03
POCKET LOVE
°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:
────୨ৎ────
•
•
Mengecil mata Namjoon ketika menguruskan laman web yang dicipta khas untuk pengguna yang sedang ingin mencuba nasib di dalam dunia percintaan. Ditambah sebenarnya Namjoon dan Jungkook hendak mencari duit poket. Ha, disebabkan nak cari duit poket lebih lah terciptanya pocket love. Kebetulan masa tu Namjoon dan Jungkook tengah misKING makan biskut celup air milo sambil menonton kartun doraemon yang ada poket ajaib. Makanya tercetus segala idea.
Ada tambahan lagi, disebabkan Namjoon bijaksana jugalah boleh adanya aplikasi ini.
BLIP!
Bertambah lagi seorang demi seorang yang menekan link rasmi mereka dan mengisi borang untuk diberikan sedikit penjelasan tentang poket cinta sebelum Namjoon mahupun Jungkook membawa mereka berjumpa dengan pasangan yang dicari.
[ Jung.solar ] new chat
"Jungkook, uruskan id name Jung Solar ni," ujar Namjoon sebelum bangun dari kerusi yang diduduki olehnya tadi dengan keadaan terburu buru seakan ingin ke suatu tempat dalam kadar segera. Jungkook yang sedang megedit gambar untuk untuk diletak pada icon banner laman web itu memandang Namjoon pelik.
"Nak ke mana?" tanya Jungkook bersama mata bulatnya,
"Shishi! Tolong tau!" cepat cepat Namjoon keluar dari ruangan bilik komputer lama yang berada di bangunan C. Bangunan ini juga hanya digunakan oleh pelajar junior sahaja tapi mereka yang senior akan selalu sesat dekat sini juga setiap kali waktu rehat ataupun waktu balik sekolah.
Sekarang semua pelajar dah balik jadi amanlah mereka melakukan kerja sebagai doktor cinta!
BLIP!
jung.solar
saya rasa saya dah jatuh cinta dekat seseorang dan perlukan khidmat dari link ni. help me juseyo!
Jungkook menekan butang approve untuk mengizinkan id name jung solar mendapatkan bantuan cinta. Gambar di profile idnya hanyalah gambar seorang perempuan sedang menghadap keindahan pantai. Emo sungguh gambar..
mrpocket<3
hi, selamat datang ke Pocket Love.
Boleh saya tahu ciri ciri lelaki yang awak suka?
Jung.Solar
handsome, tinggi, wangi, attractive, playful, bergaya, pandai, baik, behave, atlet, kiyowo dan semua tu ada pada Jeon Jungkook. eothoke? 🥹💖
"Koh-koh!" terbatuk batuk Jungkook ketika bola matanya membaca pesanan dari pengguna id yang baru sahaja mendaftarkan diri di link permainan mereka.
Jung. Solar
cuba beritahu saya dia single ke?
boleh ke match kan id saya dan dia?
saya tak tahu dia ada ke tak dalam poket ni.
Jung.Solar
yelah, orang macam dia mesti tak ada
dekat dalam poket manusia single em😔
°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:
────୨ৎ────
-Park Riding Horse-
Bukan hanya pada waktu pagi dan di sekolah sahaja Sunhwa perlu bertemu dengan Taehyung. Tetapi di waktu petang begini juga dia harus bertemu dengan jejaka itu. Ikutkan hati malas hendak menuruti segala kemahuan orang tuanya yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil tahu bagaimana hati Sunhwa.
Sunhwa tak suka semua aktiviti harus di ikut serta dengan keluarga Kim Taehyung. Disebabkan ibu bapa mereka sangat rapat membuatkan Sunhwa sudah jemu berdepan dengan Taehyung begitu sebaliknya.
Setiap kali acara makan, fashion show, beriadah atau apa apa sahaja pasti ibu bapa mereka memaksa untuk ikut serta dan saling bersilaturahim.
Sunhwa mengeluh kecil rasa bosan berada di arena tempat menunggang kuda menanti ketibaan ibu bapanya dan Taehyung pulang dari bertemu dengan pemilik equestrian ini.
Rasa sakit hati apabila mereka ajak untuk beriadah tapi tak lama tu Sunhwa ditinggalkan sendirian bersama Taehyung sementara orang-orang dewasa itu berkumpul berbincang urusan bisnes. Bisnes, bisnes dan bisnes!
Jam di pergelangan tangan ditelek, sebelah lagi tangan memegang tali yang bersambung dengan wajah haiwan yang sedang ditunggangi olehnya itu. Siapa lagi kalau bukan si kuda.
Daripada habiskan masa dekat sini selama tiga jam ada baiknya dia siapkan tugasan kerja sekolah yang menggunung. Haih, sabor jelah.
Sunhwa rasa dia patut turun dari kuda ini dan pergi balik seorang diri saja. Naik teksi, panggil grab atau bas pun boleh.
Belum sempat dia mengarahkan kudanya untuk bergerak ke tepi sekaligus ingin mengakhiri sesi bersantai bersama kuda. Kuda yang ditungganginya seakan ingin mengamuk. Pergerakkannya agak pantas dan kuda itu bergerak sesuka hati tanpa mengikuti kehendak yang Sunhwa inginkan.
"Argh!" apa lagi, menjerit tak ingat dunia lah Sunhwa.
Penjaga kuda yang berada di situ berlari cuba mendapatkan Sunhwa sejurus melihat keadaan menjadi huru hara. Sunhwa sudah terhuyung hayang di atas tubuh kuda itu. Tangannya memegang kemas tali agar tidak terjatuh. Kuda itu berlari dengan pantas sehingga melanggar apa saja yang berada di depan mata.
Membulat terkejut mata Taehyung ketika melihat keadaan yang berlaku dan segera mengarahkan kudanya untuk mengejar Sunhwa. Sunhwa pula dah menjerit ketakutan dan masih dalam keadaan cuba bertahan agar tidak terjatuh. Kuda yang dtunggangi Sunhwa betul betul dalam keadaan tidak baik di mana kuda itu berlari dengan pantas sehingga terkeluar dari landasan yang sepatutnya.
"Sunhwa ah!" panggil Taehyung menghulurkan tangannya untuk membantu Sunhwa. Sunhwa geleng geleng tidak mahu kerana dia takut keadaan akan jadi lebih teruk.
"Cepat!" teriak Taehyung masih menghulur seraya cuba mengendali kudanya juga. Boleh dikatakan kuda yang ditunggangi oleh Taehyung berjaya menyamakan larian dengan kuda yang ditunggangi Sunhwa.
Sunhwa yang mahu tidak mahu, menyambut juga huluran tangan Taehyung. Lelaki itu menyuruh Sunhwa untuk segera lompat naik membonceng di belakang dan rempit bersamanya.
K yang rempit tu tipu je.
Namun kuda milik Sunhwa tiba tiba sahaja berhenti dan berpusing sehingga membuatkan Sunhwa yang langsung tidak mempunyai sebarang keahlian dalam menunggang kuda terpaksa berjuang lebih. Dia yang cuba melompat ke kuda lain ala ala drama pun telah terjatuh ke tanah sekaligus menyeret Taehyung ikut jatuh bersama.
Keduanya mengaduh kesakitan. Masing masing masih menahan sakit dengan mata terpejam sebelum keduanya membuka secara perlahan. Kepala di toleh ke sisi melihat antara satu sama lain dengan pandangan agak kabur. Tangan yang saling bertaut tadi juga masih tidak terlepas dan Sunhwa seakan ingin pengsan sedangkan Taehyung masih cuba mengatur nafas seraya memandang Sunhwa yang berbaring di sampingnya di atas tanah hijau berlatarkan matahari di waktu petang.
"Hmph?" Taehyung bergumam dengan mata mengecil menahan cahaya matahari yang menikam wajahnya. Wajah Sunhwa diperatikan dalam keadaan samar samar.
"Argh!" Taehyung cuba bangkit untuk melihat keadaan Sunhwa yang agak parah. Kedua belah pipi Sunhwa ditekup dengan kedua belah telapak tangannya.
"Sunhwa bangun!" kedengaran nada suara itu agak cemas ketika melihat rakan sekelasnya pucat lesi bak mayat hidup.
Takkan dah mati?
"S-sakit." lemah suara Sunhwa menutur kata dengan matanya mula mengeluarkan lelehan air jernih.
"Dekat mana?" balas Taehyung masih melekup kedua belah pipi Sunhwa dan digerakkan seakan tidak bagi untuk Sunhwa pengsan kerana mata gadis itu terbuka tertutup dan bila bila masa boleh hilang dari radar.
"Ark!" Sunhwa menahan sakit yang teramat ketika Taehyung buat begitu. Bahagian lehernya terasa sangat sakit. Tangan Sunhwa memegang pergelangan Taehyung agar lelaki itu berhenti cemas sehingga membuatkan dirinya yang sakit makin sakit.
Ikutkan hati nak marah!
Penjaga kuda yang baru menghampiri mereka terus sahaja menelefon pihak berkenaan untuk menghantarkan bantuan.
°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:
────୨ৎ────
Tap Tap Tap...
Bunyi kasut kedengaran di dalam sebuah bilik latihan tarian yang sedang dihuni oleh seorang lelaki. Setiap gerakkan yang kemas telah dilakukan sehabis baik olehnya..
Lagu Best Of Me menjadi pilihan untuk terus berlatih dan berlatih. Bola matanya fokus pada cermin melihat setiap gerakkan yang dilakukan.
Penat macam mana pun dia tak pernah berhenti berlatih selagi jarum jam tidak menunjukkan jam 11 malam.
Bunyi lagu terhenti dan secara refleks tarian lelaki itu juga turut berhenti.
"Good job Park Jimin. Masa untuk berehat..." Dujun menepuk tangan tanda memberi pujian buat jejaka yang sudah termengah mengah mencari nafas.
"Tak boleh..." Jimin tersenyum kecil seraya menggeleng kepala. Dujun merupakan manager yang telah menguruskan semua aktiviti Jimin sejak lelaki itu debut bersama 5 orang lagi rakan.
Walaupun mereka sedang dalam jadual yang tidak berapa padat Jimin tetap sahaja rajin berlatih dan terus berlatih.
"Boleh, jangan terlalu memaksa sangat." ujar Dujun menarik lelaki itu untuk duduk seketika. Jimin hanya mengekori dan menjatuhkan diri di lantai seraya menyandarkan belakang badan pada dinding.
"Nah." botol air minerel di hulur. Dujun sememangnya seperti seorang abang yang sangat prihatin terhadap adiknya.
"Kau kena rehat, esok kau nak masuk sekolah baru. Aku harap semuanya akan baik-baik." ucapan Dujun buat Jimin tersentak. Lupa betul pasal esok dia perlu mendaftarkan diri di sekolah baru.
Alasan berpindah kerana sekolah lamanya jauh dari syarikat KSJ. CEO Jin telah meminta Jimin untuk berpindah agar memudahkan urusan sekolah dan karier idol lelaki itu.
"Esok kau akan berjumpa dengan peminat dan juga pembenci kau. Siapkan mental dan rehat dulu okay. Tidur cukup, berhenti berlatih.." panjang lebar Dujun menasihati. Tentu sahaja di dalam dunia artis tidak semua menyukai mereka pasti akan terselit yang namanya haters.
Jimin perlu siap sedia menghadap hari hari baru di tempat baru.
"Jangan risau hyung." balas Jimin tenang. Terbit senyuman kecil di bibir lelaki itu.
°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:
────୨ৎ────
Sunhwa buka mata perlahan, leher terasa sakit tidak dapat bergerak. Terasa kaku dan hanya dapat melihat siling atas.
"Rasa lumpuh ke?" mata Sunhwa terpejam semula setelah suara seseorang masuk ke dalam gegendang telinga. Lebih baik berpura-pura tidur daripada kena layan buaya tu.
"Hey.." lengan Sunhwa disentuh perlahan seraya digerakkan agar gadis itu kembali bangun. Jangan nak buat-buat tidur. Taehyung tahu Sunhwa dah bangun tadi.
"Huh..." berat nafas dihela. Sunhwa membuka kelopak mata dan wajah Taehyung betul-betul di hadapan mata. Pandangan mata mereka saling bertembung rasa seperti rapat wajah jejaka itu.
"Jauh sebelum aku ludah.." secara automatik Taehyung menjarakkan wajah dia pun tak ada niat apa selain dari mahu Sunhwa bangun dan tak payah berpura pura untuk tidur.
"Ark!" sakit leher Sunhwa nak bergerak. Sakit sangat nak bangun pun sampai tak larat. Sunhwa pasrah, apa yang sudah terjadi pada dirinya?
"Doktor cakap kemungkinan besar leher kau tak dapat nak berfungsi dengan baik dah..." kata-kata Taehyung menghunus masuk ke dalam telinga Sunhwa dan gadis itu masih dalam keadaan yang keliru.
"Kau dah cacat Sunhwa." buat sekian kalinya ruangan itu hening tanpa suara. Sunhwa masih terdiam, cuba mencerna perkataan Taehyung tadi sebaik mungkin. Tak mungkinlah kan?
"Tipu je!" suara Taehyung memecahkan keheningan itu dengan tawaan kecil menghiasi bibir. Sunhwa mendengus geram. Semakin terbakar jiwa raga Sunhwa melihat Taehyung tak habis-habis mempermainkannya.
"Tak kelakar Kim Taehyung!" tegas suara Sunhwa seraya mencerlung tajam pemilik wajah kacak itu.
"Haha, okay. sorry sorry." balas Taehyung lalu mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan tepat bersebelahan dengan katil wad Sunhwa. Sunhwa hanya diam kerana baru sahaja sedar dari pengsannya. Roh belum masuk sepenuhnya lagi dalam badan datang pulang si mangkuk ni buat panas hati.
"Nampak ni?" Taehyung menunjuk ke arah kakinya yang terbalut, nada suaranya jelas tidak puas hati. Sunhwa cuba mengalihkan pandangan tetapi hanya mampu menggunakan matanya.
"Ini semua sebab kau, tahu tak? Kau buat apa sampai kuda tu boleh hilang kawalan?" Suara Taehyung meninggi sedikit membuatkan Sunhwa rasa bersalah walaupun dia tak tahu salahnya di mana.
"Aku tak buat apa-apa pun! Dia tiba-tiba mengamuk. Mungkin dia takut dengan sesuatu!" Sunhwa membalas cuba mempertahankan dirinya.
"Tak buat apa-apa?" Taehyung ketawa kecil, jelas tidak percaya. "Kalau tak buat apa-apa, macam mana kau boleh tercampak sampai aku kena tangkap kau? Dan sekarang, tengok kaki aku ni!" Dia mengetuk perlahan balutan di kakinya, seolah-olah mahu menekankan poinnya tadi.
"Eh, aku tak suruh pun kau selamatkan aku!" Sunhwa membalas, nadanya sedikit meninggi.
"Kau boleh biarkan aku je tadi." sambung Sunhwa lagi masih membawa rasa yang membara. Taehyung pula berdecit perlahan dengan muka tidak percaya.
Terima kasih pun tak ada?
"Mana boleh biarkan ketua pelajar yang berwibawa mati tersungkur macam tu je. Siapa yang nak pantau budak budak nakal nanti? Siapa nak jadi muka depan untuk projek sekolah? Siapa nak wakilkan pidato? Quiz? Semua orang tahu kau terpaling rajin dan berdedikasi. Cikgu-cikgu perlukan kau tau..."
Setiap ayat Taehyung seperti menambah minyak ke api yang sedang menyala. Wajah Sunhwa semakin merah menahan marah dan jika bukan kerana neck collar di lehernya dia pasti sudah menampar mulut lelaki itu.
Namun, sebelum Sunhwa sempat membalas. Pintu bilik wad terbuka. Yang jelas situasi itu memaksa mereka menghentikan perbalahan.
Masuklah Puan dan Tuan Gu bersama ibu bapa Taehyung.
"Sunhwa, kamu dah sedar!" Puan Gu segera menghampiri anak gadisnya dengan penuh rasa cemas. Wajahnya menggambarkan kelegaan setelah doktor memberitahu keadaan Sunhwa stabil tetapi memerlukan rawatan susulan.
"Terima kasih, Taehyung sebab selamatkan dan jaga Sunhwa." Tuan Gu memulakan bicara dengan nada tulus wajahnya memandang Taehyung dengan rasa syukur. Ibu bapa Taehyung pula sudah menayang riak bangga terhadap anak lelakinya.
Taehyung hanya tersenyum kecil sambil mengangguk. Namun, bola matanya sempat mencuri pandang ke arah Sunhwa yang hanya memandangnya dengan wajah kosong. Sunhwa memang begitu, muka tiada perasaan. Batu dan kaku!
"Sama-sama!" balas Taehyung, tetapi nadanya sedikit menekan jelas mahu memerli Sunhwa yang masih belum mengucapkan terima kasih secara langsung.
Tak reti ucap terima kasih ke budak ni?
Sunhwa yang menyedari niat Taehyung segera mengambil peluang untuk membalas dengan nada yang tidak kurang sarkastik.
"Terima kasih, Kim Taehyung. Kau memang kawan yang baik sangat baik!" ucap Sunhwa dengan senyuman kecil penuh sindiran.
Wajah Taehyung berubah, jelas terkejut dengan balasan Sunhwa. Dia tidak menyangka gadis itu mampu memukul balik perlian yang disembunyikannya tadi.
Pandai juga dia sindir aku balik, huh?
°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:・°❀⋆.ೃ࿔*:
────୨ৎ────
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro