Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

Peperiksaan akhir semester semakin hampir. Semester pendek itu membuatkan nafas Luna terasa sesak. Dia sudah tidak cukup tangan dengan tugasan-tugasan Multimedia yang bertambah sehari demi sehari. Storyline untuk animation assignment masih belum kemas. Luna malah sudah jarang ke Duncan CoffeeHouse. Ke sana pun, kelibat Kaz juga jarang dilihat. Entah ke mana dia menghilang, Luna tidak punya waktu untuk ambil tahu. Butik LunaMyra dijaga sepenuhnya oleh Puan Amina dek kesibukan Luna yang berpanjangan.

"Ain," ucapnya sebaik telefon bimbit disua ke telinga.

"Ha, Luna! Kau kat mana? Aku nak bagi info ni."

"Aku kat rumahlah. Depan lappy. Nak siapkan assignment Puan Jacq. Aku ni dahlah benci Java, nak buat animation lagi. Stressnya aku!" Luna meraup wajah.

"Kau ada bagi copy sick leave dua hari yang aku bagi semalam dekat Puan Jacq tak? Karang tak pasal-pasal aku kena tolak markah sebab ponteng kuliah."

"Sudahlah. Jangan risau, and kau tak payah la nak stress memanjang. Assignment tu dia tunda sampai next week. Not this Friday."

"Betul?" Gadis bergaun paras lutut rona biru itu sudah bangun dari kerusi meja kerjanya.

"Betullah. Ni yang aku call bagi tahu kau."

"Alhamdulillah! Bolehlah aku ke Duncan."

"Duncan lagi? Tak jemu ke?"

"Tu ubat hilang stress. Hehe."

"Yalah tu. Nanti belanja aku Duncan tau!"

"Ya, ya. Nanti aku belanja. Hehe. Thanks for the info!"

"Welcome. Chow!"

"Bye." Talian dimatikan.

Luna bersorak gembira. Kurang sedikit beban di bahu. Kalau tugasan Java itu perlu dihantar lusa, memang dia yakin dia tidak akan dapat menyiapkannya. Nasib baik ditunda sehingga ke minggu depan. Sabtu dan Ahad kelak sudah cukup baginya sebagai masa tambahan untuk menyiapkan tugasan itu. Java Programming memang bukan subjek kegemarannya. Lainlah kalau tugasan grafik, dia memang amat meminatinya.

Telefon bimbit kembali disua ke corong telinga.

"Assalamualaikum, ma, Luna nak keluar."

"Waalaikumussalam. Nak ke mana?"

"Duncan. Nak pesan apa-apa? Lepas ke Duncan, Luna nak jenguk mama kat butik."

"Assignment dah siap ke?"

"Belum. Tapi tadi classmate Luna called cakap deadline kena tunda. So, I have enough time. Sekarang, Luna nak hirup udara luar sekejap."

"Ke nak jenguk orang tu?" tukas Puan Amina berseloroh.

"Hehehe..."

"Mama nak Polka Ball dengan green tea latte okey.Sekejap, mama nak tanya Fazrin dia nak apa untuk minum petang." Terdengar suara Fazrin menjawab pertanyaan Puan Amina.

"Fazrin cakap cappucino should be okay." Puan Amina kembali menyambung perbualan dengan Luna.

"Tu aje?"

"Tambah Mini Milo Doughnut 12 biji tu, ya? Mama nak Fazrin bawa pulang untuk adik-adik dia."

"Okey, ma! Noted."

"Okey, sayang. Hujan dah mula turun kat luar tu. Drive safely."

Selesai menyarung baju T biru tua dan seluar jean biru pudar ke badan, Luna segera keluar bilik. Dia perlu memandu 20 minit sebelum sampai ke Duncan CoffeeHouse. Itu pun, kalau dia tidak terpaksa berpatah balik untuk parkir kereta di blok sebelah sekiranya lot parkir kereta berhadapan Duncan CoffeeHouse sudah penuh.

"Alhamdulillah! Parking VIP!" Luna bersorak riang sebaik kereta Volkswagen-The Beetle miliknya selamat diparkir di kotak parkir menghadap blok Duncan CoffeeHouse.

Sebaik melangkah masuk ke Duncan CoffeeHouse, dia disambut oleh wajah yang tidak dikenalinya di kaunter. Pekerja baru Kaz ke? Mana Tim dan Mimi?

"May I take your order, please?"

Luna tersengih sebaik tiba di kaunter nombor dua itu. Kaunter nombor satu ditutup. Mungkin kerana tidak begitu ramai pelanggan.

"Awak pekerja baru ke?" soal Luna sebaik selesai membuat pesanan. Gadis bertudung kepala itu angkat kening.

"Ya!" jawabnya ringkas tanpa secalit senyuman di wajah. Kemudian yang ada cuma wajah yang berkerut kehairanan dipamerkan.

Menyedari jawapan dingin itu, Luna tidak mahu menyambung perbualan.

"Okey." Dia tunduk memandang lantai. Sebaik pesanannya diberikan, Luna mengucapkan terima kasih sebelum berlalu ke meja hujung di sudut kanan Duncan CoffeeHouse. Meja nombor tujuh bersebelahan dinding kaca itu tempat kegemarannya. Dia gemar melihat keadaan luar kedai sambil menghirup kopi panas, lebih-lebih lagi ketika hujan begini.

"Mimi!" jerit Luna sebaik melihat kelibat Mimi menghantar pesanan di meja nombor empat.

"Luna!" Mimi memekup dulang ke dada sambil melangkah merapati meja Luna.

"Sorang aje ke?"

"Yeap!" Luna angguk.

"Budak kat kaunter tu budak baru ke?"

"Haah. Tu Melati. Tapi dia nak kita orang panggil dia Mel aje. Mel bunyi macam moden la kut. Hehe. Dia ganti tempat Tim."

"Owh, rupanya Tim dah berhenti kerja. Lama dah?"

"Semalam last day dia. Pergi dulu, Luna. Nanti kita borak lagi."

"Errr. Kejap! Mimi!"

"Yeap?"

"Errr... Bos ada?"

"Tak ada. Dia sibuk dengan komik. Kan dah almost end of the month. Fusion dah nak keluar." Nama Mimi kemudian dijerit dari kaunter. Terkocoh-kocoh gadis itu pergi meninggalkan Luna. Rupanya, gadis bernama Mel itu ingin ke dapur, dia ingin Mimi menggantikan tempatnya sekejap.

Dan sebaik tiada pelanggan di kaunter, Luna cepat-cepat mendekati Mimi. Gadis itu tersengih. Luna memang jelas mempunyai perasaan terhadap majikannya dan sesungguhnya dia tidak kesah. Luna orangnya cantik, pemurah, peramah dan baik hati. Dia juga senang berkawan dengan gadis yang cuma muda setahun daripadanya itu.

"Tadi awak ada cakap pasal bos awak dengan komik Fusion?"

Bulat mata Mimi memandang wajah Luna di hadapannya.

"Jadi?"

"Apa kaitan bos awak dengan komik, dengan Fusion?"

"Betul ke awak tak tahu ni?" Mimi seakan-akan tidak percaya. Rupa-rupanya, ada yang Luna tidak tahu tentang Kaz. Luna dilihat menggeleng-gelengkan kepalanya. Mimi tersenyum.

"Dia tu kartunis."

"Seriously?"

"Yeap! Dia kartunis majalah Fusion. Awak tahu majalah tu?"

"Macam pernah dengar." Luna mengurut pelipis.

"Awak cari kat kedai buku. Tu teen magazine."

"Nama kartunis dia apa?"

"Saya tak pastilah. Dia cakap dia kartunis tapi dia tak nak bagi tahu kami semua pekerja dia ni, komik mana hasil karya dia dalam majalah tu."

"Dia memang berahsia macam tu ke?"

"Dia tu memang. Dengan saya, Jannah dan Siha dia memang jarang cakap. Kalau dengan budak-budak lelaki kat sini okey aje."

"Ya ke? Macam anti perempuan?"

"Hmmm. Entahlah. Tapi bila dengan Cik Rysa dia boleh gurau siap gelak-gelak besar lagi."

"Cik Rysa? Cik Rysa tu pula siapa?"

Belum sempat Mimi menyambung kata-katanya, Mel sudah muncul di belakang kaunter, mencuit bahu Mimi dan memberi isyarat mengarah Mimi untuk ke dapur. Mimi segera minta diri.

Luna sempat mengukir senyuman pada Mel tapi gadis itu hanya membalas acuh tak acuh.

Cepat-cepat Luna kembali ke mejanya. Apa kena dengan budak Mel tu? Aura beku semacam. Aku ni muka cari gaduh ke? And dear prince charming, what's up with komik and Fusion apa segala?

Kenapa aku boleh terlepas fakta penting ni? And Cik Rysa tu perempuan yang selalu dengan Kaz dan Encik Ari tu ke? Agaknya memang dialah sebab dia aje yang selalu datang sini selain Encik Ari. Hmmm... Aku sepatutnya observe lebih lagi. Aku dah tertinggal banyak benda penting. Kena siasat ni.

Rysa membetulkan letak tudung di kepala. Frappy Caramel Starbucks disedut dengan straw. Sedap lagi Frappy Duncan, getusnya dalam hati. Kelibat Ari masih tidak kelihatan. Sepatutnya, dia sudah sampai 20 minit yang lalu. Ari jarang tidak menepati waktu yang dijanjikan.

"Hola!"

"Kaz?"

Kaz sudah pun melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan Rysa.

"Tunggu Ari?"

"Ha... Nak minum?"

Pemuda berbaju T Macbeth dan berseluar pendek camouflage itu pantas menggeleng.

"Ari suruh saya temankan awak actually."

Berkerut dahi Rysa mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Kaz itu.

"Dia kat mana?"

"Dia masih di ofis. Bos dia tiba-tiba panggil. And then he has to come out with a presentation. Dalam sejam lagi, dia kena present. So, he can't make it."

"Tapi kenapa dia tak call saya aje terus cakap cancel?"

"Sebab dia takut awak marah. You know la Ari tu macam mana."

Rysa membisu. Sebentar kemudian, dia mengeluarkan Blackberry dari beg tangannya. Dia nampak anggun berskirt labuh rona kelabu dan berblaus ungu, warna kegemarannya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, sayang."

"You really can't make it?"

"I can't. I'm so sorry."

"Kita ambil lain kali ajelah. Tunggu masa Ari ada sekali." Rysa membuat keputusan.

"Tak boleh. Bianca tu tak ada dah malam ni. Dia pergi oversea. Kalau nak tunggu dia lama lagi. Karang nak buat ubah suai ke, tak muat ke apa, susah." Ari membidas.

"Dengan Bianca aje ke boleh? Orang lain tak boleh?"

"Bianca tu kawan Ari. Dengan dia senang deal."

"Hmmm..."

"Ambil ajelah. Kaz kan ada," tukas Ari di hujung talian.

"Tapi..." Rysa memandang wajah Kaz yang sedang duduk bersandar di hadapannya.

"Kaz tu wakil Ari. Tak apalah. Bukan orang lain pun, kawan baik kita. Ambil cincin aje pun. Bukan nak kena sarung kat jari. Kalau Kaz berani-berani nak sarung kat jari Rysa, taulah Ari nak kerjakan!" ujar Ari berbaur gurauan.

Rysa tergelak kecil.

"Kalau macam tu, baiklah. Kaz tahu kat kedai emas mana satu, kan?"

"Dia tahu."

"Okay, then."

"Sorry once again, sayang." Ari rasa betul-betul bersalah. Kalau boleh, memang dia sendiri ingin pergi menemani Rysa. Apakan daya, semuanya berlaku secara tiba-tiba.

"Tak apa. Ambil cincin aje pun. Bukan nak kena sarung kat jari, kan?"

Ari tergelak di hujung talian mendengar Rysa mengulang kata-katanya sebentar tadi.

"Okey, sayang. Got to go."

"Okay, goodluck for your presentation."

"Thanks. Take care, okay?"

"Okey. You too. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Talian dimatikan. Kaz angkat kening sebelah setelah mendapati Rysa sedang memandang tepat ke arahnya.

"Awak tak kesah ke temankan saya?"

"Nope. Not at all."

"Hmmm... Thanks. So, kat kedai mana Ari tempah cincin kahwin kami?"

"DNAS Jewel. Nak pergi sekarang?"

"Kenapa? Awak nak duduk minum dulu?"

"No, no." Kaz angkat kedua-dua belah tangan lantas menggeleng laju.

"So, let's go." Rysa mengukir senyuman. Senyuman yang kalau dulunya, menggugat jiwa lelaki Kaz. Hari ini, Kaz tidak pula rasa apa-apa. Betapa masa dan keadaan memainkan peranan yang amat baik dalam kehidupan, membuatkan Kaz lupa akan perasaan kasih yang pernah wujud satu ketika dahulu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: