Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Kami berjalan di sekitar bahagian barang dapur. Yuhana dan Ellya sibuk mencari barang , manakala Aqil dan Yuhmi dijaga oleh Khairul. Kesian Khairul sebab nak kena layan kerenah si kecil dua orang tu.

" Appa ! " panggil Yuhmi sambil menarik hujung baju Khairul agar dia menunduk untuk dengar apa yang nak dicakapkan oleh Yuhmi.

Khairul akur.

" Ye sayang , knapa ? " tanya Khairul lembut.

" Appa sayang omma ? " soal Yuhmi.

Khairul sedikit tersentak. Aduh budak 5 tahun dah pandai tanya pasal sayang ? Khairul kematian kata - kata .

" Appa cepat lah jawab ! Appa sayang omma Yuhmi tak ? " rengek Yuhmi.

" Err ya kalau appa sayang kenapa ? "

" Ohh tapi kenapa appa tak kahwin dengan omma . Kesian omma Yuhmi sorang - sorang aje. " petah bercakap Yuhmi.

Glurp ! Alahai anak kecik ni tanya pasal kahwin pulak.

" Errr " Khairul kematian kata - kata.

" Ehh oppa  mana ea ? " tanya Yuhmi tiba - tiba sambil melihat di sekelilingnya.

" Tu abang Aqil tengah tengok air kat sana. " kata Khairul.

Ya Aqil tengah mencuci mata melihat air - air seperti vitagen dan macam - macam lagi. Sedang sibuk Aqil mencuci mata tiba - tiba dia tidak sengaja terlanggar dengan seseorang. 

" Biane ajusshi .. ( Maaf pakcik ) " kata Aqil meminta maaf lalu menunduk hormat.

Lelaki di hadapan Aqil hanya terpaku memandang anak kecil dihadapannya. Budak ni kecil lagi tapi dah pandai beradab. Dia terpegun dengan sikap Aqil.

" Kalau anak aku lelaki mesti dia sebaya dengan budak ni kan ? " desis hati kecil Akif sedih . 

Ya dihadapan Aqil sekarang ni adalah papanya yang sebenar iaitu Akif. 

" Aqil ! " laung Khairul dari jauh.

" Ye appa ! Sile Hamnida ( Ya ayah ! Minta diri dulu ) " kata Aqil lalu berlari mendapatkan Khairul.

Akif hanya melihat anak itu pergi. Seketika dia merenung ke arah Khairul yang sedang bercakap dengan Aqil dan seorang lagi anak kecil perempuan yang ada iras - iras budak lelaki tadi.

" Tu bukan Khairul kawan ..... " belum sempat Akif menghabiskan ayatnya tiba - tiba Yuhana muncul di samping Khairul.

" Ha...Hana.. " kata Akif tersekat - sekat. Tiba - tiba dia rasa lututnya macam longgar pun ada. Dia betul - betul tak sangka yang akhirnya dia akan terjumpa Yuhana juga.

" Takkan dia dengan Khairul ..." kata - kata Akif tergantung. 

Seketika kelibat mereka pun hilang. Akif mendengus kasar , kerana dia kehilangan jejak Yuhana. Akif berjalan seorang diri tanpa arah tuju. Dia masih terbayang - bayangkan Yuhana yang bersama Khairul.

" Takkan Yuhana dah kahwin dengan Khairul ? Hana masih isteri aku ! Mana boleh dia kahwin dengan orang lain. Anak tu mesti salah seorang  tu anak aku tapi seorang lagi tu takkan anak ... Khairul dengan Hana. Tak ! Tak mungkin ! " bentak hati Akif sesekali dia meraup kasar rambutnya ke belakang.

Setelah penat berjalan seharian , kini masanya untuk Yuhana mengerjakan kewajipannya sebagai umat islam. Yuhana membenntangkan sejadah di dalam bilik. Dia ingin mendirikan solat maghrib tiba - tiba dua anaknya datang menerpa.

" Omma ! " kata mereka berdua serentak.

" Ya sayang , ada apa ? Omma nak solat ni. "

" Kami pun nak so..solat jugak boleh ? " kata Aqil.

Alahai budak kecik 5 tahun pun ada niat nak solat ? Alhamdulilah. Yuhana tersenyum kecil kepada anak - anaknya.

" Pandai ke solat sayang ? " Tanya Yuhana sahaja ingin menduga anak - anaknya.

" Err anio .. ( Err tak ) " kata Yuhmi sambil bermain kecil dengan jarinya.

Yuhana hanya tersenyum melihat gelagat Yuhmi. Comel betul.

" Okay jom solat . Ikut apa yang omma buat ea ? Yuhmi pegi amik telekung yang Omma beli hari itu. "

Ya , untung hari tu Yuhana terjumpa telekung yang sesuai dengan saiz Yuhmi. Saja Yuhana beli ingin membuat persiapan awal . Tak salahkan ? Tak apalah Yuhana mengajar anaknya solat dari kecik bak kata perpatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya. " . Seketika anak - anak Yuhana bersiap untuk solat. Mereka pun mengikuti setiap langkah yang Yuhana lakukan. Setelah habis solat , Yuhana membaca kan sedikit doa. Setelah habis Yuhana berdoa tiba - tiba Aqil memanggil.

" Omma bo..boleh Aqilll....nanak baca doa juugakk ?"

" Boleh sayang , nak baca doa apa ? "

Seketika Aqil menadahkan tangannya diikuti dengan Yuhmi dan Yuhana.

" Ya Allah , tolong kembalikan papa kami. Kami nak jumpa papa.Kami rindukan dia Ya Allah. Kami teringin nak ada papa macam orang lain. Aqil ngan Yuhmi nak sangat ada papa. Kesian omma sorang - sorang sebab tak ada papa. Kesian omma jaga kami sorang - sorang Ya Allah. Tolong tunaikan doa kami Ya Allah. Amin .. "

Begitu lah doa yang dibacakan oleh Aqil. Tanpa sedar air mata Yuhana jatuh. Dia sebak mendengar setiap bait - bait doa yang dipinta oleh Aqil. Kasihan anak - anaknya yang merindukan Akif.

" Omma kenapa menangis ? Jangan lah nangis .. " tegur Aqil.

Walaupun Aqil baru berusia 5 tahun tetapi dia petah bercakap. Anugerah yang diberikan Allah.

" Haah. Omma jangan lah nangis. Tak apa nanti mesti papa balik . Nanti kita boleh pegi jalan - jalan dengan papa. " kata Yuhmi riang.

Terus Yuhana memeluk kedua - dua anaknya itu. Dia menangis semahu - mahunya di bahu anaknya itu. Aqil dan Yuhmi hanya diam tidak berkutik seperti memahami yang ibu mereka ingin meminjam bahu mereka untuk menangis.

***************

Hari ini Yuhana membawa anak - anaknya jalan - jalan  di sekitar  Cheonggyecheon Stream ' .

" Wah omma cantiknya . " kata Yuhmi teruja.

" Ya cantikkan ? Omma pernah datang sini dulu. "

" Datang dengan siapa omma ? " tiba - tiba soalan itu terpancul dari mulut Aqil.

" Err datang dengan kawan omma . " bohong Yuhana.

Aqil hanya mengangguk kecil.

Seketika Yuhana melihat anak - anaknya yang bermain - main di tepi sungai di
Cheonggyecheon Stream  .

Tiba - tiba Yuhana teringatkan kenangan nya yang Akif dan dia akan datang ke sini lagi bersama anak kembar mereka.

" Maaf abang , Hana datang sini dengan anak  kembar kita tanpa abang " desis hati Yuhana sebak.

Seketika dia menyeka air matanya yang sedikit jatuh.

Semasa Aqil dan Yuhmi sedang bermain - main kecil di situ tiba - tiba Yuhmi tidak sengaja terlanggar seseorang . Disebabkan perlanggaran itu agak kuat Yuhmi terduduk dan lalu dia menangis teresak - esak .

" Yuhmi .. " laung Yuhana lalu mendapatkan anaknya.

Yuhmi menangis tanpa henti.

Seketika Yuhana ingin memarah orang yang telah membuat Yuhmi menangis tapi niatnya terhenti apabila dia melihat wajah orang dihadapannya. Yuhana sedikit tersentak ! Tak bukan sedikit tapi banyak ! Dia tergamam melihat figura di hadapanya. Ya Allah mimpi ke ni ?

" Hana .... " panggil orang yang berhadapan dengan Yuhana.

Yuhana masih berkeras seperti patung. Mulutnya terkunci rapat.

" Hana .. abang rindu kan Hana .. " kata Akif mendatar.

Yuhana tiada respon. Yuhmi berhenti menangis seketika dan Aqil hanya terdiam melihat apa yang jadi di antara ibu mereka dan pakcik di hadapan mereka.

Seketika Akif menarik tangan Yuhana lalu memeluk Yuhana.

" Sayang pegi mana ? Abang rindukan Hana sangat - sangat. Jangan tinggalkan abang lagi. " luah Akif sambil memperkemaskan pelukannya.

Terasa cecair hangat basah di dalam pelukan Akif. Ya Yuhana menangis. Dia tidak dapat menahan sebak mendengarkan luahan Akif.

' Betul ke dia rindu aku ? ' getus hati Yuhana.

Yuhana cuba meleraikan pelukan Akif.

" Apa yang awak buat kat sini ? " soalan itu yang terpancul dari mulut Yuhana.

" Abang cari Hana lah. " balas Akif.

" Buat apa awak cari saya ? Ma .. mana kak Hani ? Awak kan dah kahwin dengan dia ? "

Akif memeluk tubuh lalu menggeleng.

" Tak Hana abang tak kahwin pun dengan Hani . "

" Hah ? " Yuhana tercengang.

*Flashback*

" Tengku Akif Ameen .. " kata Iqtisyam.

" Ya saya . " sahut Akif penuh debaran.

" Aku nikahkan dikau dengan Puteriku , Puteri Yuhani Binti Ahmad Idham dengan mas kahwinnya 800 ringgit tunai." kata Iqtisyam.

" Aku terima nikahnya Puteri Yuhani Binti Ahmad Idham dengan mas kahwinnya...." kata - kata terhenti di situ.

Entah kenapa tiba - tiba  ingatan nya seperti datang kembali satu persatu. Ya ! Setiap kenangan dia di mana dia pernah melafazkan akad nikah seperti ini dan dia telah menyebut nama Yuhana. Semua kenangan tiba - tiba sahaja menerjah di setiap kotak fikirannya. Setiap kenangan dia sama ada pergi honeymoon ke korea , aktiviti yang dilakukan dengan Yuhana semasa bermain layang - layang , berjogging dan lain - lain mulai terpapar . Kuasa Allah telah mengembalikan semua ingatan Akif.

Walaupun terasa pening di kepalanya , Akif gagahkan diri mendekati mamanya dan Yuhani . Semua orang melihat pelik dengan keadaan Akif.

" Sayang kenapa ni ? " tanya Yuhani.

" Hani .. maaf I tak  boleh nak teruskan perkahwinan ni . Isteri I hanya satu iaitu Puteri Yuhana . I dah ingat semuannya." luah Akif.

" Akif ? Akif dah ingat semuanya ? " tanya Sofea teruja.

" Ya maa . Mama tolong Akif . Hana mana ma ? " tanya Akif .

" Hana ? Hana dah pergi Akif .. Dia dah pergi korea ... " kata Sofea.

Setelah mendengarkan itu , Akif terlalu berlari keluar dari masjid .

" Akif !! No you tak boleh buat I macam ni ! Akif !! " teriak Yuhani dah macam orang hilang arah.

Akif pergi ke airport untuk mengejar Yuhana tapi hampa apabila baru 10 minit yang lepas flight Yuhan sudah berlepas.

" Hana .. abang izinkan Hana pergi tapi abang janji yang abang akan cari Hana balik . Maafkan abang sebab terlambat untuk ingat Hana. " getus hati Akif.

*EndFlashback* *Yg sah hari tu cuma mimpi Yuhana lah 😂*

" Abang dah cari Hana selama 5 tahun , baru sekarang abang jumpa Hana. Maaf sebab lambat. "

Air mata Yuhana sudah jatuh sejak dari tadi. Entah lah sama ada air mata bahagia atau air mata sedih pun Yuhana sendiri tidak tahu .

" Ajusshi ! Ajusshi kenapa buat omma menangis ?! " marah Yuhmi comel.

" Haah ! Ajusshi nak kena tumbok ke ? " sokong Aqil.

Kedua - dua kembar itu kelihatan agak marah walaupun muka mereka tetap comel sebab bagi mereka pakcik di hadapan mereka ini telah membuat ibu mereka menangis.

Ya baru Akif perasan muka budak - budak dihadapannya ini kembar .

" Ni .. anak - anak abang ke Hana ? Twin ? " tanya Akif ingin kan kepastian.

" Tak ! " kata Yuhana tegas.

Akif tersentak. Takkan lah anak - anak Khairul.

" Ni anak - anak Hana . Bukan anak - anak abang . Hana jaga diaorang sorang - sorang . So diaorang anak Hana aje lah . " usik Yuhana.

" Hana memang tak pernah berubah kan dari dulu suka mengusik abang ! Hmm abang minta maaf sangat - sangat Hana sebab abang biarkan Hana jaga anak - anak kita seorang diri. " kata Akif lalu meraih tangan Yuhana.

" Tak apa lah abang benda dah lepas. Hana maafkan abang . Hana tak pernah pun simpan dendam dalam hati. Hana tak pernah menyesal pun kenal abang. Hana tak pernah lupakan abang. Hana sayang abang dari dulu , kini dan selamanya. Terima kaseh sebab ingat dan cari Hana balik. " luah Yuhana.

Akif mengangguk lalu menarik Yuhana ke dalam pelukannya kembali.

" Kita mulakan hidup baru ya ? Dengan twin kita .. " bisik Akif.

Seketika terasa seperti ada 2 orang sedang masuk di celah - celah antara Yuhana dan Akif. Hah siapa lagi kalau bukan si kembar tu. Pelukan di lepaskan.

" Ajusshi ni siapa ?! Suka - suka aje peluk omma kami ? " marah Aqil.

" Haa betul tu , Ajusshi ni siapa ? " tanya Yuhmi pula..

" Aqil .. Yuhmi .. ni la papa korang ... " jelas Yuhana.

Serentak mata Aqil dan Yuhmi membuntang sambil melihat ke arah Akif.

" Appa ?! " kata mereka serentak lalu memeluk kaki Akif.

Seketika Akif melutut dan memeluk anak - anaknya.

" Yaa sayang . Ni appa. Maafkan appa sebab lambat jumpa sayang - sayang appa ni. " ucap Akif sambil memeluk erat anak - anaknya ini.

" Tak apa appa janji appa balik dekat kami .. " kata si kecil Yuhmi.

" Terima kaseh Allah sebab makbulkan doa kami . " kata Aqil pula.

Yuhana hanya tersenyum bahagia.

#Yeahhhhhh dah jumpa 😊 so macam mana guys ? Puas hati tak dengan chapter ni ? Kalau okay komen dan beri feedback ya. Keep vote juga guys 😄💕





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro