Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Keesokan harinya Yuhana menyiapkan breakfast seperti biasa tetpi Yuhana tidak banyak bercakap pada hari itu. Yuhana lebih banyak diam. Akif sedar akan perubahan Yuhana. Akif mencari kekuatan untuk menegur Yuhana.

" Err Yuhana , boleh aku nak cakap dengan kau sekejap ? "

" Err Akif , Yuhana dah lambat ni. Nanti - nanti la kita cakap ea ? Ok lah bye Assalamualaikum.. " 

Yuhana berlalu pergi. Dia cuba mengelak daripada Akif. Akif hanya melihat sahaja Yuhana pergi.

" Dia marah kan aku ? " getus hati Akif.

Di tadika Nurul Iman.Yuhana asyik termenung dan tidak fokus pada kerjanya.

" Kenapa ni cikgu ? Cikgu ada masalah ke ? " tanya salah seorang anak muridnya yang bernama Fifi.

" Eh Fifi , tak lah . Cikgu okay aje cuma rasa macam tak sihat sikit aje. " jelas Yuhana berserta senyuman.

Selepas solat Asar di sebuah masjid yang berdekatan dengan tadika Nurul Iman, Yuhana singgah sebentar di sebuah tasik yang menjadi tempat favouritenya  untuk menenangkan fikiran.

" Hmm susahkan kalau cinta bertepuk sebelah tangan ? Serious cakap benci ada perasaan macam ni ! " bentak Yuhana. Nasib dekat situ orang tak ramai sangat kalau tak buat malu aje jerit - jerit macam ni.

Seketika Yuhana memandang kosong ke arah tasik. Tiba - tiba dia terpandang akan batu - batu di tepi pokok . Dia mengambil batu itu untuk baling ke dalam tasik. 

" Batu ni untuk sakit hati yang semalam !! " jerit Yuhana berserta balingan yang kuat.

Setelah itu batu yang kedua pula.

" Batu ni untuk cinta yang bertepuk sebelah tangan !! " jeritnya lagi dan membaling batu tersebut.

Yuhana mengambil batu lagi untuk balingan yang ketiga tetapi langkahnya terhenti apabila dia terpandangkan seseorang.

" Akif ? " getus hatinya.

Akif mendekati Yuhana.

" Hana ? Apa kau buat kat sini ? Aku ingatkan kau dah balik ? " 

" Err ... "

Yuhana ingin melangkah pergi tapi ...

" Hana .. " panggil Akif lembut.

Serta merta langkahnya mati.

" Kau marah kan aku ke sebab semalam ? "

" Semalam ? Kenapa dengan semalam ? " tanya Yuhana pura - pura tak faham.

Akif kematian kata - kata . Tiba - tiba dia menghampiri Yuhana. Jantung Yuhana mula berdengup kencang.

" Aku tau kau marahkan aku sebab semalam aku peluk kau then aku panggil kau Hani . Betul kan ? " tanya Akif dengan berani.

" Kenapa pula saya nak marah ? Saya tak ada hak pun nak marah sebab benda - benda macam tu. Tak apa lah awak , saya nak balik. Jumpa kat rumah nanti bye Assalamualaikum " kata Yuhana lalu cepat - cepat beredar dari situ.

" Kau marah sebab kau suka kan aku Hana. Kenapa kau tak cakap macam tu ? " getus hati Akif.

Akif sudah mulai mempunyai perasaan yang sama dengan Yuhana. Akif juga telah mendengarkan semua luahan hati Yuhana tadi. Oleh kerana ego yang tinggi kata - kata cinta Akif sukar untuk dilafazkan.

Di rumah , selepas menunaikan solat magrib baru Akif keluar dari biliknya.Dia terdengar seseorang sedang memasak di dapur. Siapa lagi kalau bukan isterinya , Yuhana. Langkahnya menuju ke dapur. Dia melihat figura milik Yuhana sedang memotong bawang dari arah belakang. Tiba - tiba figura dihadapannya itu dipeluk. Yuhana sedikit terkejut dengan tindakan Akif. Jantungnya bergetar hebat.

" Hana rilex .. " bisik hati kecil Yuhana.

" I 'm sorry .. " lembut kata maaf yang separuh berbisik itu di telinga Yuhana. Akif mengemaskan pelukan.

Tiba - tiba Yuhana mengaduh.

" Aduh .. "

Yuhana mengaduh kesakitan. Jarinya terhiris dek terdengar akan kata - kata Akif. Akif yang terkejut  mendengar Yuhana mengaduh segera meleraikan pelukannya. Pisau yang masih berada di tangan Yuhana dirampas lalu diletakkan di atas meja. Kemudia figura Yuhana yang membelakanginya dipusing agar menghadap denga Akif. Jari Yuhana dihisap lembut. Dengan harapan dapat memberhentikan pendarahan. Yuhana tersentak dengan tindakan Akif.

" Kau tunggu sini kejap , aku nak amik first aid. Tunggu tau " kata Akif sedikit cemas.

Yuhana hanya diam tidak berkutik

Sepantas kilat Akif berlalu mengambil first aid yang terletak di biliknya. Tidak sampai sepuluh minit, Akif kembali bersama first aid di tangan. Akif mula memainkan peranan sebagai seorang doktor yang mengubati pesakitnya.

" I've finished . " ujar Akif yang berpuas hati dengan kerjanya yang mengubati luka Yuhana. 

" Err terima kaseh .. "

" Aku tak nak dengar ucapan terima kaseh dari kau. Aku cuma nak dengar yang kau maafkan aku. Tu aje yang aku minta. " pinta Akif sambil memandang tepat ke wajah Yuhana.

" Err.. sa..saya maafkan awak .. " kata Yuhana sedikit nervous.

Akif begitu gembira mendengarkan kata - kata Yuhana memaafkannya , lantas dia memeluk erat tubuh Yuhana. Yuhana terkejut lagi.

Dah kenapa dia ni ?

" Ehh sorry - sorry .. "

Akif tersedar yang dia dah tersilap pegi peluk Yuhana.

" Its okay . "

Seketika Yuhana menyambung kerjanya yang tergendala itu. Pada malam itu di bilik Yuhana. Yuhana asyik teringatkan tentang kejadian tadi yang Akif merawat lukanya. Hati Yuhana terasa berbunga - bunga apabila melihat Akif yang mengambil berat tentang dirinya. Dengan sikap Akif yang sebegitu membuatkan Yuhana betul - betul jatuh cinta dengan suaminya itu.Tetapi harapannya hancur tiba - tiba. Dia sedar siapa dirinya di mata Akif. Dia tidak setanding Yuhani yang mampu membuat lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Lama kelamaan Yuhana tertido.

" Morning .. " sapa Akif.

" Morning. Eh lambat bangun hari ni ? Tak kerja ke Akif ? "

" Tak . Aku cuti " jelas Akif.

" Oh okay. Awak kalau nak breakfast ni saya dah siapkan. "

" Hm yalah. "

Semasa Akif hendak pergi ke meja makan ,  tiba - tiba Akif dan Yuhana berselisih menyebabkan bahu mereka berlaga membuatkan Yuhana hilang imbangan dan dia hendak terjatuh tapi disambut oleh Akif.

Agak lama mata Yuhana dan Akif bertentangan. Seketika kemudian Yuhana dan Akif memperbetulkan posisi masing - masing.

" Huh kuatnya dengupan jantung aku ni . Kenapa ? Haish " ngomel hati Akif.

" Macam mana aku boleh nak jatuh ni ? Malunya. " monolog hati Yuhana.

Seketika Yuhana bersuara.

" Akif kejap lagi Hana nak keluar boleh ? "

" Nak pegi mana ? "

" Nak jemput someone . "

" Siapa ? " tanya Akif tiba - tiba .

" Hana nak jemput .. " ayat Yuhana terhenti apabila dipotong oleh Akif.

" Pegi aje la nak jemput siapa - siapa pun . Aku tak halang kau . " jawab Akif endah tak endah.

" Err betul ni ? Thanks Akif. "

" Hmm "

" Dia mana kesah pun aku nak jemput siapa kan ? " getus hati kecil Yuhana.

Setelah lama bersiap , Yuhana keluar dari rumah. Dia begitu teruja menunggu kepulangan seseorang itu. Dalam diam Akif mengikuti jejak Yuhana. Akif sebenarnya tertanya - tanya juga siapakah orang yang ingin dijemput oleh Yuhana itu.

Akif berhenti di hadapan KLIA.

" Dia nak jemput siapa pulak kat sini ? Bukan calang- calang orang ni. " monolog Akif sendiri.

Lama Akif menunggu di dalam keretanya. Seketika kemudian , Akif dapat mengecam figura Yuhana keluar bersama seorang lelaki yang sangat berkarisma. Kelihatan Yuhana sangat rapat dan mesra apabila di samping lelaki itu.Hati Akif mula membahang apabila melihat lelaki itu merangkul pinggang isterinya. Akif terus laju meluncur dengan keretanya meninggalkan tempat itu.

" Eh tu macam kereta Akif aje ? " bisik hati Yuhana.

" Hah mengelamun apa tu sayang ? Meh cepat tolong angkat barang - barang ni. " kata Yuhsri.

" Hah ? Oh okay - okay . "

Yuhana mengambil tempat di sebelah Yuhsri di dalam teksi. Yuhana hanya mendiamkan diri. Kelakuan Yuhana diperhatikan oleh Yuhsri.

" Hai adik along ni dah mengelamun pergi sampai mana ? Sampai korea  ? " usik Yuhsri.

Yuhana ketap bibirnya. Ya ni lah satu - satunya abang dalam hidup Yuhana iaitu Yuhsri atau nama panjangnya Putra Yuhsri Bin Ahmad Iqtisyam.

" Adik macam mana keadaan lepas kahwin ni ? Okay ? "

" Err okay aje " kata Yuhana bersama sedikit senyuman.

" Eleh tipu lah tu. Along tahu Hana tak happy pun. Actuallykan along masih tak puas hati dengan si Hani tu. Dah mama ngan papa jaga dia elok - elok . Macam ni dia balas jasa ? Kalau tak nak kahwin tu cakap la awal - awal , ni tak menyusahkan orang aje. Nasib masa kenduri tu along tak ada tau kalau tak along tumbuk - tumbuk muka dia tu. " bebel Yuhsri.

Yuhana hanya ketawa kecil.

" Dah la along . Macam mana pun kak Hani kan tetap sepupu along jugak . "

" Yelah - yelah . Hah by the way si Akif tahu tak adik jemput along ni ? "

" Ermm dia tahu. "

" Oh baguslah . Hana kena ingat Hana tu dah jadi isteri orang. Kalau nak keluar kena minta izin tau . " nasihat Yuhsri.

Yuhana hanya mengangguk kecil.

Sesudah singgah di rumah mama dan papa mereka , Yuhana meminta izin untuk pulang ke rumah kerana hari sudah lewat.

" Lambat balik ? " tegur Akif dengan nada yang agak dingin.

" Pergi rumah mama . " jawab Yuhana.

" Rumah mama ? Yeke ? " soal Akif inginkan kepastian.

" Yalah . "

" Habis tu yang dekat KLIA dengan lelaki tu apa ?! " bentak hati Akif.

" Betul ke dia yang kat KLIA tadi ? " soal hati Yuhana.

Tanpa membuang masa Yuhana ingin melangkah naik ke biliknya.

" Tunggu " kata Akif lalu merentap kasar pergelangan Yuhana.

Yuhana tersentak.

" Kau jemput siapa tadi ?! " tanya Akif kasar.

" Oh jadi betul lah awak pergi KLIA tadi ? Awak ikut saya ea ? "

" Kalau ya kenapa ? Kau takut kalau aku tahu yang kau ada skandel dengan lelaki lain ?! " jerkah Akif lagi.

Yuhana menahan rasa apabila ditengking oleh Akif. Tak pernah - pernah dia ditengking seperti ini. Yuhana juga terkejut dengan andaian yang dilemparkan oleh Akif.

" Apa yang awak cakap ni ? Awak jangan nak tuduh saya boleh tak ? "

" Tuduh ? Tak aku bukannya tuduh tapi aku tengok dengan mata aku sendiri ! Isteri aku jalan dengan lelaki sambil lelaki tu rangkul pinggang isteri orang keluar dari KLIA ? Tu dah cukup menunjukkan yang kau ada skandel. Aku tak sangka yang perangai kau macam ni . Kau lebih teruk dari Yuhani ! Kau memang perempuan yang tak ada maruah ! Aku menyesal kahwin dengan kau ! " hina  Akif.

Air mata Yuhana mengalir sudah tidak mampu ditampung lagi.

" Puas awak hina saya ? Puas ? " tanya Yuhana mendatar dengan suara yang serak sebab nangis.

Akif tersentak melihat Yuhana menangis. Sebelum ni sekali pun dia tak pernah tengok Yuhana menangis sebab Yuhana selalu tunjuk muka cerianya .

" Awak tak tahu apa - apa pasal saya ! 
Awak tak ada hak nak hina saya macam ni ! Lelaki yang awak nampak tu abang kandung saya ! See ? Awak memang tak pernah kesah pun dengan saya sampaikan saya ada abang pun awak tak tahu kan ?  Putera Yuhsri Bin Ahmad Iqtisyam satu - satunya abang saya ! Salah ke saya nak jemput abang saya yang baru balik dari UK ?

Masa saya nak keluar tadi saya dah nak bagitahu awak kan yang saya nak jemput siapa tapi awak tak nak dengar pun kan ? Saya rasa saya lah orang yang paling bodoh kat dunia ni sebab jatuh cinta dengan orang yang ego macam awak ni . Saya tahu saya tak setanding dengan kak Hani . Saya tahu saya tak boleh buat awak jatuh cinta macam mana yang kak Hani buat . Tapi saya ada maruah awak . Kalau awak rasa awak menyesal kahwin dengan saya .. tolong lepaskan saya ... " ucap Yuhana dalam tangisan.

Akif kaget. Tanpa melengahkan masa Yuhana terus keluar dari rumah tanpa menoleh lagi ke arah Akif yang hanya mendiamkan diri.

#Hmmm alaaaa kesian Yuhana 😭😭😭

#JanganLupaVoteGuys.
#ThanksReader.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro