Bab 3
"Eh, tutup?"
Luna memintal tali pada hoodie putih Nike yang tersarung di badan. Jam di tangan dipandang sekilas. Selalunya time macam ni dah buka. Hari ni tutup ke? Tapi Jumaat hari ni. Kalau Ahad tu logik la juga.
Luna mengeluh kecil. Dingin makin terasa disebabkan hujan yang turun lebat pagi itu. Bersusah payah Luna keluar dari kereta hanya kerana ingin menjenguk Duncan CoffeeHouse. Pintu Duncan CoffeeHouse terkunci rapat, di luar tiada papan hitam bertulis menu dengan harga istimewa hari ini dan yang paling penting, tiada kelibat pemilik Duncan CoffeeHouse di kaunter.
"Hari ini Duncan tutup."
Luna tersentak.
"Oh... Ya ke? Awak tahu kenapa?"
"Sebab bos dia balik kampung."
"Balik kampung? Kat mana?"
"Should I tell you? Do you deserve to know?" Agak kasar, tapi dia berniat hanya untuk menguji.
Luna menelan air liur. Pemuda berkemeja biru gelap itu memeluk tubuh. Gadis di sisinya tersenyum nipis.
"Kasar la cakap macam tu." Akhirnya gadis berkurung moden itu bersuara.
"Awak cari Kaz, eh?"
Kaz? Nama dia Kaz? Ada hikmah juga datang jenguk sini. Hehehe...
"Tak! Tak!" Cepat-cepat Luna menggeleng.
"Saya... Saya craving for Mini Milo Doughnut. You know la, Duncan aje ada the best Mini Milo Doughnut." Luna segera berdoa dalam hati. Oh, Mini Milo Doughnut! Tolonglah la selamatkan aku dari kantoi!
"Ya ke? La... Hari ni tutup. Cuba datang Isnin nanti, okey? Rasanya, masa tu Duncan dah buka."
"Oh, kalau macam tu, saya minta diri dulu." Luna senyum segaris. Pemuda dan perempuan cantik itu membalas senyumannya.
"Comel, kan?" Rysa menyiku Ari yang masih memandang ke arah Luna yang baru sahaja masuk ke dalam perut keretanya.
"Haah."
"Comel dari Rysa?"
"Rysa comel lagi. Rysa comel, anggun, bergaya. Don't worry, my dear..." Menyedari Rysa yang sedikit cemburu, Ari cepat-cepat menjernihkan air yang mulai keruh. Hujung lengan baju kurung Rysa ditarik, masuk ke dalam kedai cenderamata bersebelahan Duncan CoffeeHouse.
"Yalah tu..."
"Betullah. Budak tu sesuai dengan Kaz."
"Apa pasal cakap macam tu?" Kristal berbentuk hati diletakkan semula ke rak. Rysa memandang tepat ke wajah Ari di sisinya.
"Sebab Kaz belum berpunya. Ari rasa dia sukakan Kaz. Tak salah, kan?"
Rysa mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Tapi, boleh ke Kaz jatuh cinta kat budak macam tu?"
"Who knows?"
"Tapi awak tahulah Kaz tu macam mana, taste dia macam mana."
"Rysa tahu ke taste Kaz tu macam mana?"
Rysa terdiam seketika.
"Kita kawan dari U, Ari. Takkan la Ari tak tahu Kaz tu macam mana? I think Kaz tu choosy. Kalau tak, takkan sampai sekarang masih belum ada steady girlfriend."
"Maybe," jawab Ari ringkas.
"So, Rysa nak cari souvenir macam mana untuk kawan Rysa dari Jepun tu? Tak pasal-pasal Ari kena isi borang kebenaran keluar pagi-pagi macam ni."
"Laaa. Kenapa tak cakap pergi breakfast aje? Tadi masa keluar baru pukul 10, kan?"
"Sebab dah nyata-nyata dok breakfast nasi lemak di pantri dengan bos sekali tadi, nak breakfast apa lagi?" jelas Ari. Bingkai gambar dengan ukiran batik diteliti. Halus ukirannya. Rysa di sisi tersenyum nipis.
"Maaflah sebab terpaksa susahkan Ari."
"Tak apa. Dah, cepatlah pilih. Ari kena sampai ofis sebelum pukul 11."
"Okiedokie!"
"Babah mana, mak?" Kerusi di meja makan ditarik. Sejurus selepas itu, Hajah Aini mencedok nasi goreng kampung ke pinggan di hadapan Kaz. Nasi goreng kampung dengan sambal goreng ikan bilis itu memang kegemaran Kaz sejak kecil lagi. Anaknya itu jarang pulang ke kampung. Biarlah dia memasak segala makanan kegemaran Kaz selagi dia mampu.
"Ke rumah Imam Sharif. Semalam, cucunya Si Ismi tu sakit lepas main kat hutan hujung kampung tu ha."
"Uish..." Kaz memuncungkan bibir. Tok Penghulu ni memang baik hati. Melawat anak orang kampung sakitlah, apalah. Kesihatan sendiri entah terjaga entah tidak? Babah...Babah.
"Sakit? Ada misteri nusantara ke hutan hujung kampung tu, mak?" Kaz menunjukkan minat.
Berkerut dahi wanita bersanggul satu itu sebelum bahu Kaz segera ditampar.
"Ke situ pula!"
"Hehehe." Nasi goreng yang masih panas ditiup-tiup dahulu sebelum disuap ke mulut.
"Habis, apa pasal dia sakit? Ismi tu umur berapa tahun, mak?"
"Tujuh tahun. Doktor cakap dia kena sengat binatang."
"Ooo... Ingatkan kes besar punya." Pemuda berbaju T Macbeth dan berseluar pendek camouflage itu mengangguk-anggukkan kepala.
"Bukannya Kaz tak tahu babah tu macam mana? Memang sentiasa ambil berat," tukas Hajah Aini. Matanya masih tertumpu ke arah Kaz yang sedang makan dengan penuh selera.
"Mak dah sarapan?" Soalan itu diaju sebaik melihat Hajah Aini sibuk memerhatinya menikmati sarapan pagi itu.
"Kalau belum, makanlah sekali, mak. Bosan makan sorang macam ni. Mak asyik perhati aje. Malulah Kaz, Mak!" Kaz tergelak kecil.
"Tu tandanya mak rindukan Kaz." Hajah Aini mengusap kepala Kaz lembut.
"Terima kasih, mak. Hehe... Mak dah sarapan ke belum?" soal Kaz sekali lagi.
Hajah Aini menjuihkan bibir.
"Jangan nak tanya mak dah sarapan ke tak. Mak dah nak makan tengah hari tunggu Kaz bangun!"
"Eleh! Sekarang baru pukul 9, nasi pun masih suam."
Hajah Aini tersengih, menampakkan baris giginya yang masih tersusun rapi.
"Dah. Kaz makan dulu. Mak ada date dengan pokok-pokok bunga mak kat luar tu." Hajah Aini segera bangun dari kerusi bersebelahan Kaz.
"Date?" Kaz tergelak kecil. Sibuk sangat ke babah sampai mak jadi macam ni? Astaghfirullahalazim!
"Orang cakap, kita perlu bercakap dengan bunga-bunga yang kita tanam, barulah dapat tumbuh subur, berbunga, cantik, tak layu. Baja kena bagi, jangan lupa siram. Faham?" jelas Hajah Aini bagai dapat menduga persoalan dalam kepala Kaz.
"Faham, Cikgu Aini!" Kaz tersengih. Hajah Aini hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sebelum melangkah ke luar rumah dari pintu dapur.
"Morning."
"Oh, morning, anak raja..." balas Kaz bersahaja sebaik suara itu menyapanya.
"Apalah abang ni. Asyik panggil orang anak raja, anak raja." Tudung saji dibuka.
"Dah pemalas sangat. Anak rajalah tu." Air teh panas dihirup sedikit-sedikit.
"Apa pasal nak cari gaduh dengan orang awal-awal pagi ni?" Tudung saji ditutup kasar.
"Sebab bosan?" Kaz memandang ke wajah Ery yang sudah merah menahan marah.
"Relaks la... Abang gurau aje. Temankan abang ronda kampung petang nanti?"
"Huh! Malaslah!"
"Alaaa... Janganlah macam ni. Abang kan dah lama tak balik kampung."
"Abang ronda sorang-sorang la. Ery ada date."
"Amboi! Mak ada date, budak umur 15 tahun ni pun ada date ke?
"Cakap, siapa lelaki malang tu?"
Gadis itu mencerun memandang ke arah Kaz yang sudah pun tergelak besar. Adiknya yang seorang itu memang cepat marah dan kerana ini Kaz gemar mengusiknya.
"Orang ada date dengan Sims la. Karang tak pasal-pasal rugi Simoleon!"
Kaz ketap bibir geram. La, Sims rupanya. Tak lain tak bukan, FB la ni! Kalau setakat Simoleon yang tak boleh nak belanja tu, wonder why la people on this earth ketagih nak dapat banyak Simoleon tu?
"Try la tak nak teman abang. Abang potong streamyx," tukas Kaz dengan wajah tak beriak. Ery terdiam.
"Time tu, bye-bye la Sims awak tu.
Ery menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Stress abang aku ni! Ugutan maut! Kalau abang cut, mesti la babah dan mak tak sambung balik. Abang bab IT ni jauh lebih berkuasa. Senang aje mempengaruhi babah. Mak pula ikut aje. Tak boleh biarkan ni, bosan la karang kalau tak ada Internet. Hmmm!
"Yalah! Yalah! Orang temankan!" Baru saja Ery hendak melabuhkan punggung ke kerusi bersebelahannya, Kaz pantas menahan lengan gadis berpijama merah jambu itu.
"Apa lagi ni, Abang Kaz?" Ery mengeluh berat. Kalau abangnya ini pulang ke kampung, memang sengsara dibuatnya.
"Mandi dulu, baru sarapan."
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. I can't stand the smell of budak bangun tidur, dengan bau air liur basinya lagi... Ish! Not when I'm having my breakfast!"
"Urghhh!" Mahu tidak mahu, gadis itu menurut.
Kaz tersenyum puas, menghantar pemergian Ery menaiki anak tangga ke tingkat atas. Semasa di SummerShine, memang dia rindu hendak membuli Ery. Hubungannya dengan Ery agak rapat walaupun umur mereka jauh berbeza. Anak bongsu keluarganya itu memang agak manja.
"Ery, cepat! Kalau tak, abang habiskan nasi ni!"
"Janganlah!" jerit Ery dari biliknya.
Kaz ketawa sendirian.
Tiga hari di Kampung Dahlia sudah cukup mengubat rindu pada keluarga tersayang walaupun hakikatnya berat rasa hati ingin meninggalkan Haji Mahdi, Hajah Aini dan budak panas baran, Ery.
"Assalamualaikum, babah. Kaz dah selamat sampai ni." Kaz bersandar di sofa empuk ruang tamu apartmen tiga bilik itu. Macbeth Manchester-Keep A Breast yang baru lepas di kaki dilempar berdekatan rak kasut di tepi pintu. Kelibat Ari tidak kelihatan sebaik dia sampai tadi.
"Alhamdulillah... Jangan lupa pesan babah."
"Ya, ya."
"Barang yang babah pesan tu?"
"Ada, ada. Babah janganlah risau. Nanti Kaz bagi. Nanti babah SMS kan alamat uncle apa tu..."
"Uncle Irshad."
"Ya, ya. Nanti babah SMS kan la, eh."
"Yalah."
"Okey, bah. Nak rehat ni. Penat drive."
"Tu la... Babah suruh tukar kereta lain tak nak. Nak juga pakai kereta kecik tu. Terkedek-kedek aje jalan," bebel Haji Mahdi, kurang memahami pilihan anaknya. Kaz tergelak.
Terkedek-kedek babah cakap? Kereta idaman tu wooo.
"Nantilah, kalau orang kahwin, orang tukar kereta tu."
"Yalah tu!"
"Okeylah, bah. Kirim salam kat mak dan Ery. Apa-apa, telefon aje."
"Ha, yalah. Jaga diri."
"Tahulah, Kaz. Bah... Babah dan mak tu yang kena jaga kesihatan. Assalamualaikum, bah."
"Waalaikumussalam."
Talian dimatikan. Kaz baring menengadah siling. Jam sudahpun menunjukkan pukul 9 malam. Perjalanan dari Kampung Dahlia ke SummerShine memakan masa 3 jam. Penat memandu memang terasa hingga ke tulang, terasa hendak baring dan tidur saja sampai esok pagi. Tapi, kerja sedang menunggu di bilik.
Semalam Mr. Toh telefon bertanyakan tentang jalan cerita baru selepas komik Dissapear. Fusion perlukan komik ekstra bagi mengisi halaman komik Brutalisme, karya Bento. Budak keturunan Cina itu dapat tawaran bekerja sambil belajar di China. Sebab itulah jalan cerita Brutalisme dicepatkan dan kerana itu jugalah Kaz terpaksa menyediakan dua cerita baru, satu untuk mengganti Dissapear dan satu lagi untuk mengisi ruang karya Bento.
"Haih! Mampu ke aku buat ni? Mananya Fusion, mananya Duncan lagi." Pemuda berbaju T hitam dan berseluar pendek kelabu itu meraup mukanya, lemah.
"Eh, bila sampai?" Ari muncul dengan Maggi cawan di tangan.
"Kau dari mana?" Kaz angkat muka. Ari sudahpun melangkah dan kemudian duduk berhadapannya. Maggi cawan diletakkan di atas meja ruang tamu.
"Aku dari biliklah. Tak dengar pun kau buka pintu."
"Aku baru sampai. Barang pun masih kat situ lagi ha." Mata Kaz menala ke arah backpack dan kotak sederhana besar di tepi sofa.
"Oh, ada ole-ole dari kampung?" Pemuda bersinglet putih dan berseluar pajama itu tersengih.
"Banyak kau punya ole-ole. Ulam adalah. Kau reti makan ke?" Kata-kata Kaz membuatkan Ari sengih meleret-leret. Mananya dia tahu makan ulam-ulam walaupun dia juga berasal dari kampung. Dia sendiri tak tahu kenapa. Walhal, ulam juga menu utama keluarga semasa di kampung dulu.
"Ni, keluarga kau dah balik dah?"
"Dah, pagi tadi. Mak dan ayah aku kirim salam kat kau. Dia cakap terima kasih sebab benarkan mereka bermalam di sini."
"Waalaikumussalam. Apalah cakap macam tu. Tak ada hallah."
"Seronoklah kau, tambah seorang lagi die hard fan," ujar Ari tiba-tiba.
"Die hard fan?"
"Adik aku, Asif. Baru tahu kau tu kartunis majalah Fusion."
Kaz tersenyum.
"Lepas tu?"
"Habis koleksi Fusion dalam bilik kau tu dia baca dalam dua hari, siang malam. Sampai sanggup tinggal event dengan famili Rysa. Berlakon sakit perut semalam semata-mata nak habis baca komik kau. Dia ingat aku tak tahu." Ari tergelak sendirian, mengenang telatah adik bongsunya itu. Masih terbayang di wajahnya lakonan mantap Asif semalam. Siap mengalirkan air mata lagi. Kerana lakonan mantap itu dia berjaya meyakinkan ayahnya untuk tidak menyertai keramaian di rumah Rysa petang itu.
"Kau tak cakap kat dia ke Disappear last episode next month?"
"Ada. Dia cakap kat Kampung Arum tak ada jual majalah ni. Kesian juga aku tengok. Kalau aku tahu, dari dulu aku akan poskan setiap keluaran Fusion."
"Tak apa. Kau cakap kat dia, nanti novel grafik Disappear akan keluar. Masa tu, dia dapat collect whole story."
"Ya ke? Baguslah kalau macam tu!"
"Tapi kalau majalah Fusion last episode Disappear nanti, bolehlah aku bagi free. Kau poslah kat dia."
"Serius? Wah, bertuah adik aku. Nanti kau tolonglah tandatangan sekali, okey?" Bulat mata Kaz memandang wajah Ari yang bersungguh-sungguh.
"Itu adik aku punya request la. Bolehlah, okey?"
"Yalah, yalah. Nanti aku tandatangan."
"Kau memang sahabat sejati, bro!" Ari bangun, menepuk-nepuk bahu Kaz.
"Aku buat untuk peminat aku, bukan untuk kau."
"Samalah tu. By the way, hari kau balik kampung tu, budak pink braces tu ada datang Duncan tau."
"Ya ke?" Kaz terdiam sejenak. Aku tutup kedai baru sibuk nak datang. Eh, none of my business!
"Siap tanya kampung kau kat mana lagi."
"Ya ke?"
"Ya ke, ya ke? Yalah! Takkan aku suka-suka nak reka cerita?"
"Manalah tahu..."
"Kau dah makan? Kalau belum, aku boleh buatkan Maggi? Aku pun nak jadi sahabat sejati juga." Ari mengangkat kening double jerk.
"Banyak kau punya sahabat sejati. Apa kes makan Maggi? Aku nak pergi mandi. Lepas ni, kau temankan aku pergi PeterVsHook."
"Kau belanja?"
"Kaulah belanja. Kata nak jadi sahabat sejati." Kaz menekan-nekankan suara seraya tersenyum lalu bingkas bangun, meninggalkan Ari terpinga-pinga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro