Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🕵4

Aku mengunyah roti yang diberi oleh salah seorang member Yunho iaitu, Seonghwa.

Aku memandang ke arah bendera yang berkibar di bahagian atas kapal.

A...TEEZ?

Aku mengecilkan mataku untuk membaca tulisan di bawah perkataan 'ATEEZ'

Pi...rate King?

Pirate?

Lanun?

LANUN?!

Jadi, kapal yang aku naik sekarang ni pemilik lanun?!

Jadi diorang semua ni lanun?!

Patutlah pakaian diorang lain macam.

Aku berjalan ke arah Yunho yang berada di bahagian depan kapal.

Aku pandangnya yang sedang meneropong sesuatu.

Aku menyentuh bahunya.

Dia memandang aku.

"Bo-Boleh saya tanya awak sesutu?"

"Tanyalah" kata Yunho sambil menyelitkan teropongnya di kocek tepinya.

Aku menjadi beku apabila dia memandang tepat ke arah mataku.

Matahari yang memancar di belakangnya menambahkan lagi kekacakannya.

"Emm...kenapa awak selamatkan saya?" Soalku ingin tahu.

"Sebab saya nak dapatkan ganjaran dari appa awak" beritahunya jujur.

"Ganjaran?"

"Semasa awak di tawan dengan Dutchman, Appa awak bukakan peluang kepada semua lanun untuk menyelamatkan awak.

Lanun yang berjaya bawa awak pulang dengan selamat, lanun itu akan diberi ganjaran" terang Yunho sambil membelek kompasnya.

Aku menganggukan kepalaku tanda faham.

"Oh! Oh! Ikan lumba-lumbalah!!" Aku berdiri di tepi kapal sambil menunding jari ke arah Ikan lumba-lumba itu.

"Awak tak pernah tengok ikan lumba-lumba ke?" Soalnya yang berdiri di sebelah aku.

"Pernah. Tapi bukan dekat laut."

"Habis tu, awak tengok dekat mana selain daripada laut?" Yunho memandang aku pelik.

"Dekat Zoo"

"Zoo? Tempat apa tu?"

ALAMAK!🙊

Aku lupa dekat dunia ni tak ada ZOO.

"Emm...ZOO ni tempat semua haiwan berada. Ada Gajah, Ziraffah, Harimau dan banyak lagi haiwan" terangku.

Dia menganggukan kepala tanda faham.

Aku hilang imbangan badan apabila kapal melanggar ombak yang besar.

Separuh badanku sudah berada di luar kapal.

Aku memandang laut di bawah.

Dalamnya...😨

Seseorang telah melilit tangan di pinggang aku.

Aku tercungap-cungap memandang laut dibawah.

Pemilik tangan yang melilit di pinggang aku menarik aku ke belakang.

"Gwenchana?" Soal Yunho iaitu pemilik tangan itu.

Aku yang masih tercungap-cungap hanya memandang Yunho.

"Tuan Puteri! Tuan Puteri tak apa-apa?" Soal Yeona yang berlari ke arah aku.

Aku menganggukan kepala aku tanda okey. Tapi mataku masih memandang wajah Yunho.

Jantungku berdegup dengan laju kerana Yunho masih tidak lepaskan pinggang aku.

---

🌘

Aku terjaga dari tidurku apabila merasakan ada sesuatu menghempap aku.

Aku mencelikkan mataku dan melihat Yeona di sebelah aku memelukku seperti bantal peluk.

Aku mengalihkan tangan dan kakinya dari aku.

Wow. Susah betul nak alihkan.

Aku bangun lalu menyelimutkan Yeona.

Haih...Puteri pulak yang kena jaga pembantunya.😌

Aku keluar dari bilik itu.

Keadaan di luar sangat gelap. Hanya diterangi dengan bulan dan pelita api yang di gantung di setiap tiang.

Uwuu...sejuknya.

Pandangan aku teralih ke arah seseorang yang berdiri di bahagian depan kapal.

Siapa tu?

Senyap-senyap aku berjalan mendekatinya.

Terbutang mataku apabila aku tidak sengaja menendang tong yang berada di tepi kapal.

Bunyi itu telah menarik perhatian lelaki yang berada di depan kapal.

Lelaki itu memandangku.

Yunho?

Kenapa dia tak tidur lagi?

Yunho memandang aku sekilas dan kembali memandang ke arah laut.

Aku berjalan ke arahnya dan berdiri di sebelahnya.

"Kenapa awak tak tidur lagi?" Soalku padanya sambil memandangnya yang tidak pakai topi.

"Giliran saya untuk jaga kapal ni" beritahu Yunho yang memberikan tumpuan pada laut.

Aku hanya menganggukan kepala tanda faham.

"Awak tak nak sambung tidur ke?" Soal Yunho pula.

Kali ni dia memandang aku.

"Emm...tak naklah. Saya nak teman awak" kataku dengan senyuman.

"Tak perlu. Awak tu Puteri. Kena tidur secukupnya" ujarnya.

"Ala...sikit-sikit puteri. Cuba layan saya macam orang biasa je. Apa salahnya saya teman awak" rungutku.

Dia hanya berdiam diri tidak dapat nak berkata-kata.

Aku duduk di tepi kapal lalu memandang wajah Yunho.

Sejak aku mengenali dia, aku obses dengan wajahnya.

Aku ingin menatap wajahnya 24 jam.

Apabila aku memandangnya, hati aku menjadi tenang.

"Kenapa awak asyik pandang saya?" Soal Yunho yang tidak selesa dengan pandangan aku.

"Sebab awak kacak" jawabku jujur.

Matanya membutang luas.

Telinganya kemerahan.

"Yunho, awak nak tahu tak. Semakin lama saya mengenali diri awak, semakin membuatkan saya suka pada awak" luahku.

Yunho mengemamkan mulutnya. Dia pandang aku serba salah.

"Awak tak boleh suka saya"

"Kenapa pulak? Awak dah ada yeochin ke? Atau...awak dah ada isteri?"

"Tak...cuma kedudukan kita tidak sama. Awak puteri dan saya lanun"

"Kenapa awak pandang pada kedudukan. Salah ke kalau seorang puteri bercinta dengan lanun? Kita berdua sama-sama manusia." Bantahku.

Yunho mengeluh berat lalu mengusap rambutnya ke belakang.

Aku masih pandangnya tidak puas hati.

Kenapa ramai orang suka pandang pada kedudukan?😐







TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro