Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

"SYED Faliq, esok pada jam 10 pagi Tuan Ibrahim El-Morsi daripada Lubnan akan datang menginap di hotel kita. Saya baru aje terima e-mail dari personal assistant beliau pasal hal ni. So, macam mana dengan preparation untuk sambut kedatangan beliau?" Suhana berdiri tegak di hadapan meja Faliq sambil memegang tablet berjenama Apple di tangan.

   "Okey then. Kumpulkan semua wakil daripada semua department. I nak jumpa dia orang semua dalam meeting room. 30 minutes from now," arah Faliq sambil mata masih terpaku pada dada skrin komputer riba. Suhana jatuhkan kepala lalu bergerak meninggalkan ruang pejabat itu. Faliq hela nafas pendek.

Tuan Ibrahim El-Morsi, seorang individu yang mempunyai pengaruh besar di seluruh daerah Lubnan. Seorang yang mempunyai pangkat yang tinggi dan dikenali oleh ahli-ahli perniagaan di seluruh pelusuk dunia. Menerima kunjungan Ibrahim El-Morsi di Lauren's Hotel adalah sesuatu yang harus dibanggakan dan ianya adalah satu peluang keemasan kepada Lauren's Hotel bagi meluaskan lagi sektor perniagaan dan menarik lebih ramai pelanggan.

   Sedia maklum, Lauren's Hotel merupakan sebuah tempat penginapan bertaraf lima bintang yang mengenakan prinsip islamic compliance dengan meletakkan syariah islam sebagai keutamaan. Walaupun Lauren's Hotel menggunakan nama yang agak kebaratan, namun hotel ini langsung tidak menyediakan minuman keras sebagai hidangan sampingan pelanggan luar khususnya yang bukan beragama Islam. Tata cara pemakaian pekerja-pekerja di sini pula turut berlandaskan syariat. Di mana semua pekerja wanita beragama islam di sini wajib mengenakan hijab.

Tidak hairan lah, semakin hari jumlah pengunjung dan rate di Lauren's Hotel semakin meningkat dan amat memuaskan.


JANNA, Shima, Zakuan dan Encik Mizi bergerak menuju ke bilik mesyurat yang terletak di tingkat tujuh bangunan hotel itu. Entah apa yang berada di dalam kepala Encik Mizi sehingga mengajak Janna untuk turut serta dalam perjumpaan bersama CEO Lauren's Hotel pada tengahari itu. Janna hanya mengikut kerana baginya itu adalah peluang keemasan untuk dia menimba pengalaman baru dan bertemu empat mata dengan pemilik hotel ini yang digilai Lola. Ya, Lola lelaki lembut yang tiap-tiap hari akan bercakap pasal Syed Faliq, Syed Faliq dan Syed Faliq. Persoalannya, handsome sangat ke lelaki itu?

   Pertama kali melangkah ke dalam bilik mesyuarat yang sememangnya agak mewah itu, Janna terpegun dulu. Bilik mesyuarat pun bukan besye-besye weh! Janna mengambil tempat bersebelahan dengan Shima sambil mata melilau ke seluruh sudut bilik mesyuarat itu. Kemudian dia menyiku Shima di sebelah. Terangkat sebelah kening gadis itu memandang Janna yang agak jakun.

   "Kita datang sini pasal apa weh?" soal Janna. Yalah, tadi tiba-tiba aje Encik Mizi petik nama dia untuk turut serta dalam perjumpaan ini. Shima jongket bahu sambil bibir dicebikkan.

   "Entah. Kita tengok aje lah apa jadi," jawab Shima. Janna kembali diam sambil memandang seorang demi seorang pekerja mengambil tempat masing-masing. Sepuluh minit di situ, keadaan menjadi senyap apabila seorang lelaki bersut hitam melangkah masuk diikuti seorang wanita tinggi lampai di belakang. Janna bangun dari duduk apabila semua orang di situ berdiri memberi hormat kepada lelaki itu. Terbuntang mata Janna memandang lelaki yang sedang berdiri di tempatnya dengan riak wajah yang serius tanpa senyuman. Geez, lelaki tu mana pernah senyum kan?

Dia? That pervert guy?!

   Janna tersentak apabila tangannya ditarik Shima agar duduk. Oh dia terlampau terkejut sampai punggung ni tak nak duduk! Terus Janna labuhkan punggung sambil mata masih memandang tepat ke arah lelaki yang berdiri di hadapan. Dia mendekatkan bibir pada telinga Shima.

   "Siapa tu, Shima?" soal Janna.

   "Syed Faliq Amzar, CEO hotel ni. Hot kan?" jawab Shima seraya menjongketkan keningnya berkali-kali. Tersungging senyuman di bibir Shima. Oh, oh... no way! Tolong bangunkan aku dari nightmare ni please! Takkan dia? Aku harap itu cuma pelanduk dua serupa. Aku harap sangat lelaki pervert tu bukan CEO hotel ni! Please.

   "Assalamualaikum and a very good afternoon to all of you. Thank you for coming and I'm standing here because I got something important to tell to all of you. Tomorrow morning we'll receive a visit from Tuan Ibrahim El-Morsi. Beliau adalah seorang ahli perniagaan terkenal yang mempunyai pangkat dan pengaruh yang besar dari negara Lubnan. Beliau akan menginap di hotel kita for a couple of night and for sure I nak anda semua berikan service yang terbaik untuk beliau. I just want to remind you this jadi I harap takkan ada sesiapa yang terlepas maklumat penting ini." Faliq berjeda seraya meliarkan pandangannya ke seluruh dewan mesyuarat itu sebelum matanya berhenti kepada seraut wajah yang cukup-cukup dia kenali. Jelingan diberikan sebelum dia kembali bersuara.

Janna teguk liur. Dia tahu lelaki itu pandang dia tadi. Dia jeling aku! Dia ingat muka aku ke? Oh damn! I'm done here. Aku rasa aku dah boleh angkat kaki keluar dari hotel ni. Janna mengeluh berat.

   "Semestinya I nak anda semua tunjukkan sikap dan adab yang baik kepada beliau untuk kebaikan hotel ini juga. Of course, I akan menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan reputasi dan kemajuan bisnes hotel ini. Once again, I would like to address here, please show your respect and high attitude to him and to every guest that staying in this hotel. Even if you don't know them, your attitude is the one who show who you truly is." sekali lagi mata Faliq memandang ke arah Janna. Seketika bebola mata mereka bertemu sebelum Faliq ukir senyuman sinis.

Damn! Tepat jatuh atas batang hidung aku sendiri. Mati lah kau, Janna. Jadi daging salai lah kau!

   "Kepada semua departments, I nak anda semua lakukan persiapan yang rapi untuk menerima kunjungan Tuan Ibrahim El-Morsi pada jam 10 pagi esok. Please do your work nicely without any problem. I asking all of you to cooperate and help each other out. Lastly, thank you and please do the best." Faliq menundukkan sedikit kepalanya sebelum dia mengorak melangkah meninggalkan dewan mesyuarat itu tanpa berpaling. Seorang demi seorang bergerak meninggalkan bilik mesyuarat melainkan Janna yang masih duduk statik di atas kerusi. Shima menolak perlahan bahu Janna yang tak bergerak. Tiba-tiba berubah jadi patung cendana.

   "Kau kenapa? Jauh mengelamun. Kau mesti belum habis lagi kan terpegun tengok muka CEO hot kita tu kan? Ala, perempuan! Aku tahu sangat lah," Shima ketawa kecil. Terus Janna menggelengkan kepalanya laju.

Terpegun sebab dia kacak? No, bukan! Dia bukan tergamam sebab lelaki tu kacak ke apa ke tapi dia tergamam sebab dia rasa riwayat dia seperti di hujung tanduk sekarang ni. Serius kalau lah masa boleh diputarkan balik, dia takkan bertindak biadap dan menggelar lelaki itu... pervert?

   "Tak, bukan-bukan! Aaa kau pergi lah dulu, aku nak pergi toilet kejap. Jumpa kau kejap lagi," terus Janna berlalu meninggalkan Shima di situ. Shima jongket bahu seraya mencebikkan bibir. Pelik betul perangai perempuan ni. Hesy!


JANNA melangkah keluar dari tandas wanita dengan wajah yang agak sugul. Dia masih ingat lagi renungan tajam dan senyuman sinis lelaki itu terhadapnya yang seakan-akan memberi dia satu amaran. You're dead meat! Janna menyandarkan tubuh pada dinding sambil mata terpejam erat. Pandangan orang yang lalu lalang di laluan itu tidak diendahkan. Seketika dia membuka matanya dan kepalanya diteleng ke kanan. Dup! Penuh bergaya Faliq melangkah sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar slack. Terus Janna tegakkan tubuh dan segera berjalan laju dari situ. Dia harap sangat Faliq tak nampak dia, tapi jauh di sudut hati dia tahu lelaki itu dah nampak dia! Oh my God!

   "Hey watch your step!" Janna tersentak apabila dia merempuh seorang lelaki asing. Oh, damn! Kau dah terlanggar tourist yang menginap di hotel ini, Janna. Okey, Janna. Your fault!

   "So... sorry sir. I didn't see you earlier. Sorry-sorry, it's my bad." Janna mengutuk diri sendiri dalam hati. Apatah lagi apabila pelancong asing tadi sudah merah wajahnya apabila kamera miliknya jatuh menyembah lantai. Nasib tak pecah aje tu.

   "What? You didn't see me? Where do you put your eyes? On your knee, huh?" tourist itu sudah marah-marah sambil membelek-belek kamera di tangannya. Janna pula sebaliknya dah rasa nak menangis.

   "I'm so sorry sir. Is your camera broken? I will replace the new one for you," Janna cuba mencapai kamera daripada lelaki itu namun tangannya ditepis.

   "Fortunately my camera still in a good condition,"

   "I'm sorry sir. My bad, I admit it."

Dia pun tak tahu dah berapa kali dia meminta maaf kepada pelancong asing ini. Huh, kenapa lelaki asing ni garang sangat? Bukan aku pecahkan kamera dia pun. Jatuh sikit aje, itu pun terjatuh atas karpet merah yang terbentang elok di sepanjang laluan itu. Sepatutnya seorang pelancong kena lah tunjukkan adab yang baik bila datang ke tempat orang. Yes, you're so rude sir!

   "What's going on here?" soal Faliq yang berdiri di belakang Janna dan berjalan perlahan berdiri di sebelah gadis itu pula. Janna gigit bibir sambil meramas-ramas jari jemarinya. Kenapa lelaki ni perlu ada di sini?

   "Who are you?" soal tourist berkenaan, memandang Faliq atas bawah. Faliq senyum nipis seraya menghulurkan tangannya untuk berjabat. Lelaki itu menyambut huluran Faliq tak teragak-agak.

   "I'm Syed Faliq Amzar, the CEO of Lauren's Hotel." Faliq memperkenalkan diri.

   "Oh I see! I'm Kevin. Nice to meet you in person sir." Kevin senyum nipis, membalas senyuman Faliq. Faliq jatuhkan kepala sekali seraya menjeling Janna yang menunduk menekur lantai di sebelah.

   "So, what happened just now sir? Does my worker give you a problem?" soal Faliq.

   "Yeah. She has violated me, fortunately my camera still in a good condition." jawab Kevin, pelancong asing yang mempunyai ketinggian yang sama dengan Faliq. Mungkin usia mereka sebaya. Mungkin.

   "I accidentally violated you, sir." Janna mencelah. Sengaja dia menekan perkataan 'accidentally' tu. Dia terlanggar okey bukan dia sengaja nak melanggar lelaki itu!

   "Shut up,"

Janna terdiam. Dia tahu Faliq tujukan ayat itu untuk dia. Sekali lagi air liur ditelan kasar.

   "I sincerely apologize on behalf my employees sir. I promise you that this incident will not happen again. I'm sorry," Faliq tundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Kevin senyum sinis seraya memandang Janna di sebelah.

   "It's okey, I forgive her. I've something to do now, nice to met you sir and nice to meet you too beautiful," Kevin senyum sebelum dia melangkah pergi dengan kamera di tangan. Janna hela nafas berat. Janna kerling Faliq di sebelah. God! Boleh tak dia nak jadi halimunan sekarang ni dan hilang dari pandangan Faliq?

Faliq pandang Janna di sebelah.

   "Dah berapa lama you kerja dekat sini?" soal Faliq, mengangkat sebelah keningnya.

   "Dah seminggu,"

   "Baru seminggu tapi you dah buat masalah dalam hotel ni?"

Janna mengeluh .

   "Saya terlanggar dia okey bukan saya sengaja nak langgar dia pun. Lagipun, tourist tu over sangat nak marah-marah saya. Kamera dia bukan rosak teruk pun, jatuh sikit aje. Tu pun jatuh atas karpet ni ha. Plus, kamera dia tak hancur pun. Kalau hancur, saya mengaku saya salah." balas Janna, geram. Masih sakit hati bila dituduh begitu. Faliq geleng perlahan kepalanya.

   "Pandai you menjawab ya,"

Janna mengeluh.

   "I'm sorry Syed Faliq. My bad,"

Hari malang apakah ini Janna? Dah la kena sound dengan tourist yang berlagak tu sekarang kau kena menghadap bos besar pulak! God.

   "Nasib baik tourist tadi tak ambil apa-apa tindakan legal terhadap you. Kalau tidak..."

   "Eh kamera jatuh tapi tak rosak pun nak ambil tindakan undang-undang dekat saya ke?"

   "I'm talking,"

   "Sorry sir,"

Janna berdecit apabila tersedar keterlanjurannya memotong percakapan Faliq.  Ni memang no manners!

   "I don't know what kind of person you are. You have a beautiful face and I really hope you have a beautiful manners too. Hati-hati bila bercakap dan jangan terlampau lantang berbicara." tutur Faliq, tanpa senyuman.

Janna terdiam. Makan-dalam ni.

   "I maafkan you kali ni, but for the next time I'll not consider anymore," Faliq berura-ura mahu melangkah pergi. Janna mengeluh panjang lalu meraup wajah. Baru seminggu dekat sini dia dah buat masalah. Baru seminggu dekat sini dia dah kena sound dengan bos besar. Bos besar a.k.a CEO Lauren's Hotel sendiri. Kau rasa?

   "Oh ya. I've something to you."

Faliq menyeluk poket seluar lantas dikeluarkan pin comel berbentuk rama-rama. Mata Janna terbuntang bila pin comel miliknya itu berada dalam tangan Faliq.

   "Itu saya punya. Mana Syed Faliq jumpa?" soal Janna. Faliq gelak sinis.

   "Last week. Dalam lift." Jawab Faliq dengan hujung bibir dah terangkat sedikit. Janna diam dulu sambil kepala cuba memproses sesuatu. Dalam lift...

   "I nak bagi dekat you masa tu tapi... I kena tampar. Kesian kan?"

Berkali-kali Janna teguk liur sambil tubuh dah mula menggigil.

   "Errr Syed Faliq... saya... saya..."

   "It's okay. I dah maafkan you even tough... sakit juga tamparan you dekat I tempoh hari. Nah, ambil balik pin you. Jaga baik-baik, jangan sampai tercicir lagi. I tak nak orang lain jadi mangsa macam I."

Tak sempat Janna membalas, Faliq dah bawa langkah pergi. Pin comel berbentuk rama-rama dalam pegangan digenggam. Apa lah teruk sangat kau ni, Janna? Orang punya lah berniat baik tapi macam tu kau balas? Agaknya... perangai biadap kau lepas balik dari Kanada ni kembali muncul ya. Heh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro