Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

2 jam Akif di dalam wad kecemasan. Semua ahli keluarga sedang menunggu keputusan keadaan Akif. Seketika kemudian doktor pun keluar.

" Doktor macam mana dengan keadaan anak saya ? " tanya Tengku Arman ayah kepada Akif.

Doktor melepaskan keluhan panjang sebelum mula berbicara.

" Akif kritikal dan dia mengalami pembekuan darah di bahagian kepalanya tapi dia masih boleh diselamatkan lagi. Saya harap semua ahli keluarga dia akan terus mendoakan kesembuhan Akif. Buat masa sekarang pesakit masih dalam koma. " jelas doktor.

Yuhana sudah menangis teresak - esak di bahu mamanya , Anysa.

" Sabar banyak - banyak ya sayang ? " pujuk mamanya Yuhana , Anysa.

" Maa.. Hana tak kuat tanpa abang Akif. Hana sayangkan dia sangat - sangat maa. "
" Yes I know you love him but keep calm sayang .. " kata Puan Anysa lagi.

" Sabar Hana. Kita sama - sama doakan Akif ye sayang .. " pujuk jugak ibu mentua Yuhana.

Yuhana hanya mengangguk lemah. Kini Yuhana harus menjalani hari - harinya tanpa Akif. Yuhana tidak pernah lelah menjaga Akif disaat Akif dalam koma.

" Abang cepatlah bangun . Hana rindukan abang . Hana rindu usikan abang . Hana rindu senyuman abang . Hana rindu semua tentang abang . " luah Yuhana bersama air mata lalu mencium hangat pipi dan tangan milik Akif.

Sebulan berlalu . Kini kandungan Yuhana sudah memcecah 2 bulan tapi masih tidak kelihatan lagi perut Yuhana membesar. Yuhana masih setia di samping Akif.

" Abang mesti kuat tau ! Hana selalu tunggu abang kat sini . " ucap Yuhana sambil erat menggenggam erat tangan Akif. Dalam tidak sedar air mata Yuhana jatuh di atas tangan Akif dan tiba - tiba tangan Akif mula bergerak - gerak. Yuhana segera memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Akif. Seketika kemudian.

" Alhamdulilah , Akif dah sedar dan dia dah berjaya menharungi masa kritikalnya. "
" Alhamdulillah . " ucap Sofea.

" Alhamdulilah " bersyukur Yuhana kehadrat ilahi.

" Sekarang hanya 2 orang yang boleh melawat pesakit ya . " beritahu Doktor.

" Ok thanks doktor. Hana ikut mama tengkok Akif ya ? " ajak Sofea.

Sofea masuk ke dalam wad begitu juga Yuhana yang hanya mengikut langkah ibu mentuanya itu.

" Alhamdulillah abang dah sedar. Hana rindu sangat dengan abang . " sapa Yuhana lalu mencium dahi Akif.

Akif terkedu.

" Ni hah isteri Akif , 24 jam asyik tunggu Akif sedar aje. Rindu sangat dia dekat Akif ." jelas Sofea.

" Isteri ? Bila Akif kahwin ? Setahu Akif , baru bertunang aje ? " kata Akif pelik.

" Apa yang Akif merepek ni ? Ni isteri Akif Yuhana. Dia dah pregnant 2 bulan dah. "

" Yuhana ? Siapa dia ? Bukan Akif bertunang dengan Yuhani ke ma ? "

" Abang kenapa ni ? Abang tak ingat Hana ? " kata Yuhana risau.

" Tak ! Aku tak kenal kau siapa ! " jerkah Akif tiba - tiba.

Seketika Sofea memanggil doktor.

" Boleh kita bercakap di dalam bilik saya ? " ajak doktor.

Bilik doktor hanya Yuhana dan Sofea sahaja yang masuk.

" Doktor kenapa anak saya boleh ingat saya dan family kecuali menantu saya ni ? "

" Pada pandangan saya setelah menemu bual Encik Akif sebentar tadi , saya telah mendapat tahu bahawa pembekuan darah di kepalanya telah memberi effect kepada ingatannya. Dia hanya dapat mengingat semua memori tentang kehidupannya pada 2 tahun lepas . Saya harap Puan Yuhana dapat bersabar dalam memulihkan semula ingatan Encik Akif ya ? " jelas doktor.

" Ya Allah .. dugaan apakah ini ? Akif tak ingat aku ? " getus hati Yuhana sebak.

Setelah mendapatkan nasihat daripada doktor mereka pun keluar dan pergi melihat Akif semula.

" Akif .. " panggil Sofea lembut.

" Maa .. Kenapa Akif kat sini ? Yuhani mana ma ? Akif tak nampak dia pun ? Dia tak datang ke ? " tanya Akif.

" Akif kemalangan dan koma selama sebulan. Akif takkan Akif tak ingat waktu Akif nak kahwin dengan Yuhani , tiba - tiba dia lari dan adik sepupu Yuhani yang nama nya Yuhana menggantikan tempat Yuhani dan kahwin dengan Akif ? Akif jugak yang setuju. " terang Puan Sofea.

" Apa yang mama cakapkan ni ? Mama jangan buat kepala Akif pening boleh tak ? " kata Akif sedikit kasar.

Yuhana hanya menjadi pemerhati di pintu wad. Sofea hanya menggelengkan kepala melihat keadaan Akif seperti itu. Dia berlalu mendapatkan Yuhana yang sudah tunggu di luar.

" Hana bersabar ea dengan Akif yang sekarang. Maybe keadaan akan berubah. "

" In shaa Allah maa . Hana cuba sedaya yang mampu. Abang Akif dah sedar pun Hana dah bersyukur sangat. "

" Hana berdoalah semoga Akif cepat sembuh ya. "

Yuhana mengangguk kecil.

**************

Dua hari kemudian Akif diberitahu boleh balik ke rumah. Yuhana sangat gembira. Yuhana juga harus menempuh hidupnya dengan Akif yang berbeza.

" Selamat kembali ke rumah kita abang ! " kata Yuhana teruja.

" Rumah kita ? Eh ni rumah aku beli untuk Yuhani la bukan untuk kau ! " kata Akif kasar.

Yuhana tersentak.

" Ermm tak apa lah abang rest ea . Hana nak masak untuk makan tengah hari. " kata Yuhana bersama senyuman hambar.

Yuhana ingin mengorak langkah tapi terhenti .

" Tunggu kejap ! "

" Ya abang ? "

" Boleh tak kau jangan panggil aku abang ? Aku rimaslah ! Aku tak ingat pun kau siapa. Paling penting , aku tak pernah ingat pun yang aku pernah kahwin dengan kau ! " kata Akif sinis.

" Tapi abang .. " kata Yuhana tersekat - sekat menahan sebak di dada.

" Tak ada tapi - tapi . Sekali lagi aku cakap jangan panggil aku abang ! "

Yuhana hanya mampu akur . Yuhana mengorak langkah menuju ke dapur dengan air mata yang jatuh setelah membelangkangi Akif.

" Kau tak boleh nangis depan dia Hana. Kau kuat ! Kau mesti boleh ingatkan dia tentang kau balik . " bisik hati Yuhana memberi semangat.

Sesudah selesai makan tengah hari , Akif hanya mengambil tempat di hadapan televisyen. Seketika Yuhana mengambil tempat di sebelah Akif sambil membawa album - album gambar honyemoon nya bersama Akif di Korea.

" Abang .. ehh Akif .. "

Akif diam.

" Akif . Cuba tengok gambar - gambar ni. Mana tahu ingatan Akif boleh kembali balik ke ?" cadang Yuhana.

" Letak lah kat atas meja tu. Nanti aku tengok lah. "

" Okay Hana letak sini ea ? Nanti Akif tengok tau ! " kata Yuhana riang.

Ya di hadapan Akif , Yuhana selalu menunjukkan wajahnya yang riang. Tapi disebalik wajahnya yang riang itu tersembunyi wajah tangisannya.

" Hmm . Dah - dah kau pergi sana. Aku rimaslah duduk dekat - dekat dengan kau ni. " bebel Akif.

" Akif . Hana ni kan isteri Akif , kenapa Akif susah sangat nak ingat Hana ? " getus hati kecil Yuhana.

Yuhana bangun dan meninggalkan Akif untuk ke biliknya.

" Ya Allah , ampunkan aku kerana bersifat kasar dengan seorang hawa yang sama sekali aku tak ingat siapa dia dalam hidup ku . " getus hati kecil Akif.

Pada malam itu , Yuhana dan Akif solat isyak berjemaah.

" Akif malam ni tido bilik ni kan ? " tanya Yuhana.

" Err tak ! Aku tido kat bilik tetamu aje. "

" Tapi ni kan bilik kita ? "

" Jangan banyak cakap boleh ? Buat semak otak aku aje " tengking Akif geram lalu beredar keluar dari bilik itu meninggalkan Yuhana seorang diri.

" Kuatkan aku Ya Allah . " pinta hati Yuhana.

Beberapa minggu kemudian. Yuhana masih terus mencuba dan mencuba lagi untuk memulihkan ingatan Akif.

" Kau tak pernah rasa penat ke ? " tanya Akif tiba - tiba.

" Penat ? Kenapa pulak ? "

" Penat sebab tolong aku dapatkan ingatan aku balik ? Kau dah tak dak kerja lain nak buat ke ? Satu lagi kau memang tak kerja ke ? "

" Akif .. Hana tak pernah rasa penat tolong Akif dapatkn ingatan tu balik. Pasal kerja tu dulu Hana kerja la tapi Akif jugak yang suruh berhenti sebab Akif cakap Akif mampu nak tanggung Hana sebab Akif ni kan doktor ... " terang Yuhana panjang lebar.

" Shuhhh ! " Akif menyuruh Yuhana diam. Dia menyampah dengar Yuhana menceritakan semua masa lalunya yang sedikit pun dia tak boleh ingat.

Yuhana diam .

" Jujur ea aku dah bosan hidup macam ni dengan kau ! " kata Akif sinis.

Yuhana tersentak.

" Lebih baik kau give up aje. Buang masa kau buat semua ni. Aku bukannya ingat kau pun . " kata Akif mendatar.

Hati Yuhana sakit. Dia kuatkan diri untuk menjawab.

" In shaa Allah tak. Hana takkan give up . "

Akif hanya tersenyum sinis. Seketika Yuhana pegi ke dapur untuk masak.

Di dapur ketika Yuhana masak dia tidak sengaja tertolak satu pinggang.

Pranggg !

" Ish jatuh pulak " ngomel Yuhana seorang diri lalu mengutip kaca - kaca pinggan yang pecah .

Tiba - tiba tangan Yuhana terkena salah satu kaca tersebut.

" Aduhh " jerit Yuhana kecil. Jari telunjuknya luka.

Seketika Akif muncul.

" Ish apa yang kau buat tu ? Bising lah aku nak tengok tv ! " kata Akif kasar.

Sedikit pun dia tak kesah dengan jari Yuhana yang berdarah.

" Ermm maaf . " kata Yuhana bersama dahi yang berkerut - kerut menahan sakit dan pedih .

" Luka sikit aje tu. Tak payah nak mengada sangat ! Jangan harap aku nak tolong ubatkan. Hah tu kaca tu jangan lupa kutip sampai bersih nanti kang kaki aku pulak yang kena ! " kata Akif sinis lalu kembali ke ruang tamu untuk tengok televisyen semula.

Yuhana hanya tertunduk lemah. Air matanya menitis satu persatu. Sejak Akif sudah berbeza , air mata Yuhana terlalu murah di belakang Akif.

" Dulu bila jari Hana luka , abang yang ubatkan Hana ... " getus hati Yuhana sedih.

Pada malam itu Yuhana tido awal kerana dia berasa letih sangat . Iyalah berbadan dua lah katakan. Akif yang lalu di hadapan bilik Yuhana untuk ke biliknya tiba - tiba berhenti apabila terlihat Yuhana yang sedang tido di dalam bilik. Dia masuk ke bilik Yuhana. Dia mencari jari Yuhana yang terluka tadi.

Yuhana tidak membalut jari Yuhana langsung. Sebenarnya Yuhana tak tahu nak balut so dia sapu ubat aje lah ..

" Ish budak ni bukan nak balut dah luka. " ngomel Akif.

Seketika Akif mencari first aid lalu membalut luka Yuhana tanpa Yuhana sedar.

Tiba - tiba seolah - olah sesuatu terlayar di ingatan Akif. Dia rasa seperti dia pernah mengubati orang sebegini. Terpapar seorang perempuan yang terluka juga seperti Yuhana. Akif berasa sedikit pening lalu dia menggeleng kecil.

Setelah siap membalut luka Yuhana , dia menyelimut kan Yuhana. Entah kenapa setelah melihat muka Yuhana yang tido polos , Akif tiba - tiba mencium dahi Yuhana tanpa dia sedar.

" Maafkan aku sebab tak dapat nak ingat kau . " getus hati kecil Akif.

Tiba - tiba baru dia sedar yang dia dah tercium dahi Yuhana. Akif meraup kasar mukanya.

" Dah kenapa dengan aku ni ? Nasib baik dia tido kalau dia tahu aku cium dahi dia ? Buat malu aje. " monolog Akif di dalam hati. Seketika dia keluar dari bilik Yuhana dan masuk ke biliknya.

Keesokkan harinya apabilah Yuhana bangun dia pelik jarinya telah berbalut.

" Siapa yang balut jari aku ? Takkan Akif ? Tapi memang dia aje yang ada dalam rumah aku ni. " kata Yuhana tiba - tiba terbit senyuman di bibir munggil Yuhana.

Pagi itu dia menyiapkan breakfast untuk Akif. Setelah Akif muncul , Yuhana mula berbicara.

" Akif yang balut luka Hana semalam kan ? Thanks tau. " ucap Yuhana teruja.

" Hmm . Ni yang kau makan sorang aje la breakfast ni. Aku nak keluar kejap. " kata Akif.

" Akif nak pegi mana ? Hana nak ikut boleh ? "

" Ish tak payah nak menyibuk lah. Lagipun aku nak jumpa tunang aku kalau ada kau buat kacau daun aje ! "

" Tunang ? Maksud Akif kak Hani ? Tapi dia bukan ada dekat korea ke ? " tanya Yuhana pelik.

" Ish kau ni banyak tanya lah . Sudah lah ! " kata Akif lalu meninggalkan Yuhana.

" Buat apa Akif jumpa kak Hani ? " monolog Yuhana risau.

Pertemuan Akif dan juga Yuhani di sebuah cafe.

" I pun rindukan you Hani . Mana you menghilang ? Kenapa you tak ada waktu I masuk hospital hari tu ? " kata Akif mendayu.

" I minta maaf Akif , I tak dapat nak jumpa you hmmm nanti mama you ... "

" Kenapa dengan mama I ? "

" Err nanti dia halau I disebabkan Hana . " bohong Yuhani.

" Mama I halau you kenapa ? By the way macam mana I boleh kahwin dengan adik you sedangkan I yang bertunang dengan you ? Please tell me the truth. " pinta Akif.

Yuhani hanya tersenyum sinis mendengarkan soalan Akif. Yuhani mula mengada - adakan cerita yang tidak betul.

Di rumah setelah Akif pulang ke rumahnya.

" Akif ? Akif dah jumpa kak Hani ke ? " tanya Yuhana.

Akif hanya diam.

" Kak Hani macam mana ? Dia sihat ke ? " tanya Yuhana prihatin setelah Akif tidak memberi respon.

" Woii perempuan kau tak payah nak tunjuk  yang kau tu caring sangat dengan Hani ! " jerkah Akif tiba - tiba yang tidak dapat mengawal amarahnya.

" Apa maksud Akif ni ? " kata Yuhana terkejut.

" Kau dengar ea ? Aku ingatkan kau ni perempuan yang baik rupa - rupanya perempuan yang suka merampas hak milik orang lain ! Pura - pura baik depan family konon. Kau sanggup kan tipu family kau ? Kau sebenarnya yang halau Yuhani suruh dia pegi sebab kau nak kahwin dengan aku ? Sekarang family kau yang dah salah anggap pasal Yuhani. " kata Akif sinis.

" Tak . Semua tu tipu . Hana tak pernah pun buat macam tu . " nafi Yuhana.

" Sudah lah perempuan ! Kau memang tak ada harga diri. Nilai harga diri kau tu terlalu murah ! " jerkah Akif.

Air mata Yuhana sudah mula membasahi pipinya.

" Akif .. Hana tak macam tu lah. Apa yang kak Hani dah cakap kat Akif ni ? " tanya Yuhana lagi dalam tangisan.

" Kau tak payah nak buat - buat tanya bagai lah. Tu air mata palsu kau tu simpan aje lah untuk orang lain ! Aku takkan tertipu lagi dengan kau ! " kata Akif sinis lalu beredar masuk ke biliknya.

Yuhana terduduk di atas lantai.

" Ya Allah , apa yang kak Hani dah cakap dekat Akif sampai Akif jadi macam ni ? " bisik hati Yuhana bersama esakkan.

#Sabar aje lah Yuhana 😭 Err Yuhani kurang ajar 😑 Habis macam mana Akif nak dapat ingatan dia balik ? Kalau Akif benci and marah - marah macam ni dekat Yuhana ? Tunggu bab yg seterusnya yaa.

Siapa yang suka boleh komen ya ? Kalau malu nk komen , boleh dm aje 😂🖒

#JanganLupaVoteLepasBacaTau.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro