Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×13[LAST]×

Anak mata Jieun bergetar.

Kalau lelaki di depannya bukan Yunho, jadi siapa dia?

Jieun mengalihkan pandangannya ke arah pintu keluar dari bilik itu.

Kakinya dalam keadaan bersedia untuk keluar dari bilik itu.

Jieun menunggu masanya untuk cabut lari dari bilik Itu.

Jieun perlahan-lahan melonggarkan pegangan tangannya dengan tangan Yunho palsu itu.

3

2

1

Jieun mula berlari ke arah pintu keluar.

"Awak nak pergi mana?" Soal Yunho palsu itu sambil mengenggam tangan Jieun.

Jieun tersentak apabila Yunho palsu menghalangnya pergi.

Tanpa berkata apa-apa, Jieun menendang kaki Yunho palsu itu.

Apabila Yunho palsu itu terjatuh, Jieun berlari dengan pantas ke arah pintu keluar.

Jieun cepat-cepat keluar dari bilik itu sebelum Yunho palsu menangkapnya.

Jieun tutup pintu lalu bersandar di pintu itu dengan keadaan tercungap-cungap.

Kini Jieun berada di tempat asal di mana kali pertama dia muncul.

Jieun memandang 7 pintu di depannya.

Dia percaya Yunho berada di dalam salah satu bilik itu.

Tapi...bilik yang mana?

•••

[Yunho Side]

Yunho sedikit terkejut apabila Jieun membawanya ke satu bilik yang mempunyai katil besar di tengah-tengah bilik itu.

"Duduklah.." arah Jieun dengan nada yang lembut.

Yunho yang bingung hanya mengikuti arahan Jieun.

Dia duduk di atas katil itu sambil memerhati Jieun yang sedang berjalan menunju ke arah meja kecil bersebelahan dengan katil.

Jieun membawa semangkuk yang dipenuhi dengan pelbagai buah-buahan.

Jieun duduk di sebelah Yunho.

Jieun mengambil sebiji anggur lalu menyuapkan ke dalam mulut Yunho.

Yunho sempat menolak pelawaan Jieun itu dari terus dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Kenapa kelakuan awak pelik?" Soal Yunho sambil memandang Jieun dengan pandangan pelik.

Jieun hanya melemparkan senyuman.

Dia masih berusaha untuk menyuapkan anggur itu ke dalam mulut Yunho.

Yunho sekali lagi menolak anggur itu.

"Awak tahu kan kita dalam keadaan yang bahaya?" Kata Yunho sambil merenung tajam anak mata Jieun.

Jieun masih tidak berkata apa-apa.

Dia meletakkan mangkuk berisi buah-buahan itu ke tepi.

Jieun merenung Yunho seketika lalu perlahan-lahan memeluk Yunho.

Dahi Yunho berkerut.

Yunho menolak Jieun perlahan.

"Awak tahu kan kita kena keluar dari sini cepat. Kajja" Baru sahaja Yunho ingin bangun, Jieun terlebih dahulu menarik Yunho dan menyebabkan Yunho terbaring di atas katil itu.

Jieun Baring di sebelah Yunho dan memaling wajah ke arah Yunho.

Dia menarik wajah Yunho untuk mendekatkan wajahnya dengan wajah Yunho.

Tubuh Yunho menjadi kaku seperti di pukau.

Dia membiarkan Jieun menarik wajahnyanya dekat dengan wajahnya.

"Yunho!"

Yunho terus berpaling ke arah suara itu.

"Jieun!"

Yup! Itu adalah Jieun SEBENAR.

"Yunho!! Ini saya yang sebenar!"

"Jieun?" Yunho memandang Jieun yang baring di sebelahnya.

Jieun di sebelahnya hanya merenung matanya.

"Yunho!! Ini saya! Mari kita keluar dari sini!" Kata Jieun terdesak.

Yunho merenung Jieun di sebelahnya seketika.

"Kau bukan Jieun sebenar!" Kata Yunho lalu menolak Jieun di sebelahnya itu.

Yunho turun dari katil itu lalu membawa Jieun sebenar ke pintu keluar.

Apabila mereka berdua keluar dari bilik itu, mereka berada di tempat dimana Yunho muncul sebelum ini.

"Awak tahu jalan keluar dari sini?" Soal Yunho pada Jieun.

"Nae. Ikut lorong ni" kata Jieun lalu bawa Yunho masuk ke dalam lorong pertama.

Apabila mereka masuk ke dalam lorong itu, mereka muncul di dalam ruang yang serba putih.

Tidak lama itu, ada cahaya kuning muncul di sekeliling mereka.

Dengan hanya sekelip mata, mereka berdua hilang dari situ.

•••

[The real world]

Perlahan-lahan Yunho membuka matanya.

Lampu disiling menyinari wajahnya.

"Yunho! Kau dah bangun" kata Mingi yang duduk di sebelah katil Yunho.

Semua ahlinya yang berada di luar bilik terus masuk apabila mendengar Yunho sudah bangun dari mimpi ngerinya.

"Yunho kau okey?" Soal Seonghwa risau.

"Nae.." jawab Yunho sambil angkat kepalanya.

Mingi menolong Yunho bangun.

Yunho memandang Jieun yang baring di sebelah katilnya.

Dia sedikit resah apabila Jieun masih tidak bangun.

Dia duduk di sebelah Jieun dan berharap Jieun bangun secepat mungkin.

Tangan Jieun dipegang erat.

"Kenapa Jieun masih tak bangun? Korang keluar dari sana secara berasingan ke?"

"Tak. Kitaorang keluar sama-sama"

"Habis tu, kenapa di-- Jieun dah sedar!"

Jieun membuka matanya perlahan.

Wajah Yunho menjadi tatapan pertamanya.

"Yunho.."

"Awak okey?" Soal Yunho risau.

"Nae." Jawab Jieun lemah.

Yunho bantu Jieun bangun dari baringnya.

"Awak--" tidak sempat Jieun ingin menghabiskan kata-katanya, Yunho terlebih dahulu memeluk Jieun erat.

Jieun membalas pelukan itu.

•••

Mereka semua berjalan keluar dari rumah Elly Moon itu.

Terbeliak mata mereka apabila melihat rumah Elly Moon itu sebenarnya berada di sebuah pulau yang sangat kecil.

Di pulau itu hanya ada sebuah rumah usang milik Elly Moon.

Tiada apa selain rumah usang itu di pulau itu.

"Apa semua ni?" Gumam Jongho yang terkedu melihat situasi itu.

"Kita lupakan je semua ni. Mari kita hantar Jieun pulang" kata Yunho yang tidak mahu memikirkannya lagi.

Dalam fikirannya sekarang ini cuma ingin menghantar Jieun pulang dengan selamat.

"Kajja"

Selepas mereka mula belayar di lautan luas, ada sepasang mata di sebalik tingkap memerhatikan mereka dengan senyuman sinis.

•••

[Jieun Pov]

Selepas 5 jam berlayar di lautan yang luas, akhirnya Jieun berada di dunianya.

"Saya akan rindukan korang semua" kata Jieun sambil memandang ahli ATEEZ satu persatu.

"Kami juga akan rindukan awak, Jieun. Lagi-lagi Yunho" kata Hongjoong sambil memandang Yunho yang berdiri di depan Jieun.

Jieun memandang Yunho yang berada di depannya.

"Awak akan kembali ke sini kan?" Soalku yang mulai rasa sedih.

"Kami akan kembali ke sini untuk jumpa dengan awak. Jangan risaukan kami" ujar Yunho sambil memegang tangan Jieun.

"Saya akan tunggu awak"

Yunho mengeluarkan sesuatu di kocek kot piratenya.

Seutas rantai silver keluar dari koceknya.

Rantai itu disarung di leherku.

Aku memandang loker yang tergantung di rantai itu.

Loker itu berbentuk bulat. Di sekeliling loker itu terdapat 8 permata  kuning dan di tengah loker itu terdapat permata berwarna merah jambu yang lebih besar dari permata kuning itu.

"8 permata kuning tu menunjukkan pada kami berlapan manakala permata merah jambu tu menunjukkan diri awak. Saya harap rantai itu dapat mengubati rindu awak pada kami." Terang Yunho.

"Gomawo" ucapku dengan senyuman.

•••
























[ 1 bulan kemudian]

Jieun terbangun dari tidurnya dengan keadaan yang berpeluh.

Sudah lama dia tidak bermimpi buruk.

Mimpi buruk yang dia alaminya membuatkan dia risau.

Dia risau akan ATEEZ yang merupakan keluarga keduanya.

Dalam mimpinya, Yunho telah meninggalkan kami semua dan ikut seorang perempuan yang dia tidak kenali.

Jieun memandang cermin Meja soleknya yang berada di tepi katilnya.

Dia memandang rantai yang dipakainya melalui pantulan cermin itu.

Salah satu permata kuning bertukar menjadi kelabu.

Jieun mengenggam loker itu.

"Yunho-ah...awak okey kan?"








The end

Season 3?
Ff ni macam tak berapa dapat sambutan. Jadi author ragu2 nak buat.

Buat apa nak buat kalau tak ramai orang nak bacakan.

Author akan buat season 3 kalau VOTE FF PIRATE KING(S1) dengan FF PIRATE KING(S2) Cecah 1ribu.

Btw..
Thanks pada sesiapa yang sudi baca ff mengarut ni. Maklumlah...fantasy nak dikatakan..😅
Dan thanks juga pada yang sentiasa VOTE setiap chap.❤️

IG: hxrxsixm


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro