Bab 6
Muffin yang baru siap itu ditenung lama. Memang nampak biasa. Kaz menopang dagu di kaunter. Malam itu tidak banyak pelanggan yang datang. Mungkin kerana cuaca panas dua tiga hari ini. Walaupun sudah malam, bahang masih terasa.
Siapa yang nak ke coffee house dalam keadaan panas macam ni? Kalau hujan, coffee house jadi tumpuan kerana pada saat itu aroma dan kehangatan akan menjadi idaman. Kaz mengusap dagu. Tapi, banyak apa ice blended sedap-sedap kat coffee house aku ni. Haih. Agaknya, tak ada rezeki sangat malam ni. Tak apalah. Bersyukurlah apa adanya, Kazreeq.
"Bos, malam ni saya nak balik awal sikit, boleh?" Suara Tim menghentikan monolog dalam hati Kaz.
"Hmmm, baliklah, Tim. Bagi tahu yang lain mereka dah boleh siap-siap nak balik. Tolong letak sign close kat pintu tu, okey?"
"Baik, bos!" Terkocoh-kocoh budak lepasan SPM itu berlalu pergi. Selesai menukar sign Open kepada Close, Tim terus ke dapur. Seronok benar memikirkan dia akan balik awal malam ini. Mana tidaknya, jam baru menunjukkan pukul 8 malam. Dapatlah dia melepas gian bermain futsal di Planet Sukan dengan rakan-rakan sekelasnya dahulu.
8.30 malam. Hanya tinggal Kaz yang masih duduk merenung sebiji muffin suam di kaunter. Jannah dan Afzar di dapur. Malam ini, giliran mereka membersih dapur. Siha dan Mimi sudah balik manakala Epol cuti rehat.
Kaz menarik keluar telefon bimbit dari poket seluar jean biru pudarnya. Nombor Ari ditekan, Ari tentu sedang berseronok di Bali sekarang.
"Ari!"
"Assalamualaikum, Encik Muhammad Kazreeq!"
"Eh, waalaikumusssalam, Encik Ari Mufazal!" Pemuda berbaju T hijau tua itu tersengih sendirian, menyedari kesilapan diri.
"Ha, nak apa tiba-tiba call? Kalau nak cakap pasal baju yang kau pesan tu, aku dah beli dah. Jangan risau!"
"Eh, taklah! Aku nak tanya, kau bila nak balik? Dah nak dua minggu kat sana, kata seminggu aje."
"Ha, rindu akulah tu!"
"Perasan! Aku dah tak ada tukang rasa ni ha!"
"Kau ada menu baru ke?"
"Guess what..."
"Pink Smile?"
"Yap!"
"Alahai. Kenapalah kau siapkan masa aku tak ada kat sana? Kata nak aku rasa dulu..." Meleret-leret suara Ari di hujung talian.
Kaz tergelak.
"Dah idea tu datang masa kau tak ada, nak buat macam mana?"
"Simpan dululah. Balik nanti aku rasa. Hujung minggu ni aku baliklah."
"Yalah tu!" Mata Kaz kemudian terhenti pada kelibat yang sedang berdiri di pintu Duncan CoffeeHouse.
"Eh, eh. Got to go! Nanti aku call kau balik okey! Bye!" Talian terus dimatikan. Kaz tahu Ari tentu sudah selamat memakinya di sana apabila talian terus dimatikan tadi.
Kaz merenung gadis berbaju T putih kosong dengan seluar jean kelabu itu. Rambutnya kemas diikat ekor kuda, lagak macam baru balik dari kuliah, dengan sling bag serta beberapa buku dan fail nipis dipekup ke dada. Ada ke kuliah malam-malam? Direct dari somewhere else kut budak ni.
Gadis itu melambai-lambai ke arahnya lalu memberi isyarat boleh-tak-dia-masuk ke Duncan CoffeeHouse. Kaz hanya angguk. Luna kemudian terus menolak daun pintu dan melangkah ke arahnya.
"Sorry. Saya lapar sangat." Luna telan air liur. Heh! Good job, Luna! Nice reason untuk jumpa Kaz walaupun coffee house dah tutup! Tapi nak buat macam mana? Rindu! Masuk ni, dah tiga minggu dia tak jumpa Kaz di Duncan CoffeeHouse. Seminggu semasa persiapan perkahwinan Kak Myra, dan dua minggu adalah tempoh malu yang amat selepas mengetahui cerita sebenar masa stay di rumah Kaz masa kecik dulu. Malu nak berhadapan dengan Kaz. Akibatnya, dia hanya memandang Duncan CoffeeHouse dari jauh.
"Ye ke?" Bulat mata Kaz memandang tepat ke arah Luna. Luna mencengkam kaunter. Mata terasa berpinar-pinar. Rasa sesak nafas. Rasa nak pengsan. Dan akhirnya pandangan kabur dan kemudian terus gelap tiada cahaya.
"Ya Allah! Lapar sangat ke?" Dengus Kaz sambil segera mendukung Luna. Gadis itu kemudian disandarkan ke kerusi di meja berdekatan kaunter. Apa pasal budak ni asyik nak pengsan aje? Kurang gula dalam darah ke? She do needs sugar?
"Jannah! Jannah!" Macam dah nak terkeluar urat leher panggil nama Jannah.
"Ya, bos?" Jannah muncul sambil mengelap-ngelap tangannya ke apron di badan.
"Eh, siapa ni, bos? Kenapa dengan cik ni?" Serta- merta gadis berkulit hitam manis itu panik.
"Forget that. Just tolong buatkan..." Kaz masih berfikir.
"Hmmm, Frappy Chocolate Caramel will do... Maybe this girl needs sugar shot. Sebab selalu sangat nak pengsan. Extra sweet okay?"
"Okey, bos!" Jannah kemudian berlalu pergi dan kemudian datang semula dengan dulang berisi Frappy Chocolate Caramel.
"Thanks, Jannah!"
"Anything else, boss?"
"No, awak boleh sambung kerja."
Sebaik Jannah hilang dari pandangan, Kaz merenung gadis di sebelahnya yang masih memejam mata rapat.
"Minta izin, ya..." Beg milik si gadis diselongkar. Manalah tahu kut-kut ada ubat yang gadis ini perlu makan setiap kali keadaannya jadi sebegini. Notebook, pen, pen, pen. Amboi! Writer ke apa nak kena bawa notebook, pen banyak-banyak ni. Hmmm. Bedak, lipstick ke lipbalm aku tak pasti and wallet, wet tissue, tissue. Banyaknya harta benda! Tapi ubatnya tak ada. Kalau tak sedar juga lepas ni, kena bawa pergi hospital ni! Kaz mengeluh berat.
"Hei!" panggilnya. Pipi itu kemudian ditampar lembut.
"Hei! Bangun!" Masih tiada reaksi. Kaz menutup hujung straw yang sudah dimasukkan ke dalam gelas plastik Frappy Chocolate Caramel. Tekanan dalam straw menjadikan minuman itu tersekat di batang straw. Minuman itu kemudian dititiskan ke dalam mulut Luna. Gadis itu memberi reaksi dan akhirnya membuka mata.
"Apa ni? Manisnya!" Luna mengelap bibir yang sedikit comot.
"Wekkk!"
Kaz ketap bibir. Wekkk dia cakap? Is that bad? Pemuda itu bingkas bangun dari duduk di sisinya.
"Errr, awak pengsan."
"Oh, ya ke? Sorry!" Serta-merta Luna duduk tegak. Okay! Now I get the picture! Control pernafasan, control.Control.
"Awak sakit ke?"
"Ha? Sakit? Tak. Tak." Cepat-cepat Luna menggeleng. Actually, I really don't know, Kaz.
"Awak lapar sangat ke? Sekejap." Luna tidak sempat berkata apa-apa, Kaz sudahpun berlalu ke kaunter dan kembali semula dengan pinggan berisi muffin.
"Makan ni."
"Apa ni?"
"Muffin."
Luna ketap bibir. Taula muffin. Muffin apa? Muffin coklat ke, banana ke. Mahunya peanut muffin, masuk hospital lah aku! Alergi!
Dan macam kena pukau, Luna suakan juga muffin itu ke mulut. Baginya, muffin itu nampak seperti muffin biasa, mungkin dengan inti vanila atau coklat di dalamnya. Sebaik menggigit, terasa seperti ada cecair terpancut ke dalam mulut, cecair pekat yang terasa manis tapi sedap. Ada rasa strawberi dan vanila dan rasa lain yang Luna sendiri tidak tahu apa. Rasa yang cukup lembut pada tunas lidah tapi amat menyenangkan. Luna tersenyum.
Kaz tergamam.
"That's it!" Kaz tiba-tiba memetik jari dan menuding ke arah Luna.
"What? What 'that's it'?" Luna memandang wajah Kaz, kehairanan.
"Pink Smile!"
Dahi Luna semakin berkerut.
"Hahaha... Wohooo!" Kaz masih ketawa. Tawa gembira gaya seorang yang baru capai kejayaan atau mendapat satu jawapan untuk soalan bernilai jutaan ringgit dalam game show televisyen.
Luna semakin hairan. Peliknya budak ni. Tiga minggu tak jumpa, dia dah jadi macam ni ke? Kenapa dengan Kaz?
"Cepat minum. Bukan saja braces awak aje yang colour pink, dengan gigi-gigi awak sekali pun dah colour pink," ujar Kaz selepas kembali tenang dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir.
Luna tutup mulut dengan tangan kanan. Rupanya itu yang Kaz gelakkan. Giginya dah bertukar warna akibat cecair dalam muffin yang dimakannya tadi. Malunya! Frappy Chocolate Caramel di sisi segera dicapai.
"Manisnya!"
"Ah, sorry! Saya ingat awak pengsan sebab awak ada penyakit kurang gula dalam darah and you need something sweet. I'm sorry! I'll get you another one!"
Luna hanya terdiam membisu. Di bawah meja, tangannya segera mencubit paha kirinya. Aku tak bermimpi ke? Tiba-tiba sahaja Kaz jadi banyak cakap dengan aku? Biar betul? Atau sebenarnya, aku masih pengsan dan semua ni hanya mimpi?
"It's okay. Saya balik dulu." Luna bingkas bangun.
"Berapa semua ni tadi?"
"Tak apa. It's free!"
"Sure?"
"Sure."
"Oh, okay, thanks!" Cepat-cepat Luna mengemas buku dan fail yang entah bagaimana dan bila sudah berada di atas meja di hadapannya lalu terkocoh-kocoh pergi meninggalkan Duncan CoffeeHouse.
Kaz menghantar pemergian Luna dengan senyuman yang masih tak lekang di bibir.
"Kata lapar. Tapi makan muffin sikit, seteguk air pun dah kenyang?" Kaz tergelak sendirian. Mungkin betul kata-kata Ari. Budak dengan pink braces itu mungkin menyukainya. Walaupun tiga minggu tidak menjejak kaki ke Duncan CoffeeHouse, Kaz pernah terpandang Luna yang sedang merenung ke arah coffee house itu dari seberang jalan. Memang aneh!
"Bos, bos okey ke?" Afzar muncul di kaunter. Jannah kemudian muncul selang beberapa saat. Apron di badan sudahpun ditanggal. Kini dia dan Azfar hanya berseluar panjang dan berbaju T kolar dengan logo Duncan CoffeeHouse berwarna hitam.
"Macam mana dengan budak tadi, bos?" soal Jannah ingin tahu.
"She's fine." Kaz tersenyum nipis.
"Semua dah settle? Just go back home and have a nice tight sleep!"
Afzar dan Jannah segera pamit dan kemudian terus berlalu pergi. Kaz masih di meja seperti tadi, duduk merenung muffin. Cecair merah jambu sudah meleleh keluar ke pinggan. Perlahan, muffin yang terdapat bekas gigitan Luna itu disua ke mulut. Dia kemudian tersenyum.
"Finally. I've got you, Pink Smile!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro