Bab 4
Pink Smile. Nak buat apa dengan menu Pink Smile? Budak tu ada pink braces, I wish I can create something yang bila orang makan, orang akan senyum. Not ordinary smile, but pink smile. Kaz membuat mind map di atas kertas putih di meja kaunter. Tengah hari itu, keadaan agak lengang di Duncan.
Komik Disappear episod terakhir akan dikeluarkan di majalah Fusion dalam dua minggu lagi. Dua storyline sudah pun menjalani sesi brain storming dengan Mr. Toh, Jessy, Romina dan Megat. Semuanya memang tidak pernah kering dengan idea. Ada sahaja yang diubah, ditambah dan diperbaiki agar Fusion mampu menarik lebih banyak penggemar majalah info hiburan dan komik pelbagai genre itu.
Selepas isu Fusion bulan ini, insya-Allah bulan depan, komik Galaksi Amin dan U-Turn akan keluar, satunya mengenai imaginasi tinggi seorang budak kampung bernama Amin dan satu lagi kisah cinta remaja, genre yang menjadi taruhan Kaz kerana inilah kali pertama dia cuba melukis komik bergenre romantik komedi.
Justeru, menu Pink Smile perlu disiapkan sebelum kesibukan dengan dunia sebagai kartunis Fusion mengambil alih. Tetapi entah mengapa mindanya seakan-akan tersekat di situ. Mental block. Semua daya kreatif sudah habis dicurahkan pada artwork kartun agaknya.
"Fikir apa?"
Kaz mengangkat muka. Gadis berblaus lengan panjang warna hitam dan berskirt labuh warna yang sama itu sudahpun berteleku di meja kaunter, memandangnya.
"Rysa!" Kaz letak pensel di meja sambil mata melilau ke sekeliling Duncan CoffeeHouse.
"Ari tak ikut?"
"Ari ada meeting."
"Oh. Nak oder apa?" Kaz membetulkan letak trucker cap Rebel8 di kepala. Pemilik coffee house itu nampak ringkas dengan baju T hijau dan berseluar denim kelabu. Berbeza dengan pekerjanya yang kemas berpakaian seragam seluar hitam, baju kolar hitam dan berapron hijau tua, dia lebih selesa berpakaian kasual biasa.
"Bagi Mini Milo Doughnut satu set. Snow Ball bagi sedozen. Take away."
"MMD set tu nak Flat White, Cappucino or just Espresso?"
"Hmmm. Flat White. Tambah Mocha satu, okey?"
"Okey, bos! Untuk apa banyak-banyak ni?" Wang yang dihulurkan Rysa segera dimasukkan ke dalam mesin wang. Baki kemudian dikembalikan.
"Set tu untuk saya. Snow Ball tu untuk Ari."
"Ari tu tak bosan asyik makan Snow Ball, kan?" Kaz dan Rysa sama-sama tergelak.
"You should create that Snow Ball sempena nama dia at the first place."
"Never thought dia akan suka benda macam tu." Kaz tergelak lagi.
Snow Ball sudah menjadi kegemaran Ari sejak hari pertama menu itu dicipta. Snow Ball adalah bebola pastri macam donut tapi tidak berlubang, dengan inti krim vanila, disadur dengan coklat putih sebelum disalut dengan serbuk perisa vanila yang juga berwarna putih. Rupanya memang macam bola salji.
"So, awak nak hantar kat dialah lepas ni?" soal Kaz sambil menekan butang menu pilihan pada skrin. Dari skrin yang berlainan di dapur, pekerjanya akan dapat melihat pesanan dari kaunter sebelum dihantar kepada pelanggan.
"Ya!"
"Untungnya Ari ada awak." Kaz senyum segaris.
Rysa turut mengukir senyuman.
"Tu la. Orang suruh cari girlfriend tak nak."
Kata-kata itu dibalas dengan senyuman dan kemudian dibiarkan sepi. Pesanan sudah dimasukkan ke dalam beg kertas Duncan CoffeeHouse sebelum bertukar tangan.
"Okeylah, Kaz. Got to go. Thanks."
"Welcome. Come again!"
"Skema. Haha. Bye, Kaz."
"Haha. Bye, Rysa." Kaz menghantar pemergian Rysa ke luar. Gadis itu kemudian hilang dari pandangan. Muncul pula seorang gadis yang sering menjadi topik perbualan Ari sejak akhir-akhir ini. Masih Kaz ingat semasa di PeterVsHook, Ari ada menyoalnya.
"Kau agak, budak pink braces tu suka kat kau ke?"
"Huish! Kau ni, ikut sedap mulut aje la. Mananya nak suka dengan aku ni. Lainlah kau. Handsome. Macho. Part goatie tu yang paling attractive tu!" Kaz cuba menepis soalan Ari.
"Goatie goatie jangan main, eh." Ari memberi amaran, masih dengan muka serius.
"Kau jangan nak tukar topik. Aku handsome, kau pun handsome, kalau tak, aku takkan jadi kawan kau."
"Banyaklah kau punya handsome," ucap Kaz sinis seraya tergelak.
"Aku rasa dia suka kat kaulah."
"Kalau suka pun kau nak aku buat apa?"
"Suka kat dia balik?"
"Gilalah kau! Tiba-tiba aje aku nak suka, apa ke hal? Sakit jiwa ke apa?"
"Sakit tu tak tapi jiwa kau tu, lonely." Ari mengusap-ngusap goatie, dengan dahi sedikit berkerut. Bersungguh-sungguh gayanya.
"Lonely la sangat, bro!"
Lamunan Kaz terhenti sebaik gadis itu memetik jari betul-betul di hadapan mukanya. Gadis berbaju kolar lengan panjang corak bunga-bunga dan berseluar denim kelabu muda itu melambai-lambaikan tangannya.
"Ingat saya lagi?" Luna tersengih. Nyaris-nyaris dia pengsan semasa Kaz mengangkat muka memandangnya tadi tapi sisi meja kaunter sempat dicengkam kuat. Lama betul tak jumpa. Rindu! Lepas dia balik kampung hari tu, sejak itu la tak nampak dia langsung. Duncan buka, tapi tak nampak batang hidung bos dia ni. Selama ini dia ke mana agaknya? Sambung cuti ke?
"Hmmm. Nak oder apa?" soal Kaz acuh tak acuh.
"Ha! Nak something pink." Luna tersengih.
Bulat mata Kaz memandang ke arahnya.
"Something pink?" Kaz sedikit pelik. Wahai budak pink braces, for your information, something pink is in the making.
"Yap! Kalau something purple I know where to go. You know, kedai kek and gift called Something Purple tu, kan? But something other than purple, I choose Duncan!"
Kedai unik itu bermain di mata Kaz. Kali pertama dia menjejak kaki ke situ adalah semasa dia menemani Ari mencari hadiah dan kek buat Rysa yang gemarkan warna purple. Hari di mana Ari akan meluahkan perasaannya kepada Rysa, hari di mana perasaan Kaz terkubur.
Sebaik mengetahui hasrat hati sahabat baiknya itu, Kaz tanpa berfikir panjang menyembunyikan sahaja perasaannya, malah memberi sokongan buat Ari dan Rysa walaupun sedikit halangan mendatang daripada abang sulung Rysa, Razmie.
"Errr... Any suggestion of something pink?"
Suara Luna mengembalikannya dari masa silam ke realiti.
"Errr... Strawberry pie? Strawberry scoop? Lady doughnut? Strawberry milk shake?" Pai, ais krim, donut dan minuman yang semuanya berwarna merah jambu itu disebut satu-satu.
"Susah betul nak pilih. Nak semua tu la kecuali strawberry scoop. Tak boleh nak oder tu takut cair pula karang. "
"Serius?"
"Ya. Bungkus semuanya. Two set each."
Pesanan dihantar melalui mesin elektronik ke bahagian dapur. Wajah Luna tidak mampu dilihatnya, entah mengapa rasa kurang selesa.
"Makan manis-manis ni tak takut sakit gigi ke?" Sinis Kaz bersuara sambil memandang ke luar melalui dinding cermin DuncanCoffeeHouse.
"Karang hari-hari ke klinik."
Luna telan air liur. Erk. Aku perasan ke kalau aku assume dia tu tengah mulakan perbualan dengan aku?
"Errr... Bukan untuk saya."
"Habis?"
"Adalah." Luna tersengih. Perbualan terhenti di situ. Beg kertas berisi pesanan kini sudah berada di tangan Luna. Wang kertas dan syiling segera diunjuk, jumlah tepat tanpa baki.
"Thanks. Hmmm. See you around." Luna terus berlalu pergi.
"Hmmm." Kaz hanya menghantar pemergiannya dengan pandangan kosong. Nak buat apa dengan menu Pink Smile? Kalau dia tahu aku ilhamkan menu tu sempena dirinya, agaknya apa yang dia akan buat?
"Ah, nyaris lupa lagi!" Mata Kaz kemudian menala ke arah bungkusan yang Haji Mahdi pesan, yang sudah beberapa hari bermalam di dalam laci kaunter Duncan CoffeeHouse, asyik lupa dihantar ke alamat yang diberi. Penyakit pelupa yang entah datang dari mana.
Telefon bimbit segera diambil dari poket sebelah kiri seluar. Nombor Haji Mahdi didail.
"Assalamualaikum, bah. Babah tengah buat apa tu?"
"Waalaikumussalam. Ha, Kaz. Tengah baca buku ni."
"Mak dan Ery mana?"
"Ery kat sekolah lagi."
"Babah tak pergi jemput Ery? Ery kata tayar basikal dia yang pancit tu belum tukar lagi, kan?"
"Dia stay back. Ada kokurikulum. Sebab tu babah tak pergi jemput. Mak kat dapur, masak. Ada apa?"
"Babah cakap kat kawan babah, hari ni, Kaz akan hantar barang tu."
"Dah tak sibuk dah?"
"Sibuk juga tapi kalau tak dihantar hari ni, alamatnya sampai bila pun tak dihantar, bah."
"Eloklah kalau macam tu."
"Kirim salam dengan mak dan Ery, bah. Jaga diri."
"Ha, yalah."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Ada mini Milo donut! Kotak Duncan? Wow, siapa yang pergi Duncan ni?" Luna berlari anak menuju ke pelantar.
"Dah balik pun." Tuan Irshad mengusap lembut rambut anak bongsunya.
"Ni anak kawan papa yang belikan sebagai buah tangan tadi."
"Oh, yang ni apa pula, pa?" Luna membelek bungkusan sederhana besar yang dibalut dengan kertas warna coklat itu. Dia sudah pun duduk bersimpuh di sisi Tuan Irshad yang sedang menikmati minum petang di pelantar berhadapan tasik mini di belakang rumah. Sling bag masih tersangkut di bahu kiri.
"Kawan papa tu la yang kirim."
"Kawan papa? Kawan papa yang mana ni?"
"Kawan lama papa masa sekolah menengah dulu," balas Tuan Irshad. Puan Amina menyorong cawan berisi teh perisa strawberi yang masih panas itu. Pinggan berisi Mini Milo Doughnut turut disorong ke arah Luna yang baru pulang dari kuliah. Myra juga ada di situ.
"Oh, mana kawan papa ni sekarang?" soal Luna ingin tahu. Myra dan Puan Amina berpandangan sesama sendiri sambil mengukir senyuman.
"Ada kat kampung. Kampung Dahlia. Masa Luna masih kecil dulu, kita pernah bermalam di sana. Kak Myra tak adalah masa tu sebab ikut rombongan sekolah ke Perak. Luna tak ingat?"
"Try to. Hmmm, siapa nama dia, pa?"
"Haji Mahdi. Ha, Ingat tak?" Tuan Irshad mengerling ke arah Luna di sisinya. Gadis berbaju T dan berjean biru pudar itu tersengih lantas menggeleng.
"Tu la bakal mentua Luna..." Myra tiba-tiba bersuara, bergurau.
Teh strawberi yang baru hendak masuk kerongkong naik semula ke mulut dan hidung. Luna tersedak sebaik mendengar penyataan berani mati Myra. Kakaknya yang seorang itu memang selalu cakap lepas.
"La, Myra. Tersedak dah Luna ni ha..." Puan Amina beralih tempat dari sisi kiri Tuan Irshad ke Luna di sisi kanan. Belakang Luna diurut-urut. Naik merah muka Luna yang masih terbatuk-batuk.
"Gurau aje la!" Myra tergelak besar.
"Awak tu budak lagi la. Nak kahwin apanya?" Myra menyambung tawa.
"Tahu panik. Usyar anak bujang orang tak tahu pula panik." Gadis dengan jersi bola dan seluar pendek putih itu menyuap donut mini ke mulut.
Luna mengetap bibir.
Siapa cakap aku tak panik? Kak, Luna nyaris pengsan setiap kali tengok mata dia, kak. Mananya tak panik tu?
"Cakap apa ni, Myra?" Bulat mata Tuan Irshad memandang wajah Myra.
Luna menelan air liur.
"Kakak gurau aje tu, pa." Cepat-cepat Luna bersuara walaupun batuknya masih berbaki. Ah, sudah! Kalau papa tahu aku sekarang tengah jadikan aktiviti skodeng budak Duncan tu sebagai rutin harian, matilah aku. Aku masih ingat lagi kata-kata papa masa aku habis sekolah dulu, 'No boys, until you are 25. Unless, you get married.' See? Aku bukan Kak Myra yang selalu buat aksi berani mati, selalu buat ikut cara dia. Aku tak seberani tu! Kalau tak dengan sikap Kak Myra tu, mananya papa boleh biarkan dia dengan Abang Syairy bercinta sampai lima, enam tahun. Dari sekolah menengah pula tu!
"Hehe." Myra tersengih.
"Cakap pasal kahwin ni, pa..." Kata-kata Myra berhenti di situ. Puan Amina, Tuan Irshad dan Luna sudah terdiam, menunggu kata-kata Myra seterusnya. Tuan Irshad lah yang paling bingung memikirkan apa yang akan diperkatakan oleh anaknya yang seorang itu.
"Apa pasal semua diam?" Myra membetulkan sila. Teh dari cawan segera dihirup.
"Papa nak tahu apa yang Myra nak cakapkan tadi," tukas Tuan Irshad dengan dahi yang berkerut.
"Cakaplah..."
"Hehe, Myra nak kahwin next two weeks can or not?"
"Cannot!" Jantung Tuan Irshad macam melompat keluar. Puan Amina sudah menutup mulut yang terlopong.
"Myra ada buat apa-apa benda tak elok ke? Ha?"
"Hish. Papa ni! Myra ni waras lagilah. Boleh fikir baik buruk lagi ni. Nauzubillahiminzalik!" Gadis itu ketuk-ketuk meja.
"Habis tu?"
"Myra nak kahwin sebab Myra nak tapau Syairy balik sana. Teman Myra. Myra dah buat solat istikharah selepas Syairy lamar Myra semalam. Myra rasa, Myra dah bersedialah, pa. Benda elok tak payahlah nak heret lama-lama."
"Myra, Myra. In two weeks. Mana nak buat persiapan semua?"
"Kalau baju, Myra nak pakai baju kahwin mama. Ubah sikit aje. Nanti Myra hantar kat tailor. Catering, nak Uncle Wan punya. Since he cook the best rendang in town. Myra nak rendang dalam menu majlis. Hantaran semua nanti Myra boleh settle in one day pergi beli. Hiasan hantaran, Myra buat sendiri. Kerja papa dan mama urus jemputan. So, akad nikah dulu lepas tu terus bersanding. Sehari aje. Heee... Myra tak nak bersanding pelamin bagai nak rak. Ala kadar aje. Duduk atas kusyen aje pun tak apa. Pelamin tu kerja Luna! So, settle!"
Luna tersenyum pahit tanpa gula. Sepahit espreso di Duncan CoffeeHouse. Begitu juga dengan Tuan Irshad dan Puan Amina. Tuan Irshad menggeleng-gelengkan kepala, seakan-akan tidak percaya. Hanya Myra yang masih mengukir senyuman.
Majlis dilangsungkan serba sederhana seperti yang Myra mahu. Persiapan hanya dilakukan dalam masa dua minggu. Tak menang tangan Puan Amina dibuatnya. Luna turut sibuk membantu. Dan selama tempoh sibuk itulah Luna tidak menjejak kaki ke Duncan CoffeeHouse.
Rindunya dengan Kaz. Luna memintal-mintal hujung rambut sambil duduk berteleku di tangga terakhir berdekatan ruang tamu sambil matanya memerhati Tuan Irshad dan Puan Amina yang sedang sibuk melayan tetamu yang baru tiba di muka pintu. Majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Tok kadi sudah pun duduk bersila di tengah rumah.
Tiba-tiba, matanya terhenti pada kelibat seorang pemuda berbaju Melayu hitam pekat, sama pekat dengan rambut pendek pemuda itu. Lelaki yang lebih berusia yang berdiri di sisinya lantas menghulurkan tangan berjabat dengan Tuan Irshad. Luna sudah berdiri tanpa menyedari kakinya melangkah ke arah Tuan Irshad.
"Hah! Luna. Cepat salam Pak Cik Mahdi," arah Tuan Irshad kepada gadis berkurung moden berwarna krim yang tiba-tiba berdiri di sisinya.
"Apa khabar, pak cik?" soal Luna santun. Pak Cik Mahdi tersenyum.
"Khabar baik. Dah besar betul budak ni. Cepat betul masa berlalu. Luna tak ingat pak cik?"
Luna menggaru kepala yang tak gatal. Wajah pemuda yang nyata terperanjat di sisi lelaki yang dikenalinya sebagai Pak Cik Mahdi itu dipandang sekilas.
"Errr..."
"Mananya nak ingat. Dulu kecil lagi. Ingat tak buaian yang Pak Cik Mahdi buat untuk Luna? Padahal duduk sana seminggu aje." Tuan Irshad bersuara.
Luna cuba menggali memori. Tak ingat langsung! Memori itu macam dah terpadam terus dari kotak ingatan. Mungkin dia terlalu kecil masa itu. Dan kalau dia pernah bermalam di rumah lelaki bergelar Pak Cik Mahdi itu, yang bersama Pak Cik Mahdi ini siapa?
"Ini Kazreeq. Luna masih ingat Kazreeq?" Tuan Irshad tersenyum memandang anaknya yang masih tergamam.
Pantas gadis itu menggeleng. Dia pernah wujud dalam hidup aku ke sebelum ni? Luna mengetap bibir.
Kaz mengalih pandangan ke arah lain. Budak Pink Smile ni siapa? Kenapa aku tak ingat siapa dia? Kalau ini Uncle Irshad yang babah ceritakan tu, yang ni pula? Takkanlah...
"Maaf. Luna tak ingat, pak cik." Luna akhirnya bersuara.
"Tak apa. Masa tu Luna baru tiga tahun." Haji Mahdi tersenyum lagi.
"Masuklah dulu, Mahdi. Nanti kita berbual panjang. Pengantin lelaki pun dah nak sampai."
"Ah, yalah! Masuk, Kaz." Haji Mahdi mengiringi Tuan Irshad masuk ke ruang tamu rumah.
"Masuklah," pelawa Luna. Kaz hanya mengangguk sebelum melangkah mengiringi Haji Mahdi. Luna tersenyum sendirian. Haruman Hugo Boss menyapa. Luna hanya berdiri di situ. Masih tidak percaya dengan apa yang baru didengar dan dilihatnya.
Dia dan Kaz pernah jumpa ke sebelum ini? Kalau dia pernah bermalam di rumah Haji Mahdi, maksudnya dia pernah bermalam di rumah Kaz? Dan kenapa tiada langsung secebis memori tentang itu? Tentang Kaz? Dia cuma terjatuh cinta dengan Kaz masa kali pertama ke Duncan CoffeeHouse. Macam jatuh cinta pandang pertama yang Luna fikir tak pernah wujud sebelum ini.
"Luna, cepat pergi iring Kak Myra. Yang tercegat kat situ buat apa?" Puan Amina tiba-tiba muncul lalu menepuk bahu Luna yang sedang terleka.
"Okey! Okey!" Luna terkocoh-kocoh pergi. Tanpa menyedari ada sepasang mata yang turut mengiringinya pergi menaiki anak tangga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro