Bab 5
"AMBOI baru sehari kerja, dah macam lemon muka tu Janna? Ha, baru kau tahu seronok ke tidak kerja houskeeping ni," Shima henyak punggung di sebelah Janna yang sedang duduk bersandar pada sofa bilik rehat itu. Janna merengus.
"Hesy! Muka aku lemon macam ni bukan sebab aku penat ke apa ke. Aku tengah panas ni!" balas Janna. Dia kembali sakit hati bila teringat kembali lelaki miang yang berlagak nak mati tadi. Check-in Standard Room aje pun dah berlagak!
"Panas? Kenapa? Air-cond dalam hotel ni semua dah rosak ke?"
"Tak lawak lah, Shima!"
"Okey-okey. Cuba cerita dekat aku apa masalah kau. Aku nak dengar," Shima betulkan duduk menghadap Janna. Sekarang waktu rehat jadi mereka boleh la duduk bergosip menyembang dan membawang macam ni.
"Customer Standard Room yang aku kena kemaskan tadi. Bilik yang Encik Mizi suruh aku pergi tadi tu," Janna mula menyusun ayat.
"Okey, kenapa?"
"Over kau tahu tak? Berlagak. Pervert! Eei aku cukup menyampah betul lah dengan orang macam tu. Kalau tak fikirkan reputation hotel ni, memang aku dah flying kick dia sampai melekat dengan dinding. Kau tahu tak mata dia atas bawah pandang aku. Kau rasa? Tak ke pervert namanya tu, Shima?" luah Janna, geram. Terbayang-bayang wajah tampan lelaki itu. Handsome tapi miang!
"Customer yang check-in bilik mana ni?" soal Shima. Sepanjang dia bekerja sebagai housekeeper ni, belum ada lagi mana-mana customer yang cuba 'mencabul' dia seperti yang diperkatakan Janna tadi. Tapi Janna, baru first day kerja dah kena 'cabul'? Agaknya Janna ni lawa sangat kut. Cutting badan pun boleh tahan. Cutting 'S' gittew.
"Standard Room bilik 204 tu lah!" jawab Janna, sedikit kasar. Tubuhnya dipeluk.
"Bilik 204? Eh tu bukan bilik perempuan ke? Wana cakap orang yang check-in bilik tu perempuan. Demand sangat sampai suruh housekeeper sental semua habuk-habuk dalam bilik tu sedangkan bilik tu memang dah habis bersih. Kalau ada habuk pun, just boleh detect dengan kanta pembesar aje lah." balas Shima, pelik.
Terus Janna pandang Shima di sebelah. Perempuan? Habis lelaki tadi tu siapa?
"Ah lantak lah lelaki ke perempuan ke, mamat tu tetap pervert! Sekali lagi dia buat macam tu dekat aku memang aku tak teragak-agak nak cabut semua gigi dia. Biar pakai gigi palsu seumur hidup!"
Shima lepas gelak. Janna kalau marah memang macam ni. Orang yang tengok dia marah bukan nak tumpang marah sekali tapi tumpang gelak. Aduhai!
"Dah la, biar lah dekat dia. Maybe dia tak sengaja kut nak pandang kau lama-lama. Yalah, kau kan cantik, jelita, menawan. Tak gitu?" Shima peluk bahu Janna. Janna jeling sebelum bibirnya melorek senyuman kecil.
"Terima kasih atas pujian itu. Aku sangat menghargainya,"
Shima mencebik.
"Eei pantang kena puji sikit. Menyampah!"
Janna gelak.
"SUHANA, call Encik Mizi dari Housekeeping Department. I nak jumpa dia sekarang," tutur Faliq tatkala talian interkom bersambung. Kemudian dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Kepala ditongkat dengan tangan sambil minda kembali terbayang wajah gadis housekeeper yang selamba aje sound-sound dia tadi. Faliq kemudiannya melorek senyum makna.
She's interesting.
She's something.
Lima belas minit kemudian, kedengaran ketukan pada daun pintu. Faliq membetulkan duduk sebelum menyuruh manusia itu masuk. Encik Mizi perlahan-lahan menghampiri meja kerja Faliq sebelum dia melabuhkan duduk apabila dipelawa lelaki itu.
"Ada apa Syed Faliq nak jumpa saya?" soal Encik Mizi. Dia tahu, kalau dia dipanggil bos besar mesti ada yang tak kena dengan department dibawah pengelolaannya. Sedikit sebanyak perasaan gementar menyelinap masuk dalam hati.
"I nak tanya you, you ada hire housekeeper yang baru ke dua tiga hari ni?" soal Faliq. Segala urusan pengambilan kerja semuanya diserahkan kepada Encik Mizi, memandangkan lelaki itu sudah berkhidmat di hotel ini sebelum dia diangkat menjadi CEO lagi. Jadi, dia memang meletakkan sepenuh kepercayaan di atas bahu Encik Mizi selaku orang lama di sini.
"Errr... ada, Syed Faliq. Tapi dia cuma kerja di sini menggantikan Puan Hidayah yang cuti bersalin selama 3 bulan," jawab Encik Mizi.
"Who is she? Macam mana you boleh hire dia kerja dekat sini?" soal Faliq lagi.
"Errr saya ada bawa dokumen peribadi pekerja baru tu. Syed Faliq nak tengok ke?"
"Give me," Faliq menyambut huluran fail daripada Encik Mizi. Dipandang lama gambar berukuran passport yang diklip di hujung fail. Ya, perempuan ni. Faliq mula meneliti butir-butir maklumat diri gadis itu. Sesekali bibirnya tercebik-cebik.
"Hmm... dental student. Dalhousie University, Kanada. Interesting." gumam Faliq sendiri. Patut lah lantang sangat berkata-kata, budak genius rupanya. Lama Faliq membelek fail nipis itu. Habis semua maklumat gadis itu dibacanya. Fail ditutup sebelum dia menolak perlahan fail itu ke hadapan Encik Mizi.
"So, she's not permanent?"
"Tak, Syed Faliq. Dia cuma menggantikan Puan Hidayah selama 3 bulan sahaja. After 3 bulan, dia resign."
Faliq menganggukkan kepalanya berkali-kali.
"Okey, that's all. Kalau I perlukan apa-apa lagi, I panggil you."
"Baik, Syed Faliq. Saya minta diri dulu," Encik Mizi menundukkan sedikit kepalanya sebelum dia melangkah keluar dari bilik pejabat mewah itu. Faliq sandarkan kepalanya dan memusing-musingkan kerusi yang didudukinya.
Nadhratul Jannah. Ready to play the game?
JANNA melangkah turun ke dapur pada malam itu. Tiba-tiba tekaknya terasa haus. Kain tuala diletakkan di atas kepala sebelum dia berlalu ke dapur. Yalah, Hakimi ada di dalam rumah ni. Masih dalam tempoh bercuti katanya.
Janna membancuh minuman coklat pada kabinet dapur sebelum dia ditegur satu suara. Terhinjut bahu Janna dibuatnya. Terus dia berpusing memandang Hakimi yang sedang seronok ketawakan dia sebab dah berjaya buat dia terkejut dan melatah. Jelingan padu dihadiahkan buat abang sepupunya itu.
"Nasib Janna tak ada sakit jantung tau, Abang Kimi! Ingat seronok ke kasi terkejut orang?" marah Janna.
"Okey-okey. Abang minta maaf sebab dah kejutkan Janna. Promise lepas ni buat lagi." Hakimi angkat sebelah tangan separas bahu. Janna tayang wajah menyampah sambil tangan kembali mengacau minuman coklat panas di dalam mug.
"Sedapnya bau. Buatkan satu dekat abang, boleh?" pinta Hakimi sebelum dia labuhkan duduk di atas kerusi meja makan.
"Boleh aje. Sekejap eh." Janna mencapai satu mug lagi sebelum dia membancuh minuman coklat untuk Hakimi. Alang-alang kan, apa salahnya dia bancuh minuman untuk lelaki itu. Bukannya susah sangat pun. Pahala pun free aje dapat. Selesai membancuh minuman, Janna ambil tempat di hadapan Hakimi. Mug berisi coklat panas itu ditolak perlahan.
"Nah, untuk abang."
"Thanks Janna,"
"You're welcome,"
Perlahan-lahan Janna menyicip perlahan minuman itu. Sesekali dia meniup minuman panas itu sebelum didekatkan bibir cawan pada bibirnya. Panas tapi sedap!
"So, macam mana kerja hari ni? Okey tak?" Hakimi menyoal sambil mata memandang adik sepupunya di hadapan. Cantik budak ni.
"So far so good lah. Lagipun, baru first day kerja kan? Boleh lah." jawab Janna lalu bibirnya mengukir senyuman nipis.
"Abang rasa kerja tu tak sesuai langsung dengan kelulusan Janna. I mean, kan Janna student dentist. Ijazah lagi. So, kerja houskeeping tu macam something wrong somewhere lah. Tapi itu cuma pendapat bagi abang. It's not matter at all," balas Hakimi. Janna senyum nipis.
"Abang, itu kan kerja halal. Janna tak kisah pun, janji Janna dapat ambil pengalaman walaupun memang jauh beza dari bidang Janna. Lagipun, mana tahu Janna jumpa jodoh ke dekat situ. Tak ke untung tu?" seloroh Janna seraya menghirup perlahan minuman panas itu. Berubah riak wajah Hakimi. Mungkin bagi Janna itu cuma sebuah jenaka, tapi bagi dia apa yang diperkatakan Janna itu adalah sesuatu yang serius dan tak lawak langsung.
Dia sukakan Janna. Dia sedar yang Janna adalah adik sepupunya, tapi dia tak boleh tipu diri sendiri apabila semakin lama semakin mekar perasaannya buat gadis itu. Dia mahu mempersuntingkan Janna sebagai isterinya suatu hari nanti. Dia mahu menjaga Janna seumur hidupnya. Dia cintakan Janna seluruh jiwa dan raganya.
Janna yang perasan wajah Hakimi berubah segera menyoal, pelik.
"Are you okay?"
"I'm okay. Abang okey! Terima kasih untuk air coklat ni. Abang naik bilik dulu," terus Hakimi berlalu dengan mug kaca di tangan. Janna memandang belakang tubuh Hakimi yang menghilang di sebalik dinding. Bahu dijongketkan, bibir dicebikkan.
Tiba-tiba mood berubah. Aku ada salah cakap ke tadi?
JANNA menekan butang lif mahu turun dari tingkat lima ke lobi. Seminit menunggu, pintu lif terbuka. Seketika dia terkaku memandang lelaki yang sedang berdiri di dalam lif berkenaan. Kenapa aku kena bertembung dengan dia hari ni?
"Nak masuk ke tidak?" soalan Faliq buat Janna tersedar. Terus dia menapak masuk lalu berdiri di belakang lelaki itu. Tak nak lah dia berdiri depan lelaki tu, buat dia scan badan aku macam hari tu macam mana? Dah la pervert!
Terbuntang mata Janna apabila Faliq selamba sahaja menekan semua punat nombor lif dan semestinya dia akan lambat sampai ke lobi kerana lif akan berhenti di setiap tingkat. Janna merengus perlahan. Dan tiba-tiba bulu romanya meremang apabila memikirkan keberangkalian yang akan berlaku apabila dia berdua-duaan dengan lelaki gatal ini dalam lif ni. Dah la lelaki ni pervert!
Faliq senyum sinis lalu memusingkan tubuh memandang Janna yang sedang bersandar pada dinding lif. Janna telan liur. Relaks, Janna relaks. Kau kena ingat dulu masa zaman study kau ada belajar teknik mempertahankan diri. So, keep calm.
"Where to go?" soal Faliq, memandang gadis yang beruniform housekeeping itu.
"Lobi," jawab Janna, sepatah. Tangan disilang ke tubuh.
"I tak pernah pun nampak you dekat hotel ni, pekerja baru ke?" sengaja Faliq menyoal sedangkan dia tahu semuanya tentang gadis itu. Janna menjeling.
"Perlu ke tahu? I don't think so. Plus, I'm not talking to stranger. Sorry!" Janna peluk tubuh seraya melemparkan pandangan ke arah lain.
Ting! Lif berhenti pada tingkat tiga. Rasa lega segera bertandang apabila ada dua orang pekerja sudah berdiri di hadapan pintu lif. Berura-ura mahu melangkah masuk.
"Sorry, I'm using this lift."
Laju Janna pandang Faliq yang selamba badak menghalang dua manusia yang ingin masuk ke dalam lif. Perlahan-lahan pintu lif kembali tertutup rapat.
"Kenapa tak bagi dia orang masuk? Awak ingat lif ni awak punya ke? Awak bayar ke lif ni? Sepatutunya bukan saya yang akan jatuhkan reputasi hotel, tapi awak! Dah la pervert, berlagak pulak tu!" marah Janna, geram. Terus Faliq menoleh memandang Janna di belakang. Dia boleh terima lagi kalau Janna gelar dia berlagak, tapi pervert? Amat tidak boleh diterima!
"Pervert? I pervert?" setapak Faliq melangkah menghampiri. Janna tayang muka tak berperasaan namun dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Janna telan liur apabila Faliq meletakkan sebelah tangannya pada dinding lif, betul-betul di tepi kepalanya. Dan kedudukan lelaki itu merapatinya namun masih ada jarak.
"Kalau I pervert, I tak tengok aje tau. Tapi I..." Faliq tarik senyuman sinis. Sengaja dipandang wajah Janna lama-lama. Janna meramas-ramas jari jemarinya sendiri.
Ting! Pintu lif dibuka apabila berhenti di aras dua. Namun pantas Faliq menekan punat lif dan pintu lif kembali tertutup. Janna dah rasa pelik. Kenapa orang-orang yang nak masuk lif ni, tunduk hormat dekat lelaki berlagak ni?
Faliq kembali memandang Janna di hadapannya. Sebelah lagi tangan Faliq sengaja naik menyentuh kepala Janna yang berlapikkan kain tudung.
"Jangan sentuh saya!" tutur Janna seraya bergerak menjauhi Faliq. Dia berdiri betul-betul di tepi pintu lif. Mengecilkan diri di situ.
Mata Faliq kemudiannya jatuh memandang sesuatu di atas lantai lif. Tubuh dibongkok mencapai pin kecil rama-rama milik Janna yang tercicir tanpa sedar. Faliq menyentuh bahu Janna dari belakang. Namun pantas saja Janna menepis tangan itu sebelum telapak tangannya naik menyentuh pipi Faliq.
Pang!
Faliq terpana. Dia ditampar? Seumur hidup dia tak pernah ditampar mana-mana manusia kecuali gadis kecil molek ini. Janna orang pertama yang berani naik tangan padanya. Ini dah melampau!
"Awak jangan ingat saya ni barang boleh sesuka hati sentuh-sentuh. Saya ni pun ada harga diri tau! Ada maruah. Saya bukan jenis yang boleh biarkan orang sentuh saya tambah-tambah stranger macam awak. So, please behave yourself. Respect other, so the other will respect you too! So, dalam situasi sekarang ni... saya langsung tak boleh nak respect awak!" tajam pandangan mata Janna dan Faliq bersabung. Nafas mereka sama-sama turun naik menahan rasa amarah dalam hati. Pintu lif dibuka lalu Janna menonong keluar daripada lif berkenaan. Buku lima digenggam erat. Itu baru tampar, bukan sepak terajang lagi.
Faliq berdecit. Dia berniat baik mahu pulangkan balik pin rama-rama comel ni aje kut! Tapi balasan apa yang dia dapat? Satu tamparan yang boleh tahan kuatnya sehingga kini masih terasa denyut di pipinya.
Faliq hela nafas. Mungkin salah dia juga kut sebab sentuh bahu macam tu. Mungkin sekarang ni Janna dah pandang serong padanya. Oh, damn!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro