Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

Keesokan harinya semua ahli keluarga Akif sibuk membuat persiapan. Akif juga sibuk bersiap dengan pakaiannya. Tiba - tiba baru dia perasan yang sejak dari tadi kelibat Yuhana tidak kelihatan langsung. Semalam lah kali terakhir dia melihat Yuhana.

" Dia mana ? " Akif tercari - cari Yuhana.

Hah sekarang baru kau nak cari ke Akif ? Kau dah nak kahwin kan ? Buat apa nak risaukan pasal dia pulak ?

Akif mengeleng kecil.

" Tak . Aku kena fokus hari ni hari bahagia aku dengan Hani. " putus Akif.

Setibanya di masjid Negeri.

Semua ahli keluarga Akif sudah berkumpul , cuma ada sesetengah yang belum sampai begitu jugak pengantin lelaki. Seketika Sofea mendapat panggilan daripada Yuhana. Dia keluar dari masjid untuk menjawab panggilan itu.

" Hello Assalamualaikum Hana ? Hana ada kat mana sayang ? " Tanya Sofea kepada menantu kesayangannya itu.

Ya walaupun Sofea akan dapat menantu baru , dia tetap akan lebih sayangkan menantunya iaitu Hana.

Kedengaran Yuhana mendengus di hujung talian.

" Waalaikumusalam mama. Hana minta maaf banyak - banyak . Hana tak sanggup nak tengok abang Akif kahwin dengan kak Hani. Hana tak kuat. Ni Hana call pun sebab nak bagitahu yang Hana dah buat keputusan yang Hana nak balik korea untuk beberapa tahun. Mama tolong jagakan abang Akif untuk Hana ya. "

Ya Yuhana tahu berdosa kalau seorang isteri pegi tinggalkan suami tanpa meminta izin. Namun dia tahu , Akif tidak kesah kalau Yuhana hendak pergi mana pun. Siapa dia di mata Akif sekarang ni ? Isteri ? Tak lagi rasanya. Yuhana menyeka air matanya yang sejak dari tadi turun apabila dia bercakap dengan Sofea.

" Tapi Hana .. "

" Mama maafkan Hana kalau Hana bukan menantu yang baik untuk mama. Mama jaga diri ea ? Mama I need to go , flight Hana dah nak berlepas. Assalamualaikum . "

" Hana ... " panggil Sofea tapi panggilan dimatikan.

Seketika kelihatan pengantin lelaki sudah sampai. Semua ahli keluarga yang ditunggu sudah masuk ke dalam masjid. Namun ahli keluarga Yuhani tidak lah ramai . Akif sudah duduk di hadapan Iqtisyam. Yuhani pula sudah duduk tersimpuh malu acah - acah princess.

" Tengku Akif Ameen .. " kata Iqtisyam.

" Ya saya . " sahut Akif penuh debaran.

" Aku nikahkan dikau dengan Puteriku , Puteri Yuhani Binti Ahmad Idham dengan mas kahwinnya 800 ringgit tunai." kata Iqtisyam.

" Aku terima nikahnya Puteri Yuhani Binti Ahmad Idham dengan mas kahwinnya 800 ringgit tunai " ucap Akif dengan sekali nafas.

" Sah ? "

" Sah ! "

" Sah ! "

" Abang ! " jerit Yuhana tersedar dari mimpi.

Ya Yuhana asyik termimpi - mimpikan Akif sejak dia tinggal di korea ini. Sudah 5 tahun rasanya Yuhana menetap di Korea sejak hari perkahwinan Akif dan Yuhani. Tiada khabar langsung dari orang Malaysia kecuali mama Yuhana saja yang sibuk bertanya akan keadaannya. Akif ? Hmm entah lah. Dia juga sudah menyepi. Entah Yuhana ni masih isterinya atau pun tidak pun tak tahu lah. Dia seperti gantung tak bertali.

Tiba - tiba seseorang menyentuh tangan Yuhana.

" Omma ? Gwen chan seumnida ? ( Ibu ? Tak apa - apa kah ? )" Tanya seorang kanak - kanak lelaki kecil lingkungan 5 tahun.

*Sorry kalau Bahasa korea author kelaut , main letak ke apa . Author just cuba XD. Jgn kecam ya guys*

Yuhana membalas genggaman anak lelakinya itu.

" Ne . Omma gwechana. ( Ya , ibu tak apa - apa ) " balas Yuhana.

Selepas itu Yuhana menidurkan anak lelakinya semula bersebelahan dengan anak perempuannya. Yuhana ada dua anak ? Ya Yuhana ada 2 anak . Yuhana dianugerahkan anak kembar dan sepasang pula tu. Untung kan ? Itu lah impian Akif dan Yuhana suatu ketika dahulu yang ingin memiliki anak kembar tapi sekarang angan - angan itu hanya Yuhana seorang diri yang rasa. Mungkin Akif juga tidak tahu yang selama 9 bulan lebih Yuhana mengandungkan anak kembar mereka. Yuhana telah membesarkan anak - anaknya di korea bersama kawan baiknya iaitu Ellya. *Siapa tak ingat Ellya mohon ulang baca dari bab sebelumnya hahaha.*

Kini anak - anaknya sudah berusia 5 tahun. Kejap aje kan rasanya. Yuhana berhasrat ingin menyekolahkan anak - anaknya di Malaysia. Tapi entah lah bila dia nak ready untuk balik ke Malaysia. Walaupun anak - anaknya dilahirkan di Korea. Dia tetap mengajar tentang agama dan adat - adat orang Melayu supaya anak - anaknya tidak kekok apabila pulang ke Malaysia nanti.

Kedua - dua anaknya sangat lah comel , maklum lah turun dari Yuhana dan juga Akif la katakan. Yang lelaki Yuhana kasi nama " Tengku Aqil Aiman manakala si kecil seorang lagi bernama " Puteri Yuhmi ". Yuhana tersenyum sendiri melihat putera dan puterinya yang sedang tertidur polos. Tiba - tiba terbit rasa rindu pada sang suami di Malaysia.

" Ya Allah , sampaikan rindu ini kepadanya. " doa Yuhana di dalam hati sebelum tidur semula di sisi anak - anaknya.

***********

" Aunty ! Cepat lah ! " laung si kecil Yuhmi memanggil Ellya di ruang tamu.

Walaupun anak - anak Yuhana baru 5 tahun tetapi mereka sudah petah bercakap. Yuhana mengajar juga anak - anaknya bercakap dalam Bahasa Melayu dan tidak menggalakkan mereka terlalu menggunakan Bahasa korea.

Seketika Ellya muncul setelah bersiap hampir 20 minit. Ish - ish.

" Lambat lah kau ni. Tengok ni si Yuhmi ngan Aqil dah lama tunggu aunty diaorang siap " ngomel Yuhana.

" Hehehe sorry sayang - sayang aunty semua " kata Ellya sambal tersengeh.

Yuhmi mencebik lalu memeluk tubuhnya acah - acah merajuk dengan Ellya.

" Yuhmi Cham yebbeoyo ! ( Yuhmi sangat cantik ! ) " puji Ellya ingin memujuk.

Seketika gadis kecil itu tersenyum comel.

" Gomawo ( terima kaseh ) " kata Yuhmi seraya menunduk sedikit kepada Ellya.

Yuhana hanya tersenyum melihat telatah anak gadisnya itu.

" Jom - jom kita pegi jalan - jalan cepat ! "

" Yeahhhh ! " sorak 2 orang kembar itu keriangan.

Mereka berjalan keluar. Yuhana memegang erat tangan si kecil Aqil. Manakalah Ellya memegang erat tangan si Yuhmi. Keadaan di luar agak dingin walaupun matahari tengah bersinar - sinar. Yuhana membawa anak - anaknya bermain di taman. Seketika Yuhana dan Ellya duduk di sebuah kerusi yang telah disediakan sementara menunggu anak - anak kecil itu bermain.

" Hana .. "

" Ya ? "

" Sampai bila kau nak macam ni ? Kau tak rindukan dia ke ? " soal Ellya.

" Hmm entah lah. Rindu ? Hmm mesti lah aku rindu. Tapi dia tak rindukan aku pun. Cari aku pun tak kan ? " kata Yuhana sedih tapi matanya masih melihat ke arah anak - anaknya.

" Anak - anak kau tak tanya pasal papa diaorang ke ? "

" Tanya .. tambah - tambah tu si abang . Nak tahu sangat mana papa nya pegi .. "

" Habis kau jawab apa ? "

" Aku jawab .... " belum sempat Yuhana nak menghabiskan ayatnya tiba - tiba seseorang menyapa.

" Eh Hana , Ellya ada kat sini ? " sapa Khairul.

*Ingt lagi tk khairul kwn baik si Yuhana kat Malaysia ? Tk ingt ? Pegi baca blik bab sebelum ni xp*

" Eh khairul ? " kata Yuhana.

" Mana si kecil dua tu ? " tanya khairul.

" Tu tengah main kat situ tu. " kata Ellya sambil tunjuk ke arah taman permainan di hadapan mereka.

Khairul mengangguk kecil.

" Err kau sihat Hana ? " tanya Khairul.

" Alhamdulilah sihat aje. Kau ? "

" Aku sihat aje. "

Mesti pelik kan macam mana Khairul boleh ada kat sini ? Khairul sambung study sini. Untuk pengetahuan , sebenarnya Khairul ada menyimpan perasaan dekat Yuhana. Setelah Yuhana berkahwin dengan Akif dulu , Khairul lama jugak lah menyepi sebab dia nak lupakan perasaannya terhadap Yuhana. Tup - tup lepas beberapa tahun Khairul jumpa Yuhana balik dekat Korea so dia mula rapat balik dengan Yuhana. Khairul jugak telah meluahkan perasaannya kepada Yuhana. Pada awalnya Yuhana agak terkejut jugak . Yuhana hanya menganggap Khairul sebagai kawan baiknya. Akhirnya Yuhana menjelaskan semuanya kepada Khairul yang dia tak boleh nak terima sesiapa lagi setakat ni.

" Appa ! " jerit dua orang anak kecil itu sambil meluru ke arah Khairul. Seketika mereka memeluk kaki Khairul . Sorang belah kanan , sorang belah kiri.

Ya , Aqil dan Yuhmi memang suka memanggil Khairul dengan perkataan " appa " sebab bagi mereka Khairul dah seperti ayah mereka walaupun mereka tak pernah jumpa ayah mereka yang sebenar. Yuhana hanya tersenyum melihat telatah anak dia itu.

' Hmm kan bagus kalau papa diaorang betul - betul ada kat sini . ' getus hati kecil Yuhana.

" Kita pergi mall nak ? " tanya Khairul yang melutut di hadapan dua anak kembar itu.

" Nakkkk ! " sorak mereka keriangan.

Seketika Yuhana , Ellya dan Khairul pun berjalan dengan si kembar untuk pergi ke mall.Khairul memegang kedua - dua tangan anak kecil itu. Khairul memang rapat dengan Aqil dan Yuhmi.

" Hana .. kau tak nak terima Khairul ke ? Aku tengok dia ni pun okay apa ? Anak - anak kau pun suka dengan dia . Siap panggil ' appa ' lagi tu . " bisik Ellya.

" Errr entah lah aku malas lah nak fikir. Sudah lah kau ni kejap lagi Kerol dengar pulak. Buat malu aje. " nafi Yuhana.

# Apa jadi next chapter ya ? 😂 Yuhana nak terima Khairul ? Akif mana ? Dah kahwin baru terus diam ? 😪 Apa - apa pun keep vote ya guys . Thanks reader. Komen please bagi pendpt tentang cerita ni ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro