Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

"Kau pernah suka kat orang tak, Fazrin?"

Gadis berambut pendek itu angkat muka dari inventori stok.

"Pernah. Apa pasal kau tanya?"

"Susah tak?"

Perhatian dari data inventori beralih kepada Luna yang sedang duduk di atas kotak stok aksesori di sudut kanan stor. Butik LunaMyra tidak beroperasi hari ini memandangkan Luna dan Fazrin ingin mengemas kini inventori.

"Kalau aku suka dia, dia suka aku, senanglah. Tapi kalau aku suka dia, dia tak suka aku, susahlah. Dan kalau aku suka dia, tapi dia tak tahu aku suka kat dia, lebih senang kut."

"Ya ke?"

"Itu pendapat akulah."

"Habis, kalau kau suka dia, dia tak tahu kau suka dia, sebab tu dia suka orang lain tapi kalau dia tahu kau suka dia, dia pun sebenarnya nak sukakan kau juga macam mana?" Gadis berbaju T putih dan berseluar jean biru itu memandang ke siling.

Fazrin menggaru kepala dengan hujung pen di tangan.

"Cuba kau ulang? Aku langsung tak dapat tangkap. Hahahaha." Gadis berbaju kotak-kotak hijau dan berseluar jeans hitam itu tergelak melihat telatah anak majikan, merangkap teman rapatnya itu.

"Haha. Tak apalah."

"Macam ada something happen aje kau ni. Cuba kau cerita. Ni kisah budak coffee house tu lagi ke?"

"Hmmm. Semalam tau, balik dari library terus singgah Duncan. Mula-mula tutup, lepas tu terus aku mintak izin masuk dari owner dia."

"Owner dia tu budak yang kau suka itulah, kan?"

"Haahlah. Yang paling memalukan, aku pengsan."

"Hahaha..." Data inventori di tangan terus diletakkan di atas kotak berdekatan. Dia mendekati Luna yang sedang tersengih.

"Kau ni tahap kronik. Aku tak pernah jumpa orang yang akan pengsan setiap kali jumpa orang yang dia suka."

"Tapi semalam aku happy tau."

"Apa pasal?"

"Dia banyak cakap dengan aku and did something yang pelik tapi tak kesahlah! Janji dia macam dah nak kawan dengan aku. Sebab dia dah ingat our history masa kecik-kecik dulu kut!"

"Ya ke? Angaulah kau ni!"

"Kau kena simpan rahsia tau. Tak ada siapa boleh tahu, terutamanya papa aku. Kalau mama dan Kak Myra, aku tak kesah. Mereka pun tahu tentang budak Kaz tu."

"Baik, bos." Fazrin tunduk dan meletakkan tangan ke dada. Luna hanya tergelak.

"Dahlah. Jom pergi minum petang nak?"

"Kat mana?"

"Duncan?"

"Boleh aje!"

Semasa minum petang di Duncan CoffeeHouse tadi memang langsung tak nampak kelibat Kaz. Dia ke mana? Memanglah ada dalam beberapa hari, Kaz tidak akan kelihatan di Duncan CoffeeHouse, Luna tahu itu, cuma dia hairan. Semasa hendak membuat pesanan tadi, dia tercari-cari muffin sedap yang dirasanya semalam tetapi tiada. Semuanya muffin biasa. Kalau Kaz yang mengambil pesanan, tentu lebih mudah dia menggambarkan muffin apa yang dimaksudkannya.

Layang-layang merah jambu yang terletak elok di atas meja direnung lama. Dia tersenyum puas. Akhirnya, dia jumpa juga layang-layang yang dimaksudkan oleh Puan Amina. Dan bukan senang untuk menyembunyikan misi mencari 'the missing kite' daripada soal siasat Tuan Irshad.

Luna hanya menjalankan pencariannya apabila Tuan Irshad tiada di rumah. Nasib baik masuk hari ketiga, Luna sudah menjumpainya. Walaupun warna merah jambu pada layang-layang sudah sedikit kekuningan, hatinya berbunga juga menyedari layang-layang itu pemberian Kaz.

Layang-layang usang itu kini berada di tangan. Diusap-usap layang-layang itu penuh cermat. Esok dia akan ke kedai cermin untuk membuat bingkai khas untuk layang-layang yang sudah diberinya nama Cik Pinky. Cik Pinky, kau macam padan aje dengan aku. Padan dengan braces aku. Cadar bilik aku, cat bilik aku. Kaz macam tahu-tahu aje pilih warna ni untuk buat kau. Tapi, masih ingat ke Kaz dengan kau ni?

"Luna!" Pintu bilik diketuk.

Cepat-cepat layang-layang itu dimasukkan ke dalam laci meja tepi katil. Gadis berseluar pijama jalur-jalur dan berbaju T muat badan itu terkocoh-kocoh ke muka pintu.

"Ada apa, pa?" soalnya sebaik daun pintu dibuka.

"Kak Myra call. Luna off handphone ke?"

"Handphone Luna tengah cas, pa. Low battery."

"No wonder la. Nah, Kak Myra nak cakap. Papa ke bawah dulu. Lepas ni Luna pun turun bawah okey. Dinner is almost ready."

"Okey, pa." Pintu bilik ditutup. Luna melompat duduk di atas katil.

"Helo, Puan Afrika. Dah tanned yang amat ke sekarang? Haha!"

"Banyak cantik panggil Puan Afrika!"

"Hehehe. How are you? How's Abang Syairy? How's Africa? How's your charity work?"

"We're good. We're fine. Afrika okey. Kerja okey. Abang Shairy pun suka kerja baru dia ni. Walaupun mula-mula, susah nak sesuaikan diri. You know, jadi sukarelawan ni, banyak cabaran. But he begin to like it. You?"

"Doing great."

"Ni, mama dah cerita semua dah. Hahahaha..."

"Dah agak dah. Kalau tak pasal tu, haramlah nak call Luna."

"Bukan tak nak, dik. Busy. So, apa perkembangan terbaru?"

Dan Luna mula bercerita dan segera berhenti apabila namanya dipanggil oleh Tuan Irshad beberapa kali.

"Kejap!" laung Luna sebelum kembali menyambung perbualannya dengan Myra.

"Hahaha... Interesting story! Macam mana boleh pengsan Cik Luna Aisha oi..."

"Wahai, Cik Myra Aisha, benda tu nak jadi, okey."

"Dah tahap kronik! Hahaha."

"Dah. Dah. Papa dah panggil makan tu."

"Ala... Jealousnya. Rindu nak makan sama-sama." Nada Myra berbaur rajuk.

"Tu la. Suruh kerja sini tak nak. Nak juga jauh-jauh dari kita orang semua."

"Tunggulah ya. Dua tiga tahun lagi, kakak dan Abang Shairy baliklah for good."

"Hmmm. Yalah, jangan tak balik terus sudah."

"Mana boleh tak balik. Luna kan nak kahwin lagi. Banyak event penting kakak kena attend ni... Hahaha."

"Banyaklah kakak punya event!"

"Hahaha. Okeylah. Kirim salam dengan papa dan mama, okey?"

"Okey. Kirim salam Abang Shairy."

"Okey. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Gila pink gigi aku!" Ari membelek senyumnya di cermin di dinding. Rysa sudah tergelak di sofa ruang tamu apartmen. Kaz juga begitu.

"Gila. Menu apa ni, Kaz?" Rysa menahan tawa yang masih berbaki. Ari sudahpun berlari ke dapur, hendak berkumur di sink.

"Fun betul menu awak kali ni."

Rysa membelek muffin di tangan. Belum lagi disua ke mulut. Tadi Ari beria-ia benar makan muffin itu dan apabila dia membuka mulut, giginya yang putih bertukar warna membuatkan Rysa tergelak besar.

Kaz angkat kening. Fun? Let's call a week as FunDuncan Week. Aku buat menu fun sepanjang minggu and di samping tu beri pengenalan untuk menu Pink Smile! Oh, great! Genius!

"Betul-betul pink smile aku dapat bila makan Pink Smile kau ni." Ari sudah kembali ke ruang tamu, menjawab pertanyaan Rysa yang dibiarkan Kaz sepi tadi. Muffin itulah Pink Smile yang selama ini Kaz cari idea ke sana ke mari.

"Aku nak buat FunDuncan Week," tukas pemuda berbaju hitam Macbeth dan berseluar jean biru pudar itu.

"Aku rasa awal bulan depan bolehlah aku buat projek ni kut."

"Apa pula ni?" Giliran Ari yang sudah duduk bersebelahan Rysa angkat kening.

"Since aku dah reka menu utama yang fun, seperti Cik Rysa kita ni cakap, alang-alang, aku nak buat FunDuncan Week terus." Kaz angkat kening double jerk.

Gadis bertudung dengan baju kotak-kotak itu tersenyum. Kaz memang tidak pernah berubah. Ada sahaja idea kreatifnya. Kalau di universiti dulu, Kaz memang ala-ala buku rujukan untuk segala aktiviti atau kertas kerja bagi karnival-karnival yang hendak diusulkan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar. Ideanya tidak pernah kering. Kalau dah hilang semua idea, datanglah rujuk Encik Muhammad Kazreeq Haji Mahdi. Sentiasa menarik. Yang peliknya, Kaz tidak mahu terlibat dengan Majlis Perwakilan Pelajar terus. Mangsanya adalah Ari.

"Menu apa lagi kau nak tambah untuk kasi fun impact?" Ari membelek baju T putih dan seluar pendek coklat yang tersarung di badan. Takut kalau ada sisa Pink Smile yang tiba-tiba memancut keluar tadi.

"Hmmm, nak buat donut Smarties. Lepas tu nak buat Polka Ball."

"Yang tu kau dah fikir rupa dia macam mana ke? Pink Smile tu aje bukan main lama kau nak dapat idea rupa dan rasa menu tu."

"Yang tu aku buat ringkas aje. Rasa lebih kurang aje dengan menu biasa. Deco aje aku nak kasi fun impact." Cawan kopi disua ke mulut. Minum petang dengan sahabat-sahabatnya itu memang antara aktiviti kegemaran sekiranya ada kesempatan.

"Menu aje ada fun thing? Interior coffee house biasa aje ke?" celah Rysa.

"Tu la saya nak mintak izin awak. Tolong pinjamkan tunang kesayangan awak ni." Kaz menyusun sepuluh jari seakan-akan merayu. Pandangannya kemudian beralih kepada Ari.

"Tolong design interior deco nanti, okey, bro? Hehehe." Kaz tersengih.

"Aku dah agak dah!" Celah Ari.

"Sekali dengan fliers untuk promosi, okey? Hehe. Nanti aku belanjalah kau makan besar."

"Kat mana?" Ari menunjukkan minat.

"Please tell me makan besar tu kat hotel lima bintang kat pekan. Please!" Ari genggam tangan kiri dengan tangan kanannya, seakan merayu. Macam budak kecil!

"Rumah parents aku!"

Dia pantas mencemik.

"Bajet kecik punya kawan! Kedekut!"

"Bukan kedekut, jimat!"

"Banyak kau punya jimat! Sebab jimat tu la handphone kau tu, boleh masuk kategori barang antik."

"Wah, wah! Start program hina-bina nampak."

"Dahlah kau orang! Bergaduh macam budak kecik."

Dan seperti pada zaman universiti dulu, Rysa jadi pendamai yang setia. Mereka kenal sebab sama-sama orientasi, sama-sama masuk Kelab Ekspedisi sehingga tahun akhir, sama-sama layan genre muzik yang sama, sama-sama pergi tengok gig di PeterVsHook dan banyak lagi 'sama-sama' yang mengukuhkan persahabatan mereka. Sebab itulah walaupun berlainan jurusan, mereka boleh rapat sehingga hari ini.

"Kaz ni."

"Apa pula aku?"

"Kau la."

"Kau la!"

"Lailahaillallah." Rysa mengetap bibir geram.

"Dah. Dah! Saya nak makan muffin ni dengan tenang boleh tak?"

Kaz dan Ari berpandangan sesama sendiri. Rysa sudah pun menyua muffin Pink Smile ke mulut dan segera digigit, lalu...

"Hahahahaha! Gotcha!" Ari sudah gelak habis-habisan. Rysa dah tak mampu nak buka mulut. Cecair pekat terasa kembang di seluruh mulut.

"Cuba senyum, sayang."

Rysa menutup mulut.

"Apa pasal saya punya Pink Smile ni melampau-lampau burst ni?" Melampau burst, macam pecah di mulut tapi rasanya memang lembut. Memang lain daripada yang lain. Kaz memang berbakat!

"Bukan salah saya! Ari yang suruh buat special untuk awak!" Kaz sudah bingkas bangun.

"Kau orang settle la masalah kau orang, okey?" Kaz terus berlalu ke biliknya sambil tergelak.

"Ari Mufazal!"

Ari sudah gelak sampai berair mata melihat Rysa yang tidak berani membuka mulut.

"There you go. Extra Pink Smile! Hahaha."

Sudah beberapa hari dia tidak menghabiskan masa di Duncan CoffeeHouse. Entah mengapa, dia tidak punya ilham di sana. Deadline komik membuatkan masa untuk Duncan CoffeeHouse terhad. Kaz hanya akan menjenguk Duncan CoffeeHouse apabila dia kehabisan makanan dan stok kopi di rumah. Dan selepas meneliti hasil kerjanya yang terakhir untuk episod bulan itu, komik Galaksi Amin dan U-Turn siap untuk dihantar. Kaz meraup wajah.

"Alhamdulillah, siap juga!" jerit Kaz sendirian.

"Jerit apa, bro?" Muncul Ari di muka pintu bilik dengan muk berisi Milo panas. Tangan kanannya sibuk mengacau isi muk itu dengan sudu.

"Komik dah siap!" Kaz tersengih.

"Huh, ingatkan apa..." Ari sudah melabuhkan punggungnya di katil Kaz.

"Aik. Dah tukar seluar? Malam-malam minggu macam ni tak keluar dengan Rysa ke?" Kaz memandang jam Fossil di tangan.

"Baru pukul 8. Awal lagi ni."

"Tadi keluarlah. Malam ni Rysa ada gathering dengan family dia."

"Habis, kau tak ikut?" Bulat mata pemuda yang hanya berseluar pendek kelabu itu memandang wajah Ari.

Ari geleng.

"Malas."

"Boleh ke?"

"Aku penatlah nak berdepan dengan Abang Mie tu."

"Kau cakap macam tu kat Rysa ke?"

"Aku dah terus terang dah."

"Rysa okey?"

"Dia cakap dia faham."

"Untung kau dapat Rysa."

"Rysa yang tak untung dapat aku."

"Apa pasal pula?"

"Sebab Abang Mie kesayangan dia tu tak suka aku."

"Tak payah risaulah. Lama-lama, okeylah tu."

"Hmmm, penat dah nak fikir. Kalau tak kerana parents Rysa tu memang baik dengan aku, Rysa tu pun faham dengan aku, aku rasa tak mampu aku nak bertahan. Abang Mie tu bukan boleh buat main-main. Siap dah buat fitnah tu. Nyaris aje aku hilang Rysa!"

"Kes dia cakap kau ada perempuan lain dengan Rysa tu ke?"

"Haah. Siap edit gambar buat bukti lagi tu. Kalau tak ada Si Ipin yang tolong cek gambar aku yang dah habis edit baik punya tu, dan jelaskan kat Rysa, habislah!"

"Yalah, kan. Ipin tu GD ofis kau, kan?"

"Haah. Sayang dia dah berhenti kerja. Bijak budak tu."

"Dia pergi mana?"

"Sambung belajar art kat Perancis."

"Oh, ha. Sebelum aku terlupa. Flyers untuk FunDuncan Week dah edit ke?"

"Sudah, bos. Design baru ada dalam laptop aku. Nanti kau tengok then kalau kau dah approve, kau nak print berapa copy ni?"

"100 cukuplah, kan?"

"Ikut suka kaulah. Fishtail kat depan Duncan kena ada dua la, kan? Kat sebelah menyebelah pintu masuk."

"Kalau dah ada fishtail, aku rasa banner cancel aje lah, Ri," tegas Kaz.

"Nanti kau bagi resit fishtail dan semua sekali. Aku bayar."

"Okey, noted. Interior karang malam sebelum hari kejadian kita kemas sama-samalah. Aku mintak tolong Rysa sekali. Barang-barang untuk perhiasan, kau jangan risau. Aku memang ada pembekal. Aku bagi resit nantilah, okey."

"Okey. Thanks, Ari! Lepas event ajelah aku belanja kau dengan Rysa sekali pergi makan besar."

"I mark your word, bro!"

Kaz tersengih.

"Ari, lepas ni temankan aku."

"Pergi mana?"

"Makan. Lapar tahap dewa dewi dah ni!"

"Asyik nak mintak teman makan aje! Itulah kau. Kalau kau dah ada girlfriend kan senang, ada juga yang nak temankan kau makan. Ni tak, menghadap benda tu aje dari pagi sampai ke malam."

"Membebel pula kau ni. Aku nak mintak teman makan aje. Bukan nak dengar siaran radio tak berbayar kau tu." Kaz mencebir.

"Actually, aku dah makan tadi kat McD tadi dengan Rysa. Kau nak makan kat mana?"

"Rasa nak makan tomyam."

"Nak ke Goong ke?"

Kaz angkat kening double jerk. Goong merupakan restoran makanan Thailand kegemaran mereka. Bagi Kaz, tomyam yang dimasak di Goong berada di tempat kedua dalam carta tomyam terbaik kegemarannya. Tempat pertama tetap milik Hajah Aini.

"Tapi kau kena belanjalah. Hahahaha."

"Kau yang mintak teman, aku pula yang kena belanja. Banyak cantik muka kau. American Pay! Aku pun nak makan nasi panas dengan green chicken curry! Pergh! Yum! Yum!" Ari telan air liur membayangkan menu kegemarannya itu.

"Aik, kata dah makan McD. Nak makan nasi juga ke? Haha!"

"Tu anggap aje minum petang. Ni baru dinner.Hahaaa." Ari dan Kaz sama-sama tergelak.

"Orait! Habiskan Milo kau tu dulu. Lepas aku mandi dan solat, kita pergi."

"Okay, dude!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: