Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

DIA membetul-betulkan letak duduk uniform berwarna merah dan hitam di tubuh rampingnya. Uniform housekeeper di Lauren's Hotel adalah berwarna merah dan hitam. Manakala pakaian untuk cleaner pula adalah biru hitam. Warna-warna itu lah yang membezakan skop kerja di sini. Janna melangkah keluar daripada bilik persalinan lalu menghampiri Shima dan Encik Mizi, supervisor housekeeping department.

   "Dah siap," Janna layangkan senyumannya buat manusia yang sedang berborak berdua itu. Atas bawah, atas bawah Shima pandang Janna yang segak dengan uniform Lauren's Hotel di tubuh.

   "Kau ni, pakai apa pun cantik kan? Betul tak Encik Mizi?" Shima pandang supervisor di sebelah. Terangguk-angguk kepala Encik Mizi, menyokong kata-kata Shima. Janna sengih malu.

   "Hesy, jangan la puji aku macam tu Shima. Biasa-biasa aje la," balas Janna, kembang semangkuk. Shima pula buat muka. Harap ada Encik Mizi aje ni, kalau tak bukan main masuk bakul angkat sendiri perempuan seorang ni. Pantang orang puji dia lawa sikit. Janna jongket-jongket keningnya kepada Shima, tahu apa yang sedang bermain dalam hati kawan baiknya itu. Mengutuk aku la tu!

   "So, macam yang awak sedia maklum awak akan gantikan Puan Hidayah yang bercuti selama 3 bulan kerana bersalin. Jadi, semua jadual dan tugas dia akan diambil alih oleh awak selama 3 bulan ni. Ini jadual tugas Puan Hidayah, awak boleh rujuk sini. Waktu kerja pula seperti biasa dibahagikan kepada dua shift, bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam untuk shift yang pertama dan 10 malam sehingga 10 pagi keesokan harinya untuk shift kedua. Cuti pula hanya diberikan pada hari Sabtu sahaja, bermakna awak berkerja selama 6 hari seminggu. Awak mampu untuk bekerja di sini?" Encik Mizi menyoal.

Laju Janna mengangguk kepala.

   "Insya-Allah saya mampu, Encik Mizi." balas Janna dengan senyuman. Tak apa lah, nak timba pengalaman punya pasal... terpaksa ku relakan aje lah. Cuti pun cuma sehari seminggu aje huhu.

   "Bagus. So, untuk minggu pertama ni shift awak bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Minggu seterusnya shift awak bertukar pula. Awak faham kan maksud saya?"

   "Faham, encik."

   "Okey baik. Saya minta diri dulu, apa-apa awak boleh refer dekat Shima. Saya serahkan Janna dekat awak, Shima. Tolong bantu dia apa yang dia tak tahu," Encik Mizi pandang Shima di sebelah. Shima menganggukkan kepalanya sedikit.

   "Baik, Encik Mizi." dan lelaki itu berlalu meninggalkan ruangan housekeeping department tersebut. Janna dan Shima berpandangan apabila kelibat Encik Mizi sudah menghilang. Janna membetul-betulkan uniform barunya itu.

   "Jom aku ajar kau pasal cara kerja dekat sini. Tengok jadual jam Puan Hidayah, sekarang dia sepatutnya buat apa?" terus Janna membuka fail nipis yang diberikan Encik Mizi tadi.


"GET your manager now!!!" kecut perut dua orang pekerja housekeeping itu mendengar jerkahan gadis bertubuh tinggi lampai yang sedang menayang wajah bengis. Wana dan Fatin berpandangan sesama sendiri.

   "Kami minta maaf cik. Tapi manager kami tak ada dekat hotel sekarang ni, dia cuti." balas Wana tergagap-gagap.

   "Cuti? Dia makan gaji buta ke apa dekat hotel ni? Then panggil CEO hotel ni sekarang! I nak jumpa dia!" semakin tinggi ton suara yang digunakan oleh gadis tersebut.

   "Tapi cik..."

   "I tak nak dengar apa pun alasan keluar dari mulut you. I nak dia datang jumpa I sekarang atau I sendiri yang pergi jumpa dia. Jangan sampai I mengamuk pulak!" gadis itu menghenyak kasar punggungnya di atas kerusi lalu kaki disilangkan. Terserlah betis licinnya itu memandangkan dia hanya memakai dress separas betis.

Wana buru-buru meninggalkan ruangan Standard Room lalu menuju ke tingkat paling atas yang menempatkan bilik pejabat CEO Lauren's Hotel. Sebenarnya pernah sekali aje dia jejak kaki dekat tingkat paling atas, itu pun tahun lepas. Dan hari ni tak pasal-pasal dia kena jejakkan kaki di situ semula. Semuanya sebab perempuan yang tersangat-sangat lah over dan demand nak mampus! Hati Wana membentak geram.

Wana melangkah ke arah meja secretary. Atas bawah, atas bawah Suhana pandang Wana yang tiba-tiba sahaja muncul. Ada apa pekerja housekeeping datang ke sini?

   "Yes?" Suhana menyoal. Resah gelisah aje muka Wana pada pandangan Suhana.

   "Errr... macam ni. Ada customer yang menginap di Standard Room mengamuk. Saya tak tahu punca dia mengamuk. Dia nak jumpa manager tapi Encik Zaidi kan masih cuti sakit. So, dia nak Syed Faliq sendiri turun jumpa dia sekarang. Atau dia akan buat kecoh lagi," jelas Wana. Terangguk-angguk kepala Suhana mendengar penjelasan daripada gadis yang kelihatan takut-takut itu.

   "Wait a minute. Saya beritahu Syed Faliq kejap," Suhana berlalu sebelum dia memboloskan diri ke dalam bilik pejabat lelaki itu. Seminit berlalu, Syed Faliq melangkah keluar diikuti Suhana di belakang. Bingkas saja Wana berjalan mendahului Syed Faliq yang menayang wajah yang agak serius. Bapak harimau dah datang!


EMELDA memeluk tubuh sambil kaki disilang kemas. Dipandang Fatin, gadis housekeeper yang sedang berdiri tegak tidak jauh dari situ. Wajah angkuh ditayang sehabis boleh. Seketika Faliq melangkah masuk diikuti dua orang perempuan di belakang. Lama Faliq pandang Emelda. Emelda hulur senyuman sinis.

   "Please leave us. She's one of my friend," tutur Faliq, memandang tiga orang manusia di situ. Segera mereka bertiga meninggalkan Standard Room. Pintu sengaja dibiarkan terbuka agar tidak menimbulkan fitnah. Emelda gelak sinis.

   "Anything yang I boleh bantu? Sampai you ugut nak buat kecoh dekat tempat I," Faliq menyoal. Emelda bangun dari duduk.

   "This room is really disgusting me. Boleh tak you upgrade kan bilik ni untuk I? Tv tu terlalu kecil untuk I. Tilam tu keras dan bilik ni... kecil. Macam mana I nak duduk dalam bilik kecil macam ni? Lebih baik I check in hotel bajet aje kalau macam ni." jawab Emelda lebih kepada meminta dan mengkritik. Faliq masukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar slack yang dipakainya. Wajah angkuh Emelda dipandang.

   "Miss Emelda, kalau you tak sedar lagi... sini I tolong sedarkan you balik. Masa you pergi dekat receptionist tadi, you minta bilik mana? Kalau you minta suite, you takkan ada kat sini. This is Standard Room. Just sediakan kemudahan asas aje. Kalau you expect Standard Room macam suite, you're definitely wrong. This is not Deluxe Room or a Suite. Kalau you tak suka, why you check in bilik ni? Kenapa you tak check in Suite? Anak perempuan kepada Datuk Sri macam you ni, takkan tak mampu nak check in bilik yang lebih mewah macam yang you nak?" sinis nada suara yang digunakan Faliq. Emelda merengus.

Rossy Emelda. Anak perempuan kepada salah seorang daripada dua puluh jutawan terpengaruh di Malaysia. Memiliki wajah ala-ala artis Bollywood yang cantik dan menawan. Memang sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang model paling terlaris dan juga terkenal di seluruh negara Asia.

   "I lari dari rumah. I tak tahan nak stay dalam rumah tu lagi! Rumah tu dah macam neraka!" rengus Emelda, geram. Faliq labuhkan duduk di atas sofa yang tersedia di dalam bilik itu. Kaki disilang kemas.

   "Nak share problem you dengan I?"

Emelda ambil duduk di hadapan Faliq. Dipandang wajah tanpa senyuman lelaki itu. Tak senyum pun tetap kacak. Tetap membuatkan mana-mana perempuan tak jemu memandang. Bohong lah kalau dia tak pernah sukakan lelaki itu. Tapi malangnya dia ditolak mentah-mentah. God, muka cantik... cutting body lawa macam dia pun kena tolak? Dia pun tak tahu macam mana sebenarnya taste Faliq terhadap perempuan. Pelik! Takkan minat kaum sejenis kut? Nabi tak mengaku ummat.

   "Daddy I block semua card I. Kereta I kena tarik, penthouse I kena sita. Dalam purse I just ada cash yang tak sampai five hundred ringgit pun. I pergi restaurant, I macam orang miskin yang kena belek buku menu untuk cari makanan yang paling murah. I masuk mall, I tak boleh beli barang branded favorite I. I macam orang bodoh yang boleh tengok aje barang yang I nak dari luar kedai. And I nak pergi mana pun, kena call Uber. Can you imagine how bad my situation Syed Faliq? I ni anak Datuk Sri tau! But ya, thanks God I ada akaun bank sendiri but, dekat dalam tu I just ada five thousand ringgit Malaysia. You ingat duit yang hanya lima ribu tu cukup ke nak tampung kehidupan I. The answer is no. A big no! Dan dengan duit tu, I cuma mampu check in bilik ni tahu tak? That's why I'm here. In this stupid room." Emelda sebak rambut ke belakang. Berjela-jela bebelan si gadis berkaki panjang itu. Faliq hanya menadah telinga mendengar segala yang diperkatakan Emelda.

   "So, what can I do for you?" soal Faliq, tenang.

   "Give me a suite. I nak duduk situ!" balas Emelda.

   "You nak pindah masuk suite? Fine, how about payment?" Faliq menyoal lagi dengan sebelah kening yang dijongketkan.

   "You tak payah lah nak kedekut dengan I. Kalau ikutkan I mampu aje nak check in semua bilik dekat hotel you ni, tapi buat masa sekarang I tersepit. I tak ada banyak duit sekarang ni you faham tak? Tak boleh ke you bagi aje I stay dekat suite room for a couple of night? I janji dengan you, once I dah dapat balik hak I, I'll make the payment. Deal?" penuh berharap pandangan mata Emelda kepada Faliq.

Faliq betulkan duduk.

   "Well... sorry to say Emelda. It's all about business. Business is still a business!"

   "Seriously Faliq? Then you nak biarkan I bermalam dekat sini? In this stupid room? Dengan tilam keras macam tu?"

   "Why not? It's good for you selagi air-cond dalam bilik ni still berfungsi. You jangan risau Emelda, tilam yang you cakap keras tu semuanya memberi keselesaan untuk customer-customer I. I jamin you akan tidur lena malam ni," balas Faliq. Bukan dia kedekut untuk membantu Emelda, tapi kerana dia kenal siapa gadis itu sebenarnya. Seorang gadis bandar yang tersangat lah demand dan berlagak. Apa salahnya dia 'mengajar' gadis itu agar hidup bersederhana? Lagipun Standard Room bukan lah teruk mana. Masih boleh berehat di dalam bilik ini walaupun ruangnya tidak lah terlampau besar.

Emelda merengus.

   "So you tak boleh nak tolong I lah ni? Fine! I penat bercakap dengan you. Habiskan air liur I aje!" terus Emelda menonong keluar daripada kamar itu. Faliq raup wajah. Macam-macam masalah kalau melibatkan orang kaya ni. Drama sangat!


PERLAHAN-LAHAN Janna menolak troli. Matanya melilau mencari kamar bernombor 204. Kata Encik Mizi, dia ditugaskan untuk mengemas kamar itu atas permintaan CEO Lauren's Hotel sendiri. Janna tersenyum apabila nombor bilik berkenaan sudah dijumpai. Dia memberhentikan troli betul-betul di hadapan pintu bilik. Namun tak sampai lima saat dia sedikit terkejut apabila troli itu dirempuh seseorang yang kebetulan melangkah keluar daripada kamar tersebut. Nasib baik rempuhan kecil sahaja tanpa ada barangan yang jatuh. Tapi, kuat juga la bunyi troli besi itu apabila dirempuh begitu. Erk!

   "God! Boleh tak jangan letak troli betul-betul depan bilik? You halang jalan I!" Faliq sudah marah-marah sambil mengusap perlahan pahanya. Tak kan sakit kut sebab rempuh troli yang tak bersalah ni?

Terhinjut bahu Janna. Terus dia pandang lelaki yang sudah berkerut-kerut wajahnya. Eh macam pernah ku lihat. Tapi di mana ya?

Faliq angkat kepala memandang Janna yang terkebil-kebil memandang dirinya. This girl. Again?!

   "You? What are you..." mata Faliq jatuh memandang uniform yang tersarung di tubuh Janna. Janna yang menyedari ke mana mata Faliq terhala terus menyilangkan kedua-dua belah tangannya di dada.

   "Hey watch your eye! Pervert!" lantang Janna bersuara. Terjatuh rahang Faliq mendengar ayat yang keluar daripada mulut Janna. She say what? Per... what? Pervert?!

Faliq cekak pinggang sambil ukir senyuman sinis. Nak marah pun ada sebenarnya sekarang ni. Suka hati perempuan ni aje cakap aku pervert. Ingat aku ni selera sangat ke dengan badan dia ni? God!

   "You yang kena jaga mulut you. You ingat cutting badan you lawa sangat ke sampai you cakap I pervert? Lembu tengok pun tak selera,"

   "What?!"

Janna tahan rasa. Kurang ajarnya mulut dia ni! Biadap level 100!

   "Eh you cuma housekeeper dekat sini tapi biadap betul bila bercakap dengan orang macam I. You tak kenal ke I siapa? I ni..."

   "Eleh setakat check-in Standard Room tak payah nak berlagak lah. Bukan awak check-in dekat Suite ke apa ke sampai nak berlagak macam ni. So what kalau saya ni cuma housekeeper? Ada masalah? Ada saya kacau urusan hidup awak? Ni cik abang, jangan nak berlagak sangat lah. Awak dengan saya tak ada beza pun. Huh! Harap pakai sut aje konon nak nampak hebat. Tapi hakikatnya..." Janna peluk tubuh. Jelingan maut dihadiahkan buat Faliq. Faliq tahan rasa. Perempuan ni dah kenapa?

   "Eh siapa yang hire you kerja dekat sini? Hotel ni tak hire orang yang biadap macam you untuk kerja dekat sini tau. Orang macam you boleh jatuhkan reputasi hotel ni tahu tak? So, behave!" jari telunjuk Faliq menunding ke arah Janna.

   "Excuse me... awak bukan CEO hotel ni pun yang nak sibuk-sibuk hal orang. Lantak dekat dia orang lah nak hire pekerja macam saya ke apa ke. None of your business encik berlagak! Kalau reputasi hotel ni jatuh sekalipun, ada kena mengena dengan awak ke? Tak kan? So, excuse me. Saya nak kemas bilik yang awak dah tinggalkan ni. Nak buang habuk-habuk negative yang berkeliaran dalam bilik ni," terus Janna menolak troli sehingga membuatkan Faliq menginjak ke tepi. Hilang sahaja kelibat Janna di dalam bilik itu, Faliq merengus kasar.

Dia tak kenal ke aku siapa? Selamba badak berendam dia aje sound-sound aku. Aku ni bos dekat hotel ni okey! Kalau ikutkan kuasa veto, memang aku dah pecat dia terus. Tapi, bukan sekarang. Game ni nampak macam menarik. Tak sabar nak tengok perangai 'malaikat' dia bila tahu siapa aku yang sebenarnya dekat sini. Faliq gelak jahat dalam hati.

Let's see girl. The game is begin.


DATIN Sri Sophea menghampiri susuk tubuh wanita elegant yang selesai bergambar. Senyuman manis dikoyak lebar.

   "Datin Zaharah. Congratulation..."

Dua wanita bergaya itu bersalaman sebelum keduanya saling berlaga pipi.

   "Thank you for coming, Sophea. I ingat you dah tak datang tau." Melirik mata Datin Zaharah memandang Datin Sri Sophea yang cantik mengenakan busana berwarna ungu itu. Datin Sri Sophea ketawa kecil.

   "Hesy, dah dijemput mesti lah I datang. Tahniah, Zaharah. Cantik betul baju-baju baru you. I rasa macam nak borong semuanya." Tutur Datin Sri Sophea. Matanya sudah bersinar-sinar melihat busana rekaan Datin Zaharah yang diperagakan oleh model-model di atas pentas run away tadi. Cantik betul.

   "Terima kasih, Sophea. Eh you datang seorang aje ke?"

   "Haah, seorang aje."

   "I ingat you bawak you punya..."

Datin Sri Sophea juling mata ke atas. Tahu siapa yang dimaksudkan wanita yang berdiri di hadapannya sekarang ini.

   "Dia tak dapat nak temankan I hari ni, Zaharah. Puas I pujuk, tapi tak jalan. Pentingkan sangat kerja dia dekat hotel tu. Anak dara I pulak, pagi-pagi dah lesap entah ke mana. Tak larat I nak kepung anak dara seorang tu. Lagi dilarang, lagi dibuatnya." mahu berpusing rasanya kepala Datin Sri Sophea apabila memikirkan perangai dua orang anaknya itu. Dari kecil sampai dah besar panjang, suka sangat buat dia sakit kepala. Masing-masing dengan perangai yang langsung tak semenggah.

   "Tak apa lah. Tak ada rezeki lah I nak jumpa dia depan-depan."

   "Eh, mana anak you? Fazira?"

   "Oh, ya! Kejap."

Melilau mata Datin Zaharah mencari-cari susuk tubuh seseorang sebelum tangannya naik menggamit satu figura itu mendekat. Tersenyum lebar Datin Sri Sophea saat seorang gadis berambut panjang berdiri di sisi Datin Zaharah.

   "Sophea, ni lah dia satu-satunya puteri I. Nur Fazira. Faz, ini kawan mama... Datin Sri Sophea."

   "Hai auntie." Menunduk santun Fazira mencium tangan Datin Sri Sophea.

   "Ya Allah, cantiknya anak you bila tengok depan-depan macam ni. Lagi cantik dari dalam gambar." Puji Datin Sri Sophea melambung-lambung. Fazira tersipu malu dipuji begitu. Tersengih-sengih dia.

   "Faz biasa-biasa aje, auntie. Auntie lagi cantik."

Datin Sri Sophea ketawa kecil.

   "Faz, kalau Faz nak tahu, ini lah mummy kepada Syed Faliq Amzar. CEO muda Lauren's Hotel tu." Tutur Datin Zaharah buat mata Fazira membulat. Tangan naik menekup mulut yang sedikit terbuka.

   "Oh, seriously? No wonder lah muka auntie nak familiar dengan muka someone. Tak sangka yang auntie ni mummy kepada lelaki hebat tu."

   "Faz kenal anak auntie ke?"

   "Apa pulak tak kenal auntie. Syed Faliq always pop-up dekat medsoc. He's everywhere okay. Sana sini orang asyik cakap pasal dia aje. Your son is very good looking, auntie. Handsome tau!" seloroh Fazira, ketawa kecil.

Datin Sri Sophea dan Datin Zaharah saling berpandangan menzahirkan maksud yang mendalam.

   "Rasa ralat sangat sebab auntie tak heret Faliq datang sini sekali. Kalau tak, boleh kamu berdua berkenalan lebih rapat lagi. Betul tak, Zaharah?"

   "Betul tu, Sophea."

   "Err mana dia, auntie?"

   "Dekat mana lagi kalau bukan dekat hotel dia tu. Sibuk sangat sampai tak boleh nak tinggalkan ofis tu sekejap. Malam tadi puas auntie ajak untuk datang tapi dia tak nak. Malas auntie nak paksa lebih-lebih. Bukan dia nak ikut auntie pun."

Fazira senyum nipis.

   "Tak apa lah, auntie. Lain kali aje lah."

   "Nanti Faz datang lah dinner dekat rumah auntie. Auntie akan masakkan makanan special untuk Faz."

   "Awh, so sweet la auntie ni. Insya-Allah, nanti Faz datang ya."

Datin Sri Sophea angguk kecil sambil tangan menyentuh lembut pipi gadis tersebut. Cantiknya alahai. Wanita mana aje tak mahu ambil gadis secantik dan sesantun ini sebagai menantu? Kali pertama bertentangan mata pun dah buat hatinya luntur. Cepat sahaja dia sudah jatuh sayang dengan Fazira.

Kalau berdiri dekat sebelah Faliq, mesti macam pinang dibelah dua. Sesuai sangat-sangat. Kalau Faliq jumpa Fazira nanti, pasti Faliq akan terima Fazira. Lelaki buta aje yang takkan pandang gadis secantik dan sebijak Fazira ni, kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro