Bab 11
HABIS makan malam, Faliq melangkah menuju ke arah ruang tamu bersama Datuk Sri Syed Mahazer dan juga Fatini. Siaran Astro Awani yang sedang membahaskan soal bisnes menjadi pilihan mereka memandangkan Faliq dan Datuk Sri Syed Mahazer sangat meminati bisnes. Fatini pula cuma menghadap telefon bimbit di tangan dan tidak berminat langsung dengan siaran yang sedang ditayangkan itu. Boring gila kut! Kalau ikutkan hati ni, nak sahaja dia terus masuk berkurung di dalam kamar. Tapi tak sanggup pulak nak dengar Datin Sri Sophea membebel macam murai tercabut ekor. Lagi-lagi bila hari ni dia tak keluar malam. Semestinya sebab tidak diizinkan oleh kedua-dua orang tuanya. Hmm mereput aje la dalam rumah.
Tak lama kemudian, Datin Sri Sophea muncul dengan sepiring puding karamel di tangan. Perlahan-lahan dia meletakkan dessert itu di atas meja kopi. Punggung dihenyakkan di sebelah si suami. Hampir setengah jam menonton siaran yang super bosan itu, Faliq bangun dari duduk. Berura-ura mahu ke kamar untuk berehat.
"Duduk dulu, Faliq. Mummy ada benda nak cakap sikit," mendengarkan arahan Datin Sri Sophea, Faliq kembali duduk. Wajah sudah berkerut.
"Apa dia?" soal Faliq. Datin Sri Sophea berdehem sambil mencuit lengan si suami di sebelah. Faliq dan Fatini sama-sama berpandangan melihat kedua-dua mereka saling mencuit dan berbisik. Faliq juling mata ke atas.
"Mummy, daddy... anything? Kalau tak ada apa-apa, Faliq nak naik. Nak rehat," celah Faliq. Datin Sri Sophea menjeling si suami di sebelah sebelum dia membuka mulut. Sebenarnya dia takut nak cakap benda ni dekat Faliq, tapi dia kena cakap juga. Disuruh encik suami di sebelah, tapi lelaki itu buat endah tak endah saja. Cis.
"Ehem! Macam ni, Faliq. Mummy dengan daddy dah plan nak masuk merisik Fazira untuk Faliq bila dia dah balik Malaysia nanti,"
"You what?!" bergema suara Faliq di ruang tamu besar itu. Terhinjut bahu Fatini, nasib tak terpelanting aje Iphone di tangan. Datin Sri Sophea mencuit lengan Datuk Sri Syed Mahazer sambil menjegilkan mata. Dia dah agak dah yang Faliq akan terperanjat besar macam ni.
"Oh ya. It's all your mummy's plan and there's nothing to do with me." balasan Datuk Sri Syed Mahazer buat Datin Sri Sophea merengus kasar. Suaminya ni memang tak boleh nak ajak berkomplot sekali. Geram betul lah.
"Apa sebenarnya yang mummy cuba rancangkan sekarang ni? Merisik Fazira untuk Faliq? Mummy, Faliq tak ada feeling langsung dekat dia kut," Faliq merengus geram. Datin Sri Sophea betulkan duduk.
"Faliq, mummy betul-betul suka dengan budak Fazira tu. Cantik, educated, baik, sopan santun. Dan dia datang dari keluarga yang bukan calang-calang orang tau. Mummy suka kalau dia jadi menantu mummy. Kalau nak cakap pasal cinta atau sayang... semuanya boleh dipupuk selepas berkahwin, Faliq." balas Datin Sri Sophea. Dia berharap sangat Faliq akan menerima cadangannya itu untuk merisik Fazira apabila gadis itu pulang daripada Turkey nanti.
"I don't want!"
"Why? Apa kurangnya Fazira? Lagipun, Faliq belum jumpa lagi kan calon menantu untuk mummy. Dah sebulan lebih dah ni, Faliq."
Faliq raup wajah.
"I have one. Faliq akan bawa dia datang jumpa mummy dengan daddy."
"W... what?" terjatuh rahang Datin Sri Sophea. Mulut dah ternganga.
"Who's the luckiest girl, son?" soal Datuk Sri Syed Mahazer dengan senyuman yang tersungging di bibirnya. Faliq membentuk satu senyuman kecil.
"Faliq janji nanti Faliq bawa dia datang sini," balas Faliq, tidak menjawab soalan daddynya itu.
"Proud of you, my son!"
"Thanks daddy,"
"Abang! Faliq! Eh, wait... wait... wait! Siapa budak perempuan tu? Anak siapa? Siapa parents dia? Mana Faliq jumpa dengan dia?" bertubi-tubi soalan Datin Sri Sophea berikan. Faliq garu belakang lehernya.
"Somewhere... well, actually dia salah seorang staff hotel," tutur Faliq, tidak mahu berselindung. Membulat mata Datin Sri Sophea, manakala Datuk Sri Syed Mahazer hanya tersenyum kecil. Fatini pula hanya memandang. Dia tidak kisah pun dengan siapa abangnya nak kahwin, janji bukan gold digger sudah! Kerja malas, tahu nak buru orang kaya. Jentik dahi tu kang!
"What?! Staff Faliq? Siapa dia? Siapa family dia? Macam mana background keluarga dia? Are you out of your mind Syed Faliq Amzar? Faliq pilih pekerja bawahan untuk jadi menantu mummy? Seriously Faliq?" tersandar tubuh Datin Sri Sophea pada sofa buatan Itali itu. Tangan naik memicit pelipis. Datuk Sri Syed Mahazer ketawa kecil melihat tingkah si isteri. Lawak sangat-sangat.
"Kenapa ketawa? Ingat lawak ke bang?" soal Datin Sri Sophea, garang. Datuk Sri Syed Mahazer jongket bahu.
"Well I found it's a bit funny actually," lelaki itu sambung gelak. Terhinjut-hinjut bahunya sehingga mengundang tawa Faliq dan Fatini kecuali Datin Sri Sophea yang masih tayang wajah ketat dan terkejut.
Seketika Datin Sri Sophea cuba menenangkan dirinya. Nafas panjang dihela sebelum dia memandang wajah Faliq yang sedang tersenyum-senyum itu.
"Okey fine! Bawa budak tu dinner dekat sini hujung minggu ni. By hook or by crook, mummy tak kira. Argh, sakit kepala aku!" terus Datin Sri Sophea menonong meninggalkan ruang tamu. Faliq telan liur. Hujung minggu ni? Mampus aku. Macam mana aku nak heret Janna datang sini tiba-tiba?
God, help me!
JANNA melangkah keluar dari tandas sambil mengelap tangannya dengan tisu. Langkahnya tiba-tiba mati apabila Faliq yang tiba-tiba berdiri di hadapan menghalang jalannya. Entah dari mana lelaki ni muncul. Tangan naik mengurut dada. Kus semangat! Aku ingat siapa lah tadi haih.
"Errr yes Syed Faliq?" Janna menyoal apabila tajam lelaki itu pandang dia tanpa senyuman di wajah.
"I ada benda penting nak cakap dengan you. Urgent! Ikut I," menonong Faliq berlalu meninggalkan Janna yang masih terkebil-kebil. Nak tak nak Janna ikut juga langkah penuh gaya lelaki itu sehingga mereka berdua tiba di balkoni aras lima. Janna pandang belakang tubuh Faliq yang sedang membelakanginya sambil sebelah tangan lelaki itu diseluk ke dalam poket seluar slack yang dipakainya. Seminit membiarkan keadaan sepi di antara mereka, Faliq pusing tubuh menghadap Janna. Wajah Janna dipandang lama.
"I nak bawa you dinner dekat rumah I this Saturday," tenang Faliq menuturkan ayat berbaur arahan itu. Terbuntang mata Janna memandang wajah tak berperasaan Faliq. What?
"Pardon me Syed Faliq?" Janna menyoal. Kut la dia salah dengar kan? Biar betik pak cik ni.
"I nak bawa you dinner dekat rumah I this Saturday. Mummy I nak jumpa you," Faliq mengulang kembali ayatnya.
"Saya? Saya? Syed Faliq yakin tak silap orang?"
"I belum buta nak cam orang."
"Ta... tapi, apa Syed Faliq cakap tadi? Mummy Syed Faliq nak jumpa saya? Untuk apa? Saya ada buat salah apa-apa ke?" Janna menggelabah. Ni dah kenapa sampai aku kena menghadap puan besar pulak ni?! Aku dah buat salah apa-apa ke dekat hotel ni? Hesy mana ada! Rekod dia di sini masih bersih kut!
Faliq hela nafas panjang.
"I akan explain dekat you once you datang rumah I dinner sabtu ni. By the way, bak sini handphone you," Faliq hulur tangan kanannya kepada Janna. Janna memandang sepi huluran lelaki itu .
"No. Saya nak Syed Faliq explain semuanya dekat saya. Sekarang!" Janna peluk tubuh.
"I tak ada masa sekarang ni, girl. I ada meeting lepasni, so please... Give me your cellphone for a second," mendatar suara Faliq. Janna geleng kepala.
"No!"
"I'm sorry," terus tangan Faliq menarik Iphone yang terletak di dalam poket uniform yang disarung Janna. Terperanjat Janna apabila Faliq tiba-tiba sahaja menyentuh pinggangnya. Dia tahu Faliq bukan sengaja nak sentuh pinggang dia tapi disebabkan lelaki itu mahu mengambil telefon bimbitnya di situ.
"Passcode, please?" pinta Faliq, memandang Janna di hadapan.
"Nope. Itu privasi saya."
"Okey. Imagine kalau I baling handphone you dari atas sini, macam mana agaknya reaksi you? Seem like you mungkin patut tukar handphone you ni. Sekarang ni dah zaman Iphone X Max you tahu tak?" jongket sebelah kening, Faliq senyum sinis. Mata Janna dah terbuntang luas bila Faliq mengacah-acah mahu melempar Iphone kesayangannya itu dari tingkat atas.
"Awak tak boleh buat macam ni, Syed Faliq. Itu harta saya!"
"I tak kata pun ni harta I. Bagi passcode you sekarang."
"Eei, Syed Faliq nak buat apa dengan handphone saya?"
"Passcode you? Now."
Janna berdecit. Kedua-dua belah tangan digenggam erat.
"0011."
Bibir Faliq dah tercebik sambil ibu jari menekan nombor pada skin.
"Easy. Lepas ni you kena tukar passcode handphone you. 1509."
"Nombor apa tu?"
"Birthdate I."
Janna julingkan mata ke atas. Tak ada pasal lah aku nak letak passcode tarikh lahir pak cik ni. Lebih baik letak passcode tarikh lahir pak long atau mak long. Tak ada lah setiap tahun aku lupa tarikh lahir dia orang. Heh.
"I dah dapat number you and I'll text you later. So, excuse me." Faliq berlalu daripada situ. Janna kaku sambil tangan memegang Iphone miliknya di tangan. Seketika dia membuka log panggilan dan rahangnya jatuh apabila memandang nama yang telah disimpan Faliq di dalam contactnya.
My charming?!
God, apa dia buat dengan telefon aku? Kenapa save nama pelik-pelik ni? My charming? Yes, dia memang charming tapi... kenapa perlu ada 'my' dekat depan tu? Urgh, Syed Faliq!
USAI membilas pinggan dan cawan, Janna mengelap tangannya pada kain bersih yang tersangkut pada pintu peti ais. Dia baru sahaja selesai makan malam atau lebih tepat, supper. Sebab jam dah hampir menginjak ke angka 12 tengah malam. Yalah, selepas balik kerja terus dia naik membersihkan diri kemudian mencari makan di dapur sebab perut tiba-tiba lapar. Mujur mak long belum tidur lagi sebab menjahit baju kurung yang ditempah pelanggan. Ya, mak long mengambil upah membuat baju kurung. Sekadar mengisi masa lapang sebab tak tahu nak buat apa kat rumah.
Janna menapak naik ke tingkat atas sebelum dia bertembung dengan Hakimi di anak tangga paling terakhir. Janna berura-ura untuk terus ke kamarnya apabila Hakimi tiba-tiba memanggil. Janna menoleh memandang abang sepupunya itu. Dia masih belum lupa bagaimana kasarnya Hakimi memarahinya sebab pulang dihantar Syed Faliq tempoh hari. Sudah la dia sedang dalam trauma waktu tu.
Perlahan Hakimi menapak menghampiri.
"Janna... Janna okey?" Hakimi menyoal.
"Okey," pendek jawapan Janna. Jelas tidak menunjukkan kemesraan seperti sebelum ini. Hakimi ketap bibir.
"Abang nak minta maaf. Abang tau abang dah melampau malam tu sebab berkasar dengan Janna. Abang betul-betul tak sengaja," luah Hakimi, kesal. Janna geleng kepala, perlahan.
"Tak sengaja apa maksud abang?"
"I'm sorry,"
"Apa-apa aje lah, Abang Kimi. Janna penat, nak rehat." Janna pusing tubuh untuk ke kamarnya. Terus Hakimi berdiri di hadapan, menghalang jalan gadis itu. Janna merengus geram.
"Abang nak tahu siapa lelaki yang hantar Janna balik hari tu." Hakimi menyoal terus. Janna raup wajah.
"Kenapa abang sibuk-sibuk nak tahu?"
"Sebab abang nak tahu lah,"
Janna menjeling seraya memeluk tubuh.
"Bos Janna," jawab Janna.
"Supervisor Janna?" Hakimi jongket sebelah kening. Terus Janna menggeleng.
"Syed Faliq Amzar, CEO Lauren's Hotel."
"What?"
Janna sudah dapat menebak riak yang akan diberikan Hakimi bila dia beritahu siapa lelaki yang menghantarnya pulang ke rumah sebelum ini. Okey-okey. Memang susah nak terima cerita yang seorang CEO dengan baik hati menghantar pekerja bawahan pulang ke rumah. Tapi itu lah yang terjadi kepada dirinya. Ini novel.
"Janna ada scandal dengan dia ke apa?" Hakimi sudah beriak cemburu.
"Dia bos Janna lah!"
"Bos apa sampai hantar pekerja dia balik?" sinis soalan Hakimi. Janna hela nafas panjang. Dah kenapa dengan abang sepupu dia seorang ni?!
"Janna tak tahu apa masalah abang. Siapa pun yang hantar Janna balik, itu bukan urusan abang. Itu urusan Janna, abang tak ada hak ambil tahu. Abang tak berhak nak marah-marah." balas Janna, geram. Entah kenapa dia rasa perubahan Hakimi terlalu drastik. Tiba-tiba sahaja nak marah-marah orang!
"Abang sepupu Janna. Janna tanggungjawab abang!"
"Sejak bila pulak ni? Dah la abang, Janna penat. Please, jangan nak serabutkan fikiran Janna lagi. Good night," terus Janna masuk ke dalam bilik lalu pintu di kunci kemas. Dia humban tubuh di atas katil lalu bantal ditarik ke dalam pelukan. Kemudian dia mencapai Iphone miliknya di atas meja lampu. Aplikasi Whatsapp dibuka sebelum chat daripada 'My Charming' itu dibuka. Dia terlupa nak tukar nama contact tu. Nanti-nanti lah!
8:00 pm
I'll pick you up
Janna mengeluh sebelum disembamkan wajahnya pada bantal. Nak sahaja dia menolak ajakan Faliq itu, tapi dia kenal siapa lelaki itu yang sebenarnya. Lelaki tanpa perasaan. Sudahnya chat daripada Faliq dibiarkan tidak berbalas.
Benda apa lah yang awak sedang rancangkan ni, Syed Faliq?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro