Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

"Mak, kenapa Kaz tak ingat pasal Luna?"

Hajah Aini yang sedang menjahit kain pelikat Haji Mahdi yang terkoyak semalam di muka pintu tersentak. Kaz yang duduk di kaki tangga sambil menguis ranting kayu di tanah ditenung lama. Kemudian, senyum segaris terukir.

"Kenapa tanya?" Hajah Aini menyoal kembali.

"Kaz suka Luna?"

"Isy, mak! Mana ada!" Kaz sudah menaiki anak tangga mendekati Hajah Aini. Wanita bersanggul satu itu tergelak kecil. Kepulangan Kaz secara tiba-tiba pagi semalam sedikit memeranjatkannya. Katanya, dia pulang kerana sudah kering idea untuk Galaksi Amin dan U-Turn. Mr. Toh asyik telefon mengingatkan tentang deadline. Bukannya dia tidak tahu dengan sikap mudah lupa lelaki bernama Kazreeq!

"Kaz tanya aje. Rasa pelik. Kaz cuba nak ingat tapi samar-samar aje."

"Biasalah tu, Kaz. Kan masa tu Kaz masih kecik lagi."

"Tapi Kaz dah ingat Kaz ada hadiahkan layang-layang pink kepada budak perempuan yang kuat menangis dan sering jatuh! Luna ke budak tu, mak?"

"Haaa, dialah tu!"

Kaz tergelak kecil. Rupanya dia! Tak sangka betul. Betapa cepat masa berlalu. Macam mana aku boleh lupa tentang budak comot mata bulat dan kuat menangis tu?

"Kenapa, Kaz?" Hajah Aini memandangnya kehairanan.

"Tak ada apa-apa, mak. Petang nanti, Kaz balik SummerShine."

"Cepatnya?"

"Rasa-rasanya, dah dapat idea untuk komik Kaz, mak. Lagipun, tak ada siapa nak jenguk Duncan. Ari sibuk dengan persiapan kahwin."

"Bila nak langsung?"

"Sebulan lagi. Awal bulan depan insya-Allah."

"Kahwin juga budak berdua tu. Alhamdulillah. Anak mak ni bila lagi?"

"Anak mak tu alamatnya jadi Bujang Lapok la, mak. Tak ada orang nak. Hahaha!" Muncul Ery dari belakang. Entah bila dia sampai Kaz tidak pula menyedarinya.

"Bujang Lapok loyar buruk! Haha!"

Basikal sudah terparkir di tepi rumah, basikal Fixie hadiah hari jadi daripada Kaz. Itupun dengan susah payah Ery memujuk. Mulanya, Kaz hendak membeli basikal biasa dengan harga yang jauh lebih murah. Ery bukannya tidak kenal dengan abangnya itu. Kalau boleh, semua benda dia hendak beli dengan harga yang murah. Kerana itulah dia awal-awal lagi menyediakan Plan B, pujukan berserta sokongan daripada Haji Mahdi dan Hajah Aini.

"Tepi sikit, tepi sikit. Orang nak naik ni!"

Sengaja Kaz menghadang Ery yang hendak bersalaman dengan Hajah Aini.

"Mak, tengok abang ni. Orang nak salam mak ni."

"Kaz..." Hajah Aini memberi amaran. Kaz akhirnya mengalah dan memberi laluan.

"Macam mana peperiksaan percubaan tadi? Okey?" soal Hajah Aini sebaik Ery selesai bersalaman dengannya dan juga Kaz.

Ery yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya sudah pun menanggalkan tudung sekolah di kepala.

"Okey aje. Alhamdulillah, mak."

"Ada ke soalan Bella dalam TheSims Social tu?" Kaz menyindir.

Bukannya dia tidak tahu tentang watak Bella dalam permainan online TheSims Social di Facebook itu. Rysa sering bercerita tentang rumahnya dalam permainan tersebut yang sering tidak dapat mengalahkan rumah Bella. Dia juga sering mengeluh tidak dapat membeli perabot, perhiasan atau alatan baru di rumahnya dalam permainan itu. Kalau orang yang tak pernah tahu tentang permainan itu memang akan tertipu dengan keluh kesah Rysa seperti rumah yang dibinanya dalam permainan itu betul-betul wujud. Padahal, ia cuma permainan alam maya.

Ery menjeling tajam. Kaz tersenyum puas.

"Mak masak lauk apa tengah hari ni, mak?" Sengaja Ery menukar topik perbualan, malas melayan kerenah abangnya. Dia tahu, kalau abangnya itu ada di rumah, Hajah Aini akan masak bermacam-macam lauk khas untuk Kaz. Maklumlah, anaknya itu jarang ada di kampung.

"Abang cakap tak payah masak hari ni." Hajah Aini membalas bersahaja.

"Kenapa pula?" Ery memandang wajah Hajah Aini dan Kaz satu-satu.

"Ery lapar ni." Perut kemudian diusap lembut.

"Rehat tadi Ery tak makan pun sebab revise."

"Hari ini, mak cuti. Ery kena masak sendiri," tukas Kaz.

Wajah Ery bertukar cemas.

"Ery mana tahu masak!" getusnya.

"Tak tahu masak, kena berlaparlah alamatnya." Pemuda berseluar pendek dan berbaju T merah hati itu tersenyum sinis.

"Betul ke mak cuti masak hari ni, mak?" soal Ery lembut.

"Abang gurau aje tu. Pergi mandi dan solat. Lepas tu tolong mak masak kat dapur, okey?" Hajah Aini bingkas bangun. Serta-merta wajah Ery bertukar ceria.

"Abang tipu!" Bahu Kaz ditunjal.

Kaz menjelirkan lidahnya. Ery mencebik sebelum bingkas bangun dan berlalu menuju ke biliknya. Kaz hanya tergelak kecil.

Fikirannya kemudian melayang mengingatkan Luna pula. Jatuh sukakah dia? Kaz pantas menggeleng. Tak mungkin. Takkan semudah tu?

Tapi sejak akhir-akhir ini, wajah manis itu sering muncul dalam fikiran. Dan dia akan teringatkan Luna setiap kali ada pelanggan yang memesan menu Pink Smile di Duncan CoffeeHouse. Setiap kali Ari mengusiknya dengan nama Luna, jauh di sudut hati ada terasa bahagia. Masihkah Luna menyimpan layang-layang pemberiannya?

Mustahil. Kaz menidakkan dalam hati. Sudah 19 tahun berlalu. Masakan Luna masih menyimpan layang-layang itu? Sudah tentu banyak yang telah berlaku dalam hidup gadis bernama Luna sepertimana yang terjadi dalam hidupnya sepanjang tempoh itu. Yang pasti, mereka sama-sama sudah dewasa. Sama-sama sudah memikul tanggungjawab besar dalam hidup.

Tiada lagi zaman tarik upih pinang dan ketawa riang tanpa memikirkan masalah hidup. Yang penting, keseronokan bersama dan bermain. Andai itu semua boleh diulang. Kaz mahu kembali ke zaman itu, zaman tarik upih pinang, zaman layang-layang merah jambu, zaman di mana munculnya Luna. Dan kenapa pula dia ingin kembali pada saat Luna muncul dalam hidupnya? Kaz meraup wajah. What happen to me actually?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: