Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SEMBILAN

"ROSE."

"Ya, abi. Abi nak apa?" Rose yang sedang melakar di buku lukisannya terus campak pen dan buku ke tepi. Sepenuh perhatiannya diberi pada Abi Awwaz.

"Rose boleh pergi kandang tak?"

Dahi Rose berkerut. "Ajad tak ada ke, abi?"

Lelaki tua itu garu kepala. "Itulah masalahnya. Ajad tak ada. Afan pun sama. Abi pelik betul. Selalunya mereka dah balik waktu-waktu sekarang. Lagi-lagi Afan. Bukannya suka pergi kandang. Entah ke manalah mereka pergi. Harini kan ulang tahun umi. Jadi abi ingat dapatlah kita sambut sekejap lepas maghrib. Dah 5.30 tak nampak bayang lagi."

Panjang lebar luahan Abi Awwaz hinggakan Rose mula berkira-kira. Lebih tepat rasa nak menyumpah Ajad kerana menyusahkan keluarga.

"Kejap abi. Biar Rose pergi panggil."

Dalam hati Rose rasa macam nak menyumpah dua beradik tu. Siapa yang anak abi dengan umi sekarang ni?

Malas Rose melangkah ke kandang. Nak menapak agak jauh juga sebab kandang kuda Abi Awwaz tu luas. Alhamdulillah rezeki dia.

Dah sampai kandang, Rose meluru ke kandang utama. Buka pintu, wajah Rose mengeruh sebelum membulat. Terus ditekup mata.

"Astagfirullah al adzim! Setan mana merasuk kau berdua ni?! Nabi tak mengaku umat!"

Nak luruh jantung Rose. Menggeletar.

Mana taknya Ajad tak pakai seluar! Bangang punya Ajad! Lepastu Afan skodeng abang dia buat apa?

Aduh, tenat! Tenat dunia!

"Rose!" Kelam-kabut lelaki berdua itu betulkan keadaan.

Afan terus meluru ke kakak angkatnya. Salah timing Rose masuk, memang patut pun Rose boleh salah tafsir. Aduhai. Apalah nasib terjebak dengan masalah Ajad ni!

"Jangan dekat Afan! Apa abang kau ajar kau buat?"

"Tak! Kita orang tak buat apa pun."

"Apa kau ingat aku ni bodoh tak tahu Ajad tu dah separuh bogel kau kerjakan? Dah, aku nak bagitahu abi! Anak dia ni dua-dua bengkok!" Tekad Rose. Dah tak peduli apa yang dilihatnya tadi.

"Rose!"

"Menjawablah kau berdua dengan abi! Aku tak nak masuk campur! Fullstop! Titik! Noktah! Kiamat!" Penuh sebal dihurung tubuh kembali ke rumah.

Apalah nasib. Dahlah harini memenatkan. Lepastu ditayangkan dengan benda jijik pula tu. Rosak mata dia.

"Kau la setan!" Marah Afan. Dia terus membawa diri ke pili paip lalu dibersihkan tangan.

"Masalahnya sakit kau tahu? Aku suruh kau tengokkan aje pun. Rose tu yang lebih-lebih." Ajad enggan mengaku salah. Dahlah baru kena tanduk dengan kerbau. Entah kerbau siapa terlepas sampai masuk ke kandang kuda mereka. Sakit mat kena cucuk dengan punggung. Itu yang diminta Afan tengokkan. Dia bukannya nampak apa jadi dengan punggungnya.

"Dah aku nak balik. Sebelum abi maki aku, baik aku buat kenyataan. Aku tak bersalah!"

"Ceh, macam dah jadi kes mahkamah." Getus hati Ajad. Tangan masih menggosok punggung sendiri. Penat dia pergi kejar semua kuda dia yang berlari dek kemasukan kerbau mabuk tadi. Tak memasal kena tuduh gay. Sakit tau kena tanduk. Tajam tanduk dia. Asah agaknya tiap minggu.

.

.

"ADUH! ADUH! Abi, sakit!" Afan terbangun dek sideburn kena tarik. Perit!

"Kamu berdua ni perangai tu elok sikit, boleh?" Abi Awwaz tarik lagi tinggi. Geram bila Rose balik dengan wajah merah. Lepastu boleh menangis dengan bibir asyik mengatakan 'Mata Rose dah kotor. Mata Rose tak suci. Mata Rose kena mandi wajib'.

Sebagai ayah kepada pesalah, dia mengaku dia malu pada Rose. Adalah sedikit rasa menyesal pergi suruh Rose tengokkan budak berdua ni. Tak tahu pula anak terunanya ni buat onar.

Tak memasal dia pujuk Rose tu sebab tak nak rosakkan majlis isteri dia. Dah habis semua, memang kenalah dua anak lelakinya ini.

"Abang la. Afan tak salah apa pun, abi."

Ajad guling bola mata. Baguslah, semua nak salahkan dia. Memang salah dia pun kalau kerbau tu nak jadikan dia mangsa? Mentang-mentang dia orang tak rasa sakitnya kena cucuk, bolehlah nak pass kesalahan ni pada bahu dia.

"Salahkan orang lain! Yang kamu ikutkan abang kamu tu dah kenapa?"

Terus menunduk Afan. Siap cebik bibir.

"Yang kamu ni Ajad. Dah kenapa berbogel dalam tu? Publik kot."

"Manalah Ajad tahu Rose nak datang." Kendur aje suara.

"Oh, kalau Rose tak datang apa kamu nak buat? Telanjang?"

Ajad ketap bibir. Kena perli ni memang sakit.

"Tak fikir ke kalau orang lain nampak? Ini pun Rose nampak dah trauma budak tu. Kalau budak kecil nampak? Kalau dia terpengaruh? Kalau jabatan agama yang nampak? Nak kena buang negara?"

Afan di sisi menggeleng laju. Mana mahu berjauh dengan umi.

"Akal tu Allah bagi pakai. Bukan fikir guna lutut. Dah tahu kamu berdua tu dekat tempat awam, lagi buat benda mencurigakan." Abi Awwaz silangkan tangan. Mata bersilang-seli memandang Ajad dan Afan. Dua orang anak lelaki yang dah besar panjang tetapi perangai masih kebudak-budakkan.

"Ajad minta maaf."

"Nampak sangat tak ikhlas."

Yang sulung mula berdecit lalu mengeluh. Dah biasa begini. Belakang kepala digaru malas.

"Nanti kamu berdua minta maaf pada Rose. Jangan buat dia tak selesa duduk dengan kita. Nanti umi sedih." Nasihat Abi Awwaz.

"Faham?"

Dua-dua mengangguk.

"Dah, bersurai."

Afan laju berlari pergi. Tak mahu lama-lama nanti panjang pula kata abi.

Baru Ajad nak bangkit, Abi Awwaz memanggil.

"Sakit lagi ke punggung tu?"

Hanya anggukan kecil menjadi jawapan.

"Dah, baring. Abi sapu minyak. Tu, pintu kunci. Ada pula pisang berbuah dua kali."

.

.

DARI jauh Ajad pandang Rose.

Kepala digaru. Macam mana dia nak minta maaf?

Memang Ajad akui dia rasa bersalah. Lagi-lagi bila tahu Rose hingga menangis mengadu pada abi. Pasti gadis itu terkesan teruk.

Ya, salah dia sebab bodoh sangat. Dapat pula adik yang sama keturunan bodohnya.

"Nama awak Puteri. Nama awak Mika. Nama awak Rindu. Nama awak pula Cici. Yeay, semua dah ada nama!" Rose tepuk sudip tangan ke tanah yang baru diletak. Dapat bunga percuma dari Nadhirah, terus ditanam.

Kecil saja taman di rumahnya tetapi penuh. Umi Hasina pun suka bunga, jadinya memang tiada masalah nak berkebun. Masing-masing tahu tanggungjawab menjaga bunga-bunga ini hingga mekar indah.

"Okey, yang lain okey? Ada nak apa-apa? Air ke baja ke? Eh! Tumi, kenapa awak izinkan ulat beluncas ni makan awak? Ish, jahat awak ye ulat. Dasar gatal. Mesti jantan ni." Omel Rose sendirian.

Tangan Rose terus menarik ulat beluncas itu. Dibelek haiwan itu bagaikan belek baju.

"Awak ni comel. Hijau. Tapi sebab awak menggatal dengan Tumi, awak jahat. Ini makanan awak!" Terus dilempar ke belakang.

Dan kebetulan Ajad dekat situ, terus ulat beluncas melekap pada batang hidung Ajad.

"Woi, babi!"

Bila dah menggelabah, ulat beluncas pun ada nama baru.

Menggelupur Ajad berlari dengan tangan geli hendak membuang ulat beluncas itu.

Rose tersentak mendengar jeritan itu. Dia berpaling.

"Ee, pergi kau. Melekat dengan aku buat apa?"

Berpeluh Ajad satu badan. Ibarat berhadapan dengan singa lapar. Walhal depan mata hanyalah ulat yang laparkan tumbuhan sihat.

Rose dah tergelak di situ. Tiada niat nak membantu. Rose berdiri lalu menghampiri. Melihat wajah pucat Ajad buat dia rasa nak tambah warna putih di muka itu.

Rose kembali memandang taman. Mencari haiwan-haiwan perosak yang ada.

"Oh, terbaik la kau siput. Minta tolong kejap ya?" Terus diangkat siput itu dan pantas dibawa ke Ajad dan ditampal ke pipi Ajad.

"Rose! Buangkanlah!"

Ingat Rose nak dengar? Memang taklah.

Dicari lagi haiwan lain. Jumpa, dia letak atas muka Ajad yang dah beku dan putih itu.

"Jap aku nak ambil gambar kau."

"Syafarose Fiqar!!!"

.

.

.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro