Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12

Maafkan kelambatan saya yang sangat lambat.
.

.

"Abang Syahid sini kejap."

Syahid yang keluar dari ruang kafe bersama secawan latte panas segera meletakkan air itu ke atas dulang yang sudah terisi sepiring kek. Sesudah itu dibawa dulang ke meja pelanggan.

"Selamat menjamu selera." Syahid tayang senyum sebelum mengundurkan diri. Diletak dulang ke tempat asal sebelum Rose dihampiri.

"Kenapa?"

"Zuhair dah okey ke?"

Syahid tayang muka tak percaya. Sebelah tangan sudah dicekak ke pinggang. Ikut hati mahu dihempuk anak orang ni.

"Rose benda dah seminggu jadi, baru harini Rose nak tanya? Seriously?"

"Eh, sebelum-sebelum ni Rose tak tanya ke?"

"Entah."

"Hmm, mungkin Rose tanya pada Abang Ikhwan kot." Rose terangguk-angguk.

"Bos tu elok sihat walafiat. Rose jangan bimbang."

"Dia masuk ofis ke hari ni?"

"Kejap, Rose." Syahid meninggalkan Rose dan bergerak ke meja yang baru saja dihuni pelanggan. Mulut petah mengambil hati pelanggan yang baru pertama kali datang ke kafe ini.

Hujung mata Rose mengerli ke bilik Zuhair. Kosong. Ke mana lelaki itu?

Mustahil Arisa culik Zuhair. Tapi kalau betul? Hesy, tak boleh jadi. Rose tak nak kalah dengan Arisa. Memanglah dia pendek sikit dari Arisa tetapi lelaki kan suka perempuan pendek. Betul tak? Itu plus point untuk Rose. Rose yakin!

Haruskah dia pergi ke tempat Arisa? Rose jijik lagi nak ke sana. Mengenangkan kes tempoh hari, dendam masih terbuku. Berani Zuhairnya digula-gulakan.

Ah, pergi ajelah.

Baru nak bangun, Syahid mula menahan. "Nak ke mana?"

"Cari Zuhair."

"Tak payahlah, Rose. Bos pergi cari supplier tu dengan Iqma."

"Arisa ke?"

"Bukanlah. Bos pun taubat nak ke sana lagi."

Rose lepas nafas lega. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Lantas, ke mana lagi lelaki itu pergi?

"Abang Syahid, teruk sangat ke keadaan kafe?" Lirih nada Rose. Risau bertandang di hati. Jarang kali dia melihat Zuhair kerap tiada di kafe padahal ini rumah kedua lelaki itu.

"Rose tunggu sekejap." Laju Syahid ke belakang dan beberapa ketika dia keluar bersama Badrul.

"Silakan Abang Bad."

Rose terpinga-pinga. Dah kenapa Badrul terjerumus dalam perbualan mereka ni?

"Macam yang Rose tahu, lepas peperangan tempoh hari semua dah berubah. Barang semakin terhad jadi harga pun meninggi. Memang Alka ada aje import barang dari negara-negara lain tapi nak mengimport pun tetap pakai duit juga. Peniaga-peniaga kecil memang akan terkesan. Zuhair tu pun sama juga. Dengan keadaan ekonomi tak stabil, susah nak cari supplier yang boleh beri keuntungan pada kafe tanpa mengubah harga. Sebab ada aje kedai yang naikkan harga untuk survive. Tapi Zuhair tak. Harga masih maintain. Cuma penat sikit nak mencari supplier yang boleh go dengan sebut harga kafe ni."

Belum sempat Rose membalas, ada yang menyampuk. "Fuyo, Syahid baru tahu benda ni."

"Bukan asal boleh aje nak berniaga ni Syahid. Banyak benda kena fikir untuk memastikan kelangsungan perniagaan. Lagipun kafe ni mana pernah hadap masalah perang ni. Ini kali pertama. Itu yang ralat." Jelas Badrul lagi. Sebagai orang yang ada pengetahuan ringkas tentang ekonomi, bolehlah dia terangkan serba-sedikit masalah yang dihadapi Zuhair.

"Macam mana Rose boleh bantu Zuhair?"

Badrul diam. Memandang saja anak orang ini. Dia tahu kalau Rose ni memang peminat bosnya. Dah kenal sangat. Namun, dia tidak sangka hingga sampai ke tahap ini Rose tetap setia dengan perasaannya. Padahal boleh saja Rose cari lelaki lain yang stabil ekonominya jika dibandingkan dengan Zuhair yang sedang terumbang-ambing.

"Rose kena beli banyak-banyak dekat kafe ni kot." Cadang Syahid. Fikirnya beli banyak, kafe juga yang untung.

Badrul geleng kepala. Mengarut betul.

"Syahid, masalahnya kita ni kekurangan bahan mentah. Syahid sendiri tahu yang menu kita ni ada beberapa yang terpaksa kita off buat sementara waktu. Tanpa bahan mentah, tak ada apa yang kita boleh buat, Hid. Kalau bos dapat pembekal, Insha'Allah stok bekalan takkan putus dan kafe sedia menerima seberapa banyak pun tempahan."

Syahid nampak keliru tapi kepala terangguk kecil. Almaklumlah dia terus bekerja usai tamat sekolah agama. Tak belajar ilmu-ilmu duniawi ni. Di kafe inilah baru dia belajar sedikit demi sedikit.

"Mahal ke barang-barang yang kafe nak pakai?"

"Bahan makan ni hari-hari orang minta, Rose. Bila stok makin berkurangan dan permintaan banyak, mahal la Rose. Pembekal pun nak untung sama."

Rose garu kepala. Macam mana dia nak bantu? Sedangkan kalau barang-barang yang dia perlukan untuk wedding orang mudah saja dia cari dengan harga berpatutan. Haih, kasihan Zuhair.

"Okeylah, abang masuk dulu. Kesian Ikhwan tu nak menyiapkan semua order."

"Terima kasih Abang Bad."

Syahid turut berlalu untuk membantu pelanggan yang ingin membuat bayaran. Meninggalkan Rose yang masih berfikir. Mencari rencana bantuan buat lelaki itu.

Siapa yang boleh bantu dia?

.

.

"BOS nampak penat. Esok kita sambung lagi ya?" Takut-takut Iqma menegur Zuhair. Wajah lelaki itu pun tegang semacam. Dia pun dah cukup letih menghadap pembekal-pembekal tersebut. Semua gagal.

"Kesuntukan masa, Iqma."

"Erm... Saya tak tahu macam mana nak tolong bos." Akui Iqma.

"Bukan salah awak."

"Erm... Bos?" Kepala Iqma sarat dengan banyak persoalan. Melihat Zuhair yang bersungguh-sungguh dengan usaha pencarian bahan mentah kafe, Iqma tumpang kasihan. Bahkan Zuhair sampaikan hampir merayu untuk persetujuan.

"Ada possibility ke bos akan buang kami?"

Soalan itu mematikan langkah Zuhair. Nafas ditarik dalam.

"Awak merepek apa ni?"

Iqma menunduk. "Mungkin dengan cara tu bos boleh tampung biaya bahan mentah kafe. Dah banyak tempat kita pergi, semua tak setuju dengan sebut harga bos. Sekurang-kurangnya kalau bos buang kami, dapatlah bos setuju dengan sebut harga pembekal."

"Dah tu awak semua nak makan apa?"

"Ala kami boleh aje cari kerja dekat tempat lain. Rezeki dekat mana-mana aje bos."

"Merepek. Bukan senang nak cari kerja zaman sekarang." Zuhair menggeleng. Muka berkerut menahan panas petang itu.

Perlahan, Iqma lepaskan keluhan. Memang betul. Pergilah ke serata Alka, rata-rata enggan menerima pekerja baru. Peperangan tempoh lalu benar-benar menganggu ekonomi Alka. Banyak kos-kos yang ditanggung penduduk Alka untuk menstabilkan kehidupan mereka.

Namun sebagai seorang manusia, Iqma bersimpati juga dengan keadaan kafe Zuhair. Mulai kelam. Setiap kali opening, Iqma kemam bibir saja melihat satu per satu menu ditawarkan kafe terpaksa dipotong. Ada saja yang mempersoalkan. Tak kurang yang meluahkan rasa tidak puas hati. Penat jugalah hendak memperjelaskan.

"Awak baliklah dulu."

"Erm, bos pula?"

"Nanti awak letak aje tanda close tu lepas siap kemas semua. Saya akan kunci pintu."

"Baik, bos."

Iqma membiarkan Zuhair menapak pergi dahulu sebelum dia berpaling arah, menuju ke kafe. Dia tidaklah tahu tentang status kewangan kafe tetapi dengan keadaan bosnya yang bersungguh, mungkin teruklah kot. Mengenangkan tarikh gaji masuk adalah lagi seminggu, mesti parah nak bayar semua benda.

.

.

"GELAPNYA kafe harini, kak Iqma." Tegur Rose yang baru bertandang. Kepala digaru. Ruang kafe belah atas gelap. Tangga ke ruang atas dirantai tidak membenarkan sesiapa naik.

"Well... Dah bos suruh. Adalah tu."

Tanpa kata Rose menonong masuk ke bilik Zuhair. Diketuk lalu dibuka.

Tersentak orang dekat dalam.

Rose tayang senyum walaupun jelas wajah Zuhair seolah tidak mahu menerima tetamu.

"Hai, Zuhair." Dilabuhkan duduk di kerusi bertentangan dengan Zuhair. Mata meninjau meja. Banyak betul kertas yang berconteng.

"Sibuk ke?"

Bungkam.

Rose mencebik. Tak dengar lagi suara Zuhair harini. Kenapalah dia ditakdirkan meminati lelaki suara emas macam ni? Geram aje rasa. Tunggulah dah kahwin. Kalau tak bercakap dulu dia korek anak tekak lelaki ni.

Dah Zuhair diam, Rose pun ikut diam. Mata mencuri lihat segala kertas yang ada. Dibaca sedikit sebanyak. Dahi berkerunyut cuba memahami. Sakit leher kerana cuba menjulur baca, Rose terus tarik helaian itu dan diteliti.

"Apa beza dua ni, Zuhair?"

Zuhair meronyokkan helaian kertas yang penuh contengan kira-kiranya. Sedikit kasar caranya, juga melepaskan geram dengan tekanan yang menghimpit. Dipanggung kepala merenung kertas di tangan Rose.

Zuhair sudah malas nak marah Rose yang semberono menganggu dia. Fikiran dah cukup serabut. Cukup Rose takde buat perangai tak semenggah pun Zuhair sudah bersyukur.

"Kenapa jauh beza harga bahan-bahan ni?" Soal Rose lagi saat pertanyaannya tidak dibalas.

Keluhan terlepas dari celah gigi Zuhair.

"The lower price is my price meanwhile the other one is the standard price given by the supplier."

"Kenapa you letak harga rendah?"

"So that I can buy all the necessary things for the cafe."

Rose bungkam seketika. Helaian lain diambil dan dibandingkan.

Lelaki di hadapannya kembali menunduk. Tangan kanan terselit pensel. Dilorek-lorek atas kertas kosong. Contengan, mencari peluang-peluang untuk kafe berjalan dengan lancar. Mencari asbab sebab untuk pembekal boleh bertolak ansur dengan harganya.

"Can I state my opinion?"

Diam, memberi ruang Rose teruskan percakapan.

"Rose rasa haritu kafe ada tambah menu baru lagi, kan?"

Angguk.

Rose betulkan duduk. Dia mencapai helaian kertas putih dan diconteng. Mencatit segala menu kafe Zuhair yang dihafal.

"Ada apa-apa yang Rose tertinggal?"

Mata Zuhair turun sepanjang senarai. Dia sendiri menambah menu yang Rose tertinggal di ruangan kosong.

"Okey. Rose tak tahu kalau you ada masalah dari segi kewangan tapi make sense sebab Alka baru saja keluar dari zaman peperangan. Few industries suffer from the war. Maybe you too. Jadi, Rose bukan nak lagak macam tuan kedai cuma pada pandangan Rose... You patut buat kafe ni berfokus pada satu jenis saja. Macam yang ada dalam senarai ni, bercampur. Masakan melayu, arab, inggeris dan lain-lain. Memang betul semua ni menarik. Cuma bila kafe ada terlampau banyak menu, bertambah barang mentah yang perlu dibeli. Betul tak?

"Mungkin you boleh pilih masakan inggeris semata sebab lebih dekat dengan konsep design kafe. Classical modesty. Lagipun, sesuai juga dengan hidangan signature kedai, Kofi Allatte. Bila you kecilkan kepelbagaian, you boleh save duit dari segi bahan mentah. Tak banyak yang you perlu belanja. Jadi, menu-menu kafe takkan pernah lupus atau temporarily out of stock sebab tak ada bahan.

"Bila save up perbelanjaan you, Insha'Allah boleh duit-duit ni semua pergi pada bahan mentah yang diperlukan." Rose bulatkan senarai sebut harga dan buat anak panah ke atas. Di sebelahnya dibuat tanda tambah.

"Jadi you tak perlu runsing harga-harga mahal pembekal bagi. Mereka pun mungkin ada masalah macam you, susah nak cari bekalan. Tanaman dan ternakan musnah."

Baru Rose nak lepaskan nafas lega, Zuhair mula membantah.

"Maybe you're right but this will affect cafe's reputation. This cafe is well-known with variety kind of food. Your idea will just destroying the cafe's uniqueness."

Rose tenung Zuhair dengan cebikan. Menahan diri dari berteriak dek english accent Zuhair sangat menggoda. Sesungguhnya Rose terpegun tapi ditahan hati dengan lagak professional. Itu pun setelah dia minta Iqma untuk memberi salinan data kafe. Semalaman dia cuba memahami dengan bantuan abi.

Sampaikan abi mula menyelidik tindakannya. "Ini bukan kafe kawan Ajad, ke?"

"Memang pun, abi."

"Sejak bila Rose kerja situ sampai nak kena fikir masalah kafe?"

Panas punggung jugalah Rose nak beri jawapan selamat. Kalau dia cakap demi bakal suaminya mahu kena tempelak dengan abi. Abi tak suka dia terlalu mesra dengan lelaki. Abi mahu dia jadi perempuan mahal. Yang tidak mudah-mudah jatuh dengan permainan lelaki. Memang dia tak layan pun lelaki cuma Zuhair. Zuhair satu-satunya lelaki yang membuat dia rasa mahukan lelaki itu.

"Rose saja tolong. Zuhair tanya Ajad tapi Ajad tak reti."

Alasan!

"Tak reti? Ajad tu la yang handle kandang kuda tu..."

Rose ketawa kekok. Mampus! Cepat-cepat dia ubah topik sebelum abi mendapat tujuan asalnya.

"Mawar..."

Suara serak basah itu menyentap Rose dari lamunan. Dia menggeleng kecil sebelum merenung Zuhair dengan terkebil-kebil.

"Just go. Tak perlu you beratkan kepala. Ini masalah I, bukan masalah you."

"Come on, Zuhair. Penting ke apa kata orang? Diaorang mengata mendatangkan keuntungan pada you ke? Tak, Zuhair. Tak. Lagipun idea Rose bukan bersifat jangka panjang. Buat saja jangka pendek. Bila kafe dah mula kembali stabil dan ada lebihan keuntungan untuk kembali ke konsep asal, terpulanglah pada you."

Lama mata Zuhair terpaku pada helaian kertas yang dihulur Rose. Diam membisu tanpa kata putus.

"Ikutlah apa yang you rasa betul. Rose cuma tolong bagi pendapat. Rose nak meringankan masalah you je. Kalau rasa tak setuju, don't mind whatever things I told before. Okeylah, Rose keluar dulu. Nak melantak nasi arab kafe ni. Sedap!"

Rose angkat punggung. Hujung mata masih memandang Zuhair biarpun kaki mengorak langkah pergi. Mengharap Zuhair menahan dia dan berterima kasih. Tak pun cakap 'I love you' pun Rose dah bersyukur.

Rose cuba padam senyuman di bibir. Berangan!

"Mawar..."

Kejung. Dadanya semerta berdebar. Eh, jangan cakap Zuhair betul-betul nak cakap 'I love you'? Ommo, dia kena sediakan mental dan fizikal yang baik. Risau pengsan di bilik ini.

Rose, sabar Rose. Tenang. Kalau dia meluah, kau luahlah balik. Lepastu kahwinlah. Kan mudah. Habis cerita.

"Ya?"

"We don't have nasi arab today and might be for few upcoming days."

"Oh... Okey. Rose pesanlah samosa. Sedap juga yang tu."

"Not that one also."

"Aa... Apple pie?"

Zuhair geleng. Lelaki itu sudah berkerut dahi.

Rose rasa mahu meraung. Kenapa semua makanan dia sebut tak ada? Aduh, dah macam sengaja dia nak mencabar aje. Patut dia semak dengan Kak Iqma dulu sebelum masuk.

"Tak apa. Rose oder aje apa-apa yang ada. Zuhair fokus je pada kerja tu. Pandailah Rose makan. Jangan risau, ya." Segera Rose tutup pintu. Nafas lega dilepaskan. Rasa nak hentuk kepala ke pintu itu.

Maafkan Rose, Zuhair. Semua salah Zuhair nak letak banyak sangat menu. Kan Rose dah sampai mati akal nak fikir menu apa yang ada harini. Aduh!

"Kak Iqma, bring me the menu!" Arah Rose sebaik duduk di meja depan kaunter. Dia nak semat dalam kepala menu apa yang ada. Tak adalah dia jadi macam tadi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro