Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

Akif mundar mandir di hadapan pintu wad kecemasan. Seketika doktor yang bertugas pun keluar.

" Suami Puan Yuhana ke ? " tanya Doktor.

" Err ya saya , saya suaminya. " jawab Akif teragak - agak.

" Oh boleh kita bercakap dekat bilik saya ? " ajak doktor

Akif hanya mengangguk kecil lalu mengikuti doktor ke biliknya.

" Kenapa dengan isteri saya doktor ? "

" Okay macam ni lah Encik Akif. Pada pemeriksaan saya , Puan Yuhana hampir sahaja keguguran. Tapi nasib baik Encik Akif bawa dia ke hospital dengan segera so kandungan masih dapat diselamatkan lagi. Ermm kelihatannya Puan Yuhana telah terjatuh dan kandungannya terhentak sebanyak 2 kali . "

" 2 kali doktor ? " tanya Akif terkejut.

2 kali ? Bukan sekali aje ke aku tertolak dia ? Macam mana pulak boleh terhentak sampai 2 kali ?

" Ya Encik Akif 2 kali. Ini amat - amat membahayakan nyawa anak Encik terutama sekali nyawa isteri Encik. Saya harap selepas ni Puan Yuhana akan lebih berhati - hati. Dia juga perlu banyak berehat dan tak boleh tertekan. Dalam pemeriksaan saya juga kelihatannya Puan Yuhana terlalu banyak memikirkan sesuatu. Saya harap Encik jaga dia dengan sebaik mungkin ya ? "

Akif hanya mengangguk kecil lalu keluar daripada bilik doktor.

Dia meraup kasar mukanya.

" Kejam sangat ke aku ni ? " getus hati kecilnya yang terselit sedikit rasa bersalah terhadap Yuhana.

Seketika dia masuk ke wad Yuhana setelah Yuhana dipindahkan. Akif tidak memberitahu keluarganya tentang Yuhana masuk hospital kerana dia tahu pasti mamanya akan menyalahkan dia so dia mengambil keputusan untuk tidak memberitahu apa - apa.

Kelihatan Yuhana terbaring lesu di atas katil. Wajah Yuhana pucat. Akif mendekati Yuhana lalu duduk di kerusi di sisi Yuhana. Akif meneliti setiap inci muka milik Yuhana.

" Kenapa aku tak boleh ingat siapa kau dalam hidup aku ? Hmm maaf aku dah buat kau sampai macam ni . " getus hati Akif dia tak mampu nak luah kerana apa ? Kerana ego menguasai diri.

Seketika tangan Akif jatuh di perut Yuhana. Dia mengusap lembut perut Yuhana.

" Betul ke ni anak aku ? Hmm maafkan papa sayang . " bisik hatinya.

Dalam tidak sedar Akif tertidur di situ sambil tangannya di atas perut Yuhana.

Beberapa jam kemudian Yuhana terjaga. Terasa berat perutnya seperti ada sesuatu di atasnya. Yuhana membuka matanya . Pedih kerana silauan lampu. Tiba - tiba matanya jatuh ke Akif yang tertidur sambil tangannya di atas perut Yuhana.

" Hmm Ya Allah , jodoh aku dengan Akif sampai di sini aje ke ? " getus hati Yuhana sedih . Tiba - tiba dia teringatkan  kejadian tadi .

Yuhana cuba mengalihkan tangan Akif dari perutnya tiba - tiba Akif bergerak kecil lalu terjaga dari tido .

" Eh kau dah sedar ? " tanya Akif.

" Hmm. Macam mana dengan kandungan saya ?  " tanya Yuhana risau.

" Err kau jangan risau. Kandungan kau okay aje. "

" Alhamdulilah . " Yuhana memanjat syukur di dalam hatinya.

" Aku tak bagitahu family kita pasal kau masuk hospital. Nanti diaorang risau pulak kalau aku bagitahu . " bohong Akif.

Yuhana mengangguk kecil.

Sekarang ni dia dah tak kesah Akif nak kahwin ke apa . Yang penting kandungan dia selamat. Dia dah tak perlukan sesiapa lagi sekarang selain anaknya.

" Kau nak makan ke ? Nak minum ? " tanya Akif cuba prihatin.

" Tak nak. Saya nak tido balik . " kata Yuhana lalu tido membelakangi Akif.

Akif hanya melihat Yuhana dari belakang tiba - tiba ...

" Aku minta maaf sebab aku kau masuk hospital. " kata Akif perlahan.

Walaupun perlahan , Yuhana masih dapat mendengar kata - kata Akif itu. Dalam diam air matanya turun disebalik membelangkangi Akif lalu Yuhana tertido semula.

3 hari kemudian Yuhana sudah boleh balik ke rumah nya. Sepanjang Yuhana di hospital , Akif lah yang telah menjaganya. Tapi Yuhana tahu , Akif jaga dia pun sebab rasa bersalah Akif terhadap Yuhana.

" Kau rehat aje . Tak payah buat apa - apa kerja rumah. "

" Tak apa lah . Hana dah okay lah. "

" Jangan degil boleh tak ? " kata Akif tegas.

" Ermm yelah. "

Yuhana akhirnya akur.

" Err kau rest aje , aku nak keluar ni. " kata Akif.

Yuhana diam. Dia malas nak cakap apa - apa. Dia tahu Akif nak pegi jumpa kak Hani. Hmm lantak lah , dia sudah tak pedulikan semua tu lagi. Serious dia dah penat , dah tawar hati sejak hari yang Akif menolaknya itu. Untung dia tak keguguran. Kalau dia keguguran mungkin saat ini dia sudah tidak mahu menatap lagi muka Akif .

Pertemuan Akif dan Yuhani.

" Akif kita kahwin lah cepat - cepat . " pujuk Yuhani.

" Errr ya tapi .. " jawab Akif teragak - agak.

Entah lah dia pun tak tahu kenapa dia rasa bersalah pulak dengan Yuhana. Takkan dia sampai hati nak kahwin dengan Yuhani dalam masa terdekat ni sedangkan Yuhana baru saja keluar dari hospital. 

" Tapi apa ? You tak sayangkan I ke ? You tak kesiankan I ke , selalu sorang - sorang ? Hmm dah lah family I buang I disebabkan Yuhana. " kata Yuhani acah - acah sedih .

Akif meraup mukanya seketika.

" I pun sayangkan you . Erm baik lah kita kahwin. " putus Akif.

" Thanks sayang. " kata Yuhani sambil tersenyum sinis tanpa pengetahuan Akif.

Selepas puas keluar berjalan dengan Yuhani ke sana ke sini . Akif pun pulang ke rumahnya.

" Maaf aku lambat balik . " kata Akif kepada Yuhana.

' Aik ? Kenapa pulak Akif nak minta maaf bagai balik lambat ? Sebelum ni tak pun ? Lantaklah. ' getus hati kecil Yuhana.

Yuhana tidak memberi respon dia hanya fokus pada televisyennya.

Seketika Akif telan liur.

" Aku ni dah kenapa nak  minta maaf bagai " bisik hati Akif.

Seketika Akif menghampiri Yuhana.

" Ermm bulan depan aku kahwin dengan Yuhani . " jelas Akif.

Yuhana sedikit tersentak tapi dia masih mengawal emosinya.

" Oh tahniah . " ringkas kata Yuhana. 

Ya Yuhana malas dah nak panjang - panjangkan masalah ni.

Akif sedikit hairan dan terkejut.

' Dia okay ke kalau aku kahwin dengan Hani ? ' desis hati Akif.

Seketika Yuhana bangun dia melihat Akif sepintas lalu sebelum beredar masuk ke biliknya. Akif hanya terpacak di situ.

" Arghh lantak lah, asal aku nak kena kesah pasal perasaan dia kan ? " bentak hati Akif.

*********************

Semua ahli keluarga Akif terkejut dengan keputusan Akif yang ingin berkahwin lagi satu dengan Puteri Yuhani. Akif merayu - rayu supaya semua ahli keluarga merestui perkahwinannya. Sofea dan Tengku Arman terpaksa akur dengan keputusan anak mereka itu. Lagipun Akif mampu untuk beristeri 2. Pada mulanya Sofea amat membantah tapi disebabkan itu hak anaknya dia tidak mampu berbuat apa - apa.

Pihak keluarga Yuhani pulak , hanya mamanya Anysa dan alongnya sahaja yang tidak mahu masuk campur dengan majlis perkahwinan Yuhani . Papanya Encik Iqtisyam juga hanya terpaksa masuk campur kerana dia yang akan mewalikan dirinya di majlis itu.

Sehari sebelum perkahwinan Akif dan Yuhani.

" Ya allah , jika ini takdirku . Aku redho Ya Allah . Aku bahagia jika suamiku bahagia. Berkatilah perkahwinan suamiku dan isterinya nanti. Peliharalah rumah tangga mereka." doa Yuhana semasa solat magribnya.

Air matanya jatuh untuk kesekian kali. Ya dia redho dengan semua kententuan Ilahi.

Selepas selesai solat , Yuhana keluar untuk minum air di dapur. Kelihatan Akif sedang membasuh tangan di singki. Tiba - tiba Yuhana memeluk Akif daripada belakang.

Akif sedikit terkejut tapi dibiarkan saja Yuhana memeluknya.

" Abang boleh Hana nak cakap sekejap ? " pinta Yuhana sayu dipendengaran Akif.

Akif diam tidak berkutik.Dia juga tidak kesah dengan panggilan ' Abang ' yang digunakan semula oleh Yuhana itu. Yuhana menganggap itu tanda Akif memberikan izin untuk dia bercakap.

" Abang terlebih dahulu , Hana nak ucapkan terima kaseh. Terima kaseh sebab abang dah jaga Hana dengan baik sebelum ni. Hana masih sayangkan abang . Sampai bila - bila rasa sayang ni takkan terpadam sikit pun. Walaupun abang dah tak ingat siapa Hana dalam hidup abang , Hana redho. Untuk pengetahuan abang Hana tak pernah menyerah untuk kembalikan ingatan abang. Hana tak pernah menyerah sikit pun tapi abang yang tak pernah berjuang untuk ingat Hana balik. 

Maafkan Hana kalau Hana ada buat salah atau sakitkan hati abang. Tak apa lah abang , mungkin jalan cerita kita akhirnya macam ni. Jujur Hana tak pernah menyesal kenal abang. Abang adalah anugerah paling terindah dalam hidup Hana.Hana redho dengan kententuan Ilahi. Lagi satu , tahniah ea sebab nak kahwin dengan Kak Hani. Jaga dia baik - baik. Bahagiakan kak Hani. Hana sayangkan dia dah macam kakak kandung Hana sendiri. Hana akan selalu doakan kebahagian abang dengan kak Hani. " luah Yuhana jujur bersama air mata di pipinya yang turun sejak tadi. Habis basah belakang baju Akif di buatnya.

Seketika Yuhana meleraikan pelukan. 

" Maaf kalau Hana ganggu abang. " kata Yuhana lalu beredar dari situ masuk ke biliknya semula.

Dalam diam , air mata Akif juga menitis satu persatu. Entah kenapa hatinya sakit bila mendengar semua luahan dari  Yuhana. 

' Ya Allah , betul ke apa yang aku nak buat ni ? ' bisik hati kecil Akif.

#Hmm macam mana chapter ni ? Sedih tak guys ? 😭 Ermm rasa - rasanya Akif teruskan juga ke perkahwinan tu ? 😢 Hana macam mana ? Takkan lepas ni ending habis macam tu aje ? 😂 Sila beri komen pendapat anda untuk ending cerita ni macam mana ok ? Ayee nak tengok jugak pendapat para reader smua.Dah baca jangan lupa vote yaa. Kbye xoxo - Ieqah Kazumi - 









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro