Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

Luna melangkah laju ke kaunter Duncan CoffeeHouse. Bulat mata Tim melihat gadis berbaju T Roxy dan berseluar denim kelabu itu tercungap-cungap di kaunter.

"Errr, boleh saya bantu?"

"Encik... Encik... Encik Kaz mana?" Peluh di dahi diusap dengan tisu yang baru dikeluarkan dari beg yang tersangkut di bahu. Penat berlari dari tempat parkir kereta blok sebelah ke Duncan CoffeeHouse amat terasa. Entah mengapa penuh pula tempat parkir berhadapan blok Duncan CoffeeHouse membuatkannya terpaksa parkir di blok bangunan sebelah.

"Dia belum masuk." Tim memandang jam di tangan kiri.

"Sekarang dah 10 pagi. Dalam pukul 11 atau 12 macam tu, mungkin dia datang."

"Dia ada pesan apa-apa?"

Tim pantas menggeleng.

Luna mengeluh berat. Dia lupa ke?

"Awak cari saya?" Bahunya dicuit dari belakang. Luna menoleh dan seperti biasa, sebaik pandangan mata itu bertembung tepat dengan matanya, dia jadi lemah. Luna menggeleng-gelengkan kepalanya dan memejam celik matanya beberapa kali. Dia tidak harus jatuh pengsan! Tidak pada saat ini!

"Awak dari mana? Awak lupa ke?" Laju sahaja Luna menyoal. Gaya memang macam rapat benar dengan Kaz.

Kaz angkat sebelah kening.

"Lupa apa?" Berkerut dahi pemuda berbaju T Macbeth dan berseluar jean hitam itu memandang ke arahnya. Sebaik pelanggan lain tiba di kaunter, Luna menarik lengan Kaz ke tepi. Kaz hanya menurut. Takkan dah beberapa hari tak jenguk Duncan, budak Luna ni dah jadi pelik macam ni kut? Lupa? Lupa apa yang dimaksudkannya? And there is something different about this girl today.

"Hari ni kan Happy Happy Day kat Rumah Cahaya Qaseh?" Luna memeluk tubuh.

Wajah Kaz berubah pucat serta-merta. Oh, God! Macam mana aku boleh lupa? Macam mana aku boleh tak letak reminder tentang benda penting yang satu ni?

"Sorry!" ucap Kaz betul-betul rasa bersalah.

"Macam mana awak boleh lupa? Disebabkan awak, mereka sarapan dengan teh dan nasi lemak aje! Tu pun nasi lemak yang saya beli kat gerai dekat perumahan tu!"

Kaz membisu. Marah betul Luna dengannya. Kalau dia jadi Luna pun, dia akan marah.

"Maafkan saya."

"Awak kalau nak buat deal, buatlah betul-betul. Jangan main cakap-cakap aje." Luna amat kesal. Dia kasihankan anak-anak yatim di Rumah Cahaya Qaseh yang betul-betul mengharap.

"Saya akan buat semua oder yang awak nak sekarang juga! And kami akan buat satu booth Duncan kat sana."

"Pasal booth tu awak jangan risau. Sebenarnya saya dah prepare untuk awak pun satu booth. Awak aje yang tak datang on time."

Luna memeluk tubuh sambil mengerling ke luar Duncan CoffeeHouse. Tidak sanggup rasanya untuk terus bertentang mata dengan pemuda di hadapannya. Sedikit demi sedikit, rasa berdebar yang baru hilang dek kemarahan tadi datang kembali.

"Ah, ya ke?" Kaz betul-betul rasa bersalah.

"Saya betul-betul minta maaf. So, if you don't mind, I have to start preparing everything now. And saya akan pergi sana sebaik semua selesai."

"Boleh ke?" Luna angkat kening.

"It's for 50 to 100 people. Banyak tu."

"Mesti boleh. Tunggu sekejap." Kaz berlalu pergi. Lima minit kemudian, dia datang semula dengan empat beg kertas besar berisi kotak-kotak dozen donut pelbagai perisa.

"Ambil ni. Awak pergi dulu. Nanti saya datang dengan coffee, milk shake and much more. Don't worry." Kepala Luna diusap.

"Now go."

Luna segera berlalu ke muka pintu. Sebaik keluar dari Duncan CoffeeHouse, dia tergamam. Apa yang baru saja Kaz lakukan kepadanya tadi? Luna mengusap kepala sepertimana Kaz mengusap kepalanya ketika dia sedang panik tadi dan perlahan-lahan, senyuman terukir di bibir. Bahagianya!

"Cik Luna!"

Dia baru sahaja hendak melompat kegembiraan apabila namanya tiba-tiba dipanggil. Luna pantas menoleh. Seorang gadis dengan rambut diikat ekor kuda sedang menghampirinya.

"Saya Mimi." Gadis itu tersengih.

Luna memerhati baju T kolar hitam yang dikenakan gadis bermata sepet itu. Kedua-dua belah tangannya juga penuh dengan beg kertas Duncan CoffeeHouse yang besar, sama seperti di tangan Luna sendiri sekarang.

"Awak pekerja Duncan ke?"

"Haah. Bos saya cakap saya kena ikut Cik Luna sekali. Kita nak ke mana ni?" Mimi dan Luna kemudian berjalan seiringan.

"Oh! Kita ke Rumah Cahaya Qaseh. Sepatutnya ada event dan bos awak tu janji nak jadi sponsor, tapi..."

"Tapi dia lupa, kan?" potong Mimi seraya tergelak kecil.

"Dia memang macam tu. Lain kali, Cik Luna kena ingatkan dia awal-awal."

"Dia memang selalu lupa?"

Mimi angguk.

"Selalunya, Encik Ari yang selalu tolong remind dia benda-benda penting."

"Oh! Encik Ari tu PA dia ke?"

"Best friend merangkap PA kut!"

Luna cuba mengingat wajah pemuda yang selalu bersama Kaz di Duncan CoffeeHouse itu. Dia kemudian hanya membalas kata-kata itu dengan senyum segaris.

"Okey. Kita dah lambat ni. Let's get faster!"

"Alright!"

Jam 8.00 malam, masing-masing sudah keletihan sebaik selesai mengemas keseluruhan kawasan Rumah Cahaya Qaseh.

"Coffee?" Cawan kertas diunjuk ke arah gadis yang sedang duduk di buaian di hadapan Rumah Cahaya Qaseh itu.

"Thank you," ucap Luna seraya menyambut cawan kertas dari tangan Kaz. Kaz kemudian duduk di buaian bersebelahannya. Jantung Luna berdegup kencang. Mimpi apa pula Kaz mahu duduk bersembang dengannya?

"Look. I am really-really sorry about this morning, okay? Saya betul-betul lupa," ujar Kaz yang betul-betul rasa bersalah.

"Benda dah nak jadi. Tapi awak pun dah tebus balik kesalahan awak tu. Sanggup tutup Duncan CoffeeHouse hari ni, bawa coffee maker ke sini, buat kopi di sini. Saya pun nak minta maaf sebab marahkan awak pagi tadi. Saya cuma risau, sebab saya dah berjanji dengan budak-budak tu. Dan big thanks juga untuk pekerja-pekerja awak sebab sudi tolong kat sini."

Luna berdehem, membetulkan suara yang sedikit tersekat di kerongkong. Rasa gementar yang entah dari mana datang menerpa apabila menyedari Kaz sedang duduk di sebelahnya, berbual seperti seorang rakan yang sudah lama dia kenal. Padahal, dulu Kaz jauh berbeza. Sudah ingatkah Kaz tentang memori mereka bersama semasa zaman kanak-kanak dulu?

"Kalau macam tu awak dah tak marah saya lagi la?"

Bulat mata Luna memandang ke arah Kaz dan sebaik Kaz membalas pandangannya, gadis itu pantas menggeleng.

"Nope."

"So..." Kata-kata Kaz mati di situ apabila melihat Luna sudah bingkas bangun.

"Saya nak pergi ucap terima kasih kepada pekerja-pekerja awak. Awak pun dah boleh balik kalau awak nak. Thanks a lot for today." Ah, ikutkan hati mahu aje aku berbual sampai esok pagi dengan kau di situ, Kaz! Tapi dada aku yang rasa nak pecah ni perlu diselamatkan terlebih dahulu. Lebih baik aku blah sebelum ayat pelik-pelik keluar dari mulut aku yang tengah nervous gila ni!

Kaz hanya menghantar pemergian Luna dengan senyum yang tidak lekang di bibir. Dari jauh dia melihat Luna sedang bersalaman dengan Mimi dan Siha. Gadis itu kemudian menepuk-nepuk bahu Tim, Azfar dan Epol sambil tersenyum dan mengucapkan sesuatu. Pekerja-pekerjanya itu kelihatan gembira dan mesra sekali dengan Luna.

"Bos! Coffee maker and all stuff dah masuk van dah. Semua dah settle kemas," jerit Azfar dari jauh. Van rasmi Duncan CoffeeHouse berwarna hitam itu kemudian digendang dengan tangan kanannya.

Cepat-cepat Kaz bangun dari buaian dan mendapatkan mereka di pagar masuk Rumah Cahaya Qaseh.

"Kau orang boleh balik. Tentu kau orang penat kan? Terima kasih untuk hari ini," ucap Kaz ikhlas.

"Azfar hantar Epol, Jannah, Tim dengan Mimi sekali."

"Ho, yeah!" Mimi bersorak. Jannah hanya mengukir senyum.

"Van ni kau bawa balik rumah teruslah, Azfar. Pagi esok kau hantar balik Duncan. Kau nak hantar lusa sekali pun tak apa, esok kan Ahad."

"Tak apalah, bos. Saya hantar van ni terus ke Duncan malam ni, lepas hantar mereka semua."

"Kalau macam tu, baiklah. Kunci van tu kau simpan okey?"

"Okey!"

Kaz dan keempat-empat pekerjanya itu segera minta diri dengan Puan Wana, wanita lingkungan 30-an, penyelia di rumah Cahaya Qaseh itu dan pasangan suami isteri yang baik hati, pemilik Rumah Cahaya Qaseh itu, Puan Atiqah dan Encik Razman.

Pak Cik Kadri, pemandu Rumah Cahaya Qaseh tidak dapat menghadirkan diri kerana ada urusan lain. Masa di FunDuncan Week dulu, dia dan Puan Wana la yang Luna bawa bersama ke Duncan CoffeeHouse manakala Puan Atiqah dan Encik Razman tidak dapat ikut serta kerana pergi menghadiri kenduri di kampung mereka.

"Awak tak balik?" soal Kaz sebaik melihat Luna masih lagi berdiri di situ, tiada tanda-tanda bersiap mahu pulang. Puan Wana, Puan Atiqah dan Encik Razman sudah pun melangkah masuk ke dalam banglo dua tingkat setengah itu.

"Errr... Saya balik nanti. Saya nak join solat jemaah sekejap lagi," jelas Luna menjawab soalan Kaz yang sama sekali tidak dijangkanya itu.

"Okey, Kak Wana tu tinggal sini ke?"

Luna cuba mengawal riak gembira dari terpancar di wajahnya. Kata nak balik, ni sambung sembang ni apa kes? Tapi, best juga. Dapatlah tambah extra moment dengan pujaan hatiku ini. Hehehe...

"Haah," balas Luna dengan senyum segaris. Padahal, hati sudah berbunga-bunga menyedari Kaz masih mahu berbual dengannya.

"Suami dia dah meninggal dunia. Mereka tak dikurniakan anak. Jadi, dia lebih suka habiskan masa dengan anak-anak yatim ni."

"Sekali dengan Puan Atiqah dan Encik Razman?"

"Eh, taklah. Mereka tinggal kat kondo. Rumah ni memang Kak Wana yang jaga. Cuma kadang-kadang, mereka akan bermalam di sini. Nanti pukul 10, Pak Cik Salleh sampai. Kalau tak Pak Cik Salleh, anak dia, Bang Malik akan ganti."

"Pak Cik Salleh dan Bang Malik tu siapa pula?"

"Mereka jaga kat sini. Bertugas malam aje. Kalau siang, Pak Kadri ada tolong kalau ada apa-apa."

"Oh. Lepas solat jemaah nanti awak balik terus?"

"Tak. Saya nak join Kak Wana bacakan buku cerita untuk mereka sebelum mereka tidur. Lepas tu baru saya balik."

Kaz tunduk memandang hujung sneakers Emerica di kaki. Kalau aku nak join juga, agaknya, Luna benarkan tak?

"Kalau awak nak join, boleh juga," ujar Luna tersekat-sekat seakan-akan dapat membaca apa yang ada dalam fikiran Kaz. Dan kata-kata Luna itu membuatkan Kaz lantas mengangkat muka. Luna tersenyum nipis.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Kaz pantas mengangguk. Dia ingin lebih banyak waktu dengan anak-anak yatim di situ. Entah mengapa dia rasa satu kepuasan dan keseronokan melayan kerenah dan telatah kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu. Dalam hati, dia mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan kedua ibu bapa yang amat menyayanginya.

Sesungguhnya, Luna mengajarnya untuk tidak melupakan insan yang kurang bernasib baik dan tidak salah untuk kita berkongsi apa yang kita ada dengan mereka yang kekurangan. Balasan tidak penting, yang penting kita telah membuat mereka rasa bahagia dan gembira.

"Luna."

Luna yang baru sahaja hendak melangkah meninggalkan bilik tetamu itu terhenti. Dia baru sahaja menghantar tuala, baju T bersih dan kain pelikat milik Encik Razman untuk dipinjamkan kepada Kaz.

"Terima kasih."

"Perkara kecik aje," balas Luna dengan senyuman.

"Lagipun baju tu semua Encik Razman yang punya. Nanti awak cakaplah terima kasih pada dia, okey?"

"Tak. Tak, bukan untuk baju ni aje."

"Habis tu?" Luna memandang tepat ke arah Kaz yang sedang berdiri di sisi katil.

"Untuk semuanya."

Luna menggaru-garu kepala yang tak gatal.

"Er, bukan ke awak yang banyak berjasa dengan saya hari ni? Dengan sponsor dan segala bagai?"

"Awak dah buat lebih daripada itu."

"Am I?"

Perbualan mereka terhenti apabila Izara, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu menarik-narik tangan Luna.

"Ada apa, Izara?" Luna duduk sebelum mencuit hidung mancung kanak-kanak kacukan Melayu dan Jerman itu.

Dia kehilangan kedua-dua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu. Kebetulan, Encik Razman merupakan majikan Encik Ikhwan, bapa kepada Izara. Encik Ikhwan merupakan anak tunggal dalam keluarga dan ibu bapanya juga sudah meninggal. Isterinya pula, Anna merupakan mualaf. Keluarganya tidak menerima baik perkahwinannya dengan pemuda beragama Islam. Justeru, anak kecil itu tiada tempat bergantung. Menyedari akan hal itu, Encik Razman dan Puan Atiqah mengambil Izara yang ditempatkan di hospital kerana cedera waktu itu untuk dibesarkan di Rumah Cahaya Qaseh.

"Aunty Wana panggil," balas kanak-kanak yang sudah siap bertelekung warna merah jambu itu.

"Comelnya Izara ni! Jom, kita pergi jumpa Aunty Wana." Luna menggenggam jari-jemari halus kanak-kanak itu.

"Pergi dulu." Kata-kata itu ditujukan kepada Kaz. Pemuda itu hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Kau pergi mana malam tadi Kaz? Balik-balik aje terus masuk bilik tak keluar-keluar." Ari yang sedang menuang jus oren ke dalam gelas mengangkat muka memandang Kaz yang baru sahaja melabuhkan punggung ke kerusi di meja dapur.

"Aku ada event." Balas pemuda bersinglet putih dan berseluar pendek warna perang itu bersahaja.

"Event apa? Kau dah tambah profession lagi ke? Jadi event manager pula?"

"Eh, kau tak payah risaulah. Aku takkan kacau periuk nasi kau tu! Kalau aku kacau juga, kalah teruk kau, Ari!" Kaz mencedok nasi goreng yang masih panas ke dalam pinggannya. Baik benar hati sahabatnya menyiapkannya sarapan di pagi Ahad itu.

"Kau cedok-medok ni kau dah basuh muka dan berus gigi belum?" Ari bercekak pinggang setelah selesai meneguk habis jus oren dari gelasnya.

"Eh, tolong sikit! Aku siap mandi sebelum subuh tadi okey!" Kaz mengerling Ari yang hanya berseluar pendek putih.

"Kau tu yang belum mandi, kan?"

"Aku siapkan sarapan dulu tadi." Ari tersengih.

"Kau makan dululah, aku nak mandi kejap."

"Kalau macam tu aku tunggu kau ajelah. Sarapan sama."

"Okey!"

Tak sampai sepuluh minit kemudian, Ari datang semula siap berbaju T ungu dan berseluar pendek kelabu.

"Sejuk dah nasi ni ha tunggu kau."

"Kau yang offer tunggu aku. Jangan nak kompelin." Dua senduk nasi goreng sudah dicedok ke pinggan.

Dengan lafaz Bismillah, mereka menikmati sarapan yang serba ringkas itu. Berselera Kaz makan pagi itu. Semalam, dia telah melalui hari yang begitu bermakna. Hari bersama anak-anak yatim di Rumah Cahaya Qaseh. Kalau tidak kerana Luna, dia tidak akan mendapat peluang sebegitu. Sebab itulah dia amat berterima kasih kepada Luna semalam.

"Hebat betul kau ni."

"Hebat?" Kaz angkat sebelah kening.

"Hebat tukar topik! Kau tak jawab pun kau ada event apa semalam."

Kaz tunduk seraya tersenyum. Entah bagaimana dia harus menceritakan segalanya kepada Ari. Dia tidak mahu Ari mentertawakannya atas perkembangan terbaru antara dia dan Luna.

"See? Kau memang sengaja kan, Kaz? Kau memang sengaja buat aku curious. Apa yang kau sembunyikan daripada aku ni ha?"

"Aku sponsored an event semalam. Jadi, seharian aku kat sana."

"Really? Kat 'sana' tu di mana?"

"Rumah Cahaya Qaseh. Rumah anak yatim."

"Alhamdulillah, kalau aku tahu semalam, aku ajak Rysa sekali pergi tolong. Kenapa kau tak cakap tentang ni pun dengan aku?"

"Aku sendiri pun terlupa, apatah lagi nak bagi tahu kau!"

"Kau terlupa? On the day ke?"

"Yup!"

"Habis? Yang mintak sponsor tu tak marah?"

"Mahunya tak marah. Dia cari aku di Duncan. Nasib baik sempat prepare. Duncan pun tutup tiba-tiba hari tu. Nasib baik pelanggan masa tu tak ramai. Masih pagi lagi kan, kalau petang, hancus aku."

"Dengan siapa kau deal?"

"Dengan... Dengan orang Rumah Cahaya Qaseh tu la! Dengan siapa lagi?" Kaz menyua gelas berisi jus oren yang baru dituang ke mulut. Stop asking, Ari. Belum masanya kau tahu tentang aku dan Luna. Heh!

"Aku pun nak buatlah event macam tu. Rumah Cahaya Qaseh tu bukan under government, kan?"

"Nope. Owner sebuah syarikat yang wakafkan banglo tu untuk anak-anak yatim."

"Syarikat apa?"

"Aku tak boleh bagi tahu. Owner tu tak nak orang tahu. Segala makan, pakai, perbelanjaan sekolah ke apa, semua dia yang tanggung."

"Wow! Murah rezeki tolong anak-anak yatim ni. Bertambah-tambah murahlah rezeki orang yang sedia ada kaya tu, kan?"

"Kalau aku cakap, dia tu memang humble gila. Tak nak orang panggil dia dengan pangkat dia pun. Guna 'encik-encik' aje. Memang kalau kau tengok sekali, tak macam orang kaya. Kereta pun pakai Waja aje. Padahal aku tahu, dia mampu beli yang lebih hebat daripada tu."

"Jadi dialah yang deal dengan kau tentang event ni? Macam mana dia kenal kau?" Ari semakin giat bertanya, sepertimana dia giat menyua nasi ke mulut.

"Ha, dialah." Kaz angguk sahaja. Soalan kedua Ari dibiarkan saja tanpa jawapan. Malas hendak memanjangkan cerita. Ari sudah menyoal seperti gaya seorang penyiasat sahaja.

"Eh, tengah hari nanti temankan aku." Ari selesai menghabiskan sepinggan nasi goreng. Kaz sedang mahu menambah nasi ke pinggan untuk pusingan kedua.

"Ke mana?"

"Cari cincin kahwin."

"La, apa pasal tak bawa Rysa? Apa pasal aku pula? Aku ke yang nak pakai cincin tu?"

"Rysa nak aku pilih dan dia tak nak tahu berapa harga apa semua. Dia nak aku pilih untuk dia. Aku bab-bab cincin ni mana aku tahu!"

"Habis? Aku ni tahu sangat ke?"

"Tapi aku tahu kau ada taste."

"Habis, kalau aku yang pilih, kira macam aku yang pilih untuk Rysa. Kalau Rysa tahu macam mana? Merajuk dia nanti. Dia kata nak kau pilih, kan?"

"Kau tolong aku aje. In the end, akulah yang decide mana satu aku nak beli. Kira macam akulah yang pilih cincin tu, kan?"

"Hmmm... Ikut suka kaulah! Pukul berapa nanti?"

"Lepas zuhur kita geraklah."

"Okey. Kira makan free la ni, kan?"

Ari mencebir.

"Yalah, yalah. Tu pun sebab kau nak tolong temankan aku, okey."

"Hahaha! Set!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: