DUA
SENYUMAN Rose melebar saja melihat kaki Zuhair melangkah ke arahnya. Terasa seperti di awang-awangan. Kalau ada sayap, mahu terbang sampai ke angkasa.
Alahai manisnya muka dia ni!
"Er, bos! Bos duduk dulu sini." Syahid dah menggelabah tengok Zuhair kembali. Aduh, dapur dahlah berkecah dek tindakan Rose tadi. Tak semapt mereka kemas!
Syahid berbalas pandang dengan Iqma bila Zuhair tidak menjawab soalannya, bahkan mahu ke belakang!
Aduh! Masalah besar!
"Bos, tadi ada orang nak jumpa bos." Iqma cuba cara lain, yang penting mata Zuhair tak boleh nampak air latte dan air putih yang membanjiri dapur.
Iqma menjeling ke arah Syahid.
'Kau pergi kemas dengan Ikhwan!'
Syahid hanya akur. Dia menyelinap ke belakang sebelum garu kepala melihat masalah yang timbul.
Bos tu, dia pantang kalau dapur kotor. Bos utamakan kebersihan. Sangat-sangat!
"Siapa?" Sepatah ditanya semula pada Iqma biarpun dia musykil melihat Syahid yang tersengih macam minta penampar tu.
"Marilah saya bawakkan bos jumpa dia." Iqma jalan dahulu dengan harapan Zuhair ikut.
Rose di situ masih tersengih. Nak tayang satu dunia senyumannya yang dihidupkan oleh kehadiran Zuhair.
"Hensemnya ciptaan Tuhan!" Desisnya sendirian. Lupa sudah kemarahan pada Ikhwan. Juga ditinggalkan segala barang jurnalnya. Crush depan mata, kenalah cuci!
Iqma teguk liur. Dia melangkah punyalah perlahan sampai dah sama saingan dengan Zuhair.
"Kenapa lembap sangat you jalan ni?"
"Er... Sakit kaki saya, bos." Alasan semata-mata supaya boleh lenggahkan masa Zuhair.
Zuhair bungkam. Dikerling kaki Iqma. Nampak elok. Macam-macam hal sungguhlah pekerjanya ini. Nasib reti buat kerja. Kalau tak memang dah lama kena buang.
Iqma panjat tangga ke tingkat atas. Dipusing satu aras di atas sebelum menuju ke tangga. Dan tindakan Iqma itu benar-benar menguji kesabaran Iqma.
"Siapa yang nak jumpa ni?" Sedikit kasar.
"Orang tu la. Tadi macam nampak dekat atas, mungkin dekat bawah kot." Kecut perut Iqma. Aduh, padahal takde siapa pun nak cari Zuhair. Dia saja pandai-pandai reka cerita.
"Time is golden." Tegas.
Iqma garu kepala. Alahai bos ni, garang-garang nak pergi mana?
"Haa! Tu dia!" Mata Iqma terpandang Rose. Aci bedal jelah! Yang penting jangan kena jerkah dengan Zuhair.
Melilau juga Zuhair mencari. Siapa yang dikatakan gerangan Iqma? Tak nampak pula orang-orang kebiasaan dia bekerjasama. Atau ada yang nak buat tempahan majlis?
Sampai ke meja Rose, Iqma berpaling ke belakang menghadap Zuhair. Lelaki itu angkat kening.
"Ni la dia, bos. Yang nak jumpa dengan bos."
Rose main peranan setelah diberi tanggungjawab itu oleh Iqma. Dia bangkit lalu menunduk sedikit, gaya formal bertemu seseorang. Gadis itu berdeham seketika.
"Assalamualaikum Encik Zuhair."
Iqma pandang Rose tak percaya. Kenapa pula budak ni siap berencik?
Zuhair pandang Rose atas bawah sebelum dia pandang Iqma. Malas nak pamerkan ekspresinya, kaki Zuhair sudah membawa diri ke ruang belakang.
Sekali lagi Iqma mengelabah. Sempat dia cubit Rose kerana tak berjaya lengahkan masa Zuhair.
"Bos, kenapa bos tak jumpa dia?"
"Is she really have something urgent with us?" Soalan Zuhair ini memang benar-benar buat Iqma kecut perut. Mulalah dia nak menyumpah Ikhwan yang mulakan segala ini.
"Tanyalah dia, bos." Sengih dipasang.
Lelaki itu mengeluh perlahan. Tubuh dibalikkan, kembali menghadap Rose.
Kening diangkat. Malas dia nak ajukan soalan.
Rose senyum lebar. Matanya pula nakal menala ke seisi wajah bersih Zuhair tu. Ditenung nak buat bekalan. Sesekali dia gelak kecil.
Zuhair dah jeling Iqma. Kening sebelah dijongket.
'Seriously?' Itu maknanya dan Iqma sudah faham benar.
Liur ditelan. Iqma dah kehabisan idea. Rose pula boleh pula dok tenung anak orang macam nak tembus. Lagi nak lengahkan masa, lagi Rose buat perangai.
Syahid dengan Ikhwan pun satu. Dah siap ke belum dekat belakang tu? Apa yang lembap sangat?
"It ain't funny." Gumam Zuhair perlahan. Dia menapak semula ke belakang dan sekali lagi, dibatasi Iqma yang menghadang tubuhnya.
"Iqma are you being serious?"
Tegas!
Iqma tunduk. "Sorry bos."
"Tepi."
Iqma mengalah. Lantaklah. Dia dah cuba sehabis baik. Bukan senang nak kelentong orang macam Zuhair ni. Pandai-pandailah dua orang monyet dekat dapur tu jawab.
Lantas Iqma berlalu pergi buat kerja. Basuh dulang sementara tiada pelanggan baru.
Zuhair kemaskan baju seketika sebelum dia menyelak pintu dapur. Kakinya pegun ke lantai.
"Gila! Kau pergi tambah air buat apa?!" Ikhwan dah marah Syahid yang kurang cerdiknya pergi simbah air ke lantai sedangkan dia sudah bawa batang penolak air dari stor.
"Dahtu? Kau nak aku buat apa?"
"Guna ni la pandai! Kan ada longkang sana." Sebagai orang yang dah selalu duduk dapur, Ikhwan pergi ketuk kepala Syahid dengan kepala batang.
"Nanti melekitlah! Kau tahu jelah bos buaya kita tu macam mana! Dia jalan pakai kasut pun boleh detect lantai melekit!" Syahid tak puas hati. Asyik dia aje salah. Tadi kena marah dia bawak mop. Ni kena marah pula simbah air. Ikhwan ni nak apa sebenarnya?
"Adu! Kau buatlah kalau macam tu!"
Zuhair silangkan tangan. Wajah dah keruh. Ketara.
"What is happening here?"
Syahid berpaling ke Zuhair sesaat sebelum kembali ke Ikhwan. "Ikhwan ni la bos buaya, macam dia aje yang pandai. Padahal dia yang jadi punca dapur berkecah."
Ikhwan membuntang mata. Siot punya Syahid! Sedar tak Zuhair dah sampai dapur?
"Ba alif ba ya kau!" Makian paling terhormat Ikhwan lontarkan pada Syahid. Dia pandang Zuhair dengan senyuman kekok.
Dah tahu mereka bakal mati. Lihat saja wajah Zuhair yang sudah berkerut-kerut dan sedikit memerah. Bahkan cermin mata di wajah sudah hilang. Itu tanda dia serious!
"Explain." Sepatah arahan dikeluarkan.
Baru Syahid tersedar kehadiran bos buaya mereka.
Dipanggil buaya bukan kerana Zuhair ni playboy. Jauh sekali.
Buaya sebab buaya hidup dalam sungai. Dan air sungai itu tenang. Pepatah kata, setenang-tenang air di laut jangan disangka tiada buaya.
Peribahasa itu tepat sangat dengan bos mereka! Mereka boleh buat kerja gelak ketawa kerana Zuhair tak kisah. Tapi lelaki itu sentiasa mengawasi. Dan kalau ada orang sengaja buat air sungai itu berkocak, memang buaya itu akan munculkan diri dan membaham.
Ya, buaya itu adalah Zuhair!
"Er... Bos. Sorry." Ikhwan mengaku kalah dulu. Syahid di sisi disiku suruh menjelaskan.
"Salah kami." Sambung Syahid walaupun hatinya menggila nak letakkan segala kesalahan pada Rose dan Ikhwan. Tak fasal-fasal dia terlibat sama.
"Kedai kau ke ni?"
Berderau darah Ikhwan. Memanglah kalau kerja dengan Zuhair boleh ber'kau-aku' tapi ayat Zuhair semua makan dalam. Terus serba salah secara tak sengaja.
"Bukan." Jawab mereka hampir serentak.
"Demerit 5 points for both of you and 3 points for Iqma for colliding. I want to see this floor clear in one minute. Now!"
Tersentak dua lelaki tu dengan suara Zuhair. Nadanya tinggi. Walaupun dia tak selalu bercakap, tapi kadang-kadang bilamana Zuhair cakap dalam nada yang biasa, boleh kedengaran sangat tinggi ibarat Zuhair tengah marah. Persis sekarang.
Selalu suara Zuhair tenang, mendatar dan perlahan. Tapi kali ini terasa tegangnya walaupun Zuhair sekadar naikkan sedikit volum suara.
Syahid dan Ikhwan pantas buat kerja. Dari bergaduh, dua lelaki itu boleh bersatu demi tak nak kena telan dengan Zuhair.
Kena tolak merit pun dah sakit.
Kafe Zuhair sajalah yang guna sistem merit untuk pekerja. Kalau dah lebih 10 mata dimerit, memang nahaslah gaji bulan itu.
Zuhair mengeluh. Dahinya berkerut sejenak. Padanlah Iqma halang dia masuk dalam. Sakit mata dia melihat lantai yang selama ini bersih boleh banjir macam tu. Sudah itu pula sayur-sayur dipotong masih di atas papan. Dan paling menjengkelkan sayur-sayur itu sudah mandi kopi.
Zuhair langsung tiada idea apa yang terjadi. Dia tidak kisah pun apa nak jadi tapi satu kepantangannya melihat tempat menyediakan makanan seperti dapur ini mula bersepah. Menjejaskan maruah kafenya!
Terus Zuhair keluar. Tak boleh berlama. Kalau berlama, ada lagi yang dia tolak merit. Matanya sensitif terhadap kekotoran.
Keluar, wajah Rose terpampang. Ini satu lagi masalah dia yang tak boleh nak selesai. Nak halau, pelanggan yang bawa rezeki. Tak halau, dibuatnya kafe macam big boss. Letih!
"Bos," panggil Iqma perlahan. Wajahnya mendung. Dengar apa yang dikatakan Zuhair. Merit dia pun sama kena potong.
Zuhair diam tanda mengizinkan Iqma nak bercakap.
"Sorry bos."
Dah lali. Tiap kali salah, pekerjanya akan minta maaf. Dan Zuhair tak serik memaafkan. Asalkan mereka baiki salah itu, Zuhair tiada masalah.
"I know this cafe isn't yours, but respect this cafe as this cafe gives you money for living."
Deep.
Iqma dapat rasakan. Dah biasa kena tapi bila kena lagi, sakit kena panah!
Kepala Iqma mengangguk faham.
"Zuhair, I nak oder." Rose yang tak puas hati melihat Iqma macam kena marah dengan Zuhair, terus dipanggil lelaki itu.
Zuhair sekadar pandang.
"Nasi arab please!" Bantai Rose sebaik dia terpandang satu meja keluarga sedang menikmati nasi arab. Kecur pula liur memandang.
Zuhair mengerling Iqma pula. Arahan.
"Baik, bos." Iqma berlalu ke belakang.
"Ikhwan, nasi arab satu."
"Kejaplah, tengah kemas ni."
Suasana dapur mula bitter. Yelah, dah kena marah. Siapa aje boleh berpesta?
"Cepat sikit. Bad tak masuk kerja harini. Kau ajelah cef yang ada."
"Iya, sabar Ma."
Abaikan di belakang, Zuhair duduk ke tempatnya. Di ruang sebelah tempat cashier memang ada satu bilik kecil. Itu pejabat Zuhair.
Rose cemberut. Apalah, orang cakap dengan dia tapi tak jawab. Bisu betul. Dah ada mulut, cakaplah. Orang yang bisu pun teringin nak bercakap tau. Zuhair ni langsung tak memanfaatkan rezeki Tuhan.
.
.
ROSE jilat jarinya.
"Ni dah kenapa sampai menjilat jari?" Tegur Syahid yang kebetulan melintasi Rose.
Gadis itu tayang senyuman menampakkan gigi.
"Sedap."
"Amboi, dia punya sedap sampai jilat jari. Nasib jari tangan, bukan kaki. Kalau sampai kaki dijilat tu Abang Syahid rasa Rose ada masalah dekat sini." Syahid tunding kepalanya sendiri. Tangan lincah menyusun cawan-cawan yang sudah kering ke rak. Mata sesekali memandang Rose sebelum menghadap kerjanya.
"Ceh, perli ke?"
"Tak, nak berterima kasih."
"Eh, kenapa pula?" Terkejut Rose. Matanya dah bersinar. Terima kasih sebab apa? Apa dia dah buat? Makan senikmatnya pun kena ucap terima kasih ya?
"Sebab Rose la kami semua kena tolak merit." Bersahaja Syahid tapi dalam pada itu melepaskan rasa tidak puas hati juga.
"Oh, sama-sama. Rose tahu Rose baik." Tersipu-sipu Rose gelak, acah gadis melayu terakhir.
Keruh terus wajah Syahid. Penatlah cakap dengan Rose ni. Dasar tak makan saman.
"Kalau Abang Syahid nak Rose buat lebih lagi pun boleh. Rose sudi nak bantu. Rose memang suka tolong-tolong orang."
"Eh, tak apa. Rose duduk diam-diam pun dah membantu." Tak kuasa Syahid nak kena tolak gaji. Melepaslah impian dia nak beli kemeja baru untuk adiknya yang baru menginjak usia 20. Baya Rose la ni.
"Ye ke? Uish, tak sangka duduk pun membantu ya? Kalau berdiri, membantu tak? Baring? Terbang? Meniarap? Membantu juga?"
Jari manis Syahid merayap ke kening sebelum digaru. Apa yang mak Rose ni makan waktu hamilkan Rose?
Inilah masalah dia dan juga staf yang lain. Nak marah Rose, dah serupa dia ni kurang matang. Makanya, dilayan. Andai marah pun pujuk sendiri. Sebab nanti Rose buat lagi. Haih.
"Daripada Rose cakap bukan-bukan, baik Rose makan habiskan."
"Tengah makanlah ni. Sebab dia terlalu nikmat, kita kena menghayati. Macam tu!" Jelas Rose. Jag orange juice disedut perlahan. Ada lagi tiga suku jag. Iqma betul-betul perli ni.
Seketika suapan Rose terhenti bilamana pintu pejabat Zuhair dah terbuka dan tuannya sudah keluar bilik. Pantas Rose tilik jam.
La, dah jam 6 petang! Patutlah. Zuhair memang selalu balik jam 6 petang. Waktu malam diluangkan dengan keluarga. Family man gituw!
Kelam-kabut Rose telan nasi biarpun belum habis kunyahan. Berterbangan semua sunnah kunyah 44 kali saat Zuhair keluar.
"Eh, Zuhair kejap!" Laung Rose. Dia dah bangun lantas membasuh tangan. Kemudian dia meluru pada Zuhair yang langsung tak berhenti. Pekak ke apa? Rose garu kepala sambil lari.
Sampai depan pintu, Rose hadang pintu keluar dengan tubuhnya. Naik turun dadanya semata-mata nak kejar Zuhair. Kus, semangat! Kalau lumba lari dengan budak tadika mesti dia menang nombor 10 ni! Kembang hidung Rose.
Zuhair berdecit. Tubuh dipusing. Kalau dah kena block pintu depan, kita guna pintu belakang pula.
"Ala, Zuhair kejaplah. Tengoklah muka I yang cantik, comel, lawa, beautiful, gorgeous, maleficent and bombastic ni. Penat tau parents I baca surah Yusuf waktu pregnant demi anak yang cantik memukau ni."
Buku lima dikepal. Zuhair berdengus. Dipandang Rose depan matanya. Dahlah pendek.
"Zuhair, I nak tanya you ni." Rose senyum simpul. Zuhair pandang dia macam nak telan pun Rose terasa bagaikan di awang-awangan. Macam kena panah dengan cinta. Auw!
Lelaki itu diam. Tak balas tapi sangat meminta Rose ke tepi.
Rose jeling nasi yang masih berbaki di atas mejanya. Terus dia dapat idea nak bagi Zuhair buka mulut dia yang jadi kandang kucing tu.
Haruslah mulut dia kandang kucing. Sekali buka, nampak kucing-kucing yang comel dengan mata bulat. Automatik Rose pun mencair.
Metafora tak boleh pakai betul!
"Zuhair, tadi I oder nasi arab tau. Lepas tu dah sampai pesanan I tu. Lepas tu, I rasa la sebab lapar pula tiba-tiba. Lepas tu, lidah I rasa pelik jadi I makan lagi. Lepas tu, I dapat buat satu kesimpulan. Lepas tu, I kejarlah you untuk bagi tahu kesimpulan yang I buat."
Zuhair naik pening mendengar banyak betul 'lepas tu' dalam satu ayat. Memang budak ni belajar satu saja ke penanda wacana dekat sekolah?
Zuhair tolak dagu ke atas sedikit. Mahu Rose cepatkan jelaskan kesimpulan yang kononnya ada.
"Nasi tu tak sedap."
Membuntang terus mata Zuhair. Lantas dia melingas ke seisi kafe. Nak pastikan kebenaran Rose. Tapi, semua nampak tenang menikmati. Dan-dan itu juga ada orang memesan nasi arab sewaktu Iqma melalui mereka.
Mata Zuhair memincing ke arah Rose.
"Tipu."
"Eh, abi ajar I tak elok menipu. Arwah ayah pun ajar benda sama. Alhamdulillah setakat Rose hidup atas muka bumi ni, sikit pun Rose tak tipu. Sungguh!" Telapak tangan diangkat.
"Betullah nasi tu tak sedap. Nasi dekat depan gerai I lagi sedap. Cef dia budak 5 tahun tau!" Celoteh Rose lagi.
"What? Our cafe serves the best here." Naik bengang jugalah mendengar perbandingan itu. Walaupun dah selalu dengar, hatinya tetap akan ralat jika kafe yang dibinanya ini dikritik.
"You know the best thing in this cafe? Just you." Rose sengih melihat wajah cemberut Zuhair.
"Pintu keluar dekat sana, cik." Zuhair betulkan tali beg yang melorot jatuh dari bahu.
Wajah Rose panas. Dia kerutkan muka. "Apalah. Orang complain masakan ni tak sedap dia halau pulak!"
"Dah tu? Carilah kedai lain." Zuhair pun tak mahu kalah.
"No. You kena masakkan untuk I. Baru sedap."
Tercengang Zuhair mendengar alasan yang sangat tak logik itu.
"Just suit yourself, I nak keluar." Maklum Zuhair, mahu Rose hentikan sandiwara yang langsung tidak kelakar dan romantik itu. Dia tak terkesan pun.
Lagipun, Rose ni adik Ajad. Sebagai kawan kepada Ajad, Zuhair rasa tak elok dia nak berlebih dengan Rose. Dengan Ajad pun dia layan gitu-gitu, takkan dengan si adik nak kena layan macam tantang minyak?
Seperkara lagi, Rose ni banyak mengarut. Dia tak pernah pun tegur Rose. Sekali tu hanya waktu Ajad kenalkan adik angkat dia ni aje. Kemudian Zuhair langsung tak ambil tahu. Sebab seperti yang dikatakan. Zuhair berkawan dengan Ajad bukan Rose.
"Ala, you ni. You kena janji you akan masakkan untuk I bila I minta. Baru I bagi you balik."
Zuhair tarik nafas dalam-dalam.
"Mawar..."
Rose pegun. Terpesona. Itu yang dia nantikan! Hanya Zuhair panggil dia begitu walaupun nama dia tak ada pun perkataan Mawar tu tapi bila bibir sensual Zuhair yang menuturkan, jantung pun mencair pergi.
Denyut jantungku berdebar gituw!
"I hormat you sebagai adik Ajad, okay? And you boleh datang sini anytime you want. But please, jangan ganggu I." Cuba dinasihatkan si gadis ini daripada makin menjadi-jadi.
"It's not wrong. Kawan Ajad kawan I juga. Macam Abang Fakeeh. Isteri Abang Fakeeh, isteri Rose juga."
Memincing mata Zuhair. Pelik betul ayat.
"Eh, isteri buat apa? Kawan. Ya, kawan. Isteri Abang Fakeeh, kawan Rose juga." Rose tepuk dahi. Tak perasan lidah menuturkan perkataan yang boleh menimbulkan wasangka buruk di mata orang.
"Suka hati you la. I nak balik."
Zuhair langsung berpatah semula ke pintu utama. Laju Rose mengejar Zuhair sebelum nakal dia menampal sesuatu di belakang beg Zuhair. Nampak Zuhair berlalu keluar dari kafe, Rose melambai walaupun tiada siapa membalas.
Rose senyum. Dia kembali ke tempatnya. Nasi depan mata pun dah tak selera. Yang selera hanya panggilan Zuhair tadi.
Mawar...
Argh! Nak guling dekat sini boleh tak?
Kemudian, Rose teringat perbuatan nakalnya tadi. Terburai tawanya sampai ditegur Iqma.
"Amboi, ketawa tak ingat dunia. Sukalah kacau bos?"
"Suka, Kak Iqma. Suka sangat!" Misteri senyuman Rose.
Mata melirik ke tubuh Zuhair yang makin menjauh. Dibaca tulisan yang tertampal di belakang beg Zuhair.
'Saya adalah hak milik Syafarose Fiqar. Sesiapa yang menyimpan hati pada saya, sila buang dalam neraka.'
.
.
.
My heroin being so naughty! ><
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro