Bab 9
Hubungan Yuhana dan Akif menjadi dingin sejak kejadian itu. Mereka tidak lagi banyak bercakap terutama sekali Akif. Akif banyak mengelakkan dirinya dari Yuhana. Sehinggalah...
" Hari ni tengah hari aku makan kat luar. Kalau kau nak masak , masak untuk kau sorang aje. " kata Akif mendatar lalu keluar dari rumah.
" Hmm dia pergi mana ea sebenarnya ? Kerap sungguh dia keluar rumah ? " soal hati Yuhana.
Yuhana mengambil keputusan untuk mengekori kemana Akif pergi. Seketika Akif berhenti di sebuah kafe . Yuhana melihat Akif berjalan beriringan dengan Yuhani sambil Yuhani memegang erat tangan Akif.
" Astagfiruallahalazim . Jadi selama ni Akif keluar jumpa kak Hani ? " soal hati Yuhana terkejut.
Dalam tidak sedar ada butir - butir jernih yang menitis. Keesokan harinya , pagi - pagi lagi Yuhana sudah keluar dari rumah. Dia pergi ke rumah mamanya.
" Assalamualaikum maa.. "
" Waalaikumusalam , eh Hana ? Masuk lah . "
Yuhana dan Anysa berbual - bual di ruang tamu.
" Hana sihat ? Macam mana dengan baby okay ? " tanya Anysa.
" Hm alhamdulilah sihat aje. " kata Yuhana bersama senyuman hambar.
" Iye ke ? Asal mama nampak Hana macam makin kurus aje ni. Pastu nampak sangat muka Hana letih. Hana tak rehat ke ? Akif macam mana ? "
Setelah dengar saja nama Akif tiba - tiba Yuhana menjadi sebak dan dia mula menangis. Ya dia sudah tidak mampu lagi memendam rasa. Akhirnya terluah juga di depan mamanya.
Seketika Anysa memeluk tubuh anaknya itu.
" Hana kenapa ni sayang ? Cuba cerita dekat mama. " pinta Anysa.
" Maa .. Hana dah penat lah ma. Akif tak pernah berusaha untuk ingat Hana balik. Tambah - tambah sekarang dia dah mula rapat balik dengan ..... " kata Yuhana terhenti di situ.
Anysa masih setia menanti jawapan Yuhana.
" Kak Hani. " luah Yuhana juga.
Anysa terkejut.
" Yuhani ? Dia dah ada kat sini ? Setelah sekian lama menghilang baru sekarang muncul balik ? Mama tak sangka yang Hani berperangai macam tu. Dia dah betul - betul berubah. Hani ni memang dah melampau . Anak yang tak kenang budi langsung ! " bebel Anysa.
Yuhana menyeka air matanya.
" Hana tak tahu sampai bila Hana boleh bersabar . Hana takut kalau suatu hari nanti Hana move on. "
" Jangan lah macam tu sayang. Mama tahu anak mama ni kuat orangnya. Hana tak boleh cepat mengalah . Hana tak boleh bagi kak Hani kamu tu peluang . " nasihat Anysa.
" Hmm in shaa Allah ma. "
***************
Pada malam itu Yuhana hanya terperap di biliknya. Semasa Yuhana di dalam biliknya tiba - tiba dia terpandang akan gitar milik Akif. Yuhana mengambil gitar itu , mengingatkannya tentang kenangan sewaktu Akif menyanyikannya sebuah lagu. Yuhana cuba untuk main gitar itu sebab dulu Akif pernah jugak mengajarnya bermain gitar.
Yuhana bermain lagu Yakin cintamu ku dapat nyanyian Kangen Band.
Langkah kakiku semakin sesat
Saat dirimu hakimi hatiku
Namun ku coba selalu mengalah
Ku lakukan demi cinta
Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
Yakin cintamu ku dapat
Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahwa cintaku ini takkan mati
Begitu lah bait - bait lagu yang dinyanyikan oleh Yuhana. Lagu itu seolah - olah memahami apa yang sedang dirasakannya sekarang. Yuhan rindu akan Akif yang dulu. Tanpa pengetahuan Yuhaha, Akif telah mendengar nyanyian Yuhana sebentar tadi di sebalik pintu bilik Yuhana yang tertutup itu.
" Lagu dia nyanyi tu macam .... " Akif seperti nak ingatkn sesuatu tetapi susah baginya.
Akif berasa sedikit pening lalu beredar masuk ke biliknya .
2 hari kemudian.Akif pergi berjumpa dengan Yuhani lagi.
" Akif kita kahwin nak ? " kata Yuhani.
" Kahwin ? " Akif sedikit terkejut.
" Haah . Kita kahwin lah Akif . Please ? " rayu Yuhani gedik.
" Err tapi Yuhana macam mana ? Dia kan tengah pregnant ? Ikutkan I dah lama I nak ceraikan dia sebab I memang betul - betul tak boleh ingat dia siapa dalam hidup I but disebabkan dia pregnant I tak boleh nak buat apa. " kata Akif sinis.
" Hm tak apa - tak apa. I sanggup jadi isteri kedua you. " Yuhani berkata manja.
" Serious you nak bermadu dengan adik sepupu you ? " kata Akif seperti tidak percaya. "
" Its okay . I okey aje. "
" Okay kita kahwin ! " putus Akif.
Yuhani tersenyum puas kerana cadangannya diterima dan sebentar lagi Akif akan menjadi miliknya. Apabilah Yuhana selamat bersalin nanti dia akan menyuruh Akif untuk menceraikan Yuhana.
Akif kembali ke rumahnya. Akif memberitahu kepada Yuhana tentang rancangannya yang ingin berkahwin dengan Yuhani. Yuhan begitu terkejut. Dia betul tak sangka yang Akif akan seperti ini.
" Apa ? Akif nak kahwin dengan kak Hani ? Akif jangan buat kerja gila ! Habistu Hana macam mana ? Hana kan isteri Akif ? " tanya Yuhana sebak.
" Ikutkan aku , aku nak aje ceraikan kau ! Tapi disebabkan tu baby dalam perut kau tu ! Aku tak boleh nak ceraikan kau ! Entah baby siapa lah dalam perut kau tu pastu mengaku - ngaku cakap anak aku ! " tuduh Akif sinis.
Yuhana tersentak. Dia tak sangka yang Akif akan menuduhnya seperti itu.
" Akif ! Awak boleh hina saya tapi awak tak boleh hina baby yang tak tahu apa - apa ni . Ni anak awak , anak saya ! Sampai hati awak cakap macam tu kan ? Lagipun awak pernah cakap yang awak takkan ceraikan saya dulu walau apa pun yang jadi. Awak tak ingat ke semua tu Akif ? Tolong awak jangan buat saya macam ni please saya merayu . " rayu Yuhana sambil air mata jatuh di pipinya.
" Aku minta maaf aku betul - betul tak dapat ingat siapa kau dalam hidup aku . Aku tak cintakan kau. Aku cuma cintakan Yuhani. Aku harap kau okay bermadu dengan kakak sepupu kau nanti. " kata Akif mendatar lalu meninggalkan Yuhana di situ.
Yuhana menangis semahu - mahunya. Tiba - tiba dia mencapai tudung dan beg tangannya lalu keluar dari rumah.
" Aku kena cari kak Hani " getus hati Yuhana.
Yuhana mencari Yuhani di tempat biasa Akif dan Yuhani selalu berjumpa. Kebetulan Yuhani masih di situ.
" Kak Hani . "
" Eh Yuhana. Lama tak jumpa , Hana sihat ? " kata Yuhani cuba beramah mesra.
" Akak tak payah buat - buat tanya lah pasal Hana sihat ke tak . Ni ada benda sikit Hana cakap. " kata Yuhana serious.
" Nak cakap apa ? Cakap pasal weeding akak dengan Akif nanti ke ? " kata Yuhani sinis.
Yuhana mengenggam erat penumbuknya di sisi. Dia geram dengan sikap Yuhani yang sekarang ni. Dia masih cuba untuk menghormati kakak sepupunya itu.
" Akak please batalkan niat akak untuk kahwin dengan Akif. Hana merayu sangat dengan akak ni " mohon Yuhana.
" Hm maaflah dik. Akak nak ambik hak akak balik. "
" Hak akak ? Kenapa akak nak kena ambik balik ? Akak jugak yang lari masa weeding akak dulu kan ? Kenapa akak nak kena buruk - burukkan Hana dekat Akif ? Kenapa Hana pula yang jadi punca akak lari ? Apa salah Hana kak ? Kenapa buat Hana macam ni ? " tanya Yuhana bertubi - tubi.
" Sebab aku tak suka tengok kau bahagia Hana. So selamat menjadi madu aku nanti ya. Okey lah i need to go. Banyak lagi nak kena buat pasal weeding tu nanti. Bye ! " kata Yuhani gedik dan ingin melangkah.
Tapi Yuhana dengan pantas menarik tangan Yuhani.
" Akak tolong . Tolong cari orang lain. Jangan ambik Akif dari Hana. Hana sayangkan dia . " rayu Yuhana lagi.
" Eh kau ni tak faham bahasa ke apa hah ?! " kata Yuhani marah lalu menolak Yuhana sehingga terjatuh.
Yuhana jatuh terduduk. Yuhani terus melangkah pergi. Entah kenapa Yuhana terasa sakit diperutnya apabila dia jatuh ditolak Yuhani. Yuhana cuba gagahkan dirinya untuk balik ke rumah. Di rumah , kelihatan Akif ada di ruang tamu.
" Kau pegi mana hah ? " tanya Akif tegas setelah melihat kelibat Yuhana.
" Hana .. Hana pegi jumpa kak Hani. " kata Yuhana mendatar.
Seketika Akif mendekati Yuhana lalu merentap kasar pergelangan tangan Yuhana. Yuhana terkejut dengan tindakan Akif.
" Kau pegi serang dia kan ? Tadi dia call aku cakap kau serang dia , kau tampar dia depan umum kan ? Kau ni dah kenapa hah ?! "jerkah Akif .
Yuhana tersentak dengan kata - kata Akif. Bila masa pulak yang dia tampar kak Hani ? Kak Hani yang tolak dia ada lah.
" Tak Akif ! Hana tak serang kak Hani pun . Hana .. Hana tak tampar dia pun . Dia yang ... " belum sempat Yuhana menjelaskan perkara sebenar Akif telah mencelah.
" Arghhh banyak alasan lah kau ni ! " jerit Akif lalu menolak Yuhana sehingga Yuhana jatuh buat kali kedua tapi kepalanya juga terhantuk di bucu meja yang ada di situ.
" Aduh .. " Yuhana mengaduh sakit.
Kali ni perutnya bertambah sakit dan dia rasa ada sesuatu yang sedang mengalir di kakinya. Darah ? Ya , darah mulai menitik begitu jugak kepala Yuhana yang sudah berdarah. Lama kelamaan matanya kian memberat dan pandangan Yuhana gelap !
Akif terpempan melihat Yuhana seperti itu.
# Alaaa kena lagi Yuhana 😭 Hmm jahatnya Akif dengan Yuhani ni. Siapa rasa watak Yuhani ni jahat sila komen ya hahahah 😂 . So apa jadi dengan Yuhana ? Dia akan keguguran ke macam mana ? 😢 Akif akan berubah ke macam mana ? Nak tahu ? So tunggu bab yang seterusnya ya ? Jangan lupa vote lepas baca. Kalau tak sis tak nak update heee 😝😝😝
#VoteAndKomenUntukBagiFeedback.
#Komen Biar Sis Bersemangat lagi nak update 💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro