
BAB 5
Kelibat berkerudung itu membuka kerudung kepalanya. Membiarkan angin semilir bermain sepoi-sepoi dengan rambutnya. Membelai wajahnya dengan lembut. Memberikan sedikit kedinginan dan juga, ketenangan.
Ah, bahagianya tinggal di kayangan. Setiap langkah di sini sering dipayungi awan-gemawan daripada terik mentari. Udaranya yang segar tanpa disulami wasap rokok, membuatkan paru-paru kembang.
Setelah tamat urusannya dengan raja kayangan, kelibat itu diberikan sebuah bilik di istana. Jawatan nujum istana berjaya disandang. Terima kasih kepada Raja Indera yang mudah termakan dek kata-kata manisnya. Kelibat itu berjaya membuatkan Raja Indera dalam diam sudi menjadi bonekanya.
Kelibat itu menghirup bauan segar bunga-bungaan di taman istana. Kelibat berselubung itu berjalan melalui denai taman yang dilapisi marmar. Dipayungi awan dan diapit wangian bunga di sekitar. Hatinya terasa kembang. Wangian dari bunga yang dijaga rapi menjadi pengisi peparunya. Kelibat itu menghentikan langkah. Suatu alunan bunyi makhluk kayangan menyapa pendengarannya.
Kelibat itu berpaling ke kanan. Tepat ke arah sebuah pondok. Pondok yang dihiasi pelbagai bunga menjalar yang indah. Bauan harum yang menusuk ke hidung tidak dapat diabaikan. Haruman bunga kali ini memberikan satu sensasi. Kelibat berselubung itu menggosok-gosok dadanya dengan niat meredakan sensasi ini.
"Aaahh..."sekali bunyi erangan kedengaran di cuping telinga.
Kelihatan dua susuk makhluk yang bogel, tidak menutup seinci pun tubuh dengan seurat benang. Sedang leka berasmara memacu nafsu ke kemuncak. Berakhir dengan suara erangan dan hembusan nafas penuh kelegaan. Kelibat berselubung hanya memerhati tanpa ada niat untuk menegur. Pancutan mani yang ditakung di mulut dayang istana kemudiannya ditelan. Raja Indera yang kepuasan menepuk lembut punggung si dayang dengan pandangan mata bernafsunya.
"Tuanku, patik mahu lagi... Patik..."si dayang yang berwajah rupawan mendakap raja, memohon agar nafsunya turut dipuaskan. Sambil tangannya ligat mengocok bahagian sulitnya.
"Untuk dayang kesayangan beta, apa sahaja sanggup beta perkenankan. Mari!"Raja Indera membulat matanya melihat jurang kecil. Dadanya berombak-ombak dengan buaran nafas nafsu.
Kelibat berselubung yang sudah mengetahui akan adegan seterusnya memustuskan untuk meneruskan langkahan kakinya. Dengan sengaja, ranting pokok di laluan dipijak. Menghasilkan bunyi yang cukup untuk membuatkan si raja berasa terganggu lalu berpaling melihat. Kelibat berselubung hanya meneruskan langkah tanpa menoleh barang sejenak ke belakang.
Dasar lelaki buaya!
***
Izzat menghela nafasnya perlahan. Telinga ditadahkan agar apa yang hendak diperkatakan oleh makhluk itu dapat didengari dengan jelas. Agar butir bicaranya tidak menjadi satu perangkap buatnya. Izzat perlu lebih berhati-hati dengan pertuturannya. Antara dia dan jin itu, dia perlu lebih menguasai permainan. Meja rundingan perlu berpihak padanya.
"Baiklah aku dengar... Aku dengar apa kau nak cakap... Tapi kalau kau cuba nak tipu aku, aku akan pastikan kau merana dalam lubang neraka!"jerkahan suara Izzat bertujuan menyembunyikan ketakutan yang terperuk di satu sudut hatinya. Hatinya perlu dilindungi agar bisikan jin itu tidak dapat mempengaruhi.
"Kawan kau tu... Apa nama dia? Hanjing? Hehe..."jin itu tertawa sinis.
"Huda! Nama dia Huda!"Izzat memberikan balasan dengan perasaan bergelodak marah.
"Buat pengetahuan kau, Huda tu telah dihantar ke alam lain. Kau rela atau tidak, itu takdir. Kau tak boleh ubah takdir. Lagipun, Huda bahagia di alam sana."
"Bohong! Kau bukan sesiapa untuk tentukan kebahagiaan Huda, makhluk terlaknat!"
"Habis, kau fikir kau boleh bahagiakan dia? Selepas apa yang kau dah lakukan padanya? I don't think so."jin itu cuba memprovok. Izzat sudah semakin hilang pertimbangan diri. Dia semakin menguasai permainan ini.
"Tak... Tak... Tak mungkin! Aku sayangkan dia! Ini... Ini satu salah faham!"
"Kalau begitu, cubalah terangkan padanya..."jin itu membongkokkan diri. Keluar daripada bayangannya satu kelibat.
Kelibat itu adalah Huda!
"Hu... Huda?"Izzat terpinga-pinga seketika. Tubuhnya kaku.
"Terangkanlah..."jin itu menolak bahu Huda perlahan mendekati Izzat.
Izzat menapak selangkah mendekati.
"Huda? Aku... aku boleh jelaskan. Ini cuma satu salah faham."
"Kau nafikan apa yang mata aku lihat? Kau fikir aku buta!? Cacat penglihatan!? Hah!"Huda menjerit kuat. Matanya mula mengalirkan air mata.
Izzat mula berasa kesal. Huda tidak lagi mempercayai dirinya. Izzat menunduk, menekur pandangan ke lantai kelas. Jin itu kelihatan sedang bergembira, meraikan kemenangannya.
"Baliklah. Aku dah tak percayakan kau lagi. Baliklah..."
Izzat berasa terpukul. Huda jelas menghalaunya meski secara halus. Keluhan berat dihembus. Tubuh dikalihkan ke belakang. Izzat berlalu pergi. Perlahan meninggalkan Huda sendirian, bersama dengan jin itu.
Izzat mengerling pandang sekilas ke arah Huda. Dengan hati yang berat, Izzat meneruskan langkah.
Maafkan aku Huda, selamat tinggal. Kau boleh kecapi kebahagiaan lebih baik daripada bersamaku. Selamat tinggal...
"Hahaha... Bagus kerja kau. Atas bantuan kau, rancangan aku berjaya. Sebagai balasan, Izzat tidak lagi akan mengganggu kau. Dia sudah hilang minat. Kau tahu apa yang perlu dilakukan?"jin itu berbicara dengan Huda yang mempunyai bebola mata penuh kehitaman. Kedua-dua mereka saling berbalas senyuman.
"Sudah tentu. Aku akan huru-harakab sekolah ni."Huda mula berubah rupa. Daripada seorang gadis rupawan, menjadi makhluk berwajah hodoh. Kulitnya menggerutu. Pandangan matanya tajam berbinar. Ibarat bebola api.
Huda sebenarnya seorang puntianak!
"Rancangan kita pasti dapat dilaksanakan. Yang Besar pasti akan berbangga akan hasil usaha kita."
"Ya, kita akan berada di sampingnya."
Hilaian yang mengilukan mula bergema. Melatari suasana.
***
"Hahaha... Sebegitu mudah manusia itu meletakkan kepercayaan. Masakan aku, kaum penipu ini boleh dipercayainya. Baiklah, Cik Lang! Sehingga berjumpa lagi..."jin itu melambaikan tangannya, menghantar saudaranya melalui pandangan terbang di udara.
"Jadi, Izzat percaya? Dasar budak bodoh!"jin itu hanya melakarkan sebuah senyuman mendengarkan suara seorang anak dara di belakangnya. Jin itu berpaling melihat empunya suara, juga sekutunya.
"Jadi... Perjanjian dah tamat, kan? Aku dah taknak terlibat dengan benda syirik ni lagi! Aku... Aku dah taknak temgok kau lagi!"seorang pelajar perempuan mula berasa ketakutan, melihat seringai jin itu yang mencecah ke telinga. Bersama dengan taring yang masih basah dengan darah haid.
"Apa kau kata? Kau dah tak mahu melihat aku lagi? Sudah mahu menghentikan urusan antara kita? Itu yang katakan?"jin itu mula berjalan menuruni atap bangunan sekolah, menghampiri pelajar sekolah yang bertudung itu.
Pelajar perempuan itu mula menggeletar ketakutan. Sambil itu matanya mula meliar melihat beberapa ekor makhluk halus yang turut berjalan menghampirinya. Ada toyol, jerankung serta penunggu pokok ara yang tertanam di belakang sekolah. Hurin yang melihat terlalu banyak melihat wajah makhluk hodoh dari alam sebelah sana semakin ketakutan. Lututnya menggeletar. Kesemua makhluk yang dapat dilihatnya semenjak hijabnya dibuka berbondong-bondong menghampiri dirinya. Menyebabkan Hurin terperangkap dan berasa di anjung atap. Jika setapak lagi melangkah ke belakang, pasti dia akan terjatuh. Jika bernasib baik, ajalnya mungkin tiba.
"Korang nak apa? Aku dah bagi darah haid aku kan sebagai bayaran. Pulangkan balik hijab aku seperti yang kau janji! Aku nak hijab aku semula!"Hurin yang cuba menentang, semakin berasa gayat apabila dirinya terumbang-ambing hampir terjatuh.
"Tidak semudah itu, wahai manusia... Ingat aku tak tahu bahawa darah yang kau bagi tu palsu! Darah haid tu bukan milik kau..."jin itu bersama saudaranya semakin mendekat ke arah Hurin.
"Apa... apa yang kau cakap ni? Aku yakin darah tu darah aku! Aku yang simpan nak bagi kat kau! Jangan cuba nak tipu aku! Pulangkan balik hijab aku!"
"Apa kau kata..."jin itu menundukkan wajahnya, memperlihatkan hanya tanduknya pada Hurin. Kesemua makhluk halus yang lain menekur pandang ke arah ketua mereka. Menanti. Suasana jadi sunyi seketika.
Hurin mula bertenang. Setapak langkah menjauhi tebing bumbung diambil.
"Aku tak tipu!"jin itu menjerkah dengan suara garaunya. Memperlihatkan wajah sebenarnya yang jauh lebih menakutkan.
Hurin terkejut lalu tersadung kakinya ketika dia cuba mengambil langkahan keduanya. Masa mula dirasakan berputar dengan perlahan. Badannya kehilangan keseimbangan.
Dengan itu, Hurin meluncur jatuh. Wajah hantu-hantu yang ada menjadi tatapan terakhir. Hurin keliru. Apa salahnya?
Bukan aku bagi darah kotor aku ke?
Bunyi tulang patah mula kedengaran.
Hey guys! Sorry dah lama sangat abandon karya ni. 😅 Insya-Allah saya akan update cerita ni secepat yang boleh.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro