Bab 2
Hiruk-pikuk pagi di pekan kecil SummerShine mencetus idea Kaz untuk berkarya. Sehelai demi sehelai kertas dilakar dengan ilustrasi-ilustrasi untuk episod Disappear seterusnya. Sengaja dia ingin menyiapkannya awal walaupun deadline masih lama lagi. Idea yang tiba-tiba datang tidak boleh dibiarkan pergi sebelum sempat dia menzahirkannya di atas kertas putih dengan sebatang pensel.
"Hello, bro!" Muncul Ari dan Rysa di hadapan mejanya membuatkan pemuda itu tersentak.
"Eh, Kak Rysa dan Abang Ari!" Kaz sengih sambil kembali tunduk melakar di atas kertas.
"Sejak bila mak aku lahirkan kau?" Ari melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Kaz. Rysa duduk di sisinya. Gadis itu tersenyum dengan gurauan tunangannya dengan sahabat baiknya itu.
"Kau buat kerja kat sini, kaunter siapa jaga?" Ari menjengah ke kaunter Duncan CoffeeHouse. Seorang pemuda berkaca mata sedang sibuk melayan pelanggan yang membuat pesanan.
"Tu siapa?" Ari menjuihkan bibir.
"Aku ada upah budak baru, Tim. Budak lepas SPM. Bekas bendahari Persatuan Usahawan Muda, P.U.M," balas Kaz tanpa mengangkat muka.
"Habis Disappear ni, aku rasa, aku nak tambah lagi kaunterlah. Senang nak oder."
"Bagus idea tu, Kaz. Servis okey, makin ramailah orang akan datang sini," celah Rysa. Kaz mengangkat muka dan tersenyum.
"Kau orang berdua ni dari mana?" Kaz tidak lagi dapat menumpukan perhatian lantas dia berhenti membuat lakaran. Tumpuannya kini hanya untuk dua sahabatnya itu.
"Aku dari ofis. Rysa dari butik. Tiba-tiba rasa nak makan donut!"
Kaz mengerling jam di dinding.
"Dah pukul 11 pagi. Selalu kalau keluar ofis pukul 10, kan?"
Ari tersengih.
"Sengaja aku keluar lewat sikit pagi ni. Lepas ni terus tak balik ofis. Aku nak temankan Rysa bayar bil."
"Oh... Ni dah oder ke belum ni?"
"Belum lagi."
"Nak apa? Aku oderkan."
"Bagi aku blackcoff and Snow ball. Rysa nak latte and Oreo doughnut, Oreo doughnut dengan extra choc." Ari mengusap lembut kepala Rysa. Rysa angguk kepala, tak sabar untuk menikmati donut kegemarannya.
"Okey! Kau orang pergilah duduk meja lain. Meja aku ni berselerak dengan kerja. Macam mana nak makan kat sini? Aku pun belum menjamah lagi ni. Aku oder jap!" Kaz bingkas bangun menuju ke kaunter. Ari dan Rysa segera berpindah ke meja di tepi tingkap.
Dari jauh, Kaz memerhati Ari dan Rysa yang sedang asyik berbual. Sesekali, Rysa tergelak. Jauh di sudut hati Kaz ingin mengulang waktu, pada masa Rysa masih belum ada yang punya. Namun, jodoh menentukan Rysa kini milik Ari. Dan sehingga hari ini, rasa yang pernah ada untuk Rysa dari Kaz masih menjadi satu rahsia, tiada siapa yang tahu. Rasa yang telah lama dipadam oleh persahabatannya dengan Ari. Hampa yang membuatkannya melupakan cinta.
"Here's your meal..." Kaz menghidang makanan di meja.
"Wah... Bos Duncan sendiri hidangkan untuk kita. Spesialnya kita, kan?" Rysa menyiku Ari di sebelahnya. Pemuda berkemeja biru itu tersengih. Kaz sudahpun melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan mereka.
"Apa cerita hari tu?"
"Apa?" Bulat mata Kaz memandang ke arah Ari.
"Perempuan yang datang masa kau stay up kat Duncan hari tu la."
"Oh! Budak pelik tu?" Mini Milo donut selamat ke perut.
"Budak pelik?" Giliran Rysa berkerut dahi. Wajah Ari dan Kaz dipandang satu per satu.
"Siapa?"
"Entah apa nama entah, dah tak ingat dah. Bila tengok muka aku aje, pengsan. Hari tu jumpa kat klinik gigi, nak pengsan juga. Entah apa sakit dia aku pun tak tahu."
"Ada ke macam tu? Hahaha..." Ari tergelak. Rysa juga begitu.
"Cantik ke?" soal Rysa yang cukup anggun berkebaya ungu.
"Hah? Hmmm... Entah!" Kaz menjongket bahu.
"Dah tak ingat muka dah," tipu Kaz. Padahal, dia masih ingat wajah gadis itu. Entah bagaimana, mindanya seperti kamera yang dah rakam wajah Luna. Wajah itu statik tidak bergerak di dalam kepalanya, tidak mahu berganjak. Tidak mahu lari.
"Satu aje aku ingat," sambungnya lagi.
"Apa?" Ari menunjukkan minat.
"Dia pakai braces colour pink!"
"Really?" Rysa tergelak lagi.
"She must be cute to wear such thing, especially on her teeth! My instinct saying that she's cute!"
"Entahlah, Rysa! Tak penting pun," balas Kaz acuh tak acuh.
"Ah, tiba-tiba aku ada idea untuk menu baru Duncan!" Kaz petik jari.
"Apa?" soal Ari selepas menghirup beberapa kali Black Coffee iaitu espreso kegemarannya. Pahit tapi Ari gemarkannya.
"Pink Smile!"
"And Pink Smile tu apa?"
"Hmmm... Maybe ice cream or doughnut or cup cake or hmmm... Yang tu nanti aku figure!"
"Kadang-kadang aku hairanlah dengan kau ni. Study kulinari, kerja kartunis, lepas tu ada kedai kopi lagi, esok kau ada apa pula?"
"Kulinari dan komik dua benda yang berbeza. Aku suka culinary art sebab aku suka makan dan aku nak benda yang aku makan tu sedap dan cantik. Aku suka melukis komik sebab aku suka dunia yang aku cipta di dalam kepala aku, yang orang lain tak dapat nak figure what will happen next. Kejayaan aku adalah apabila watak yang aku reka dalam komik tu hidup bagi peminat komik aku. Yang apabila mereka see something or do something, mereka akan cakap, 'oh, yang ini macam yang Si Izzy dalam Disappear selalu buat tu, masa dia sedih.' Aku suka dengar orang lain cakap macam tu. Orang yang ikut aku dalam dunia komik aku."
"Hmmm... Tapi keputusan kau untuk beli Duncan ni dari Iqbal memang berbaloi. Duncan ni memang ada pelanggan dia sendiri. Walaupun dulu Duncan CoffeeHouse ni is a diner, sekarang pelanggan lama dia memang dah dapat terima menu yang dah berubah tu. Kau patut berterima kasih dengan Iqbal. Kalau tak kerana dia berpindah ke Dubai dan jual Duncan ni, Duncan ni takkan jadi milik kau hari ini."
"Dan nasib baik juga kau dan Rysa tolong aku cari modal."
"Tu tak jadi masalah, bro! Yang penting Oreo doughnut ni dedicate khas untuk aku, kan?" Rysa tersenyum lebar.
"And so called blackcoff a.k.a. blackcoffee dedicated to me!" Ari menjuihkan bibir.
"Nantilah aku create something untuk kau, Ari! Jangan merajuk!"
"Aku nak yang stylo!"
"Yalah, yalah! Nanti aku fikirkan. Buat masa ni, tolong aku habiskan mini Milo donut ni. Menyesal pula oder sedozen."
"No problem! Aku dan Rysa boleh tolong habiskan. Heheee..."
Kaz menghirup mocha dari cawan sambil matanya melilau, melihat keadaan sekeliling Duncan CoffeeHouse. Sesungguhnya dia amat bersyukur dengan pulangan yang dia dapat sejak dia mengambil alih kedai itu. Langsung tiada sekelumit rasa kesal kerana mengambil alih perniagaan milik rakan sekelasnya semasa di universiti dulu, Iqbal.
Kaz mengeluh kecil seraya mengusap dagu. Pink Smile. Apa yang perlu ada untuk menu Pink Smile? Tiba-tiba rasa excited pula nak tambah menu baru. Tapi, apa yang aku tahu tentang Pink Smile? Habis aje Disappear, aku akan proceed cari karakter Pink Smile. Hari ni tak ada pula budak perempuan dengan braces pink tu muncul. Bukannya aku tak perasan dia selalu ke Duncan. Cuma hari tu aku berdiri betul-betul di hadapannya dan kerana tu ke dia hampir pengsan? Ada ke orang macam tu? Pelik!
"Dari mana, Luna?" Puan Amina menjengah dari dapur. Luna yang baru hendak menaiki anak tangga pantas bertukar arah menuju ke arah ibunya.
"Dari kuliah, ma."
"Ada jenguk butik?"
Luna menggeleng sambil tangannya sempat mencuit adunan tepung berwarna merah jambu lalu disua ke mulut.
"Uuu... Strawberi, nak buat apa?"
"Cup cake. Kak Myra kan suka cup cake ni."
"Ah, ya! Kak Myra balik terus ke, ma? Pukul berapa flight?"
"Malam nanti. Balik cuti. Apa pasal Luna tak ke butik? Stok kan sampai hari ni?"
"Fazrin kan ada kat butik tu, ma. Luna dah pesan kat dia dah."
"Luna percaya sangat dengan budak tu."
"Mama, dia kawan sekolah Luna, ma. Luna kenal dia. Dia orang susah. Sebab tu Luna tolong dia. Luna tahu, dia takkan sia-siakan peluang yang Luna bagi untuk dia."
"Luar baik, Luna. Dalam, Luna tak tahu. Jangan cepat percayakan orang." Puan Amina cuba mengingatkan anaknya. Luna memang lurus orangnya, ceria dan tak banyak hal cuma agak manja. Lebih-lebih lagi dengan papanya, Tuan Irshad.
"Ada ke Duncan hari ni?" Puan Amina sempat mengerling ke arah anaknya yang sudahpun melompat duduk di atas meja kabinet. Mangkuk adunan diletakkan di atas meja lain di situ.
"Nope!"
"Aik? Hari-hari ke sana, hari ni tak pula? Kenapa?" Puan Amina bernada sinis, sengaja menekan-nekankan suaranya mengusik anak bongsunya itu.
"Mama nak ke sana tengok pemuda idaman Luna tu boleh?"
"Eh, janganlah, ma! Mama kan dah janji! Hmmm... Kalau ikutkan hati, memang nak ke sana. Hari ni Luna sibuk sangat, ma. Banyak assignment nak kena settle cepat. Sebab tu Luna duduk dalam library aje sampai petang."
"Rindulah lelaki idaman Luna tu kat Luna." Luna mencebir.
"Mananya nak rindu. Luna ada ke, tak ada ke, bukannya dia perasan pun. Luna tak wujud." Nada Luna bertukar perlahan. Puan Amina yang sedar dengan perubahan Luna itu segera meletakkan tangannya ke atas bahu Luna. Rambut anaknya yang panjang dan hitam itu kemudian diusap lembut.
"Tak apa, Luna. Luna muda lagi. Banyak lagi masa nak kejar apa yang Luna nak. Relaks. Kalau dah tu jodoh Luna, tak ke mana. Tengok macam Kak Myra dan Abang Shairy, lima tahun bercinta, tiga tahun berpisah, tup-tup jumpa balik dan bertunang. Tahun depan dah nak kahwin. You see how time plays it's role?"
Luna mendongak ke wajah mamanya yang bersungguh-sungguh cuba meyakinkannya. Bercakap soal jodoh membuatkan Luna rasa dewasa, dan kenyataan itu membuatkannya ketawa.
"Apa pasal Luna gelak?"
"Jodoh? Luculah, ma."
"Apa pula yang lucu?"
"Luna muda lagi. Baru 22 tahun, nak cakap soal jodoh? Hahaha!" Luna geli hati.
"Gelak pula dia." Puan Amina geram. Pipi Luna dicubit hingga kemerahan.
"Adui! Mama!" Luna bingkas bangun. Giliran Puan Amina tergelak melihat kedua-dua belah pipi Luna yang putih gebu kini bertukar kemerah-merahan.
"Sakit!"
"Dah. Pergi naik atas, solat asar. Karang terlepas pula waktu."
"Baik, puan!" Luna tabik hormat.
Puan Amina menghantar pemergian gadis berbaju T turquoise kosong dan seluar panjang denim berwarna hitam itu sehingga dia hilang dari pandangan. Wanita 40-an itu kemudian mengukir senyuman. Betapa cepat masa berlalu. Kedua-dua anak gadisnya sudah menjangkau usia remaja. Suatu hari nanti, kedua-duanya akan meninggalkannya sebaik berumah tangga. Myra insya-Allah akan bersama Shairy. Luna? Puan Amina mengeluh kecil. Siapa agaknya dapat menjaga Luna? Menerima dia seadanya?
"Ari. Aku rasa aku nak balik kampung jumpa mak dan babah akulah."
"Bila?"
"Maybe this weekend. Hmmm... Aku rasa aku nak bertolak petang Jumaat. Jadi, Jumaat ni aku tak buka Duncanlah. Cuti. Kau nak ikut aku tak?"
Pemuda dengan jersi Barcalona itu menggeleng.
"Hujung minggu ni aku ada event dengan keluarga Rysa."
"Event?" Kaz yang tadinya bersandar di kabinet dapur segera melabuhkan punggung ke atas kerusi berhadapan Ari di meja makan.
"Event apa?" Kaz menghirup 100Plus. Penat lepas bermain futsal bersama Ari tadi masih terasa.
"Ada makan-makan. Keluarga aku pun ada nanti. Terlanjur cakap ni, hari Jumaat ni mereka sampai. Aku nak minta izin kau bagi parents dan adik aku stay kat sini."
"Oh, itu no hal. Nanti kita kemas bilik Dean tu. Adik kau yang lelaki ke perempuan?"
"Dua-dua, bro. Asif dengan Aina."
"Kalau macam tu, kau suruh aje adik perempuan kau tidur kat bilik kau. Kau dengan adik lelaki kau tidur kat bilik aku. Parents kau boleh tidur kat bilik Dean tu." Cadang Kaz yang hanya berseluar pendek paras lutut.
"Boleh ke? Bukan bilik kau tu ala-ala bilik kebal ke? Hahaha!" Ari tertawa sebelum mengelap muka dengan tuala kecil di bahu. Kaz tersenyum.
"Boleh aje. Asal tak usik meja kerja aku, dah la."
"Okey, bos!" Ari menepuk-nepuk dada.
"You can count on me."
"Yalah tu."
"Amacam Pink Smile?"
"Entah. Dah masuk tiga hari tak tengok kat Duncan," balas Kaz bersahaja. Berkerut dahi Ari memandang wajah Kaz di hadapannya.
"Apa pasal?"
"Aku cakap pasal menu Pink Smile kau! Bukan pasal perempuan tu. Heheee..." Ari angkat kening double jerk.
"Apa cerita ni?" Ari tersengih.
Kaz telan air liur. Ah, sudah. Alamat kena makan Ari la malam ni!
"Kau jangan nak fikir bukan-bukan, okey!" Kaz meraup muka. Apa pasal boleh sesat cakap pasal budak tu pula? Ni mesti gara-gara obses nak tambah menu baru Pink Smile tu la ni! Adoi!
"Relaks la, Kaz. Yang kau gelabah apa pasal? Hahaha!" Ari ketawa. Lucu. Inilah kali pertama dia melihat Kaz dengan reaksi sebegitu.
"Mana ada aku gelabah. Dahlah, aku nak pergi mandi. Nak tidur, nak revenge tidur yang tak cukup lately..."
"Nak larilah tu." Ari senyum sinis.
"Nak lari apanya? Dahlah, Ari. Malas nak layan kau. Esok nak kena bangun awal lagi." Kaz bingkas bangun. Tin 100Plus yang sudah kosong sempat dilempar ke dalam tong sampah di tepi singki. Dalam hati, dia menyalahkan diri sendiri. Macam mana boleh cakap pasal budak pink braces tu depan Ari? Hari ni Ari. Kalau tak esok, lusa mesti Rysa pula tolong Ari ulam aku. Tak ada satu benda pun yang Ari rahsiakan dari Rysa. Apa pula yang Rysa akan fikir tentang aku nanti? But does it matter?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro