kepada Aihan bagaimana dia tahu tentang perkara ini, "Aku memang sudah lama tahu. Sejak kau orang kecil lagi. Cuma aku sengaja berpura-pura tidak tahu, kerana memang mereka berdua berniat untuk merahsiakan tentang hubungan adik beradik ini dari kita dan orang lain."

🍉 1123 Words 🍉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro