Bab 2
SELEPAS seminggu tamat peperiksaan di Kanada, Janna dan Aida akhirnya pulang ke tanah air. Sengaja mereka pulang sedikit lambat berbanding rakan-rakan senegara yang lain. Lima tahun di Kanada, bila tiba waktu untuk pulang ke Malaysia, jujur hati terasa berat. Lepasni, entah bila pula mereka boleh ke sini kecuali untuk majlis graduasi.
Turun sahaja daripada teksi, Janna angkat beberapa buah beg dari dalam but belakang kereta. Langkah kaki dihayun menuju ke arah pintu rumah. Butang loceng pada dinding ditekannya sekali dua. Salam dilaung sekali. Sambil menanti, sambil matanya liar menjeling kawasan rumah teres dua tingkat ini. Rasanya dah dua tahun dia tak balik. Dua tahun juga dia beraya di Kanada gara-gara kesibukannya di kampus. Jadual padat mengalahkan menteri.
"Waalaikumussalam... Ya Allah! Janna! Budak bertuah ni!"
Tersengih Janna bila Mak long dah memandangnya dengan biji mata yang membulat. Kalut-kalut Mak long buka pintu grill untuk anak saudaranya itu. Langsung Janna hulur tangan menyalami tangan wanita itu. Tak menunggu lama, tubuhnya sudah tenggelam di dalam pelukan Mak long.
"Mak long apa khabar?" soal Janna.
"Sihat, Alhamdulillah. Ni kenapa balik tak bagitahu? Call kita apa pun tak. Tup-tup dah terpacak depan pintu rumah!" terjegil mata Mak long memandang Janna. Janna sengih menayang barisan giginya yang elok tersusun.
"Saja lah, Janna nak buat surprise kat mak long. Tengok muka mak long ni, Janna dah tahu yang mak long memang surprise. Hehe!" balas Janna. Tergeleng-geleng kepala Mak long dibuatnya.
"Bila sampai dari Kanada? Ni, sampai sini naik apa?"
"Janna baru sampai pagi tadi, mak long. Lepastu terus ambil teksi ke sini."
"Kenapa tak call bagitahu anak oi! Boleh mak long dengan pak long pergi jemput dekat KLIA tu. Tak payah bazir duit naik teksi bagai." Mak long bercekak pinggang. Janna garu kepala yang tidak gatal.
"Ala, Janna tak nak susahkan mak long dengan pak long. Lagipun, apa guna ada teksi kalau tak naik. Betul tak? Janna tengah manfaatkan kemudahan awam lah ni mak long." Balas Janna, selamba.
"Haih, menjawab aje kerja kamu ya. Terkejut tau mak long tengok kamu tiba-tiba berdiri depan rumah. Mati-mati mak long dok ingat kamu ada kat Kanada lagi."
"Hehe. Maaf lah, mak long. Errr mak long memang nak biarkan Janna berdiri dekat luar rumah aje ke ni?"
"Ha geram sangat dekat kamu sampai terlupa nak jemput masuk. Masuk-masuk! Hesy budak bertuah ni..." Mak long membantu Janna membawa masuk luggage dan beberapa biji beg ke dalam rumah. Nasib baik tak banyak sangat beg. Janna melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Kemudian dia melabuhkan duduk di atas sofa. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling mencari-cari susuk tubuh pak long.
"Pak long mana, mak long?" Janna menyoal. Pak long merupakan abang kepada arwah emaknya. Sudah hampir dua puluh tahun dia tinggal dengan pak long dan mak long di sini selepas kedua orang tuanya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Disebabkan tiada saudara kandung yang lain, dia diambil dan dijaga oleh pak long dan mak long sehingga sekarang. Kasih sayang yang pak long dan mak long curahkan padanya, tidak berkurang sedikit pun. Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Sempurna.
"Keluar sekejap dengan Abang Kimi kamu tu. Entah pergi ke mana lah dua beranak tu," jawab mak long sambil menatang dulang minuman ke ruang tamu. Segelas minuman sejuk diletakkan di atas meja berhadapan Janna.
"Abang Kimi balik?" Janna menyoal lagi. Hakimi Najwan atau lebih mesra dipanggil Abang Kimi itu merupakan anak sulung pak long dan mak long merangkap abang sepupunya. Tua dua tahun daripada Janna dan sekarang sedang bekerja di sebuah pelantar minyak di Terengganu. Pak long dan mak long mempunyai tiga orang anak. Hakimi Najwan, Shamimi dan Shamina. Shamimi dan Shamina masing-masing kini berusia 20 tahun dan sekarang sama-sama menuntut di sebuah kolej swasta yang terletak di Bangi. Dan ya, mereka merupakan pasangan kembar seiras. Disebabkan keduanya tinggal di hostel kolej, kadang-kadang sahaja si kembar itu melekat di rumah.
"Haah, balik. Katanya cuti untuk beberapa minggu, dia pun baru aje sampai sini semalam." jawab mak long. Janna menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia sememangnya agak rapat dengan Hakimi kerana mereka membesar bersama dan Hakimi sangat memanjakannya sama seperti Shamimi dan Shamina. Capai gelas atas meja, Janna meneguk habis minuman di dalam gelas tersebut. Dahaga punya pasal.
"Mak long, Janna naik bilik dulu eh? Nak rehat kejap. Nanti kalau mak long nak masak, panggil Janna okey? Boleh Janna tolong." Janna bangun dari duduk. Beg tangan disangkut di bahu lalu luggage yang berisi pakaiannya dicapai. Tangga untuk ke tingkat atas ditujunya.
"Ye lah, pergi lah rehat puas-puas. Nasib baik mak long dah kemaskan bilik tu. Kalau tak, hidu habuk lah kamu dalam bilik tu."
"Takpe, kalau berhabuk Janna boleh bersihkan sendiri."
Berulang-alik Janna turun naik tangga mengambil beberapa biji beg lagi di ruang tamu. Mak long menggeleng kecil sebelum langkah dibawanya ke dapur.
MAKAN tengahari hari itu agak meriah dengan kepulangan Janna yang sememangnya banyak mulut dan sentiasa menceriakan suasana. Lagi-lagi bila ada Hakimi yang sememangnya suka sangat mengusik dan berlawan kata dengan adik sepupunya itu.
"So, Janna nak rehat dua tiga bulan dulu ke macam mana?" soal Hakimi yang duduk bertentangan dengan Janna di meja makan. Janna geleng kepala.
"Tak lah. Janna ingat nak cari kerja sementara. Janna baru aje lepas isi form dekat online untuk buat appointment interview dekat Putrajaya nanti. Janna pilih tiga tempat. Kuala Lumpur, Selangor dengan Melaka. Lepas interview tu nanti, Janna kena tunggu tiga bulan pulak untuk dapat panggilan kerja. Janna tak nak lah bazirkan waktu tiga bulan tu dekat rumah. So, Janna ingat Janna nak cari kerja sementara dulu. Nak tampung sikit-sikit duit poket yang dah kering ni. Lagipun macam lah tak kenal Janna ni macam mana, Janna mana suka duduk goyang kaki je. Bosan!" jawab Janna lalu menyuap nasi ke dalam mulut.
"Laju betul. Nak kerja sementara tu, dekat mana? Kerja apa? Sekarang ni nak cari kerja bukan senang tau. Susah." balas Hakimi .
"Janna tak kisah lah kerja apa pun. Kerja jadi cleaner pun Janna tak kisah, janji dari sumber yang halal." tutur Janna .
"Alah, sembang aje tu!"
"Eh-eh. Jangan pandang Janna sebelah mata okey? Ini Nadhratul Jannah la!" Janna mendabik dada. Hakimi mencebik. Pak long dan mak long hanya mampu geleng kepala melihat Janna dan Hakimi berbalas kata. Macam ni la jadinya kalau dua sepupu dah lama tak jumpa. Ada aje benda yang nak didebatkan.
"Pak long, Janna nak pinjam kereta boleh tak kejap lagi?" Janna pandang pak long. Mata dikedip-kedipkan.
"Nak pergi mana?" soal pak long.
"Saja jalan-jalan. Dah lama tak melawat kawasan. Boleh tak pak long?" jawab Janna.
"Erm guna lah kereta Iriz pak long tu."
"Yeay! Terima kasih pak long. Sayang pak long ketat-ketat!"
Hakimi gelak kecil. Comel lahai adik sepupu dia ni!
"Nak abang temankan tak?" tiba-tiba Hakimi pelawa diri. Laju sahaja Janna geleng kepala.
"Tak apa. Janna memang nak pergi sendiri,"
"Okey,"
Hakimi mengeluh. Niat mahu menemankan Janna berjalan-jalan terus terkubur bila Janna tak sudi. Apa boleh buat, Kimi. Kau tak diperlukan.
JANNA memandu kereta milik pak long menuju ke arah Lauren's Hotel. Kawan karibnya sejak sekolah rendah iaitu Shima bekerja di situ. Memandangkan dia dah lama tak jumpa Shima, jadi dia memutuskan untuk memberikan gadis itu kejutan. Seperti yang pernah Shima beritahu dalam Whatsapp beberapa minggu yang lalu, waktu rehatnya adalah pada jam lima sehingga enam petang. Dan pada pukul sepuluh malam shift Shima akan habis.
Janna berjalan masuk di lobi hotel sambil melilaukan matanya. Dia sangat sukakan dekorasi hotel mewah ini. Dah la cantik, memang mewah habis! Lantai dia pulak boleh buat cermin belek muka sebab berkilau betul. Agaknya setiap lima minit cleaner akan mop lantai kut. Erm agaknya lah, tak mustahil. Terbaik lah owner hotel ni. Memang pembersih level paling tak boleh bawak bincang.
"Hey Lola!" Janna menyapa mesra Lola yang merupakan cleaner di hotel itu. Dia boleh kenal Lola pun sebab Lola dah kerja dekat sini hampir lima tahun. Sebelum-sebelum ni kalau dia datang sini untuk berjumpa dengan Shima, pasti kelibat Lola akan ada. Sebab tu dia boleh kenal dengan Lola walaupun skop tugas Lola dengan Shima adalah berbeza. Lola merupakan cleaner atasan alias senior manakala Shima di housekeeping department.
Oh ya sebelum terlupa- Lola adalah manusia spesis lelaki. Ulang suara, lelaki ya. Tetapi mempunyai personaliti yang agak sopan dan lemah lembut. Kenapa nama dia Lola? Entah. Mungkin sebab dia suka makan Lolipop kut?
"Hey you Nana! Long time no see meh!"
Janna tersengih. Dalam berjuta-juta manusia di atas muka bumi ni, hanya Lola seorang sahaja yang memanggil dia dengan panggilan Nana. Lola cakap nama Nana lebih sesuai dengan personalitinya berbanding nama Janna yang agak ayu dan ala-ala gadis melayu terakhir. Dan kata Lola lagi, Janna langsung tak nampak macam ciri-ciri gadis melayu terakhir. Sungguh kurang ajar mulutmu Lola!
"Nampak Shima tak? Sekarang ni waktu rehat dia, kan?" Janna memandang jam Daniel Wellington yang terlilit di pergelangan tangan kanannya. Tepat jarum jam menunjuk ke angka 5:15 minit petang. Masih berbaki 45 minit baki rehat Shima.
"Haah. Shima tadi I nampak dekat bilik rehat dia orang. You pergi lah cari sendiri. I harap you tak lupa lah jalan nak pergi bilik rehat dia orang tu," balas Lola dengan lenggok suara lembutnya itu. Janna sengih.
"Of course lah I ingat! I kan puan besar hotel ni," mengekek Janna ketawa. Saja nak acah-acah jadi puan besar Lauren's Hotel ni. Oh God! Macam mana la agaknya rupa CEO hotel ni, kan? Mesti dah tua dan bercucu. Rambut pun dah penuh beruban ataupun botak. Eww tak nak lah aku jadi bini kedua ketiga atau keempat dia. Tak sanggup you!
Lola jeling menyampah.
"Hey, you cakap bebaik sikit eh? Syed Faliq tu I punya tau! You jangan berangan nak cuba rampas dia daripada I ya," melentik jari telunjuk Lola menunding ke wajah Janna. Janna menepis tangan Lola di hadapan wajahnya.
"Tak ingin lah! Dah, I pergi cari Shima dulu. Kerja elok-elok eh Lola. Kalau jatuh bangun sendiri," Janna berlalu meninggalkan Lola lalu mencari kelibat Shima. Masuk ke dalam bilik rehat, dia dah nampak Shima sedang duduk membelakanginya. Terjengket-jengket dia berjalan sebelum tubuh Shima dipeluknya dari belakang.
"Shimaaaa!!!"
"Oh pocot nenek engkau!"
Shima melatah. Janna mengekek ketawa lalu melepaskan pelukan. Dia duduk di hadapan Shima lalu tangan Shima dipegang.
"Jannaaa!!!" Shima sudah teruja.
"Aku rindu kau Shima! Lama gila tak jumpa kau weh." balas Janna turut menzahirkan rasa terujanya. Shima gelak.
"Eh kau kenapa tak kasi tahu dulu nak datang? Dan bila pulak kau balik Malaysia? Kenapa aku tak tahu apa-apa pun?" Shima buat muka.
"Saja nak kasi surprise dekat kau. Kau surprise tak nampak aku kat depan kau ni?"
"Of course lah surprise. Lama gila kut tak jumpa kau. Rindu!"
"Aku pun rindu dekat kau,"
Mereka sama-sama gelak.
"Eh kau cuti lama ke?" soal Shima.
"Cuti lama apanya? Aku dah habis study lah kat Kanada tu. Tunggu panggilan aje ni dari KKM." jawab Janna. Roti Subway milik Shima dicapai lalu digigit sedikit hujung roti itu. Shima cuma membiarkan. Dia dah kenal Janna lama, jadi dia tak kisah berkongsi apa-apa pun dengan Janna walaupun ianya cuma sebungkus roti.
"Wah tahniah lah! Lepas ni jadi doktor gigi lah kau. Bangga aku ada kawan dentist macam kau ni," balas Shima. Janna mencebik.
"Kau jangan nak over sangat lah Shima! Eh alang-alang aku dah jumpa kau ni, kau tahu tak mana-mana orang yang boleh aku jumpa? Aku ingat nak mintak kerja sementara dekat sini kalau ada kosong. Jadi housekeeper ke cleaner ke, aku tak kisah. Janji kerja. Ada tak?" Janna menyoal. Terjatuh rahang Shima mendengar permintaan kawan baiknya itu.
"Eei kau ni belajar tinggi-tinggi sampai ke luar negara, alih-alih kau minta nak kerja macam aku ni? Cleaner? Kau ni biar betul Janna," Shima menggeleng-gelengkan kepalanya. Janna jongket sebelah kening sambil tayang muka bosan.
"Aku cakap sementara, Shima. Sementara! Lagipun kerja halal apa, bukannya aku minta buat kerja haram." balas Janna.
"Err nanti aku try tanya dekat supervisor aku eh. Kalau ada apa-apa info, aku kasi tahu kau balik."
"Great! Thanks baby!"
Dan mereka berborak itu ini sehingga lah waktu rehat Shima habis. Usai berpamitan dengan Shima, Janna beredar daripada bilik rehat pekerja-pekerja hotel itu. Alang-alang dah ada di hotel ini, Janna bercadang mahu melakukan sesi lawatan di hotel mewah ini. Lagipun dia memang kaki melawat kawasan pun.
Kakinya mula diheret ke sana ke mari. Mata dah meliar ke sekeliling. Sumpah dia rasa hotel ni lah yang paling mewah dan paling cantik dan paling bersih pernah dia jejak dekat Malaysia ni. Tengok lah, lantai dah boleh buat cermin muka. Dinding rasanya menggunakan jenis wallpaper yang paling mahal dan berkualiti. Calit hujung jari dekat kabinet, habuk pun tak lekat. Nak nampak sampah atas lantai pun tak jumpa. Oh, satu lagi. Pekerja-pekerja dekat sini langsung tak seksi. Rasanya dia belum nampak lagi lah pekerja yang tak bertudung kat sini.
Tangan Janna gatal menyentuh gambar-gambar kaligrafi yang tergantung di dinding. Cantik sangat-sangat dengan tulisan arab.
Pranggg!
Janna dah terlompat ke belakang. Mata dah membuntang luas bila sebiji pasu yang agak besar sudah pecah berderai di atas lantai. Oemgee, Janna. Macam mana kau boleh terlanggar benda alah sebesar-besar alam ni dekat sini? Double oemgee. You're dead meat Janna! Mampus kau!
Cepat-cepat Janna pandang sekeliling sebelum dia duduk mencangkung. Tangan mencapai serpihan kaca lalu disusun tepi. Tangan dah terketar-ketar sebenarnya kerana sedar salahnya memecahkan sebuah pasu. Sudah lah hak kepunyaan hotel mewah ni. Bukan hak mak long dekat rumah tu. Seketika, perbuatan Janna terhenti bila ada sepasang kaki yang menyarung kasut berkilat berhenti di hadapan. Perlahan-lahan dia dongak kepala memandang si empunya kaki.
Gulp!
"Are you a thief?" soalan daripada lelaki itu buat Janna melepaskan serpihan kaca yang dikutipnya tadi ke lantai. Laju dia bangun dari duduk menghadap lelaki yang tampan mengenakan sut berwarna hitam itu.
"No! I'm not a thief!"
"Then, why did you break this pot? Are you looking for something here?"
"I... I... saya tak sengaja tertolak pasu ni okey? Saya terlalu leka tengok gambar-gambar kaligrafi ni kat dinding sampai tak sedar saya terlanggar pasu ni. Saya tak ada niat nak rosakkan harta benda dalam hotel ni."
"Can I trust you?"
"Why not?"
"But I think you cannot be trusted."
Muka Janna dah berubah riak. Apa muka dia ni memang nampak macam muka pencuri, penyangak sangat ke macam mana? Janna hela nafas panjang sambil kepala dah terteleng ke serata. Tersenyum sekejap dia bila ternampak kamera kecil yang terletak atas siling. Laju jari telunjuk terhala ke situ.
"Awak boleh tengok rakaman CCTV tu kalau awak tak percayakan saya. Rakaman CCTV tu akan membuktikan yang saya bukan pencuri dan saya memang tak sengaja terlanggar pasu bunga ni sampai pecah. Kalau awak tak boleh percayakan saya, then awak boleh percayakan rakaman CCTV tu." Sinis Janna tersenyum. Mata Faliq terjeling sekejap ke arah benda alah kecil pada siling.
"Whatever it is, you're intruder."
What the... Dia cakap aku penceroboh?!
"Excuse me, I'm not intruder okey! Sini laluan orang dan awak tak ada hak nak panggil saya intruder or what!" Janna dah rasa nak marah-marah. Tadi dia boleh sabar sikit lagi bila lelaki entah dari pelusuk mana ni panggil dia pencuri. Sekarang ni, rasa macam tak boleh sabar dah bila lelaki ni sesuka hati aje panggil dia penceroboh. Lepas ni nak panggil apa pulak?
"Hey, you tahu tak ni kawasan larangan? Tak ada sesiapa pun yang boleh masuk dekat sini tanpa urusan penting although staff hotel ni sekali pun. And who are you? Staff hotel ni? Macam mana you boleh masuk kat area sini?" Faliq seluk sebelah tangan ke dalam poket seluar.
Janna diam dulu sambil bebola mata dah bergerak ke sekeliling. Sini kawasan larangan ke? Alamak, kau dah terlebih masuk tempat larangan lah Janna. Padan lah tak nampak seorang pun manusia kat sini!
"Ta... tapi saya tak nampak pun sign yang mengatakan sini kawasan larangan dan orang luar tak boleh masuk. Pengawal pun tak ada, that's why saya berani terjah masuk kat sini. Encik tak boleh letakkan kesalahan sepenuhnya dekat bahu saya ya. Sebab saya tak tahu." Janna peluk tubuh. Cuba defend diri sendiri. Yalah, kalau dia tak defend diri sendiri... siapa lagi yang nak defend dia kan? Lagipun... dia dah pecahkan pasu tu.
Gulp. Liur ditelan sekali lagi.
"You dah ceroboh masuk kawasan ni tanpa izin..."
"Tapi saya..."
"Dan you juga dah pecahkan harta benda dalam hotel ni. Tell me, should I call the police to come here?"
"No!!!"
Terangkat kening Faliq bila laju sahaja Janna menjawab pertanyaannya berbaur ugutannya itu. Mata Janna dah membuntang lebar sambil tangan diangkat, melarang Faliq dari memanggil polis ke sini.
"Tolong... jangan libatkan polis. Okey, sorry. Saya tahu saya salah sebab dah pecahkan pasu ni tapi saya betul-betul tak sengaja encik. Kalau encik tak percaya, rakaman CCTV kan ada. Benda tu boleh buktikan yang saya memang tak sengaja." Suara Janna dah rasa nak menangis. Dia ke sini nak jumpa Shima, lepastu jalan-jalan cuci mata sekejap. Tak pernah terlintas dia akan terlibat dengan polis hari ni. Gila ah!
"Saya bayar ganti rugi. Encik bagitahu saya harga pasu ni then saya akan gantikan dengan pasu baru. Kalau... kalau tak ada dekat mana-mana, saya akan bayar pakai duit. Tolong lah lepaskan saya dan jangan libatkan polis. Please?" Janna rapatkan kedua-dua belah telapak tangannya. Konon memohon belas kasihan dan pelepasan.
Faliq peluk tubuh.
"Betul you nak ganti? You tahu ke berapa harga pasu ni?"
"Tak tahu. Tapi takpe, berapa pun harga dia saya akan bayar."
"Google."
"Hah?"
"Bukak google."
Selongkar tote bag, Janna keluarkan Iphone miliknya. Google chrome dibuka lalu dia pandang lelaki di hadapannya kembali.
"Clayrista Pots."
Jari dimainkan atas papan kekunci. Clayrista Pots, search. Seketika mata memandang beberapa jenis rekaan pasu besar yang terpampang di situ. Nampak gambar pasu yang sebijik dengan pasu yang dia dah pecahkan itu, Janna view more.
Clayrista 7.0 $2,393.2662 US Dollar. Janna mencongak diam. Bapak ah! Kalau convert ke ringgit Malaysia mahunya mencecah... sepuluh ribu ringgit. Sepuluh ribu ringgit untuk sebiji pasu ni aje?! Like seriously?!
Lambat-lambat Janna angkat kepala.
"How? You afford ke untuk bayar barang yang you dah pecahkan ni?" Faliq menyoal. Tak sedar, kepala Janna menggeleng laju. Oh God. Dia bukan anak orang kaya yang boleh hulur sepuluh ribu ringgit begitu sahaja untuk bayar harga pasu tu.
"Then, macam mana you nak bayar ganti rugi kalau you sendiri tak afford?"
"Encik... look. Saya tak sengaja okey. Saya betul-betul tak sengaja nak rosakkan atau pecahkan harta benda hotel ni. Berapa kali saya nak explain dekat encik? Kalau encik tak percaya sangat, boleh tengok balik rakaman CCTV tu kan? Encik pula tak perlu nak buang masa menuduh saya macam ni. Dan tolong lah... jangan babitkan polis." Lagi-lagi Janna meminta Faliq untuk melihat kembali rakaman CCTV untuk membuktikan yang dia tak bersalah.
"Atau I patut denda you dengan perkara lain?"
Janna dah kepenatan. Mata dijuling ke atas. Tangan dah mencekak pinggang.
"Wait, encik ni siapa? Dari tadi lagi encik dah tuduh saya pencuri dan penceroboh. Lepastu, encik tak nak langsung percayakan saya. Suruh tengok rakaman CCTV pun encik tak nak. Lepastu, nak babitkan polis. Nak takutkan saya lah tu kan? Dan sekarang ni encik nak denda saya pulak? Persoalannya ialah, encik ni siapa? CEO hotel ni ke apa? Kalau encik ni setakat supervisor kat sini, hentikan aje lah. Tak perlu nak panjang-panjangkan kes macam ni. Saya-tak-bersalah. Fullstop." Tajam Janna jeling lelaki bersut di hadapan.
Eleh, dia ingat bila dia pakai sut macam tu... aku boleh takut ke? Berlagak macam dia tu pemilik hotel ni. Entah-entah dia tu cuma staff kat sini aje. Berlagak gila. Muka handsome tapi... haih. Memang muka handsome ni suka sangat nak menyakitkan hati orang ke apa? Macam dalam drama atau novel melayu tu?
"Excuse me? Supervisor? I?" Faliq tunding jari ke dada sendiri. Yakin saja Janna jatuhkan kepalanya berkali-kali.
Faliq ketap bibir bawah. Nak marah perempuan ni pun tak boleh juga. Perempuan ni bukan kenal pun siapa dia kat sini. Dia CEO ke, dia manager ke, dia supervisor ke... Faliq diam menunduk memandang serpihan kaca yang berderai. Nasib baik sebijik aje yang pecah. Pasu yang sebesar-besar alam kat sini pun boleh kena langgar.
"Go. I don't want to see you here." Putus Faliq, menayang muka ketat.
"Tapi..."
"Go. Atau you nak I panggil polis ke sini? Atau you nak I panggil guard untuk heret you keluar dari sini? Atau you nak keluar sendiri. Choose." Potong Faliq, tegas. Janna teguk liur. Alamak mamat ni, nak tunjuk belang lah pulak.
"Ye lah. Saya keluar sendiri. Sekali lagi, maaf sebab pecahkan pasu ni."
Faliq diam, menjeling. Tak menunggu lama terus Janna angkat kaki berlalu dari situ. Lari cepat-cepat Janna sebelum dia ubah fikiran. Hilang sahaja kelibat Janna, tergeleng kepala Faliq memandang serpihan kaca di hujung kaki. Iphone ditarik keluar dari poket blazer. Ibu jari menyentuh skrin sebelum peranti mewah itu dilekap ke telinga.
"Berapa orang guard yang jaga D'La House?" soal Faliq sambil kaki dibawa menuju ke arah sebuah bilik.
"Seorang aje, Syed Faliq."
"Tambah lagi guard dekat sini. Seorang tak boleh harap. And one more, panggil cleaner ke sini. Ada barang pecah."
"Baik, Syed Faliq."
Talian diputuskan selepas itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro