Bab 8
"Assalamualaikum." Luna menelan air liur yang terasa berpasir. Tak, kali ni aku takkan pengsan. Aku tak akan pengsan!
"Waalaikumussalam," balas Kaz mengangkat muka sekejap, sebelum kembali tunduk.
"Hari ni tak pengsan?"
Luna terkedu. Tangannya masih menggenggam erat meja kaunter. Jantung terasa berdegup kencang tahap macam berlari entah berapa kilometer sejam. Laju yang sangat laju!
"Hehe. Bagi saya tiga set Mini Milo Doughnut, 12 biji tu. Take away." Luna tersengih.
Kaz angkat sebelah kening. Budak ni selalu beli banyak-banyak kalau dia tapau. Dia nak buat apa dengan benda banyak-banyak macam ni? Setahu aku, babah cakap masa balik kenduri akad nikah hari tu, dia saja yang tinggal dengan keluarganya di sini. Kakak dia belajar dan bekerja di luar negara. Takkanlah dia sepelahap tu? Ke saja-saja nak bagi aku keuntungan sebab dia sukakan aku? Perasannya kau, Kaz!
"Anything else?" soal Kaz lagi.
"Tak. Tu aje."
"Okey! Semuanya RM50.10." Pesanan sudahpun dihantar melalui komputer.
"Okey." Not 50 dan syiling sepuluh sen dikeluarkan dari dompet Roxy yang sudah dikeluarkan dari sling bag tadi.
"So, tak ada baki. Ni resitnya."
"Thanks. Errr, I heard about FunDuncan Week."
"Yeap. It's next week."
"Boleh reserve seat tak?"
Berkerut dahi Kaz memandang gadis berbaju T Superman warna biru dan berseluar jean biru pudar itu.
"Kenapa? Nak buat gathering ke?"
"Adalah." Luna hanya mengukir senyuman nipis.
Beg kertas berisi pesanan Luna sudah siap dihantar Jannah sebentar tadi. Beg kertas itu kemudian bertukar tangan.
"Boleh tak?"
"Tengoklah nanti."
Bulat mata Luna memandang wajah pemuda dengan trucker cap itu. Apa maksud dia dengan 'tengok nanti'? Aku tak faham. Seriously!
Kaz menjengah ke pintu. Tiada pelanggan lain selepas Luna. Dengan itu, dia boleh menyambung perbualan dengan Luna. Dia kembali memandang wajah Luna di hadapannya.
"Nak berapa table?" soalnya acuh tak acuh. Gadis itu yang dilihat dari ekor mata sudah tersenyum lagi menampakkan braces merah jambu di giginya. Pink smile, bisik hati kecil Kaz.
"Bagi dua family table."
Kaz menulis dalam buku nota kecil di atas kaunter.
"Nak datang hari apa, pukul berapa?"
"Hari..." Luna menala pandangan ke siling, memikirkan jadual kuliahnya.
"Friday evening, around four." Friday should be okay. Class Madam Fatimah cancel. Alhamdulillah!
"Tapi awak jangan spread news yang kami terima reserve reserve table tau!"
"Tak boleh ke?"
Kaz geleng.
"Saya buat ni pun sebab famili kita kenal."
Luna senyum segaris. Habis, awak tak kenal saya ke, Kaz? Remember the pink kite? Remember? Ingin aje aku tanya dia macam tu. Tapi buat malu aje terhegeh-hegeh nak rapat balik dengan budak yang aku pernah rapat ni. Tak ke kantoi sangat aku ni jatuh suka kat dia?
"So, it's a deal?" Soalan Kaz mengembalikan Luna dari monolog dirinya.
"Yeap! It's a deal. Perlu deposit ke?"
"No. No. I know you will come.Tak rugi apa pun."
Bulat mata Luna memandang wajah Kaz yang tidak memandang ke arahnya. Huh? Cakap apa macam tu? Macam yakin aje aku akan datang. Macam mana boleh sangat yakin macam tu? Luna ingin terus berkata-kata tetapi hajatnya mati apabila sedar ada pelanggan lain masuk dan beratur di belakangnya.
"Hmmm, pergi dulu. Thanks and bye."
Kaz hanya angguk dan tanpa sedar menghantar pemergian Luna sehingga hilang dari pandangan.
Kaz lihat jam Fossil di tangan kiri. Sudah pukul 3.55 petang. Kelibat budak pink braces belum kelihatan. Suasana di Duncan CoffeeHouse cukup meriah. FunDuncan Week ternyata mendapat sambutan yang baik terutamanya daripada ibu bapa yang membawa anak-anak kecil mereka untuk menikmati makanan dan minuman yang sedap dengan rupa dan reka bentuk yang menyeronokkan.
"Tunggu siapa?" Ari menepuk bahu Kaz yang berdiri di hujung kaunter. Rysa sibuk melayan pelanggan yang membuat pesanan di kaunter, menggantikan tempat Kaz. Suasana Duncan CoffeeHouse nyata berubah. Belon warna pelangi di sana sini. Replika muffin besar dengan lukisan senyuman warna merah jambu diletakkan di meja kaunter untuk memperkenalkan menu baru Pink Smile di Duncan CoffeeHouse. Setiap pelanggan yang memesan menu Pink Smile akan mendapat Ice Rainbow secara percuma, donut aiskrim yang Kaz cipta tahun lepas.
"Adalah."
"Dari tadi aku tengok asyik tengok jam aje."
"Salah ke tengok?"
"Ni, family tables kat hujung sana tu siapa reserve?"
"Budak pink smile."
"Ooo... Aku dah tahu dah!" Ari angkat kening double jerk.
"Tahu apanya?" Kaz memandang wajah Ari yang sedang memeluk bahunya.
"Kau tengah tunggu budak pink smile tu la."
"Jadi? Dia pelanggan aku. Dia dah reserve table. Karang kalau dia tak datang, rugilah aku."
"Ya ke? Tapi kau cakap dulu tak boleh reserve table. Kenapa dia boleh pula? Karang pelanggan kau yang lain tak puas hati."
"Aku cakap tu special case."
"Special case for someone special ke?" Meleret-leret nada Ari membuatkan Kaz naik geram.
"Kau pergilah ganti Rysa di kaunter tu. Lama juga dah dia kat situ. Aku nak pergi cek dapur kejap. Nanti Mimi ganti aku depan ni."
"Okey, bos!" Ari buat aksi tabik.
Sepuluh minit kemudian, kelihatan seorang gadis berbaju T biru tua dan berseluar panjang denim warna biru pudar masuk ke dalam Duncan CoffeeHouse. Di luar, berdiri 17 orang kanak-kanak, seorang lelaki tua berbaju T kolar coklat dan berseluar panjang hitam dan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung litup rona ungu sedang menunggu.
"Hai," sapa Luna sebaik mendapati seorang gadis dan seorang pemuda sudah tersenyum menyambut kedatangannya di meja kaunter. Gadis dan pemuda itu adalah orang yang sama semasa dia ke Duncan CoffeeHouse masa Kaz balik kampung lebih sebulan yang lalu.
"Hai. Kejap, ya!" Balas Rysa. Dia kemudian segera ke dapur dan kembali bersama Kaz. Kaz buat muka bersahaja melangkah ke kaunter. Rysa dan Ari berdiri di sisinya sambil tersenyum.
"Reserve dua family table, datang sorang aje ke?"
Luna terkedu sebaik matanya bertembung dengan pandangan tajam Kaz. Control breathing, control. Sampai bila nak kena pengsan tiap kali bertembung mata dengan budak ni? Hebat sangat ke panahan cinta asmara sampai kena jadi macam ni? Kau melalut apa ni, Cik Luna Aisha? Bertahan!
"Mereka tunggu kat luar. Karang masuk sekali sesak pula kat sini." Luna cuba tersenyum tetapi wajah Kaz tidak beriak. Luna mematikan hajat.
"Family table dah direserve. Berapa orang semuanya? Saya rasa dua meja tu ada dua puluh seats aje. Cukup ke?"
Luna mencongak. Budak-budak ada 17 orang, Kak Wana, Pak Cik Kadri, cukuplah tu!
"Cukup." Akhirnya Luna menjawab.
"So, saya panggil mereka masuk dulu. Lepas ni saya oder, okey?"
Kaz menjengah ke muka pintu. Kanak-kanak yang baru masuk bersama Luna itu sempat tersenyum memandangnya. Kaz membalas senyuman mesra itu dengan ikhlas. Dalam hatinya tertanya-tanya, siapa kanak-kanak yang Luna bawa ke Duncan CoffeeHouse ini?
Cepat-cepat Rysa dan Ari membawa belon-belon pelbagai warna dan bentuk ke arah meja yang terletak di hujung coffee house. Belon-belon itu kemudian diagih kepada kanak-kanak tersebut. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap kanak-kanak di situ.
"Kalau dah nak makan, ikat aje tali belon ni kat kerusi, okey?" ujar Rysa ramah sebelum berlalu pergi. Ari mengiringinya kembali ke kaunter. Luna juga sudah kembali ke kaunter.
"Nak makan apa?" soal Kaz sebaik Luna sudah berdiri berhadapannya.
"Bagi menu baru tu."
"Pink Smile?"
Luna angguk.
Kaz menelan air liur. Kalaulah dia tahu menu tu inspirasinya datang dari dia, agak-agak, dia nak komisyen tak dari aku?
"Nak berapa?"
"Bagi 20 set. Air bagi milk shake untuk setiap set. And then bagi juga Snowball set 12 biji, Mini Milo Doughnut pun sama. Then, Frappy Caramel bagi dua, Espreso satu."
Pesanan sudah dihantar. Wang yang dihulurkan Luna sudah selamat dimasukkan ke dalam mesin wang. Baki juga sudah dikembalikan.
"Siapa mereka tu? Anak-anak buah awak ke?" soal Kaz tiba-tiba. Padahal dia tahu, Luna hanya punya seorang kakak dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Dia cuma ingin tahu.
"Eh, tak, tak. Mereka anak-anak yatim dari Rumah Cahaya Qaseh," balas Luna tenang. Rysa dan Ari yang duduk di belakang kaunter berpandangan sesama sendiri sebelum mengukir senyuman.
"Sebab tu ke awak selalu beli banyak-banyak setiap kali ke kedai saya? Untuk mereka?" soal Kaz lagi. Luna angguk. Kaz tersenyum nipis.
Luna yang menyedari reaksi Kaz itu kehairanan. Senyum apa budak ni?
Kaz tunduk memandang kaunter. Generous. Dah kaya, tapi tak lupakan yang tidak berkemampuan. Masih ke orang macam tu wujud kat muka bumi ni? Budak pink smile tu salah seorang dari orang yang hampir pupus tu ke? Unbeliveable!
"Awak duduk dulu. Nanti kita orang hantarkan pesanan di meja."
"Really?"
"Yalah. Larat ke nak bawa sorang? Banyak tu."
"Okey! Thanks!"
Sebaik Luna berlalu pergi, Ari cepat-cepat mendekati Kaz.
"Markah penuh tu!"
"Markah penuh apanya?" Kaz jeling Ari di sisi.
"Cantik. Sweet. Pemurah." Ari memeluk bahu Kaz.
Kaz kemudian menepis.
"Dahlah! Berpenyakit tau budak tu."
"Penyakit apa pula?" Rysa berdiri di sisi Ari.
"Selalu pengsan!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro