
BAB 6
Bumm!
Syafiq menghempas but kereta. Kesemua barangan telah dimuatkan ke dalam but. Barang-barang seperti beg pakaian, makanan dalam tin serta keperluan perkhemahan seperti khemah dan beg tidur dimuatkan dalam satu beg kembara. Tidak dilupakan juga beberapa botol air mineral bersaiz besar yang tersadai di sebelah beg kembara yang masih mempunyai ruang di dalamnya. Mungkin bakal dimuatkan dengan beberapa barang lain selepas ini. Apa yang Syafiq tahu, kerjanya untuk menyumbat kesemua barangan ke dalam kenderaan telah pun selesai.
"Wei Peq! Tolong masukkan kotak rokok ni dalam beg ko. Beg aku dah penuh dah."Aimal melempar sekarton kotak rokok ke arah Syafiq. Nasib baik sempat ditangkap sebelum rokok itu jatuh ke atas lopak air di sebelah kakiku.
"Woi! Kau tak boleh buat sendiri ke apa!?"Syafiq melepaskan amarah apabila disuruh membuat kerja melalui suara. Namun hampeh tak dilayan.
"Sorry bro, aku lewat. Tadi aku sibuk dok cari rokok."Aimal mula bersalaman dengan rakan-rakan yang lain. Mengabaikan Syafiq dengan marahnya.
"Ceh!"kalau diikutkan hati sudah lama kotak rokok itu dibiar berendam dengan air lopak. Syafiq peduli apa, dia bukannya seorang perokok.
"Peq! Simpan elok-elok Gudang Garam tu. Jangan tertinggal pulak!"Aimal menegur Syafiq yang ketika itu baru selesai meletakkan kotak rokok di dalam but kereta.
"Tahulah aku, jangan risaulah."
Syafiq memerhatikan semula kotak-kotak rokok yang dimuatkan bersama dengan plastik yang membalut.
Aikk!? Biar betul budak ni... Ah! Biarkan jelah.
Syafiq menutup semula but kereta sebelum berjalan menghampiri rakan-rakannya. Menanam persoalan jauh ke dalam lubuk kepala. Mungkin hanya kesilapan kecil. Rokok tetap rokok, bukan?
"Woi! Dah lambat tu payunglah rokok sebatang."Luke menadah tangan, menagih sebatang rokok daripada mat gian geng mereka. Siapa lagi kalau bukan Aimal. Setiap hari mesti perlu merokok, tak sah hidup kalau sehari tak bercumbu dengan sebatang rokok.
Mereka kini berada di kafeteria kolej. Memayung sarapan buat perut dan beberapa botol mineral sebagai persediaan. Cuti semester pertama akan dihabiskan masa seminggu beraktiviti bersama. Bermula dengan perkhemahan di hutan yang terletak tidak jauh daripada kampung Johar. Johar atau lebih dikenali sebagai Jo merupakan orang yang berada di belakang segala perancangan kumpulan kecil mereka ini. Kumpulan yang terdiri daripada lima sekawan yang akrab semenjak semester pertama mereka di Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun mereka mungkin berlainan course, tapi itu bukan penghalang untuk mereka saling merapatkan hubungan. Brotherhood yang akan kekal dan tidak dapat dipisahkan. Syafiq yakin mereka akan kekal bersama tak kira apapun yang terjadi.
"Hei Peq, aku ada berita baik untuk kau. Hei jebon! Kau dengar tak?"Luke bersuara sekali lagi berusaha mengalihkan perhatian Syafiq kepadanya.
"Ye, aku dengarlah ni. Ha, apa dia?"Syafiq membalas bicara Lukmanul Haqiem atau lebih gemar dikenali sebagai Luke.
"Cuba kau check wassap. Kau bukan boleh harap pun. Awek mesej pun tak perasan."kata-kata Luke berjaya membuatkan Syafiq kelam-kabut mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar. Mengundang tawa mereka yang lain.
"Aduh Peq... Kalau macam ni baik kau bagi je Humai tu kat aku. Kau ni dahlah tak romantik langsung! Entah macam mana lah dia boleh kat kau ni. Kau ada guna ilmu ek?"Aimal bersuara sambil menghembuskan asap rokok ke udara. Sempat juga dia menyulam sindiran dalam patah kata.
"Celaka kau Mal. Sekeh kepala tu satgi karang. Rambut dahlah acah retis. Senimanlah konon. Mal Picasso lah sangat!"sindiran dibalas sindiran. Ulah Syafiq sekali lagi berjaya menggelikan ulu hati mereka yang lain.
"Buto hang. Sesedap mulut dia je kutuk hasil seni aku. Biarlah aku nak jadi apa. Seniman ke? Aku bukan anak hang! Nanti kalau masterpiece aku dah siap, kau jangan nak kacau aku lagi."Aimal bersuara tanpa menapis rasa ketidakpuasan hatinya. Membalas kata disulami carut.
"Dahlah tu korang ni. Kalau korang terus gaduh macam ni, sampai bila kita nak lepak sini je. Bila nak bertolak pun tak tahu aku. Duduk layan korang gaduh bukan bawak apa-apa faedah pun. Mal, rokok sebatang."Johar mengambil sebatang rokok sebelum menghembuskan asap penuh nikmat ke udara.
"Woit!"
"Dah dah. Kau ni macam tak biasa payung kitorang rokok. Setakat sebatang nanti-nanti boleh gantilah bro. Peq, cuba kau tanya Humai tu dia nak gerak pukul berapa. Kita gerak sekali."Luke turut memecahkan suasana dengan suaranya.
"Jap."Syafiq menaip mesej bertanya akan keberangkatan Humairah dan kawan perempuan yang lain di whatsapp. Jari dibiar lembut menari di atas pad kekunci skrin sebelum didaratkan pada butang send.
Blue tick kelihatan di sebelah bawah mesejnya. Selepas beberapa ketika terpapar Humairah is typing di sebelah kiri atas skrin, mesej Syafiq dibalas. Hanya 2 saat diperlukan sebelum keseluruhan mesej balas dihadam minda. Spontan mulut dititip perkataan.
"Jom."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro