Bab 15
Luna menyeka air mata yang berlinangan. Hujan rintik petang itu seakan-akan memahami rasa hati yang bercampur-baur dan fikiran yang berkecamuk. Langkah yang sedari tadi perlahan kini berhenti tepat di muka pintu Duncan CoffeeHouse. Luna mengangkat muka dan memandang ke papan tanda custom made bertulis Duncan CoffeeHouse di atas pintu. Dia mengeluh berat. This should be the last.
Daun pintu kedai ditolak. Langkah diatur menuju ke kaunter. Di sana, gadis berwajah beku sedang menunggu. Senyuman mahu tak mahu diukir kepada Luna.
"Ya, cik. Makan sini or take away?"
Luna diam sejenak. Dia tahu Kaz tidak ada di coffee house petang ini. Mungkin dia boleh menghabiskan waktu di situ sebelum balik ke rumah. Dia tidak mahu Tuan Irshad dan Puan Amina sedar yang dia baru sahaja lepas berendam air mata.
"Helo?" Gadis itu memanggil lagi sambil petik jari.
"Makan sini or take away?" Gadis itu bertanya dengan muka tidak beriak.
"Awak ni tak boleh cakap slow ke? Nak kena dengan irritating voice juga ke? Awak ni siapa? Mana Mimi?" Luna hilang sabar. Dia tidak tahu mengapa kata-kata itu lancar tersembur dari mulutnya tetapi dia sudah tidak kesah. Kepalanya yang berserabut dan rasa hati yang pedih membuatkannya tidak mampu bertahan dengan situasi begini.
Dengan muka marah, gadis bernama Melati yang pernah diperkenalkan oleh Mimi dulu itu berlalu meninggalkan kaunter. Sebentar kemudian, muncul gadis berikat rambut ekor kuda menggantikan tempat Melati.
"Luna."
"Mimi." Luna tersenyum. Senyum yang dipaksa.
"Mel cakap awak cari saya?"
"Saya just... Hmmm... Saya nak set Pink Smile tapi air tukar ke Frappy caramel extra sweet." Luna cuba tersenyum lagi. Menu itu mengingatkannya pada memori bersama Kaz satu ketika dahulu, semasa dia jatuh pengsan dan Kaz telah menyediakan menu itu untuknya. Biarlah hari ini dia menikmati menu itu buat kali terakhir. Selepas ini, dia nekad, dia tidak akan menjejakkan kaki ke Duncan CoffeeHouse lagi, malah tidak akan menyentuh apa-apa makanan daripada Duncan CoffeeHouse yang nyata mengingatkannya kepada Kaz.
"Awak okey ke?" Not ringgit dan baki sudah pun bertukar tangan. Tak sampai lima minit selepas itu, dulang siap dengan menu pilihan Luna kini diunjuk di atas meja kaunter. Wajah Luna yang sembap ditenung lama.
"Okey aje. By the way, cakap sorry kat Melati tu tadi. Saya rasa, saya dah sakitkan hati dia."
"Awak buat apa kat dia tu?" soal Mimi separuh berbisik.
"Hmmm... Saya, saya cuma tengah stress dengan assignment and final exam tak lama lagi. Saya terlepas kemarahan saya. Please tell her that I'm really sorry."
"Okey."
"But please tell her that she needs to be like you untuk jaga kaunter layan pelanggan."
"Ha?" Mimi semakin pening. Luna bukan macam Luna yang dikenalinya. Luna hari ini amat berbeza.
"Kidding!" Luna tidak mahu mengusutkan lagi fikiran Mimi yang kehairanan.
"Thanks, Mimi!"
"Welcome!" Mimi menggaru kepala yang tak gatal, melihat saja Luna berlalu bersama dulang makanan dan minumannya.
Meja kegemaran di tepi dinding kaca Duncan CoffeeHouse menjadi pilihan. Kelihatan cecair merah jambu dari muffin yang baru separuh digigit itu meleleh keluar ke piring comel berbentuk segi tiga berwarna putih itu. Frappy Caramel baru suku diminum. Hujan semakin lebat di luar.
Di kaki lima kelihatan sepasang kekasih sedang berteduh. Luna tersenyum sendirian, memikirkan betapa beruntungnya mereka kerana merasa cinta yang sama. Tidak seperti dirinya yang hanya bertepuk sebelah tangan. Senyuman yang tadinya terukir hilang serta-merta.
IPhone dicapai dari sling bag Roxy di sisi. Lima missed calls daripada Puan Amina. Luna mengeluh berat. Mahu tidak mahu, dia terus mendail nombor telefon Puan Amina.
"Helo, Luna. Luna kat mana ni? Kenapa tak jawab call mama? Risau mama dibuatnya!" Belum sempat Luna berkata apa-apa, Puan Amina terlebih dahulu bersuara.
"Ma, relaks. Luna kat Duncan ni. Minum petang."
"Minum petang apanya Cik Luna sayang, it's almost 8. Tak nak balik rumah lagi? Fazrin cakap Luna awal tinggalkan butik petang tadi."
Luna memandang jam Roxy di tangan kanan. Almost eight? Macam mana aku boleh tak perasan? Patutlah mama risau.
"Sorry, ma. Luna tak perasan."
"Tak perasan? Luna kenapa ni, sayang? Are you okay?"
"I'm okay. Luna akan sampai rumah in 15 to 20 minutes okey?"
"Okey, then. Someone waiting for you here."
"Someone? Siapa, ma?"
"Adalah. Kalau nak tahu, kena balik. Tapi, bawa kereta tak boleh laju-laju."
Luna menepuk dahi seolah-olah baru tersedar dari mimpi.
"Okey, ma! Jumpa nanti. Bye!"
"Bye!"
Talian dimatikan. Luna terkocoh-kocoh membawa gelas plastik Duncan yang masih berisi suku Frappy Caramel keluar meninggalkan Duncan CoffeeHouse. Dia perlu segera ke TheSummer. Keretanya masih ada di sana. Tadi, dia hanya berjalan kaki ke sini membawa hatinya yang luka. Hujan masih lebat. Bagaimana dia harus segera ke TheSummer sedangkan perjalanan ke TheSummer mengambil masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki?
"Nak ke mana?" sapa satu suara. Luna pantas menoleh ke arah pemuda dan seorang gadis bertudung litup yang baru tiba di muka pintu Duncan CoffeeHouse.
"Nak balik." Ringkas jawapan Luna.
"Hujan masih lebat. Masuklah dulu. Drive ke?" Giliran gadis itu bersuara. Riaknya amat mesra.
Luna cuba tersenyum. Gadis itu tidak bersalah. Dia harus bertindak adil. Lainlah kalau dia dilayan sepertimana Melati melayannya tadi. Tentu sekarang gadis di hadapannya itu sudah siap disembur dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.
Luna pantas menggeleng.
"Tak, tak drive. Nak tunggu teksi kat sana tu. Saya dah lambat. Saya pergi dulu."
"Saya hantar?" Kaz menawar diri.
"Tak apa. Got to go." Luna lantas berlalu pergi.
Kaz dan Rysa berpandangan sesama sendiri. Kelibat Luna sudah tidak lagi kelihatan sebaik dia melangkah belok ke kiri blok kedai.
"She's the pink smile right?" soal Rysa masih memandang wajah Kaz di sisinya.
"Hmmm. She is but she already lost it."
"She looks sad. Is she okay? Awak patut pergi tengok dia," cadang Rysa sambil berpeluk tubuh dek dingin angin yang tiba-tiba menerpa. Kaz hanya membisu.
"Go, Kaz. It's raining heavily. Jauh tempat tunggu teksi tu. Saya tunggu Ari kat dalam. I think he will be here soon."
"Hmmm. Okey. Kalau saya lambat sangat nanti, kau orang pergilah Goong dulu. Nanti saya datang. Kita jumpa kat sana."
"Okey!"
"Dari Duncan?" Kaz mengerling ke arah gelas plastik Frappy Caramel yang tinggal setengah isinya itu.
"Hmmm." Luna di sebelahnya hanya mengangguk tanpa menoleh ke arahnya. Sejak melangkah masuk ke dalam kereta tadi, Luna tidak berkata apa-apa. Kalau tidak kerana Kaz terus menarik tangannya masuk ke dalam kereta apabila hujan semakin lebat dengan angin yang kencang, Luna tidak mahu untuk duduk satu kereta dengan Kaz.
"Okey ke?" Kaz kembali memberi perhatian ke jalan raya.
"Okey."
"Macam tak okey."
"Okey."
"Bila buka braces?"
Luna terdiam sejenak.
"Hari tu." Perlahan dia menjawab.
"Masa jumpa kat klinik tu?"
"Ha."
Ruang kereta kembali senyap. Kaz tidak mahu berkata apa lagi. Luna seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dia tidak seperti Luna yang selalu dia jumpa. Luna yang selalu ke Duncan CoffeeHouse ialah Luna yang mempunyai wajah paling gembira di dunia, seperti tiada satu pun masalah dalam hidup gadis itu.
"Saya hantar awak balik rumah terus." Kata-kata itu bukan merupakan satu soalan atau cadangan buat Luna. Nada suara itu tegas. Seperti satu arahan yang wajib dipatuhi.
"Tapi..."
"Hujan lebat," potong Kaz. Tadi Luna juga berkeras tidak mahu dihantar ke TheSummer, tapi Kaz berkeras. Sekarang, Luna juga tidak mahu dihantar terus ke rumah dan dia akan memastikan Luna juga berhenti berkeras seperti tadi.
"Tapi kereta saya."
"Kereta atau nyawa?"
"Awak nak bunuh saya ke?" Luna memandang tepat ke wajah Kaz di sebelahnya, terperanjat dengan kenyataan yang dirasakannya berbaur ugutan itu.
Pemuda itu masih bersahaja.
"Bukan saya nak ugut awak. It's raining, okay. Lebat pula tu, bahaya. Lebih baik saya hantar awak terus sebelum saya dipersalahkan kalau apa-apa jadi pada awak sebab saya hanya drop awak di TheSummer."
Luna mengeluh berat sebelum bersandar ke kerusi. Pandangan kembali dibuang jauh ke luar tingkap kereta. Dia tidak mampu untuk berkata apa lagi. Dia tidak mampu untuk terus berkeras.
Akhirnya, selamat juga mereka sampai di pekarangan banglo mewah keluarga Tuan Irshad. Mini Austin segera diparkir di hadapan pagar rumah.
"Sini aje," tegas Luna.
"Hujan ni."
"Nanti papa dan mama tengok. Malas nak jawab banyak soalan. Awak pun tahu keluarga saya dan keluarga awak macam mana." Luna cuba tersenyum. Dia harap Kaz tidak membuat keputusan sendiri seperti tadi.
"Okey."
Luna sedikit lega.
"Okey. Thanks and bye."
Kaz segera mencapai trucker cap Rebel8 dari tempat duduk belakang lalu diletakkan di kepala Luna.
"Pakai."
"It's okay."
Luna cuba menanggalkan topi di kepalanya tapi tangan Kaz pantas menahan.
"Trucker or fever?"
Dan akhirnya, sekali lagi, Luna terpaksa menurut kata-kata Kaz. Dia berlari masuk ke pekarangan banglo. Sebaik tiba di kawasan berbumbung dia kembali menoleh ke pagar, menoleh ke arah Mini Austin berwarna merah berbumbung hitam, menoleh ke arah Kaz, mungkin untuk terakhir kali.
"Goodbye. Pink Smile," ucap Kaz perlahan sebelum mengundur kereta, walaupun dia tahu, Luna sudah tentu tidak mendengar.
"Goodbye, Muhammad Kazreeq. Saya takkan kacau awak lagi dah." Luna usap air mata yang kembali bergenang. Langkah segera diatur ke muka pintu.
"Lewat balik?"
Myra sudah berdiri berpeluk tubuh di ruang tamu. Luna tersenyum gembira lantas Myra dipeluk erat.
"Nice trucker!" ujar Myra seraya mencuit hidung Luna.
Gadis itu cuma tersenyum. Rasa sedih sebentar tadi kini hilang seketika melihat kedatangan kakak tersayang dan amat dirinduinya. Tangan Syairy kemudian disalam. Abang iparnya itu kelihatan sedikit berisi. Puan Amina dan Tuan Irshad yang duduk di sofa hanya tersenyum.
"Luna, cepat mandi. Boleh dinner sama-sama. Kak Myra ada berita baik nak bagi tahu kita semua." Puan Amina bersuara.
"Kenapa, ma? Kak Myra mengandung?" Luna terus meneka.
"I hate you, Luna Aisha! You spoil the moment!" Myra mencubit lengan Luna yang masih memeluk lengannya.
"So, betullah ni?" Luna menggenggam kedua belah bahu Myra. Myra pantas mengangguk. Luna kembali memeluk Myra erat.
"Yay! Yay! Ada baby!"
"Alhamdulillah." Puan Amina menyertai mereka. Rambut Myra diusap lembut.
Tuan Irshad menepuk-nepuk bahu Syairy sebelum tersenyum gembira. Perasaan gembira hendak menimang cucu sukar digambarkan.
"Luna mandi dulu. Selepas ni kita dinner sama-sama!" Luna segera berlari menaiki anak tangga.
Perasaannya kini bercampur baur. Tadi dia teramat sedih, kini dia teramat gembira dan sekarang perasaan itu bercampur-baur. Air mata yang ditahan kini mengalir di pipi sebaik pintu biliknya ditutup rapat. Dan dia tahu, air mata itu merupakan air mata kesedihan yang tadinya diselangi kegembiraan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro